03 December 2011

Bila budak lelaki memandai-mandai


Hari ini aku berkesempatan ke KL. Bersama-sama sahabat demi kononnya menonton wayang. Tujuan asal, dengan hati berbunga, nak tonton wayang Ombak Rindu karya Osman Ali. Alkisahnya, dek kerana populariti manuskrip asalnya, tulisan tangan Fauziah Ashaari, maka semua warga Malaysia seakan-akan terpesona lalu berpusu-pusu mendapatkan tiket untuk menonton. Kesannya, tiket habis. Aku dan sahabat mengambil keputusan tonton Misteri Jalan Lama, garapan Afdlin Shauki. Nanti aku ulas, kerna itu bukan tujuan asal entri ini.

tak dapat tengok


Ceritanya bermula bergini. Dalam perjalanan aku ke Berjaya Times Square, dalam monorail. Sesak. Padat. Bau masam. Panas. Tak selesa rangkumannya. Namun mungkin rezki aku kan, dapat aku duduk, pada kerusi yang terhad. Sebelum tu aku dah belek dulu, tak ada orang tua yang berdiri, atau ibu mengandung. Maka aku duduk dengan penuh keyakinan menghadap cermin tingkap. Tiba satu stesen, masuk beberapa orang, antaranya enam orang remaja berpasangan.Sepasang berdiri disebelah kiri aku. Dua pasang lagi berdiri dihadapan aku, menyukarkan pandangan aku memandang panorama kotaraya. 



Dalam perjalanan, aku perhatikan, pasangan yang berada disebelah kiri aku, aku kira dalam lingkungan umur 15-17 tahun. Muda lagi. Namun aksinya sudah membuatkan aku teringin bagi penampar cikgu disiplin. Berpegang tangan, sambil bermesraan tanpa batas. Budak lagi kot!! Teringin aku nak tanya, "adik sekolah darjah berapa ya?" tapi tak sampai hati. 

gambar hiasan


Dua pasang lagi yang ada dihadapan aku, sang lelaki melingkari pasangannya dan meletakkan pasangannya dalam dakapannya. Seolah-olah aksi seorang lelaki melindungi pasangannya. Dua-dua aksi yang sama. AKu rasa mereka berempat adalah kawan, sebab mereka berbual sesama mereka. Perbuatan mereka melambangkan, sang lelaki seolah-olah melindungi perempuan tu daripada ancaman lain. Walhal pada yang sama sang lelaki menikmati susuk tubuh perempuan itu dengan nikmatnya. 



Apa yang aku nak bangkitkan ialah, melindungi wanita yang bukan muhrim, adalah bukan tanggungjawab lelaki yang bukan mahramnya, namun ada beberapa situasi yang terdesak sahaja boleh melaksanakan tugas sebagai pelindung. Dalam kes ini, bapa, abang atau adik lelaki adalah mereka yang paling tepat untuk menjadi pelindung kepada wanita-wanita ini. Namun, bila niat yang baik, nak melindungi wanita, namun dijalankan dengan cara yang salah, mendatangkan firnah dan dosa. Perempuan tu pula semakin suka dengan tindakan lelaki tu, sambil tubuh genitnya terkinja-kinja dalam dakapan lelaki haram baginya itu. Adakah sebab dia dilindungi oleh lelaki yang kononnya 'pelindung' mereka??

adakah mereka betul-betul pelindung?? atau didunia dan seksa di akhirat?



Mungkin apabila kalian baca entri ini akan ada anda yang kata, Azam, sekarang dunia dah lain, biase la tu kapel. Semua orang nak kapel azam. Jangan la kolot sangat. Ini ke yang terpampang pada minda anda? 

Ya, aku akui. Insan itu Tuhan kurniakan perasaan kasih dan sayang. Namun semua itu ada batas wahai sahabatku. Bila aku lihat, budak muda-muda, pelajar sekolah berjalan sambil berpegangan tangan dengan pasangannya yang bukan muhrim, jujur aku rasa sedih sangat. Kenapa semua ni boleh jadi? Kenapa generasi negara kita sudah rosak?? Perempuan terlalu ghairah mendedah auratnya, demi dilihat lelaki. Apa sebenarnya yang berlaku ni dalam masyrakat kita?? Sampai bila kita nak biarkan sahabat-sahabat, dan adik-adik kita terus hanyut dengan permainan dunia?? sampai bila?? Mereka belajar daripada siapa?? artis?? media??

gambar hiasan

Aku akan terus menulis tentang semua ini. Agar kita semua sedar, yang kita perlu berubah.Tuhan beri kita agama. Tuhan beri kita akal. Tuhan beri kita nyawa. Tuhan beri kita kehidupan. Namun kenapa kita tak pernah fikir semua tu?



 Mungkin ini usaha aku untuk menyedarkan mereka. Moga butiran patah kata ini mampu memberikan sesuatu yang berguna buat kita semua. Mungkin aku tak mampu mengubah mereka dengan kekuatan. Tetapi aku percaya, dengan tulisan juga mampu mengubah dunia. Aku mohon pada Tuhan, agar usaha ini dipermudahkan.

Aku juga berdoa, supaya suatu hari nanti, aku dapat mengubah apa yang aku lihat hari ini..amin..

*mencari penawar bukan mudah..

1 comment:

Unknown said...

cabaran seorang guru di kota dan guru pada masa hadapan..Allahuakbar..berikan kekuatabn kepada guru2 untuk mentarbiah anak2 bangsa erti kehidupan sebenar seorang muslim,,,insyaAllah