Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

29 November 2012

beli masa ayah...

cerita ini aku salin daripada mukabuku, terbaca daripada status seorang sahabat, tersentuh, dan nak berkongsi dilaman jiwa saya ni... bacalah, bukan nukilan aku.. 


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?



Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.



"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.



Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." 
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


#rindu abah 

22 June 2012

rindu itu lambang kasih

Baru beberapa hari di rumah, aku sudah mulai rindu pada teman-teman sekampus. Rindu untuk berbual, berkongsi cerita dan idea, walaupun kami buat perkara yang sama setiap masa. Rindu itu lambang kasih dan sayang, yang sudah terpateri dalam jiwa, untuk mengisi kekosongan dalam hati. Mungkin sebab itu Tuhan ciptakaan rindu. 



Setiap kali berjauhan, pasti akan rindu, setiap kali tidak terlihat dek mata, pastikan rindu, sinonimnya rindu itu dengan perpisahan. Lagi-lagi kalau perpisahan yang berkekalan. Lagi bertambah kerinduan. 


Apa lah yang terdaya bagi seorang manusia biasa, sekadar melafar rindu, mengait kasih bersendiri, melampias sayang pada ingatan yang melayang penuh makna. Sering tertewas dengan rindu, kasih dan sayang kan. Itulah, manusia. Tapi kena ingat, tak salah kerinduan, tak salah berkasih sayang, asalkan diletakkan pada tempatnya. 

#rindu nak bergaduh dengan Zakir