17 December 2010

lelaki kita tak romantik!!!

Terdetik dalam hati untuk merungkai satu misteri. Suka aku meralitkan kisah cinta, kerna sehati dan sejiwang dengan ku. Mungkin ramai diantara kita begitu jijik dengan istilah jiwang, seolah-olah terpalit dosa yang maha besar apabila bergelumang dengan situasi jiwang. Kenapa kita terlalu paranoid dengan istilah ini?? Persoalan yang akan aku kupas nanti.

indahnya perhubungan kalau secara halal..


Sebenarnya kita terlalu hipokrit untuk menjadi diri sendiri. Kita terlalu takut untuk mendedahkan siapa kita yang sebenar. Bila bercerita tentang cinta, kita masih lagi hipokrit. Susah ke menjadi diri sendiri??? Entah. Aku pun masib belum berjaya menjadi diri sendiri. Mungkin ini tabiat kita yang sudah dikurung oleh tradisi sejak zaman-berzaman, dan juga dijaga batas-batas agama yang mulia. Beruntung kita dilingkari akar budaya dan dedaunan adat yang indah, walaupun dipandang hina oleh mata-mata yang mendustakan asal keturunannya. Inilah manusia, tak pernah kenal erti bersyukur, sering kali mengherdik yang lain tatkala di atas, senantiasa menfitnah yang diatas. Sampai bila kita terperuk dalam lingkungan pemikiran begini.

Berbalik isu asal, jiwang. Baru-baru ini terbit satu berita mengenai lelaki melayu tak romantik. Lebih kurang tak jiwang la, sebab tu ramai wanita-wanita Malaya lari sangap mencari cinta lelaki Lombok, tidak kurang juga bangla. Haish begitulah kegersangan wanita-wanita Malaya kan, sanggup bergolok gadai mencari cinta lelaki-lelaki luar. Mungkin akibat terpengaruh dengan agenda kehidupan artis Malaysia yang suka sangat berpasangan dengan orang luar. Ada klas katanya. Entah la manusia sekarang, semakin berubah dan menjadi pelik.

Jadi, persoalan mengenai romantik atau istilah kampungnya jiwang, perlukan satu jawaban, agar lelaki-lelaki Malaya kita tidak berputih mata melihat wanita-wanita pujaan Malaya kita lari dipikul balik oleh mamat bangla juga terkecuali Nepal dan indon. Sebagai lelaki Malaya, kita harus berubah! (wah…ahli politik dah nie) kaedah drastik perlu kita lakukan, agar nanti kita tak terduduk menggigit jari merenung nasib. Biarlah kita dihina dan dicop sebagai mat jiwang dan sebagainya, asalkan kita punyai kecintaan terhadap diri sendiri untuk mencintai yang lain, sayang menyayang antara satu sama lain, saling berkasihi sesama kita, itulah yang kita perlu. Kembalikan jiwa-jiwa romantik lelaki-lelaki pujaan Malaya tika dahulu yang mashur, menerusi lakonan-lakonan filem-filem klasik yang asyik. Kita terjemahkan lakonan menjadi sebuah realiti kehidupan. Kembalikan zaman itu, agar kita menjadi kembali romantik, dan menjadi perhatian wanita-wanita Malaya kembali. Ayuh berubah!!

perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat..


Namun, sebelum kita mula mencintai yang lain, kuatkan dahulu cinta pada pencipta kita. Kita dicipta hasil kasih sayangNYA. Moga menerusi cinta kita padaNYA, menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi gelombang kehidupan, dan seterusnya dianugerahkan perasaan cinta yang suci.. insyaallah..



4 comments:

Anonymous said...

:-)
tersenyum2 saya mbace titisan dakwat awak cikgu azam...hehe..
tercuit dan terhibur walaupun ade unsur2 sindirin...
bab2 perempuan melayu terpikat kpd lelaki luar (indon,bangla n same waktu dgnnye)sbenarnye psoalan ini ade jawapannye pda lelaki2 malaya...
hebatkan persaing korang wahai lelaki2 malaya...
bukan paras rupe mjadi ukuran.malah lelaki2 malaya lebih hebat dri segi rupa parasnye berbanding sesetengah lelaki luar. jadi ape sebab perempuan malaya memilih lelaki luar???
hhhhmmmm....tepuk dada tanya iman..

hakir said...

terima kasih saudari..
setelah ditepuk dada..
hurmm...hasilnya, wanita malaya impikan sesuatu yang "luar"..hehe

Anonymous said...

same2...
hehehe...agaknye laah...
sejujurnye, kebanyakan lelaki malaya "romantik" ketika berpacaran atau lebih tepat lagi "couple" .
yang haram dihalalkan. tapi bila dah sah menjadi suami isteri hilang pula keromantikan tu. mase berpacaran xde segan silu berpegangan tangan di khalayak umum tapi bila dah sah disisi agama xde pun nk bpengangan tangan.suami ditimur isteri di selatan...jom kite susuli pula lelaki luar, umur dah lanjut "rumah kata pergi, kubur kata mari" tapi keromantikan mereka masih lagi terserlah. xde segan silu berdamping bersama si isteri malah mereka bangga bersama isteri mereka...
ini pula persoalan wanita dan jawapannye ade pada lelaki " mengapa SESETENGAH lelaki malaya hilang romantik selepas kahwin? " hhhmmmm.....

ros said...

:)