16 January 2012

kawan bukan lawan


Dalam kita meniti kehidupan, kawan menjadi impian buat semua manusia. Menjadi pendamping setia, pemberi semangat, mampu mendengar luahan perasaan, mampu memberikan senyuman, sudi berkongsi perasaan, yang lebih penting, saling memahami. Bukan mudah untuk dianugerahkan kawan sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi bila dunia semakin berselirat paksinya. Jujur bukan utama, baik bukan hakikat, amanah bukan amalan. 




Kawan dan sahabat berbeza pada pandangan saya. Bila berjumpa, bertegur sapa, bersalaman, dan berlalu pergi. Itu kawan. Bila sahabat, dia datang menghampiri, cuba sedaya upaya memaniskan wajah bila bersua, cuba memahami perasaan tatkala gundah gulana, tega berkorban bila bersama-sama. Ini sahabat. 




Kita sebagai manusia senantiasa diuji. Dikemas kini keimanan berdasarkan ujian. Sebab itu sering kali persahabatan menjadi medan ujian oleh Tuhan buat hambanya. Lautan mana tidak bergelombang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah permainan persahabatan. Sering diuji tatkala senang, namun manisnya bercanda, hanya Tuhan sahaja mampu mengungkapnya. 

Tidak sempurna sesuatu hubungan itu bila tidak diuji Tuhan. Lagi kukuh ikatan, bila susah dan payah diharungi bersama. Susah senang bersama-sama. 




Ikatan hubungan itu perlu dijaga. Usah biarkan anasir kebinatangan cuba mencatas talian ukhwah yang dibina. Jangan biarkan, seorang yang lain, ukhwah dan ikatan yang sudah terbina sekian lama, musnah sekelip mata. Jangan pernah sekali anasir itu memporak perandakan hubungan persahabatan yang dibina. 

Kadang kala saya tak faham, kenapa bila wujud perasaan sayang, hakikat persahabatan dibuangkan?? Mengapa perlu dijahanamkan ikatan ikhwah itu kerna seseorang yang menjadi duri dalam daging dalam persahabatan??  Saya masih tak faham. 



Saya sangat sedih, bila ada ikatan, dan ukhwah yang terjalin atas dasar persahabatan yang suci, sanggup dicemari dan dirosakkan oleh orang yang bukan ahlinya. Itu saya cukup sedih. Mungkin ini ujian oleh Tuhan. Ada hikmah mungkin akhirnya nanti.. Saya nantikan hikmah itu..

#persahabatan bukan untuk hari ini sahaja, tetapi untuk hari esok dan seterusnya..

No comments: