Ramai diantara kita memilih kedai mamak sebagai tempat untuk memenuhi keperluan perut-makan. Mungkin ada istimewanya dari segi layanan, hidangan, makanan, dan mungkin juga senyuman daripada wajah-wajah mamak tak kurang juga senyuman pekerja nepal. Manis. Dengan persekitaran yang tenteram, aura mamak yang begitu menarik perhatian, sehingga menjadikan perut semakin lapar untuk menikmati makanan air tangan mamak.
maniskan wajah mereka ?
Tak kurang juga, mereka yang mampir ke kedai mamak semata-mata kerana televisinya yang besar ! Layar putih dipasang dan menjadi pilihan penggemar bola sepak untuk bersama-sama menyaksikan pertarungan manusia merebut sebiji bola. Cawan di atas meja sudah tersusun banyak. Mamak tersenyum puas, kedainya penuh dengan pelanggan.
gambar hiasan
Masa yang sama, keluarga datang berbondong-bondong memenuhi segenap ruang kosong yang ada dalam kedai mamak. Datang pelayan berkopiah, menanyakan menu yang hendak dijamu. Selesai membuat tempahan, baru sedar, kopiah tu sebab dia islam atau sekadar tanda dia islam?? Beza dua perkara ni. Sebab dia islam, maknanya dia percaya dan anuti islam, sebab itu dia pakai. Sebab tanda dia islam, maknanya dia nak orang tahu dia islam. Kepercayaan diletakkan pada manusia. Kalau tak faham tak apa.
gambar hiasan
Beralih kepada
9 ELEVEN . Kedai yang berniaga tiada waktu henti. Terus menerus. Motif berjualan jam 4 pagi? Entah, mungkin ada mereka yang terdesak tika itu, memerlukan bahan yang ada dalam
9 ELEVEN . Mungkin. Dulu, di kawasan tempat tinggal saya, majoritinya melayu, tak ada pun kedai yang menjual arak. Bila terbinanya kedai 9 ELEVEN, dialah pengedar tunggal arak di kawasan tempat tinggal saya. Itu buatkan saya kesah. Lagi satu, yang menariknya, susunan kotak-kotak comel yang berisi kondom.
*tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment