Showing posts with label iklan ramadhan 8tv diharamkan. Show all posts
Showing posts with label iklan ramadhan 8tv diharamkan. Show all posts

07 August 2011

Iklan Ramadhan 8TV diharamkan!!



Terbaca disebuah blog,
perihal satu iklan yang dikatakan sudah haram.


maka aku pon cuba la untuk tonton,
dimana letaknya darjat,
sehingga dilabelkan sebagai haram.


lepas seketika menonton,
bagi aku,
ada pro dan kontranya,
mungkin disampaikan dengan kurang mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia-yang sangat sensitif.










Ceritanya tentang seorang perempuan cina,
peri lakunya di bazaar Ramadhan,
dan mengajar tentang etika berada di bazaar Ramadhan.


Bagi aku benda tu elok,
sebab ramai masyarakat Malaysia terutamanya bukan beragama Islam,
kurang fasih dan faham tentang perkara ni,
almaklumlah, orang Islam sendiri pon berperangai macam tu,
aku rasa ini suatu tempelak kepada orang Islam sendiri,
yang langsung tak tahu adab,
ketika di bazaar ramadhan.


dengan pakaian tak semenggah alam,
mencolok mata sehingga buta pahala orang lain,
langsung tak menggambarkan peribadi Islam.


yang tutup aurat juga,
cantik dah tutup,
tapi ketat!!
al maklumlah, Malaysia kan panas,
tak tahan panas-neraka lagi panas.


berbalik pada iklan,
cuma bagi aku yang kurang pada iklan,
adalah watak utamanya seorang perempuan cina,
seolah-olah orang cina sahaja yang tak tahu dan faham etika moral muslim,
walhal muslim juga ada yang bodoh isu islam.


sepatutnya letak juga watak orang melayu-Islam,
supaya menjadi kesedaran secara sinis buat mereka yang Islam.




sama-sama kita hargai bulan yang mulia ini,
dan sama-sama kita ragut dan cantas segala rahmat yang Tuhan kurniakan,
khas sempena kedatangan Ramadhan.


saksikan lah iklan ini untuk anda renungkan...