Aku kira sudah lama tidak mencoretkan sebarang cerita. Biasalah sebagai seorang manusia, sering tertakluk pada mood untuk melakukan sesuatu. Sama seperti aku, bila ada mood, maka saat itu aku akan menulis, kalau tidak, jangan harap la. Sebenarnya bukan mudah nak menulis ni. Lebih-lebih lagi bila penulisan itu menjadi tatapan orang. Banyak hati yang nak dijaga, supaya akhirnya nanti tak timbul soal terasa atau iri hati.
Hari ini hari selasa 7 februari 2012, tanda esok aku akan pulang ke Tanjung Malim. Bumi tempat aku menuntut ilmu. Rasa sekejap benar cuti yang panjang ni. Belum puas aku nak tatap wajah-wajah yang ada di rumah ni. Belum puas aku nak bermain dengan tiga ekor anak Ateh yang baru tu. Mereka bertiga sudah pandai bermain, mula berlari-lari bila disergah. Sudah pandai memanjat rak kasut, sampai tak pandai nak turun.
Belum mula kelas, aku sudah mencongak, bila la cuti yang akan datang. Ini perkara biasa buat pelajar kan, hehe Tak mengapa, itu namanya perancangan masa untuk hadapan. Oh ya, buku-buku yang aku beli pun belum sempat aku jamah pembacaannya. Otak aku sudah berat dan penat nak baca buku ilmiah yang berat ni. Cuti pun mula berakhir, maknanya semakin perlahan tempo akan aku gunakan untuk membaca mereka. Itu baru nilai seratus yang aku gunakan untuk beli buku dengan baucer buku pemberian kerajaan. Sempat aku membeli 4 buah buku. Selebihnya, aku belum pasti nak beli buku apa. mungkin nanti ada idea.
Aku balik awal, sebab nak buat persiapan untuk pertandingan debat diraja, yang bakal diadakan dia USM, Pulau Pinang. Mencuba nasib sahaja. Namun dalam hati ni, memasang impian yang sangat tinggi untuk edisi kali ini. Segalanya ditangan Tuhan. Aku berserah dan bertawakal. Ada rezki, adalah nanti. Moga aku dan sahabat-sahabat ku akan terus diberikan kekuatan. Sama-sama kita berusaha untuk kejayaan yang satu. insyaallah. Yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan !!
No comments:
Post a Comment