"kalau harta itu perkara nombr satu dalam rumah tangga, aku rasa Tuhan buat Nabi Muhammad SAW tu kaya raya.Tapi tak, Tuhan buat Nabi tu miskain dan kau bukan tak tau, rumah tangga Nabi tu rumah tangga paling bahagia."
Hidup ini bukan sekadar untuk mengikut kehendak kita sahaja. Bukan semata-mata atas pertimbangan kita sahaja, tetapi kita perlu lihat daripada sekeliling kita. menafsir keadaan sekeliling lalu memberi definisi agar haluan hidup kita tak lari daripada kenyataan asal. Apa kenyataan asal??
Kenyataan asal ialah deklarasi azali yang telah kita persetujui sebelum lahir ke dunia. Namun hakikat, sebagai seorang al Insan, kita mudah lupa akan hakikat diri kita.
Berbalik kepada persoalan asal, terdetik dalam hati aku, apakah manusia kini memandang harta sebagai syarat kebahagian?? Menerusi beberapa pertanyaan kepada sahabat, mereka lebih memilih harta sebagai penjamin kebahagian. Dan meletakkan kekayaan sebagai dasar atau teras menuju kebahagian. Timbul persoalan lagi dalam hati aku, 'adakah manusia kini mengalami revolusi secara rakus dalam mendefinisikan erti kebahagian hingga merubah sifat diri kepada materialistik?'
Hakikat kini, inilah yang terjadi. Manusia semakin kehilangan akal untuk berfikir. Corak pemikiran manusia timur sudah seakan-akan barat. "Tapi apa masalahnya pemikiran sama dengan barat? bukankah itu kemajuan namanya" Tak salah setanding barat, malah digalakkan, tetapi kita perlu sedar, tujuan dan hakikat hidup manusia timur dan barat adalah jauh berbeza. Kita dilatari Islam sebagai tunjang dan dihias rapi dengan kesantunan budaya, tetapi mereka berpandu akan sains semata, logik perkiraan mereka. Contohnya dalam menafsir tuhan, mereka mendakwa memerlukan bukti empirikal (berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dgn pengumpulan data) untuk mengakui kewujudan tuhan. Adakah ini haluan yang kita perlu dalam menafsir erti kewujudan tuhan? Tidak. Kita tidak perlu akan hakikat empirikal, kerana tidak semua perkara mampu dibuktikan melalui empirikal, contoh kewujudan akal, dan perasaan. Mereka akui kewujudan dua perkara ini tetapi langsung tidak mengambil iktibar daripadanya. Mengapa? Kerana sifat ego yang wujud dalam jiwa mereka. Sebagai manusia timur,kita tidak lari dengan kewujudan sifat ego dalam diri kita. Lagi-lagi kita sebagai masyarakat melayu. sebab itu wujudnya kitab 'Dilema Melayu' oleh Tun Dr Mahathir, supaya kita beringat akan hakikat hidup kita yang sebenarnya.
Hakikat hidup memang payah untuk kita akui, tetapi kita masih lagi boleh untuk mencubanya. Buang prasangka akan ketentuan yang ditetapkan, kembali kepada yang asal, bina semula keyakinan diri, dan laksanakan tanggungjawab yang termaktub sejak azali, inilah perencah kebahagian diri, inilah prolog hidup ini agar kesinambungannya nanti bahagia...
No comments:
Post a Comment