Sebuah pekan koboi, yang diisi dengan pelbagai jenis ragam manusia. Pelbagai watak tercipta, meski pun hanya sebuah pekan cilik, yang mahu meniti dewasa. Ramai kurang tahu, dimana letaknya Dunia Tanjong Malim. Mungkin paling umum, di Perak.
Dah dua tahun aku hirup udaranya, jujur kotor. Index udaranya selalu mencapai tahap tidak sihat. Aku jadi pelik, Dunia Tanjong Malim bukan bandar besar seperti Klang atau Shah Alam. Mana datangnya zarah-zarah toksik yang berterabur merata dalam setiap ruang udara Tanjong Malim?
Ada sahabat aku kata, Tanjong Malim ni unik, dikelilingi oleh banjaran yang tinggi dan luas. Seolah-olah terkepung dalam ruangan banjaran yang tinggi, sampaikan udaranya tak beredar cergas dan sihat. Kesannya udara yang kotor dan toksik berkumpul dan bersatu menjadi nafas yang dihirup penghuninya. Sahabat aku yang kata.
Sudah tiga bulan aku tak ke sana. Tak tahu apa jadi. Mungkin sudah lebih cantik, yang pasti banjaran itu tak akan ditarah.
Minggu lepas pasti ramai yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke Dunia Tanjong Malim. Menghantar suku sakat ke UPSI. Untuk timba ilmu. Mencari pedoman dunia dan akhirat.
Dunia Tanjong Malim, sebuah harapan dan kenangan. Mencipta memori dan kisah silam bagi sesiapa yang mengenali UPSI, sedari Sultan Idris Training College, membawa kepada Maktab Perguruan Sultan Idris, terus menjadi Institut Perguruan Sultan Idris, dan akhirnya menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Menggamit kenangan, bergelar anak kandung suluh budiman =)
#kisah kecil Dunia Tanjong Malim
2 comments:
walau guru dikritik di pandang sinis
namun tg malim berusaha melahirkan guru yang mendidik si pengkritik
ya, biar kita dikritik, asal kan kita belajar, supaya satu hari nanti kita ajar si pengkritik, bukan dengan kritikan tetapi dengan pelajaran =)
Post a Comment