13 March 2012

Kenapa lelaki suka duduk belakang?-part 1


Mungkin ini perkara biasa. Semakin menjadi biasa. Malah sudah menjadi norma dalam diri kita. Sampaikan pewaris kita ikut serta mengamalkannya. Apakah ia??

Satu perkara yang menarik minat aku baru-baru ni. Berkenaan pelajar lelaki suka duduk di bahagian belakang dalam kelas. Perkara ni dah lama sangat berlaku dan terjadi. Cuma baru-baru ni menjadi permainan dalam minda ni. Gara-gara situasi ni, 

" eh mamat, meh la duduk depan ni," mamat jawab "eh gila ke hape nak duduk depan, tak nak aku". 



Pernah berjumpa dengan situasi ni?? Wajib lah pernah kan. Perkara yang menjadi amalan sekeliling kita. Terutamanya dalam lapangan pengajian di mana-mana institusi pendidikan. Di Malaysia sahaja agaknya.  Kenapa ya agaknya perkara ni berlaku?? Kalau nak bercerita soal kejantanan, maknanya lelaki di Malaysia kurang kejantanannya lah yer?? Ataupun lelaki di Malaysia bukan jantan??

Aku perlukan jawapan untuk persoalan ini. Ada sesiapa yang sudi berkongsi?? silakan

#aku sambung untuk part kedua nanti. 

3 comments:

El said...

lelaki tak sukakan perhatian dari lecturer/cikgu...kecuali kalau kaki kipas, tu lain cerita. haha

hakir said...

mungkin juga, tapi kan, kebanyakan pelajar yang sukakan perhatian lecturer atau guru, pencapaian akademiknya bagus,

UniMeOw said...

aku pon pelik..stakat ni x jumpa jwpn g...