10 July 2015

Tulis balik

Rasa mahu rajin tulis balik. Tapi apakan daya, selalu salahkan masa dan tenaga. Sedih lah kalau hidup asyik macam ni. Tahu salahkan benda lain, sedangkan diri sendiri yang malas. Moga kalian ambil iktibar. 

Tinggal beberapa hari sahaja nak raya. Masjid kian kosng. Mall kian riuh. Inilah suasana biasa menjelang tibanya raya. Nak buat macam mana. Tradisi budaya melebihi ajaran agama. Selamat beramal semua. 


24 May 2015

Rumah Harga 22 Juta Euro


Tengok mampu lah. Beli jangan harap. Kalau perasan, nak touch pon kena ikut pointer. Emm kalau hanged mcm mana?? haha


17 May 2015

Selfie Pon Jadi Masalah



Selfie pon jadi masalah yang besar. Sebenarnya kita suka sangat besarkan perkara yang tak perlu, sedangkan masalah lebih besar contohnya generasi kita sedang rosak kita langsung tak peduli. Setakat selfie semasa konvo, tak kan lah sampai nak kena gantung pengajian. Rasional lah sikit. Ya, memang betul ada protokol kena patuhi. 


Tapi kena faham, sebenarnya protokol dicipta untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Sekalipun tindakan itu dikatakan memalukan sebuah institusi pendidikan terbesar negara, tak kan lah tak ada budi bicara. Hidup ini mudah kalau kita saling memahami. Jangan besarkan perkara yang kecil, dan tutup perkara yang lebih penting untuk kita bahaskan. Hidup ini bukan setakat selfie semata. Bahkan jauh lebih besar daripada itu. 

Selfie tak salah, tetapi selalu mengundang padah. 

10 April 2015

Tak Seindah Wajah



Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda



03 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Sedikit statistik daripada sumber yang terkini ;

1)  Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di sekolah-sekolah seluruh negara yang diumumkan hari ini, menunjukkan penurunan namun ia masih mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) yang ditetapkan pada 5.08.

2)  2.62 peratus atau 11,289 calon mendapat gred A+, A dan A-, berkurangan berbanding 13,970 yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2013.

3) Prestasi bagi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Moral; Sejarah; Matematik dan Sains, menurun.

4) Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

5) Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

6) Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

7) Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

8) Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

9) Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

10) Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

11) Berdasarkan GPS / GPM (Gred Purata Sekolah / Gred Purata Maktab) , MRSM Taiping berada ranking pertama sekolah Malaysia untuk SPM 2014 dengan GPM 1.0681, MRSM Pengkalan Chepa 1.0733 , MRSM Tun Ghafar Baba 1.1100, diikuti SM Sains Tuanku Munawir (SASER) 1.1568 dan MRSM Langkawi 1.3606. Ranking seterusnya boleh rujuk gambar dibawah.





TAHNIAH SEMUA !!

26 January 2015

KELAS 1

"Maaf Encik, saya ingat kelas pukul 9.30 pagi."
"Sape cakap?"
"Semalam masa berlatih nasyid saya macam dengar ada orang cakap"
"Bila lawan?"
"Pagi ni"
"Owh..saya macam dah tau sape kalah hari ni"