Pagi memang mendamaikan. Bila melihat sang suria mula menyelak sinarnya, dan kelambu malam mula ditarik dan disimpan, untuk senja nanti. Sesiapapun melihat pagi sebagai satu kesegaran hakiki. Menyegarkan minda, tubuh badan dan setiap isi yang ada dalam duniawi. Lebih-lebih lagi bila mandi pagi. Terasa nikmat kesegaran yang nyata. Teringat waktu masih kecil, bersekolah di sekolah rendah. Jam 5.45 pagi sudah mula dikejutkan oleh abah, untuk mandi dan bersiap. Lantas menarik lembaran tuala dan menuju ke bilik air. Menggigil seluruh tubuh tatkala jari jemari dilabuhkan pada permukaan air kolah. Sejuknya mencengkam emosi dan menggetarkan gigi. Tanpa berlengah terus mencurahkan air yang didinginkan oleh malam. Saat air menutupi dan melalui setiap inci ruang badan, hanya Tuhan sahaja tahu akan nikmatnya...
No comments:
Post a Comment