29 May 2010

hakikat muslim..

niat di hati ingin melakar tentang saudara yang jauh di mata. berat rasa hati tatkala membaca dan mendengar khabar berita tentang saudara jauh. kita sebagai saudara juga merasa hingga ke sukma, namun apalah daya kita, sekadar menitip doa buat saudara jauh.
sedih apabila membaca tentang seorang saudara jauh terletak di Jerman, hak sebagai seorang muslim dinafikan. hak untuk menunaikan kewajipan terhadap yang Esa di nafikan. beliau dilarang untuk mendirikan solat di sekolah.Apalah nasib saudara kita ini, terpaksa mempertahankan hak di mahkamah tetapi apalah daya kudrat saudara jauh yang hanya berumur 16 tahun,pulak lagi minoriti, siapalah yang akan membantu. Hak beliau langsung ditolak oleh mahkamah Rayuan Berlin, atas rasioanal "keamanan di sekolah lebih penting berbanding hak pelajar untuk melakukan kewajipan agama". Cetek fikiran atau bengap otak si Arif. mengenepikan rasional kerohanian demi kepentingan individu. terang bersuluh bersaksikan mentari bahawa rasis agama sudah menular dalam kalangan masyarakat antarabangsa.rasis mereka terlalu memfokuskan islam. manusia kini sudah memperolok olokkan agama sebagai panduan hidup. Malah sudah dianggap kuno jika mengamalkan ikutan murni. Dangkalnya otak untuk berfikir.Kalau kita susuri lembah tempatan apa kurang hebatnya. cukup bertuah jika ada anak muda yang mampu baca Al-Fatihah. jangan lah mengharap yasin atau Baqarah, entah kenal atau tidak. saudara jauh itu lagi menghargai agama dari kita yang lahir sebagai seorang muslim. inilah hakikat sebagai seorang muslim. cukup kuat ujiannya. Namun itu adalah satu kenikmatan buat kita. memang kita tidak sedari, tapi percayalah, ada saat dan ketika kita akan menyedarinya.tidak waktu nafas di hidung, mungkin tika jasad di mamah bumi...

lirik lagu shahir

tergerak untuk melakar, berkongsi lirik si shahir, mungkin inilah lirik yang menjadi titik buat si shahir..


kebahagiaan dalaam perpisan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

28 May 2010

duri siasah

susah hidup adalah bala,
menghimpit sepi diam tak terasa,
kadang kala terasa bila puncak akhirnya tiba,

embun kadang kala menimpa,
memberi erti buat kita,
inilah ragam manusia,
enak dibibir,
putar madah lidah berhelah.

inilah siasah,
perjalanan kelam,
menghimpun dosa tika leka,
menghakis cinta buat sang Esa,
membina topeng kehinaan.

kita tidak matang,
belum sedia ukir puisi buat pertiwi,
mampu belum bina tamadun,
dada bidang ilmunya kosong.

hakikat nyata dilihat buta,
bodoh hakikat ditolak saksama,
akhirnya badan dititip musibah.

laksana agung badan megah,
mendabik tegas kononnya bersjh,
tapi kotoran selimuti tangan,
mengawal peribumi bertopeng gagah,
hakikat nyata hina selembah.

sisa hidup layangan jiwa,
buat pedoman mutakhir,
teringat bait indah berukir;

Dari utara terus ke selatan,
Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
Yang mana baik pilihan saya.

25 May 2010

masalah kita

kita terlahir ke dunia angkara kasih dan sayang Nya,
malah hasil belas ihsan Nya.

apalah kudrat yang kita ada,
dicipta dari sehina,
tapi lagak sombong mengalah pencipta.

rakusnya badan kita medaki dosa,
mengikis iman tiadalah terasa,
inilah masalah kita.

masalah kita bukan sesiapa,
kita miliki kita yang bina,
hancur nanti bukan siapa,
kita juga sendiri.

lagak gaya tingkah dan laku,
teras iman tiang yang utama,
tergadai akal bahana dosa,
kembalilah kita pada yang kuasa.

amal iman juga takwa,
susah dicari, mudah terhapus,
tapi ingatlah,
Dia maha pengasih..

14 May 2010

darjat binatang

malu,
malu muka kita,
malu kita.

inilah kita,
yang dicipta oleh tuhan,
sebaik baik kejadiaan,
tapi menjadi sehina haiwan.

orang satu: sebagai manusia aku punyai darjat!
darjat tertinggi dari semua!


orang dua :apalah hendak dikira ertinya darjat..
walau setinggi awan tak tergapai,
serendah cacing letaknya jasad..

apalah nasib kita agaknya..

diberi syurga, tercampak hina,

kini..tiada lagi berharta,
tapi penuh daki dunia!

harta peninggalan bapa kita dahulu kian hilang,
entah mana lagi mahu dicari,
hendak diganti, tidak boleh dijual beli..

11 May 2010

sukma bisu

mata meliar..
memandang penuh sinis,
membina satu kehinaan yang teragung,
pada satu yang tidak mutlak,
tetapi dimiliki yang hak..

kita bukan siapa,
kita tiada kuasa,
kita ini biasa-biasa,
tiada kurang atau lebihnya.

tapi,
bila kita memandang,
terasa lahirnya hina,
terasa seakan menusuk sukma kita,
sukma kita bisu.

sukma kita memang bisu,
sejak terlahir hingga nafas yang kali terakhir,
salahkah kita?
salah siapa?

inilah rasanya takdir,
ditentukan tika masih tak terwujud,
waktu jasad dalam hingar telinga bingar,
berdesing mengalun angin,
bertiup umpama melodi.

biarlah sukma kita bisu,
aku sudah tega,
segala yang berlaku,
ada hikmah yang tak terlihat,
oleh iris atau hati..