Showing posts with label PERSADA. Show all posts
Showing posts with label PERSADA. Show all posts

18 August 2012

salam lebaran : jiwa hakir

Selamat hari raya maaf zahir dan batin, aku ucapkan buat semua sahabat, tak kira kenal atau tidak, yang sudi menjengah dan membaca blog jiwa saya ni. Kejap je rasa kan, tiba-tiba esok dah raya dah. Masa berputar ke berlari??



Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan beraya di rumah sendiri, di Felda Raja Alias 4, Seri Jempol Negeri sembilan. Usai solat sunat hari raya dan makan berjemaah bersama famili, mula la bertolak ke kampung mak & abah, Batu Pahat Johor. Untung dua-dua kampung dekat, tak ada la konflik dan krisis pulang beraya. 



Bila nak raya ni, pastinya banyak memori dan kenangan kan. Terlalu banyak kenangan dalam episod raya aku. Antaranya, pernah satu episod raya, tak ingat tahun bila, aku dah siap-siap beli songkok nak bawa sembahyang raya, bila esok paginya nak pergi masjid, songkok tu hilang ! punya la kelam kabut cari tak jugak jumpa. Kena marah dengan mak lagi. Sudahnya pergi pakai songkok lama. pilu. 



Balik tu, jumpe songkok, nyorok belakang kotak. Tak ada rezki nak bawa p masjid kan. 

Tahun ni raya terisi dengan kursus induksi PERSADA kebangsaan di UPM. Raya ke-6 dah kena pegi UPM. Tak apa lah, pengorbanan untuk orang lain kan. Moga segalanya dipermudahkan oleh Tuhan. 

Salam lebaran ~

18 April 2012

aku rindu pada dia



sudah lama aku tak bersua dengan dia, 
terasa lamanya tak tatap wajahnya. 


Rindu mula menjalar dalam segenap ruang minda ini, 
lebih-lebih lagi bila sedang bekerja.


Masih ingat, waktu mula-mula mengenali si dia, 
terserlah kegigihan pada tiap gerak langkahnya. 
Tatkala dia menuturkan kata, membuatkan yang lain berasa hormat pada arahannya. 
Hebat bukan dia. 
Dia sangat hebat bagi ku, dia wanita hebat yang gigih !!


Pada bicaranya ada ketegasan. 
Memberi nada pelajaran buat anak buah, memberi hikmah buat adik-adik tersayang. 
Aku rindu saat dia membetulkan apa yang salah. 
Walaupun dalam hati ini membentak mencari kebenaran diri. 
Dia tetap sabar melayan kerenah kami adik-adik.


Teringat aku, 
waktu kali terakhir dia berkhidmat buat kami adik-adik, 
tika itu di Gerik, 
sebelum kami meninggalkan dia, 
sempat dia memberi amanat, 
memberi nasihat, 
sampai sebak menghujani wajahnya, 
menggamit emosi sedih menguasi setiap ruang isi hati kami,
sangat terkesan waktu itu.


Ingat lagi, 
waktu aku bersama dia dan dua lagi sahabat, 
mengikat janji dan tekad,
bersaksikan kedinginan kundasang, 
kami menanam tekad, 
kan menjaga PERSADA tidak kira apa yang berlaku, 
mewarisi amanat dia untuk meneruskan kegemilangan anak felda bertuah.


Saat itu air mata menjadi peneman, 
tangisan mengalir memahat rapi tekad kami,
tidak dihirau sekeliling, 
biar mengalir air mata jantan cair menitis ke pipi,



Jujur aku rindu dia, 
bagai rindu seorang adik pada kakaknya, 
moga dia senantiasa mendapat rahmat Tuhan, 
dipermudahkan segala urusan, 
moga Tuhan murahkan rezkinya.


dia lah wanita hebat....Nor Ashikin binti Mohd. Yusof



abg sofuan, kak ekin, aku, & anis


30 October 2011

KEM PEMANTAPAN FASILITATOR DAN PROTOKOL PERSADA KEBANGSAAN 2011

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi, kerna dengan limpah dan inayahnya, dapat aku bersama-sama para sahabat, melaksanakan satu program yang boleh aku kira payah dan sulit untuk dilaksanakan. Pada mulanya dalam diri ni timbul satu persoalan, boleh ke aku buat dan laksana program ni? persoalan ini lah yang sering membuatkan aku fikir banyak kali nak buat program sebesar ini. 

Alhamdulillah, dengan niat nak bantu sahabat-sahabat PERSADA yang lain, maka aku cuba beranikan diri untuk buat dan laksana program ni. Dengan semangat, dan dorongan sahabat-sahabat PERSADA UPSI, yang sama-sama berganding bahu dengan aku, menjadi tulang belakang program ni, aku rasakan amat terhutang budi dengan mereka semua. Tak ada ungkapan yang dapat aku lafazkan untuk mengucapkan dan melahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat aku kepada mereka. 

Ya, aku akui, memang banyak masalah dan ujian untuk melaksanakan program ni, tetapi dengan semangat dan kegigihan rakan sekerja yakni para urusetia, membuatkan aku semangat nak realisasikan program ni. Masing-masing cuba buat yang terbaik untuk PERSADA, itu yang paling aku terharu.

Setiap masalah yang datang, kita hadapi sama-sama, kita selesaikan sama-sama, hasilnya, alhamdulillah berjaya. Mungkin selepas ni memori sahabat urusetia bermesyuarat di lobi bitarasiswa akan terus bermain diminda. Walaupun kita tak ada tempat yang selesa untuk berbincang program yang besar, tapi kalian gigih datang bermesyuarat. Dah la dengan hari yang hujan, kalian sampai juga di kampus untuk sama-sama bermesyuarat. 

Malah, ada juga yang bertindih, antara kelas dan mesyuarat program, tapi anda datang juga mesyuarat selepas kelas berakhir, aku cukup terharu dengan komitmen yang anda semua berikan. Baru aku perasan, kita cuma bekerja dalam tempoh tiga minggu sahaja untuk buat semua kerja. Anda sangat gigih!

Untuk makluman semua, ini merupakan program pertama aku sebagai pengarah program, dan aku tak sangka program pertama aku akan sebesar ini. Sesungguhnya Tuhan itu maha mengetahui segala-galanya. Dengan tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat, aku kuatkan semangat untuk buktikan yang aku boleh buat program ini. 

Terima kasih yang teramat juga aku titipkan buat abang Iman. Beliau banyak berikan aku semangat dan dorongan nak laksanakan program ni. Tak terungkap kata untuk melafazkan dan menzahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat. Terima kasih abang Iman!!

Buat barisan urusetia, aku dah anggap kalian semua seperti satu keluarga. Keluarga yang bekerja bersama-sama untuk PERSADA. Aku harap, talian yang terbina ini akan berpanjangan untuk selamanya. Aku cukup berbangga kerna Tuhan memilih kalian sebagai rakan sepasukan untuk program ni. Terima kasih Tuhan..

Buat semua peserta yang sertai, aku harap kalian sudah menimba ilmu serba sedikit, untuk kalian manfaatkan buat PERSADA universiti masing-masing. Aku harap, kalian dapat amalkan dan sebarkan untuk mengangkat darjat PERSADA khususnya. Harumkanlah nama PERSADA di universiti masing-masing, kukuhkan ikatan antara ahli. jangan ada pesengketaan adik beradik dalam keluarga PERSADA, kerna itu adalah musuh utama yang memecah belahkan kita. 

Aku sangat sayang dengan PERSADA, aku bangga menjadi anak FELDA, sebab dengan FELDA lah abah dan mak aku membesarkan aku. Dengan hasil titik peluh, dan juga bantuan FELDA, akhirnya membuatkan aku sampai dimana aku berada sekarang. Jangan pernah anda malu untuk mengaku ANAK FELDA, kalau anda malu, alangkah malunya FELDA memiliki mu sebagai generasinya..

Akhir kalam, aku memohon seribu kemaafan, dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki, anda sepanjang program berlangsung, ada kesilapan, dan kekhilafan yang aku buat. Aku insan biasa yang sedang belajar meniti dewasa. Aku harap, program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan, dan aku mahu orang lain buat yang lagi baik daripada aku, demi PERSADA dan FELDA!!

wasalam..

30 June 2011

pertama kali : meeting

bagi aku, 
ini kali pertama aku sertai meeting profesional,
mungkin bagi kalian selalu,




semalam aku sertai satu meeting,
antara pihak pentadbiran UiTM jengka dan PERSADA,




Aku masuk sekadar jadi pemerhati,
yela, lagi pun aku baru sampai kat jengka jam 1 tengah hari,
terus ke UiTM untuk meeting jam 2.30 petang.
dengan perut merengek kelaparan.
alangkah....


terminal bas jengka..


Tapi ini pengalaman menarik,
teruja masuk dalam bilik mesyuarat,
walaupun bagi orang lain itu adalah neraka.

14 June 2011

KEMBARA PERSADA 2011 : Uitm Shah Alam

Setelah dua minggu aku tak menulis entry baru, terasa kekok sikit tangan nak  menaip panjang. Yela, dua minggu kan tak menjengah dunia maya nie..

Aku nak berkongsi la pengalaman, dan juga kenangan yang aku dapat sewaktu tempoh dua minggu ni,(banyak siottt!!!!)


Bermula dengan tanggal 30 Mei 2011, aku mula bergerak dari rumah aku, jempol negeri sembilan dan terus menuju ke Pasar Seni, sebab nak tunggu abang sofuan, dia pon join jugak, so ade la kawan kan dari UPSI.

tolong la!!!!


KAmi terus ke Uitm shah alam, (walaupun kami berdua langsung tak tahu jalan ke sana, hehe) Kami dapat mesej yang mengarahkan kami untuk mendaftar kat Kolej Mawar. So dengan tak tau ape2 kami pon pergi jela. MAsa nak naik bas dari Pasar seni tuh, rupa-rupanya kena pakai kad kalau nak naik rapid kl, kami nie mane la duduk kl, so tak tau la kan..huhu masa tu jugak kami beli kad rapid kl tu, katanya canggih, tapi bagi aku menyusahkan jer...

Sampai di Uitm, langsung jadi rusa masuk kampung, hehehe yela, UPSI tu kecik jer, mane la besar gedabak macam uitm shah alam tuhh.. sabo jela..

karya anak-anak felda...


Malam tu terus kami diberi taklimat tentang perjalanan program. Rupa-rupanya esok kami akan jadi fasilitator!! memang mengejut dan kami tak tau langsung fasal tu. Dengan alasan, nak melatih kami semua ahli persada.. Kami dikejutkan lagi dengan kami akan dipecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan stay kat uitm shah alam, dan satu lagi akan ke Felda LAyang-Layang , Segamat, Johor. huhuhu sabo jela.. (nasib baik UPSI di Uitm Shah Alam...)

Keesokan hari nya aku dengan atan dan din,(kawan baru dari UPNM dan UMK) pergi ke Felda Bukit Mendi, untuk ambil pelajar. Agak seronok la, dapat makan ikan patin, hehee

MAlamnya terus dengan aktiviti untuk kem moyivasi, budak-budak dalam lebih kurang 300 orang untuk diuruskan oleh fasilitator yang tak seberapa..huhu..

sibuknya..

bagi aku, ini lah program yang aku rasakan paling mencabar pernah aku join. Cuba bayangkan, setiap masa ade je budak sakit, dan pengsan!! aku tak tahu la kenapa, mungkin sebab first time rasa udara bandar kot, tu yang dok lalok jer, err...

wajah-wajah ceria


berkumpul di dataran...

Pernah tu satu malam lebih kurang 5 orang pengsan!! ambulan pon dah boring asyik datang jer ambek budak..


fasilitator yang gigih..atan..hehe


Ada satu malam tu, malam terakhir, ada sorang budak lelaki kena ala-ala kerasukan, mula-mula dia pengsan, lepas tu bila dah sedar meracau-racau. Kami fasilitator tak tido malam tu kena jaga budak-budak ni, takut berjangkit pulak kan, aku dengan kawan-kawan yang lain duduk kat tepi bilik budak yang kena rasuk tu, borak-borak kosong kepenatan...bayangkan, dah la letih seharian nak kena jaga program dan control budak, malam tu tak dapat tido pulak.. pengorbanan kan..

fasi-fasi yang ceria dengan baju birunya..


muka-muka generasi felda..

Yang pelik nya hari akhir, langsung tak ada yang sakit!!!! 

Sepanjang program motivasi ni banyak yang aku belajar, yela bayangkan dengan tak ada modul yang tersedia, kami sanggup buat program untuk adik-adik kami, itulah sumbangan kami untuk anak-anak Felda, supaya insyaallah mampu sampai ke menara gading seperti kami...

*nanti aku sambung lagi..


29 October 2010

PERSADA UPSI-aku mula

lama sudah tak berkongsi rasa dan jiwa. kelapangan masa begitu sukar untuk dicari, mungkin ada hikmah disebaliknya..

dalam kesempatan ini ingin aku kongsikan beberapa agenda yang berlaku dalam hidup aku. pertamanya aku nak kongsi fasal PERSADA. apa PERSADA??? PERSADA ni adalah Permuafakatan Siswa/i Felda. satu organisasi yang baru diperkenalkan. aku mula join PERSADA ni awal bulan lepas, itu pun sebab kawan aku bagi borang dan ajak aku join. mula-mula aku tak tau apa tu PERSADA, tapi lama-lama lepas dapat info daripada senior, barulah aku tahu peranan PERSADA yang sebenarnya..
Bagi aku PERSADA ni memag bagos untuk kami anak-anak Felda yang berada di IPT, sebab sekurang-kurangnya ada satu organisasi yang menjaga dan membela kami dari segi sokongan moral dan juga sebagainya kepad kami yang berstatus anak Felda. bukan aku nak cakap kami ni tak cukup sokongan moral, tapi hakikatnya kami memerlukan lagi untuk menunjukkan yang kami mampu berjaya walaupun kami anak Felda. seringkali kami diperli dan dicaci, "anak felda bermasalah""anak felda sosial lebih""anak felda jahat""anak felda  sahsiah teruk" dan sebagainya. inilah cabaran yang kami hadapi apabila bergelar anak Felda apabila menghadapi dunia luar yang kononnya lebih 'suci dan sempurna' tingkah lakunya. Apa hak mulut mereka nak mengina kami?? apa lesen yang mereka ada nak mengutuk kami?? salah ke bapa dan ibu kami bergelar peneroka FELDA??? dosa ke ??? manusia apabila minda dan akalnya buta, maka atanya juga buta untuk mengenal mana intan atau kaca. aku tak nafikan dalam kalangan muda mudi Felda ada yang bermasalah, tetapi kenapa kami di Felda yang sering dilabelkan bermasalah?? sedangkan di bandar-bandar, kampung-kampung, pekan-pekan yang bukan tanah rancangan Felda turut dilatari masalah yang sama, bahkan ada yang lebih teruk daripada muda mudi Felda! kenapa masalah ni tak dipertikaikan dan dikutuk bersama-sama?? kenapa wujud double standard dalam masalah ni?? apa dosa kami warga Felda kepada anda diluar sana???
aku tak kisah, sesiapa pun nak kutuk Felda, kutuklah, cacilah,hinalah sementara mulut anda masih lagi mampu melafazkannya. jangan nanti bila mati, menyesal tak dapat kutuk Felda secukupnya.
sebenarnya mereka yang menghina dan mencaci Felda ini cemburu dengan kejayaan Felda. Kenapa mesti cemburu?? Allah telah menetapkan rezki masing-masing, siapa usaha dia berjaya. itulah prinsip dalam peneroka sebenarnya. kenapa aku cakap macam tu, sebab sebagai peneroka, mereka membeli tanah mereka sendiri, hasil titik peluh mereka sendiri, mereka kerjakan kebun mereka sendiri, dan hasil kerja mereka dibuahkan dengan hasil tanaman seperti kelapa sawit dan getah. inilah rezki yang mereka peroleh untuk menyara kehidupan mereka. cuba dibandingkan dengan kerja yang lain, seperti makan gaji. mereka dibayar gaji yang tetap setiap bulan, walaupun kadang-kadang apa yang mereka lakukan sepanjang bulan tu tak setimpal dengan bayaran yang mereka dapat, balik awal, tidur dalam ofis, berbora-borak, guna peralatan pejabat untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya. jadi kita dapat lihat, betapa jauhnya perbezaan kerja dan usaha antara peneroka Felda dan makan gaji. mana yang lebih baik?? tepuk dada tanya minda..
aku sebagai generasi kedua Felda, amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga Felda..moga satu hari nanti ada sirna buat mereka yang mengutuk Felda, dan terbit sinarbuat kami anak-anak felda..insyaallah...