30 November 2011

memorabilia sekolah


Dua tiga hari ini, aku terlihat beberapa entry blog berkenaan dengan sekolah. Mereka rindu dengan sekolah. Ya, aku akui, sememangnya aku pon rindu dengan kenangan di sekolah, waktu di sekolah dulu. Kenangan yang sukar diganti atau diulang buat kali keduanya. 

Hari ini klau kita lihat, ramai pelajar sekolah tak sabar-sabar menanti tamatnya alam persekolahan. Mereka seakan-akan terkena sihir berkenaan dengan alam selepas persekolahan. Bagi mereka itu lah suasana dan alam yang paling seronok buat mereka. Itulah syurga buat mereka. Seriously syurga??

Aku ingat lagi, hari terakhir aku meninggalkan asrama sekolah, selepas habis SPM, seorang, demi seorang sahabat aku meninggalkan laman sekolah. Walaupun rumah aku dekat, aku tak nak balik awal, sebab aku nak tengok dan tatap wajah sahabat-sahabat aku buat kali terakhir sebagai pelajar sekolah. Aku nak nikmati saat terakhir aku sebagai pelajar sekolah.

inilah sekolah terakhir aku


Saat kami melambai sahabat yang pulang, dijemput oleh keluarga, sayu rasa hati ini. Menangis dalam hati. Terutamanya bila sahabat baik aku dijemput keluarganya. Saat tu aku sangat terkesan, sampaikan aku tak tahan sedih, aku masuk bilik aku, air mata aku tertumpah tanpa sempat aku menahannya. Dialah sahabat aku susah dan senang. kami berkenalan sejak ditingkatan empat, dan sepanjang tempoh aku diasrama, dia lah yang banyak tolong aku. 

bilik aku yang bertanda anak panah


Mungkin ramai akan prasangka, bila aku kata aku menangis. Bagi aku menangis itu adalah kurniaan Tuhan, kepada hambanya yang memiliki hati dan perasaan. Bila wujud stigma masyarakat tentang menangis hanya untuk mereka yang lemah, itu perlu diperbetulkan. Menangis adalah satu bentuk kita melahirkan perasaan. Buat sang lelaki jangan malu untuk menagis, menyesal lah anda jika tidak menangis.

Sambung cerita, aku rasa aku tak tahan tengok seorang demi seorang kawan aku beredar meninggalkan kami. Jadi aku ambil keputusan, telefon abah. Aku suruh abah jemput aku. Akhirnya abah sampai, dan aku terus pulang, sambil mata mencerap panorama sekitar sekolah, yang sememangnya menggamit pelbagai perasaan dan memori ketika aku disini. Aku ternampak surau, disitulah tempay aku beribadah, sepanjang aku diasrama. Teringat kenangan kami beramai-ramai tidur secara bersembunyi disurau.

surau


 Aku ternampak dewan makan, atau kami panggil DS. Itulah tempat aku menjamah makanan, dan menghilangkan lapar bersama-sama sahabat-sahabat. kenangan beratur panjang sambil memegang papan besi yang berlopak untuk mengisi makanan. 

Aku ternampak pondok-pondok kecil disebelah DS. Disitulah tempat aku berbuka puasa bersama sahabat aku. Aku tak suka berbuka secara beramai-ramai di DS, sebab sesak dan bising. Jadi aku dan beberapa orang sahabat berbuka disitu. Tenang dan mendamaikan sebab pondok tu bawah pokok. Pondok tu juga tempay aku dan kawan-kawan beriadah. hehehe kalau yang lain beriadah di padang, kami beriadah dibawah pondok, sambil menjamah kentang goreng dan roti canai. hehehe

Terus lagi perjalanan aku ternampak blog akademik. Disitulah tempat aku belajar, mendengar apa yang disampaikan cikgu. Mencerna apa yang diberikan cikgu. Ingat lagi, tempat duduk aku dalam kelas adalah depan sekali, dan dekat dengan pintu. Di sekolah kami pelajar lelaki diwajibkan duduk depan. (diskriminasi gender,hehe) Setiap malam ada prep. Aku tak suka buat latihan waktu prep, sebab aku pun tak tahu. Aku lebih suka buat dalam bilik di asrama. Jadi selalunya aku akan tidur atau ........ entah, aku pun tak tahu apa aku buat. 



Aku nampak Dewan Gemilang. Disitulah dewan tempat aku ambil peperiksaan SPM, dan di dewan itu juga tempat aku mengasah bakat sebagai seorang pengacara majlis. Ingat lagi, ada satu petang, ada seorang kakak senior ajak aku pergi uji bakat untuk jadi pengacara majlis. Aku pun join la, dan akhirnya aku dipilih. Lepas daripada itu, aku sering dipilih jadi pengacara majlis untuk majlis rasmi sekolah. Antaranya, Hari Anugerah Sekolah, Majlis Graduasi, dan  Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Teringat aku, waktu aku jadi pengacara untuk Hari Pendaftaran, lepas sahaja aku habis mengacara majlis, datang beberapa orang bapa kepada pelajar baru datang jumpa aku, sambil menghulurkan tangan dan ucapkan tahniah kepada aku. Saat itu aku rasakan diri ini dihargai. hehe kenangan yang tak akan aku lupakan.

Dewan Gemilang


Rasanya itu sahaja kali ini untuk aku ceritakan pengalaman dan kenangan aku waktu sekolah dulu. Terlalu banyak kenangan untuk dikongsi. Semua kenangan itu mendewasakan aku dan mematangkan aku. Jujur dalam hati ini, aku rindu bergelar pelajar SEKOLAH....




Cinta adalah anugerah


cinta adalah satu perasaan, yang lahir dari dalam lubuk hati, hasil perkenan Tuhan. Tercetus tatkala jiwa memberikan respon terhadap si dia. Inikah namanya cinta?



Cinta adalah anugerah, daripada Tuhan buat manusia. Supaya saling berkasih sesama insan, memupuk kecintaan pada alam, dan juga pegangan yakni agama Nya. Namun perlu ingat, berkasih dan bercinta ada batasnya walaupun itu anugerah daripada Tuhan.

*hari ini kanak-kanak tadika pun sudah pandai bercinta, berpasangan lelaki dan wanita, hasil tunjuk ajar media dan ibu bapa..

28 November 2011

harimau muda memalukan negara??

Tadi aku sempat selak lembaran maya pada sebuah blog, entah apa namanya. Tertarik dengan isu yang dikupas, dengan kenyataan oleh sebuah akhbar picisan ataupun dalam bahasa mudahnya akhbar nyamuk, walaupun dinamakan dengan nama profesional iaitu kompak. 

apa yang dikupas? Tentang tajuk dalam salah satu artikel akhbar tersebut. "HARIMAU MUDA MALUKAN NEGARA TEWAS 2-3  KEPADA BAHRAIN".

bukan akhbar sebenar


Apa yang boleh aku katakan, mungkin si pengarang dalam keadaan emosi tak stabil, sehingga dia tertuliskan perasaannya pada lembaran akhbar tersebut. Bagi aku, kalah dalam permainan adalah satu bentuk takdir, ataupun rezeki. Bukan satu tindakan menconteng arang. Si pengarang perlu pandai beza penggunaan ayat. Anda dah berpengalaman dalam bidang bahasa. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tulis dalam akhbar, akhbar anda diboikot. 

Seharusnya pemain muda negara ni bukan dicemuh, tetapi perlu diberikan semangat, bukan pujian. Cuba suruh si pengarang tu main bola, agak-agaknya dia berlari tak dalam padang tu?? 

Pengajarannya, usah menilai seseorang dengan emosi, tetapi dengan akal dan perasaan, sebab manusia Tuhan kurniakan kedua-dua ini untuk dia memahami sifat toleransi. Sekian. Majulah sukan untuk masyarakat sihat!!

26 November 2011

Program Persada Bersama Pemimpin


Alhamdulillah, semalam sempat aku hadir kan diri ke Program Persada Bersama Pemimpin 2011 yang dianjurkan oleh Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, di Danau Golf Resort UKM. Pada mulanya aku dah rancang nak balik rumah, negeri sembilan. Namun dengan permintaan disaat-saat akhir, maka aku terpaksa batalkan balik rumah, dan terus ke UKM untuk program ni.




Alhamdulillah, banyak input-input yang boleh aku dan sahabat-sahabat PERSADA dari universiti lain dapat ambil, terutamanya dalam aspek menguruskan masa depan masing-masing. Aku paling terkesan, bila Datuk Ehsan, Pengarah Seranta Felda kata, "jangan salahkan sistem yang ada".



Apa maknanya? Hari ini kita terlalu menunding jari apabila kita berhadapan dengan masalah. Langsung kita 'mensucikan' diri kita dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Contohnya, "salah kau la, sape suruh kau tak bagi tau aku yang ada asignment ni" "semalam aku kena pergi UKM la, sebab tu tak dapat datang rumah kau" ini alasan-alasan yang selalu kita dengar.




Semua ni sebenarnya dalam aspek psikologi adalah helah bela diri. Seseorang akan cuba memberi helah, supaya kesalahan yang sebenarnya dia adalah puncanya, disandarkan kepada orang lain. Hakikat manusia memang macam ni, selalu menyalahkan orang lain. 



Sepatutnya, kita perlu akui kesilapan kita, tak kira salah kecil atau besar. Itu menunjukkan betapa kita bertanggungjawab dan amanah dengan apa yang telah kita lakukan. Jangan seperti lempar batu sembunyi tangan. Langsung tak berguna dalam masyarakat. Pernah dengar ayat ini, "berkatalah benar walaupun pahit"



Sebelum kita menunding jari yakni menyalahkan orang lain, nilai dulu perbuatan kita, adakah kita benar-benar tidak bersalah, atau kita sebagai mangsa keadaan. Menyalahkan orang lain hanya akan membina tembok penghalang kepada jalan penyelesaian. Cuba untuk akui kesilapan, dan fikir akan jalan penyelesaian. Moga hasil tersirat, akan diterjemahkan dengan perbuatan yang berasaskan kejujuran. Salam Maal Hijrah~



selamat berhijrah

Hari ini sudah menginjak ke tahun baru dalam Kalender Islam. Rata-rata bila awal muharam, semua sibuk berbicara perihal hijrah, perubahan, dan perpindahan. Dalam facebook rasanya penuh dengan ucapan yang mengangkat hari pemula dalam kalendar Islam ini. Sampaikan terpaksa salin dan tampal pada dinding masing-masing, ucapan yang membangkitkan aura dan semangat maal hijrah. 

perubahan bukan hanya luaran, tetapi dalaman yang hakiki



Bila berbicara tentang perubahan, ramai orang kata, "kau kena berubah". Soalan aku mudah, ingat senang ke nak berubah? Jawab balik, "tak salah kan kalau cuba untuk berubah". Ya. memang hari ini orang pandai cakap tentang berubah. Hakikatnya berubah satu benda ini payah. Bukan hari ini kita ubah, esok terus dapat hasil yang kita impikan. Malah mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang negatif.

Perubahan perlukan masa. Dengan mengubah sesuatu dengan perlahan-lahan, insyaallah mampu mendatangkan hasil yang positif. Bayangkan pelajar di sekolah atau remaja hari ini yang bermasalah. Memang kita harapkan mereka untuk berubah. Tapi, ada tak usaha kita yang mampu untuk memberikan ruang kepada mereka untuk berubah. Kita label mereka budak jahat, budak nakal, budak bodoh, budak kurang ajar, budak bangang. Kita pandang mereka dengan pandangan yang tak mengharapkan mereka memiliki masa depan yang cantik. Kita prejudis terhadap mereka!! 



Apalah salahnya kita ubah paradigma kita dalam memahami mereka. Pelajari sikap mereka, supaya kita dapat kenal lebih tentang mereka. Barulah sebenarnya kita membuka ruang kepada mereka untuk berubah. Bila kita prejudis terhadap mereka, hal ni lebih menutup akal dan emosi mereka untuk menerima perubahan. 

buangkan penghalang yang menghalang perubahan anda


Jangan salahkan ibu mengandung. Salahkan diri tak pandai membawa diri. Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan. Usah menanamkan perasaan negatif dalam minda anda. Ubah untuk anda jadi lebih matang dan pandai untuk membuat haluan hidup yang baik dan positif. Tuhan tak akan mengubah kamu, sekiranya kamu sendiri tak berusaha untuk mengubah diri kamu sendiri. 



~Salam Maal Hijrah~

25 November 2011

Bila Pemimpin, Tak Faham Perjuangan

Tadi waktu aku layar twitter, terjumpa satu tweet ni oleh seorang ahli politik yang agak terkenal. Bila aku baca tweetnya, aku rasa ada sesuatu yang seorang pemimpin itu tak pernah tahu tentang anak buah, atau ahlinya. Ni tweetnya;


Presiden PARTI AYAM menegaskan bahawa asas perjuangan kita adalah keyakinan bahawa rakyat berhak mendapat yang terbaik dalam negara ini.
-Timb Pres Parti Ayam-




marhaen



*tak semesti yang terbaik itu adalah keperluan. Belum tentu yang terbaik itu dapat dicerna dan diguna dengan baik. Bersyukur dengan apa yang ada, lebih baik daripada mengharap kesempurnaan hidup yang mustahil semata-mata.


24 November 2011

filem bodoh, masyarakat pon bodoh


Cuba kalian tengok pada akhbar hari ni, dalam senarai filem baru, apa yang anda lihat? senarai cita apa yang menggairahkan anda untuk datang ke pawagam untuk ditonton? atau semua langsung tak menarik minat anda untuk menontonnya? 

Kalau kita perhatikan hari ni, filem-filem di Malaysia, terutamanya air tangan anak Malaysia, langsung mendokong aspirasi kapitalisme. Menjual filem hanya untuk mendapatkan untung semata-mata, melonjakkan filemnya sehingga dicop sebagai filem pecah panggung. Itu matlamat mereka. Mereka mahukan filem yang dihasilkan mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan buat mereka, demi mengisi kantung perut mereka. 

filem macam ni kita nak suruh anak kita tengok?


Ini menunjukkan apa? ini menunjukkan mereka langsung mengenepikan tanggungjawab sosial dalam aspek pembinaan masyarakat negara kita. Kenapa aku cakap macam tu? sebab, hakikat hidup didunia hari ini yang dilangkari jiwa hedonisme, yakni hiburan sebagai wadah utama dalam kehidupan. Semua mahukan hiburan, sampaikan agama cuba dipersendakan. Filem hari ini menjadi 'cikgu' secara tak langsung untuk membina mentaliti masyarakat kita. Gerak perilaku yang dipersembahkan dalam filem, menjadi ikutan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dialog-dialog 'rasmi' sesebuah filem dijadikan bahasa yang indah tatkala berbual. Semua yang dilihat dalam filem dijadikan panduan dalam memilih kehidupan.

khayalan 


Lihat lah filem-filem kita hari ini. Kalau tidak berkisar hantu, mesti samseng. Modal yang berupaya menjelmakan kutipan tiket mencecah jutaan ringgit. Kenapa bila filem bergenre ini ditayangkan, mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding filem yang mengangkat naskah positif? Adakah masyarakat kita sememangnya jahat, sebab itu suka tonton filem jahat?

nak suruh tambahkan jumlah mat rempit Malaysia?


Bila penerbit terbitkan cerita samseng, alasan klise mereka, supaya masyarakat kita ambil iktibar...ini alasan bodoh bagi aku. Kalau filem-filem macam ni mampu buat masyarakat terfikir dan ambil iktibar, kenapa saban tahun jenayah semakin meningkat? gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan? Aku nak tanya la, yang selalu pergi tengok wayang siapa? tentulah golongan remaja belia dan pertengahan. Jarang orang tua pergi tonton, tapi tak menafikan ada orang tua pergi tengok wayang. Jadi, yang selalu buang bayi, lumba haram, seks bebas, seks songsang tu siapa yang buat?? orang tua ke muda?? ramai muda yang pergi tengok, jadi kenapa yang muda ni makin ramai buat masalah?? 

fahami erti dan makna kasih dan sayang seorang anak


Cuba la kerajaan ambil inisiatif sikit, had kan filem-filem ganas dan bersifat kebinatangan. Beri dana untuk hasilkan filem yang berkualiti daripada aspek moral. Bukan seperti pengarah filem hari ini, hasil kan filem samseng, lepas tu biarkan penonton terkapai-kapai mencari pengajaran. Langsung la tak dapat apa-apa, cuma pengalaman menonton sahaja. 

filem seperti ini semakin hilang


Malaysia ni ketandusan filem bermoral tinggi. Masing-masing cuba mengupas aspek khayalan mitos dan mistik semata-mata. Otak terkatup tertutup bodoh dan beku.



buka minda anda, jangan jadi bodoh bila mencerna filem. Jangan ikut jalan cerita filem yang bodoh. Buat pembuat filem, hasilkan karya yang mampu beri manfaat buat anak bangsa. Kalau anda buat filem bangang dengan aksi lucah dan ganas, kemudian ditiru oleh budak-budak ataupun masyarakat, anda akan dapat saham nanti di hari pengadilan kelak. Sama-sama kita berfikir, demi Malaysia tercinta. Salam Jumaat.

deaktif facebook

saya mengambil tindakan untuk berhenti melayari laman muka buku buat sementara waktu. Bukan disebabkan konflik dengan sahabat atau siapa, cuma merasakan diri ini terlalu leka dengan mukabuku. Banyak masa aku habiskan untuk muka buku. Sampaikan masa yang Tuhan berikan kepada aku, tak dapat aku nilai dan nikmatinya sebaik mungkin.



insyaallah sampai satu masa, aku kembali bermukabuku balik. Buat masa ni, terlalu banyak tugasan yang lebih memerlukan masa aku untuk bersama. Jika sudah aku temui kelapangan masa, maka akan aku tampil dengan status terbaru. 

maka sementara ketiadaan aku dimukabuku, aku akan gunakan medium blog untuk bercerita. Twitter aku juga akan beroperasi seperti biasa (cikguazamaziz).



Moga Tuhan menabahkan aku untuk hadapinya....

16 November 2011

Aktiviti seksual dua rakan Facebook terbongkar



KUCHING: Aktiviti seksual antara dua rakan Facebook bawah umur berakhir apabila ibu bapa gadis berkenaan membuat laporan polis atas dakwaan rogol.



Perbuatan tersebut diketahui Isnin lepas ketika gadis berumur 15 tahun terbabit berasmara dengan pasangannya yang berusia 16 tahun yang baru dikenali menerusi laman sesawang sosial.



Berdasarkan kepada laporan yang dibuat, polis telah menahan budak lelaki di kediamannya di Batu 6, Jalan Penrissen sekitar jam 10 malam dan ditahan di lokap.



Menurut sumber, pasangan kekasih remaja terbabit mengenali antara satu sama lain selepas berkenalan menerusi Facebook dan beberapa minggu kemudian mengadakan hubungan seks di kediaman lelaki berkenaan.

Ibu bapa remaja perempuan tersebut mulai menyesyaki ketiadaan anaknya di rumah mereka di Petra Jaya dan mendapati dia melakukan hubungan asmara selepas ditanya. Kes masih dalam siasatan lanjut.


*mungkin anda hairan, kenapa aku begitu sensitif dengan masalah sosial. Ya, memang aku concern tentang benda ni. Sebab apa? sebab aku berpegang dengan kata-kata ini, jika anda ingin lihat masa depan negara, maka lihat lah generasi nya hari ini. Dah, aku dah lihat, penuh dengan masalah, seks bebas, gangsterisme, seks songsang, dadah, merempit, bohsia, pelacur, kaki buli, perompak, perogol, semua ada dalam koleksi generasi hari ini. Maknanya ape? Malaysia akan hancur satu hari nanti. Tak setuju?? sila kan.. Anda ada akal untuk berfikit, maka gunakan lah. Soalan klise, siapa yang perlu disalahkan. Jawapan aku mudah, MAK DAN AYAH.

15 November 2011

Upah RM1 jilat kemaluan


Pembulian oleh remaja berusia 15 tahun ke atas budak berusia 6 tahun itu turut dirakam menerusi telefon bimbit

MIRI: Upah RM1 dan main basikal, itu habuan diterima seorang budak lelaki untuk khidmat memegang dan menjilat kemaluan seorang remaja berusia 15 tahun baru-baru ini.

Menurut seorang ibu, kejadian yang turut dirakam menggunakan telefon bimbit itu berlaku pada 7 November lalu di padang permainan sebuah kawasan perumahan di sini.

Terdahulu, dalam laporan polis yang dikemukakan ibu mangsa, anaknya yang berusia enam tahun telah didatangi remaja itu bersama rakannya yang berusia lapan tahun sebelum disuruh melakukan perbuatan keji itu dan dibayar RM1 serta dibenarkan bermain basikal.

gambar hiasan


Mungkin disebabkan usianya yang terlalu muda dan tidak dapat menilai perbuatannya, mangsa dikatakan menerima tawaran itu dan mengambil upah yang ditawarkan oleh remaja berkenaan.

Lebih mengaibkan, aksi tersebut turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bagaimanapun, rahsia tersebut diketahui ibu mangsa setelah diceritakan oleh abang mangsa yang berusia sembilan tahun.

Rahsia itu pula terbongkar secara tidak sengaja ketika dua beradik tersebut bertengkar apabila si abang dikatakan mengugut untuk membocorkan rahsia adiknya itu kepada ibunya.

Menurut ibu mangsa, perbuatan si adik telah dilihat oleh abangnya yang kemudian membocorkan rahsia tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaluddin Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 9 November lalu.

“Kami telah menahan suspek pada hari laporan itu diterima.

“Dia (suspek) kini ditahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau sebatan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Jamaluddin berkata, suspek telah dibebaskan kelmarin dengan ikat jamin polis. Siasatan lanjut akan terus dilakukan berhubung kes berkenaan.



*kanak-kanak pun dah pandai kan. Inilah bahana dunia dihujung jari. Nak salah kan mereka pon bukan jalan penyelesaian. Habis siapa nak disalahkan??

06 November 2011

yang elok sudah rosak


kenyataan hari ini, adalah penentu hari esok. Itu adalah hakikat yang perlu setiap manusia di muka bumi terutamanya di Malaysia akui. Segala yang anda lihat hari ini, akan memberi kesan kepada masa depan anda. 




Ya, jika hari ini anda lihat, budak sekolah sudah pandai hisap rokok, lumba harap, sex bebas, dadah, maka nanti masa hadapan anda pasti akan ngeri untuk hidup di Malaysia. 

Ya, sangat ngeri! bayi dibuang merata, si sunti habis diniaga, teruna terus mencari mangsa. Habis apa lagi yang elok masih tinggal untuk bekalan anak cucu cicit aku nanti?? anak cucu cicit kalian nanti??

Ya, hari ini kita pandang budak-budak hisap rokok, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah biasa. Itu semua biasa pada pandangan kita hari ni kan. Tak ada salah pun kan, semuanya biasa je. hakikatnya...

Ini bukan sumpah untuk negara ini. Ini bukan daulat yang kononnya lahir dari paduka raja. Bukan!! ini semua adalah hasil kesilapan kita untuk belajar agama dan hidup.

Apa yang boleh kita buat?? APA?? berubah?? apa yang hendak diubah?? kerajaan?? sekolah?? media?? agama?? jadi apa yang perlu diubah??

kita sebagai manusia selalu menghentam mereka. Pernah tak kita rasai apa yang mereka rasa? lalui apa yang mereka lalui? pernah??

Kita sibuk mencaci dan menghina mereka. Bercerita soal agama mengalahkan mufti, namun hakikatnya pernah kita selami dan dalami apa yang mereka rasa?? pernah tanya kenapa mereka jadi sebegitu rupa? terus menjatuhkan hukum membabi buta!!

Sepatutnya kenali dahulu siapa dia. Tanya dan selami perasaan mereka. Kemudian baru bercerita soal agama atau sebagainya. 

Aku bukan pandai dalam agama, tapi aku tau sedikit sebanyak batas agama. Yang pandai usah mendabik dada, kalau anda sendiri gagal membantu insan yang dahaga ilmu didada..

03 November 2011

puaskan hati mereka

Rasanya aku pernah menulis tentang perkara ni. Tentang puaskan hati orang, bukan kucing. Dalam hidup ini, lebih-lebih lagi bila dalam keadaan berdarjat, dan kita berada ditangga yang bawah, memang susah. Dipaksa untuk terpaksa menerima kerja yang bukan hak milik kita. bahkan lebih teruk, kadang kala kita 'dianugerahkan' dengan kerja milik tuan kita, dan kita yang terpaksa menyelesaikannya. 

Untuk menjadi seorang ketua bukan mudah dan senang. Memerlukan kredibiliti, agar mudah menjalankan tugas. Ini tidak, dah la tak memiliki ilmu, tak ada pengalaman, sekadar berpandu pada akal yang bodoh, dan sikap yang sombong. Sampai bila perahu yang dikemudi nak sampai ke destinasi?

Ketua hanya tahu hati dan perasaan dia sahaja. Anak buah punya hakikat jiwa dan perasaan langsung tak diendah. Pandang sebelah mata pun jijik, seolah anak marhaen yang bermain dicelah longkang najis!




Apabila kerjanya dipuji, kembang segala ruang segenap bendang pada diri dia(ketua). Padahal semua kerja adalah hasil titik peluh anak buah yang berkeringat memerah idea serta tenaga demi melaksanakan kerja yang dikerah dan dipaksa untuk terpaksa menerima.

Puaskan sahaja hati mereka wahai anak buah. Ya, puaskan! Sampai seru nanti, kau pijak mereka!!