12 July 2011

anak mahu penjarakan ibu


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.





Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor tidak hadir ke mahkamah.Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.




Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah sudah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.Bagaimanapun, dia mendakwa bondanya sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya sudah bersetuju untuk membeli semua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. - Bernama




*zaman sekarang kan, anak pun dah tak sayang mak. mak yang melahirkan dan membesarkan mahu dikurung dalam dunia tirai besi. inilah bahana bila dibesarkan dengan kemewahan agaknya. 

No comments: