“Dialah yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya”
-Surah Al-Mulk. Ayat 2-
Tertarik untuk melarikkan pena berkaitan isu ini. Hasil cetusan seorang kenalan rapat. Ubat satu bahan yang menjadi inspirasi buat para doktor untuk membawa cahaya harapan bagi sang pesakit. Malah menjadi satu entiti misteri dan sangat menakutkan buat sang pesakit untuk dihadapi. Rata-rata menganggap ubat adalah satu objek misteri dan amat magik untuk difikirkan.
Ada satu kisah tentang seorang lelaki yang disabitkan dengan penyakit kronik lagi membahayakan nyawa. Hanya ditilik memiliki hari-hari yang singkat sahaja untuk terus bernafas di bumi Illahi. Apalah daya agaknya tika mengetahui ajal akan tiba tidak berapa lama. Sedih bukan kepalang. Namun kecekalan hati, untuk meneruskan misi sebagai manusia dan khalifah dibumi Illahi, hidup diteruskan dan diisi dengan kegembiraan dan kesyukuran. Senyuman dan tawa sering menjadi penghias hari-hari terakhir lelaki itu. Dia tak pernah kecewa dengan takdirnya, dia tak pernah mengeluh suratan kehidupannya. Tetapi dia terus gagah, dan tabah menongkah hari-hari hidupnya. Hinggalah dia yang ditakdirkan hanya memiliki talian nyawa sehingga enam bulan, terus bisa bernafas menjangkau tilikan doktor. Takdirnya terus bersinar, dia menjumpai seorang gadis yang berpekerti mulia, dan itulah jodoh buatnya. Mereka sangat bahagia, kehidupan dilingkari gurau senda, akhlak mulia sebuah keluarga, juga rezki yang melimpah ruah. Tidak ketinggalan dianugerahkan cahaya mata yang comel. Alangkah asyiknya kehidupan mereka, sehingga lelaki itu lupa akan penyakitnya. Benar-benar lupa.
Namun apakan daya. Janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui penghujung hayatnya. Yang bermula pasti akan diakhiri. Tiba satu saat, dia mula menampakkan keadaannya yang sebenar. Dia menghidap penyakit kanser paru-paru dan juga tumor di otak. Sebenarnya dia merahsiakan penyakit yang dihadapi daripada isterinya. Apabila isteri kesayangannya mengetahui hakikat itu, si isteri terus mengalirkan airmata. Si isteri tak menyangka, suami yang sering menghiburkan hatinya, mengisi ruang-ruang disisi hidupnya, bakal pergi buat selama-lamanya. Namun, si isteri terpaksa tabah, dia terpaksa menangis didalam hati, kerna tak mahu melemahkan semangat dan kecekalan suami tercinta. Dia meladeni sang suami dengan sepenuh kasih sayang, kerana itulah kasih sayang yang terakhir dapat dia berikan sebelum suaminya dijemput Illahi. Lelaki itu terus tabah. Mengisi ruang-ruang masa terakhirnya bersama insan-insan tercinta.
Akhirnya, dia tidak mampu lagi untuk bertahan. Tepat jam sepuluh pagi, hari jumaat, sambil disisi keluarga terdekat, turut didampingi isteri tercinta, dan diapit chaya matanya yang masih kecil lagi,dan masih lagi belum sempat memanggil nama gelaran ayah buatnya, dia menghembuskan nafasnya buat terakhir kali. Alangkah manisnya dia, sebelum dia pergi, dia sempat memohon keampunan dari semua. Pemergiannya amat dirasai. Lebih-lebih lagi buat si isteri yang menanti dengan tabah, anak kecil yang belum mengerti falsafah kehidupan, juga keluarga yang banyak berjasa buatnya. Dia pergi meninggalkan falsafah kecekalan hidup buat insan-insan yang hilang harapan. Harapan untuk terus bahagia meniti hari-hari akhir kehidupan.
Inilah secebis kisah kehidupan. Hidup sentiasa berputar. Apabila kita ditimpa musibah, itu bukanlah satu penamat kehidupan, tetapi sebagai ujian agar kita lenih tabah dan kuat. Ubat bukan penyelesaian masalah, tetapi sebagai satu kaedah menyelesaikan masalah. Kadang-kadang semangat yang kuat, jiwa yang kental, dan redha dengan ketentuan Illahi, adalah ubat yang paling mujarab merawat jiwa. Kebergantungan hidup kepada ubat-ubatan adalah tipikal. Namun tak salah bergantung kepada ubat-ubatan, kerna itu adalah sebuah harapan.
Apabila ujian itu kita terima, sebaik-baiknya adalah sabar. Memang sukar untuk merealitikannya, mungkin akan timbul dibenak masing-masing, “cakap senang la, cuba sendiri yang kena”. Kita tak mampu berbuat apa-apa kecuali berusaha dan tabah dengan ujian. Segala-gala yang terjadi dan tercipta ada hikmahnya. Cuma kita yang tak nak memahaminya.
sumber
3 comments:
subhanaAllah....tersentuh hati kecil ini meniti setiap patah kata yg diabadikan dsini...
memang benar ubat bukan penawar yg mujarab untuk menahan/melawan sakit tp diri kite sbenarnye yg menjadi penawar. tapi sayang seribu kali sayang tak semua hamba Allah di muka bumi ini yg dapat menemui penawar dalam diri. saya tak menunding pada sape2, saya sendiri sukar menemui penawar itu d kala di uji oleh yg maha Esa...
ya Allah, kuatkanlah kami berdepan dengan setiap cubaanMu...
mintak izin nak pinjam post utk di reblog :)
anda diizinkan, asalkan letak sumbernya dilink kan disini, hehe
Post a Comment