apa kaitannya antara kaki dan bola? adakah bersaudara yang mempunyai pertalian ukhwah yang sejati? ataupun sekadar musuh dalam lipatan?
bola adalah satu objek yang biasa, namun apabila dilihat menerusi pelbagai kaca mata, akan terserlah keindahan sebiji bola. Bola bukan sekadar bola, bulatan yang memiliki dua warna atau lebih, tetapi tersimpan jutaan rahsia yang selama ini tersembunyi disebaliknya. Apabila kita soroti sebiji bola, apa yang kita lihat adalah sekadar realiti yang selama ini mengaburi pandangan mata kita. Namun, apabila kita hayati pandangan terhadap sebiji bola, kita akan dapat rasa dan nikmati keindahannya. Cuba hayati, fahami, dan selami jiwa sebiji bola, barulah kita akan tahu betapa bertuahnya kita hidup pada zaman yang memiliki objek bernama bola. Keindahannya tidak terungkap oleh kata-kata, bahkan jiwa seolah-olah meracau dan meroyan apabila terkesima dengan keindahan bola. Itulah penangan sebiji bola terhadap jiwa...
Apa kaitannya dengan kaki?? siapakah kaki?? apakah kaki?? tatkala sedang kita menikmati keindahan bola yang tiada tandingnya, datang anasir kurang ajar rakus meragut jiwa yang sedang lena dibuai keindahan pesona bola, yang bernama kaki. Lantas kaki dengan tanpa usul periksa menghayun langkah menghentam sebiji bola tanpa belas kasihannya. Zalim!! tidak terhenti disitu, tubuh sebiji bola terus melambung longlai tanpa kudrat juga tenaga lalu terhempas dimuka bumi..alangkah kasihannya melihat sebiji bola, longlai tak berdaya, mengharap simpati dan belas kasihan, namun tiada siapa yang sudi mendengarnya. Kaki terus mengasak tubuh sebiji bola yang sudah kehilangan kudrat, disepak, digelecek, dan ditendang sesuka rasa. Apakah zalimnya dirimu wahai kaki, dengarlah rintihan sebiji bola yang mengharapkan secebis belas kasihan dan ihsan..kaki terus bermaharajalela, zalim tanpa hadnya, dan sebiji bola terus ditindas dan diseksa..Apakah kesudahannya? sampai bila sebiji bola harus menderita?? kaki, masa mu akan tiba..
1 comment:
:'(
kesian bola, zalimnye kaki...
terima kasih dan tahniah awak kerana awak satu2nye lelaki malaya yang memperjuangkan nasib bola2 dserata dunia...
:-)
Post a Comment