Sukar untuk menjangka hati dan perasaan orang. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa, yang dapat membaca isi hati dan perasaan orang lain. Kagum bukan, kalau kita mampu buat macam tu. Tentunya huru hara dunia nanti. Yela, selama ini apa yang kita tak puas hati, kita luahkan pada kalbu, kita bisikkan pada hati, kita adukan pada jiwa dan hanya diri kita sahaja tau apa yang kita rasa. Namun bila ada yang mampu mendengar segala luahan dan rintihan kita,tentunya bakal menjadi gila.
Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa yang kita tak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Sebabnya kita tak buat yang terbaik dalam sesuatu perkara. Kita salahkan diri kita. Sampaikan kita merajuk dengan diri kita. Kita rasa menyesal ada dalam tubuh badan yang Tuhan kurniakan buat kita ni. Dalam lubuk minda kita, alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia. Mesti pernahkan dialog ni menjelma dalam fikiran kita. Ya, manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tak miliki.
Perasaan ini sukar dikawal. Bila diri dikuasai oleh nafsu semata-mata. Lihat lah diri kita, mahupun sekeliling kita. Masing-masing memendam rasa untuk berkasih sayang. Memiliki insan yang mampu untuk dibelai, dimanja, dan dikasihi. Beruntung hati mereka bila memiliki kekasih. Hati dapat dimiliki insan tersayang, jiwa dapat dibelai oleh si dia, kasih dapat dicurahkan padanya. Indah bukan dunia ciptaan nafsu ini. Semuanya umpama syurga namun tak setanding sorga yang Tuhan cipta. Hati dan perasaan dilimpahkan demi insan tercinta. Seluruh jiwa dan raga sangup digadai demi si dia yang tercinta. Hari-hari yang dilaui dipenui dengan rasa belaian kasih dan sayang oleh dia. Sampaikan kadang kala rasa diri terbang di langit, menggapai awan bersama si dia, sambil menyulam kasih, mencipta asmara bersama, dan akhirnya beradu berahi tanda penyatuan dua jiwa.
Itulah penangan hati dan perasaan. Walaupun tidak nampak dimata, namun dapat dirasa dengan nurani dan akal yang dimiliki. Sesungguhnya hati dan perasaan itu anugerah Tuhan kepada hambanya. Untuk dia rasa sedikit nikmat syurga yang menjadi ganjaran untuk manusia di sorga nanti. Namun malangnya, dengan nikmat sedikit itu, kita sudah menyimpang jauh dari landasan hakiki mengejar redha Tuhan, demi ganjaran sorganya. Alangkah malangnya kita kan. Nikmat sedikit itu, kita gadaikan untuk nikmat yang berkekalan di akhirat nanti. Ruginya kita..
Mungkin kita terlanjur dalam memilih jalan dan ruang, untuk dicuba. Tidak mengapa, Tuhan itu maha pemurah, masih ada masa dan ruang yang DIA berikan kepada kita untuk memilih jalan yang benar-benar sempurna dan benar. Jangan pernah berputus ada dengan hidayah Tuhan, carilah selagi kudrat masih ada. Anda tidak akan menyesal, insyaallah..
No comments:
Post a Comment