"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,"
- Safwan Anang -
Wajib aku gelak perkara ni. Aduhai generasi ku. Sudah sampai begini tuntutan mu. Aku bukan apa, tuntutan ini bagi aku boleh dikatakan melampau, sampai nak hapuskan hutang PTPTN. Bagi yang meminjam nampak seronok dan gembira kan. Mesti la kalian sokong tindakan menghapuskan hutang ni. Gila apa hutang beribu riban, dikira halal macam tu je.
Aku pun meminjam jugak dengan PTPTN. Berpuluh ribu jugak la jumlah hutang kalau dikira. Tapi tak sampai la aku nak minta hapuskan hutang tu. Adat la meminjam, kena la bayar balik. dalam Islam sendiri pun ditekan kan dengan pembayaran balik hutang meskipun kita sudah meninggal dunia, waris diminta menyelesaikan hutang-hutang si mati.
Wahai mahasiswa, bermaruah la sikit, orang yang terdahulu boleh saje bayar balik hutang tu walaupun sedikit demi sedikit. Rokok mampu kau beli berkotak-kotak setiap hari, baju baru mampu kau gayakan setiap minggu, rasional la dalam setiap tindakan.
Bagi aku untuk tujuan pemansuhan hutang adalah tidak relavan. Seharusnya apa yang diperjuangkan adalah pengurangan bayaran bunga atau faedah, ataupun menghapuskan faedah pinjaman. Itu baru betul. Baru la bermaruah sikit.
Analogi mudah macam ni la,
abu pinjam duit pak hasan, nak beli motor untuk kegunaan dia. Lepas dia selamat beli motor, dia rasakan dia patut buat demo tuntut pak hasan supaya hapuskan hutang yang dia gunakan untuk beli motor kegunaan dia. Adil ke bagi pak hassan tu kalau macam tu??
#hari ini masuk ke tandas cikai pun berbayar~
7 comments:
biasa la tu bro..jenis tak mengenang jasa..dulu time xde duit nak blaja sanggup bratur mintak loan..dah bagi taknak bayar plak..perjuangan salah ni.
tulah tak paham betul diaorang ni..
Tgok je la ek kptusannye nnt, ghaso eh modal politik sumo niyh,
orang xkenang budi mmg mcm tue huh!
wahh.... manyak cantik la muka kan..abis kita2 yg da settle bayar ni cemna?
Kalo taknak bayar, toksah pinjam.
Mudahnya prinsipnya.
itula, nama pun mahasiswa, prinsip asas pinjaman pun tak tahu. Mudah, tak nak bayar, tak perlu pinjam. Pemikiran mahasiswa hari ini perlu bezakan agenda politik, dan survivor mahasiswa dalam dunia hari ini
mungkin juga
Post a Comment