01 January 2012

Bertenang di Sungai Klah Hot Spring


Bertarikh 31 Disember 2011, sempat aku bersama-sama dengan sahabat-sahabat ku seramai 4 orang termasuk aku, pergi menenangkan diri di Sungai Klah Hot Spring. Pada awalnya memang kami agak ragu-ragu, sebab tak pernah jejakkan kaki ke sana. Namun akhirnya dengan niat untuk menghayati keindahan alam (hehehehe) maka berangkatlah kami ke sana. Tak jauh pun dari Tg Malim. Dalam sejam atau kurang. Sempat kami berendam dalam kolam air panas, walaupun pada mulanya kaki dan badan ni tak sanggup berendam dengan air yang panas sebegitu. Akhirnya sampai juga ke tengah-tengah kolam. Tak dalam pun. 




Sempat juga lihat beberapa pelawat merebus telur dalam kawasan kolam air panas yang disedikan khas untuk merendam telur. Katanya suhu air mencecah 90 hingga 100 darjah celcius !! patutla boleh rebus telur.



Kemudian kami melanjutkan upacara mandi beramai-ramai di kolam utama. Memang ramai, namun tak membataskan semangat kami untuk bermandi dan bermesra. Dengan segan silu, kami bergerak ke kawasan yang dilabel dalam.  Memang tak dalam pun. hehe Kami mandi dua pusingan. Dengan sejuk yang mencengkam dan mengecutkan kami, bingkas kami beredar dan tukar pakaian. Memandangkan awan mula memberi amaran yang bakal menumpahkan isinya. 











Seronok dan gembira dapat bersama-sama. Hakikatnya persahabatan itu indah dengan talian kasih dan sayang. Menzahirkan benih-benih mesra dan bercambah menjadi kuntuman hubungan yang harum dan mewangi. Indah bukan..=)

No comments: