Showing posts with label main mercun. Show all posts
Showing posts with label main mercun. Show all posts

30 July 2012

tragedi mercun: alah bisa tegal biasa

Setiap kali ramadhan tiba, saat bahagia buat semua. Tak kira, dari semulia-mulia imam, hingga lah ke sehina-hina hamba. Semua meraikan mengikut caranya. Pastinya berbeza setiap mereka. Setahun hanya sekali, merayakannya wajib sekali bagi mereka, dan kita. 



Mercun? Bunga Api? ya. alat mengghairahkan ramadhan buat segelintir manusia. Siapa sangka, bingit dentuman mercun yang seakan suasana medan perang, jadi santapan halwa telinga pada malam-malam ramadhan yang mulia di negara kita. Cukup meriah. Seolah-olah berperang mengikut penjuru mukim perumahan, mungkin juga ikut kariah masjid, tak pun ikut parti, lawan sesama sendiri. Siapa dentuman paling kuat dan cantik cahayanya, dialah juara rakyat!!

mercun macam ni agaknya berapa harga??


Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Siulan orang tua, buat nasihat generasinya. Namun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Padanan yang cantik untuk bahasa dan suasana. Tiap kali tibanya ramadhan, berita tentang kecelakaan mercun menjadi santapan Buletin Utama. Jari jemari yang Tuhan kurniakan cukup sepuluh, hilang satu demi satu, putus separuh berkecai akibat dentuman mercun. Agaknya nanti bila di akhirat, menghadap Tuhan, Dia tanya kenapa jari tak cukup sepuluh seperti mana waktu Dia ciptakan kamu? agak-agak nak jawab apa? wallahualam..

hilang..


Serik tu perkara subjektif. Susah manusia nak faham tentang serik. Kita tengok berita saudara kita dari entah mana putus jari, kita jadi gementar. Lepas dua tiga minit, hilang perasaan gementar, lantas pacuan nafsu yang menggila menggoda jari jemari untuk membakar sumbu mercun yang seolah-olah memanggil-manggil untuk dibakar. Lantaran iman yang goyah, dan sikap inovasi yang menguasai setiap cabang saraf, timbul idea untuk menaik taraf mercun yang sedia ada. Harap letupan nanti yang kan terhasil, seperti atom yang menggegar Nagasaki. Nah bila dibakar, putus jari jemari. 

kegilaan ramai


Ingat lagi tahun lepas, satu tragedi berlaku apabila sebuah rumah usang yang menjadi markas dan gudang simpanan bekalan mercun,  meletup hingga mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, hinggakan mayatnya berkecai dan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter. Lihat bahana mercun, tapi kita tak pernah sedar dan insaf, sebab agaknya insaf tu bagi mereka yang sudah kena, bukan kita. Mungkin la. 



Undang-undang sudah ada. Penguatkuasaan juga sudah ada. Cuma yang tinggal adalah kesedaran dalam setiap jiwa manusia dia negara kita. Ada masalah kita selalu tunding jari menyalahkan pihak berkuasa, tapi kita tak pernah menilai diri kita samada kita dah betul dalam setiap tindakan kita. Ya, tiada manusia yang sempurna, tetapi cubalah ke arah sempurna. Muhasabah diri kita. Sampai bila kita nak terus hidup dalam lingkaran kebejatan diri kita sendiri? sampai bila kita nak menyulam dosa menjadi tiket ke neraka? sampai bila? 

Perkara paling jauh dengan kita adalah masa lepas, dan perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati. Moga, kita sentiasa mendapat hidayah dariNya..

Salam Ramadhan 

11 August 2011

11 Ramadhan : jari jemari mula putus-mercun

nampaknya musim tragis sudah tiba,
ngeri mencengkam dada.


darang dan daging bersepai berlinangan dibalik kesakitan, 
itulah fenomena yang sedang melanda negara Malaysia.


kalau di Palestin,
anak muda mudi cacat anggota badan kerna berperang,
menentang musuh laknatullah,


tetapi di Malaysia, 
tiada musuh yang perlu diperangi dengan senjata fizikal, 
cuma berlawan digelanggang mental semata-mata.


lihat sahaja akhbar hari ini, semalam dan semalamnya,
sudah diisi dengan slot tragis,
"putus jari gara-gara mercun buatan sendiri",
"buta sebelah mata gara-gara mencun"
dan pelbagai lagi bentuk judul pelaris akhbar.








hakikatnya masyarakat kita tak pernah serik, 
waimma dibilang oleh pihak berkuasa,
betapa bahayanya bermain bahan letupan, 
tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi, 
melimpah ruah membasahi bumi..










kanak-kanak terus dibeli dan dibiar berpeleseran,
serta dibekalkan wang atau sebiji dua mercun bola,
untuk menjadi senjata dimalam ramadhan.








orang tua pun satu,
menjadi agen pengkudung tangan-maaf kalau salah kosa kata,
menjual segala macam jenis mercun,
corak, warna, bentuk dan nama.










sampai bila negara kita akan disinari kes kecederaan bermain mercun?


aku pon main mercun-masa kecik,
tapi tak pernah pula nak memandai-mandai ubah suai,
nak men'cantik' kan lagi bunyi letupan,
hakikatnya itulah punca berlakunya kes kudung tangan dan jari jemari.








bagi aku,
nak main mercun tak salah-disisi undang-undang salah,
asalkan tidak mendatangkan kecederaan kepada diri,
dan kepada orang lain.




mari kita sama-sama renung dengan akal, 
fikir sejenak dengan emosi dan iman, 
ditambah dengan ilmu yang sedikit lebih kurang,
simpulkan dipenghujung pemikiran, 
cerna ia dan telanlah supaya menjadi tonik didalam jiwa,
jika apa yang difikir hanyalah racun semata-mata,
maka matilah jiwa.


salam ramadhan..


*jangan baling mercun dekat rumah orang ya!!