Showing posts with label seks bebas. Show all posts
Showing posts with label seks bebas. Show all posts

30 December 2011

Malam sampai ke pagi.

Manusia, Tuhan kurniakan malam, untuk rehat. Menikmati indahnya mimpi dan takkurang juga kengerian syahdu mimpi. Ada yang bermula layar lena pada pangkal malam, ada juga yang menganyam lena pada larut malam. Manusia yang berbeda, warna kulit sahaja sudah tidak sama. Mungkin rambutnya sahaja. Rambut sama hitam, hati lain-lain.



Ada yang menjadikan malam sebagai punca rezki. Almaklumlah, gelap gelita. Sekadar bayang sahaja menjadi rupa. Mudah berniaga yang haram. Susah dikesan pihak berkuasa. Laris jualan !! Untungnya pada pembeli. Menikmati nikmat dunia tanpa ragu, dibekalkan dengan kenikmatan sementara. Dipenghujungnya, sadis, dan merana. Melanggan manusia untuk santapan batin, kononnya gersang tak dapat kawal nafsu. Dari merogol, baik membeli yang dah ada. Banyak pilihan koleksi. Bukan setakat wanita, yang lelaki azali pun menjual diri.




Ramai juga yang malamnya mengubah kehidupan. Berpeleseran mencari kepuasan. Terutamanya anak muda. Apabila kasih sayang dirumah, hilang entah kemana. Mungkin ibu dan bapa sibuk berpolitik, mungkin saja sibuk ditempat kerja. Mencari nafkah untuk anak-anak membesar dengan baik. Hakikatnya, rosak dalamannya. Anak-anak ini mudah sahaja dididik. Walaupun ada yang mengadu keras kepala dan kurang ajarannya. Cukup kasih sayang yang diberi, maka eloklah pekerti. Bukan harta benda pengukur kasih sayang. Kalau setakat sudah cukup membekalkan Ipad dan Iphone kepada anak-anak, usahlah mendabik dada anda sudah berjaya melaksana tugas keluarga. Buruk akhlaknya mungkin ada. 




Mungkin juga ada yang malam menjadi sinar buat hidupnya. Tatkala dia mencari redha Tuhan dengan bermunajat. Mencari ketenangan dan pengampunan diri. Dalam titip doanya, memohon restu Illahi, agar meneruskan hidupnya, dibawah payung Rahmat, dan disinar cahaya Rahim. Alangkah beruntungnya mereka yang memilih malamnya seperti ini. Mereka insan terpilih Tuhan !





Memang malam itu gelap. Tiada cahaya yang dapat membantu, meskipun bulan purnama mengambang. Hakikat, jalanlah dengan panduan, ikut arahan, agar anda tidak sesat dalam kegelapan malam. Andai anda sudah pandai, jangan juga mengingkar arahan, kerna malam itu masih gelap, dan gelap itu tetap gelap..


16 November 2011

Aktiviti seksual dua rakan Facebook terbongkar



KUCHING: Aktiviti seksual antara dua rakan Facebook bawah umur berakhir apabila ibu bapa gadis berkenaan membuat laporan polis atas dakwaan rogol.



Perbuatan tersebut diketahui Isnin lepas ketika gadis berumur 15 tahun terbabit berasmara dengan pasangannya yang berusia 16 tahun yang baru dikenali menerusi laman sesawang sosial.



Berdasarkan kepada laporan yang dibuat, polis telah menahan budak lelaki di kediamannya di Batu 6, Jalan Penrissen sekitar jam 10 malam dan ditahan di lokap.



Menurut sumber, pasangan kekasih remaja terbabit mengenali antara satu sama lain selepas berkenalan menerusi Facebook dan beberapa minggu kemudian mengadakan hubungan seks di kediaman lelaki berkenaan.

Ibu bapa remaja perempuan tersebut mulai menyesyaki ketiadaan anaknya di rumah mereka di Petra Jaya dan mendapati dia melakukan hubungan asmara selepas ditanya. Kes masih dalam siasatan lanjut.


*mungkin anda hairan, kenapa aku begitu sensitif dengan masalah sosial. Ya, memang aku concern tentang benda ni. Sebab apa? sebab aku berpegang dengan kata-kata ini, jika anda ingin lihat masa depan negara, maka lihat lah generasi nya hari ini. Dah, aku dah lihat, penuh dengan masalah, seks bebas, gangsterisme, seks songsang, dadah, merempit, bohsia, pelacur, kaki buli, perompak, perogol, semua ada dalam koleksi generasi hari ini. Maknanya ape? Malaysia akan hancur satu hari nanti. Tak setuju?? sila kan.. Anda ada akal untuk berfikit, maka gunakan lah. Soalan klise, siapa yang perlu disalahkan. Jawapan aku mudah, MAK DAN AYAH.