Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

18 June 2012

cendol : bukan yang diharapkan..

Entry sebelum ini tentang keinginan aku yang melonjak-lonjak ingin kan cendol.Ya, Tuhan sudah pun makbulkan. Nikmat sekali bila suapan sudu menyentuh bibir lalu menyuakan isi cendol yang dingin sekali. Ditambah rasa lemak oleh santan yang datang daripada kelapa tua. Owh.. nikmatnya..



Namun, Tuhan itu maha adil. Sesuatu nikmat yang diberi, pastikan ada ujiannya. Dugaan yang ku terima, hingga membuatkan kesedapan dan kenikmatan menikmati cendol itu hilang serta merta. Biarlah terus menjadi kuburan yang tak bernisan. Biar lenyap ditelan masa dan zaman.

Aku masih miliki ramai sahabat. Yang mampu membuat aku tersenyum, yang mampu menjetik hilai tawa ku, masih mampu membikin hati ini senang dan tenang. Sahabat itu tiada tara nilainya. Sahabat sejati tak kan meninggalkan sahabatnya. 

#maaf, andai selepas ini kita bersemuka sebagai seteru

25 February 2012

Pecahkan Tembok Itu !!



Dalam kita ralit mengejar mimpi, kadang kala kita tak perasan, yang sebenarnya kita sendiri lah yang menjadi musabab kepada kegagalan kita. Sukar untuk percaya bukan. Jangan takut untuk percaya, itu norma dalam perjuangan yang belum selesai.



Setiap langkah yang kita tapakkan, menjadi penanda aras, dimanakah letaknya usaha yang kita lakukan. Sejauhmana usaha dan kegigihan kita sudah laksanakan. Sebab itu Tuhan suruh kita berusaha, berusaha untuk mengejar kejayaan dan berusaha untuk mengubah dan memperbaiki diri sendiri.

Lantaran itu, usaha yang bermakna, sertakan dengan niat kerana Allah SWT. Itu sebaik-baik usaha untuk diri seorang hamba. Berserahlah padanya serendah-rendah darjat kita padaNya, sehina-hina makhluk padaNya.



Setiap tingkah semasa menuju kejayaan, isikan dengan keazaman, dan kepercayaan pada diri. Isikan dengan sepenuhnya, jangan biarkan kelompangan ikut serta mewarnai perjuangan mu. Kuatkan hati dan semangat mu untuk Berjaya. Jangan pernah cuba membina tembok penghalang kepada kejayaan. Manis sebuah kejayaan itu sudah Tuhan hidangkan buat kita, Cuma diri ini sahaja yang membina tembok menghalang kita menikmatinya.

Pecahkan tembok itu !! Musnahkan ia sampai menjadi debu yang berterbangan ditiup pawana sepi. Bagaimana?? Mudah sahaja, gunakan kekebalan dan kekuatan minda anda. Usah anda hasilkan persepsi yang anda tidak mampu. Jangan pernah ungkap rangkap, aku tak boleh, jangan cuba bermadah, aku tak mampu. Sesungguhnya itulah tembok keluli yang menghalang anda untuk menikmati kejayaan janji Tuhan.

Keajabiban mudah sahaja berlaku. Itu kerja Tuhan. Persepsi positif mudah sahaja menjadi lafaz hikmat yang penuh magis. Merealisasikan sesuatu hasil usaha yang dikerjakan. Buangkan persepsi negatif. Itu racun paling berbisa untuk memusnahkan kejayaan anda.

Yakin dan percaya dengan diri sendiri itu senjata hikmat yang Tuhan kurniakan buat akal manusia dalam membantu setiap orang insan yang berusaha. Inilah senjata paling ampun Tuhan kurniakan. Gunakan sebaik mungkin. Sering saja senjata itu disalah gunakan. Jadikan kali ini sebagai ruang dan peluang untuk anda manfaatkan keyakinan anda dan kepercayaan anda terhadap diri sendiri. 
Ubah dan percaya, nescaya anda mampu berjaya !!




p/s : SELAMAT MAJU JAYA BUAT KELUARGA KDBM KU YANG BERAKSI DALAM DEBAT PERDANA INTEGRITI 2012 !!

09 February 2012

Musnahkan tembok penghalang kejayaan !!


Alasan memang mudah untuk dicipta. Dicipta untuk menbataskan tindakan kita. Untuk memlemahkan kita. Sebab itu sebenarnya alasan hanya akan memusnahkan keyakinan kita terhadap sesuatu. Dalam kita melakukan sesuatu pekerjaan atau satu perbuatan, bila wujud alasan, "aku tak mampu buat"  " aku takut nak buat" maka akan musnahkan kejayaan yang sebenarnya milik kita apabila kita yakin melakukannya.

Apabila kita membina alasan, demi menutup kelemahan diri kita, sebenarnya kita membina tembok penghalang untuk kita meneruskan langkah menuju ke matlamat yang ingin kita capai. Tembok setinggi langit kita bina dan kukuhkan yang menghalang kita mengaut kejayaan. 


Untuk kita berjaya, musnahkan terlebih dahulu tembok itu. Pecahkan dah buangkan daripada menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Usir jauh dan jangan biarkan ianya menjadi penghalang kepada kita dalam kita menuju kejayaan.



Tanamkan kata-kata dan pemikiran positif dalam minda anda. Kuatkan kenyataan anda boleh lakukannya dalam segenap ruang yang ada dalam minda anda, supaya menjadi azimat yang membakar dan menyemarakkan keyakinan anda. 

Tiada perkara yang mustahil didunia ini selagi anda berusaha untuk mendapatkannya. Jangan pernah putus asa dengan semangat, jangan pernah pandang rendah dengan kemampuan diri anda. Jangan mudah menyerah kalah, dan jangan cepat menyerah kalah!! insyaallah anda mampu lakukan !! jangan lupa tawakal juga demi mendapat rezki yang direstui Tuhan..insyallah..

06 January 2012

terlalu layan emosi dan perasaan.


Akhir-akhir ini, sering saja aku bermain dengan hati dan perasaan. Sampaikan emosi terusik dan terganggu. Emosi sering mengadu, dia terlalu letih dengan hati dan perasaan. Dia mahukan rehat dan ketenangan. Dia perlukan sesuatu yang mampu membuatkan dia tenang. Ya, aku pun sudah letih. 

Mungkin pada luaran, aku mampu melakar senyuman, namun di dalam hati siapa yang tahu erti kepedihan dan kesengsaraan. Pendam mungkin adalah cara terbaik buat masa ini, supaya tiada yang akan kecewa. Tiada siapa yang akan salah sangka. 




Duhai diri, usah difikirkan apa yang berlaku, kerna tiada penting bagimu. Kerjakan lah yang wajib, dan laksanakan lah suruhan olehNya, itu lebih mulia dan bermakna buat kau. Usah buang masa fikir sesuatu yang menyakitkan hatimu, fikirkanlah sesuatu yang mampu membahagiakanmu, kerna itu ubat jiwa kurniaan Tuhan. 

Jangan pernah putus asa dengan takdir Tuhan, jangan pernah kecewa dengan ketentuan Tuhan. Semua itu ada hikmah, yang mungkin kau tak terlihat tika ini. Percayalah, sesungguhnya DIA lebih tahu apa yang kau tidak tahu..