29 August 2011

lagu raya jalil hamid :: unik

bila aku dengar lagu raya ni, rasa best je,hehe seni kata lagu, liriknya simple dan mudah untuk diterima. Cuba korang baca lirik dia, dan dengar lagunya..



Raya 

( 1 )
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya








selamat hari raya!!

menjelang hari raya :: tradisi ngunjung

kali ni chekgu nak terangkan tradisi ngunjung. Apa itu ngunjung? Tradisi ni biasanya, yang aku tahu la, popular dalam kalangan masyrakat jawa. Almaklumlah, chekgu pon orang jawa juga, cuma lidah tak berapa nak fasih bertutur dalam bahasa jawa. Rugi.

Tradisi ni kebiasaannya diadakan atau dilakukan sebelum tibanya hari raya. Contohnya, mak chekgu akan masak ketupat, rendang dan segala macam lauk pauk, dan akan dibungkus dan akan diberi dekat jiran-jiran terdekat. selalunya dalam puluh rumah juga mak chekgu "ngunjung". Dah nama tradisi ni dipanggil ngunjung oleh orang kawasan setempat dengan rumah chekgu, maka chekgu panggil ngunjung lah. 




Mungkin dekat tempat lain, lain cara panggilan dia. Ikut suasana dan tempat la yer. Dulu masa chekgu kecik-kecik, mak akan masak pagi raya, dan kami adik beradik kena bangun awal tolong mak masak dan hantar makanan tu ke setiap rumah yang berdekatan. Kebiasaannya kami hantar guna mangkuk tingkat la. Kalau rumah jiran sebelah, kami hantar guna dulang jer, dengan lauk pauk terhidang dalam pinggan. Kalau rumah jauh pula, kebiasaannya kami bungkus je. mudah.




itulah serba sedikit tentang tradisi raya yang chekgu nak kongsikan. Dalam masyarakat jawa memang popular tradisi ni, tak tahu la pulak masyarakat lain. Mungkin tradisinya lebih unik.

~SALAM LEBARAN BUAT PEMBACA BLOG CHEKGU~



28 August 2011

teringin nak memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1..:: RAYA

bila aku tengok iklan fasal samsung galaxy tab 10.1 ni kan, rasa geram je. Yela, bila agaknya aku nak dapatkan benda tu. Tangan dah teringin sangat nak miliki benda tu. Nampak macam canggih je. Sekarang hanya mampu tengok, survey dan membelek je la, alangkah sedihnya..

Tak apa, hari ini kita sekadar pemerhati, insyaallah hari esok kita merasa nikmatnya. amin.. So dah alang-alang aku cerita perihal samsung galaxy tab 10.1 ni, baik aku promot kat korang kan..


*maaf perincian produk dalam bahasa inggeris-aku lebih suka bahasa melayu.








 itulah serba sedikit tentang samsung galaxy tab 10.1. Ha!! ada satu berita baik, ada orang nak bagi menatang ni secara percuma, caranya mudah, korang kena bagi 10 alasan, kenapa korang kena dapatkan samsung galaxy tab tu,mudah kan, kalau kalian nak cuba nasib, ha, sila la klik sini. Mana la tau ada rezeki korang kan, dapat menatang ni, untung tau!!

chekgu nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin!!

perbezaan antara lelaki dan perempuan :: raya

detik dah tiba, masa dah semakin sampai, saat sudah pun mahu menjelma!! raya!! Keriangan untuk beraya saban tahun semakin meriah jadinya. tak kira tua atau muda sudah beriya-iya membeli baju dan persiapan untuk raya. Itulah penangan hari raya. Hari kemenangan kita semua.





Bila raya segala benda mahu diubah. Semua benda mahu diganti dengan baru. Terutama wanita lah. Setiap inci, segenap ruang rumah mahu dibaharukannya. Lelaki tetap cool sahaja. Langsir, sofa, almari, perabot, baju, dan banyak lagi mahu ditukarnya. kalau yang dah berumah tangga, seksanya pada sang suami lah. Terpaksa berbelanja mengikut hawa nafsu isteri. Kadang kala orang kata, perempuan lebih banyak berbelanja, dan tak pandai menguruskan perbelanjaan mereka?? betul ke?? tepuk dada,tanya selera.



Bila tiba hari raya kan, lelaki selalunya lebih mudah, orang kata simple. Tak perlu nak berhabis banyak. Apa yang ada, itulah yang akan dipakai. Tak perlu nak berhabis mengikut peredaran masa. Kalau tak dapat, tak apalah, itu frasa lelaki. Mudah bukan. Tetapi untuk mereka yang bujang la.



apa pun, raya tetap raya. Sambutlah dengan mulia. 
Salam ramadhan~

*kenyataan diatas tiada kena mengena dengan diskriminasi gender yer kawan-kawan



27 August 2011

sahur-sahur terakhir

bila melihat tarikh untuk hari ini,
28 ogos,
bermakna masuk hari yang ke-28 kita berpuasa.








sedar atau tidak,
sudah hampir ke penghujungnya.


rasa baru je kita masuk bulan puasa kan,
sekejap je rasa.


mungkin itu petunjuk,
bahawasanya masa semakin laju berputar,
menuju paksi kiamat-mungkin.


teringat aku, tahun-tahun sebelum ni aku hanya berpuasa dihostel je. Tak sempat nak berpuasa di rumah. kalau sempat pun hanya dua atau tiga hari je dapat berpuasa di rumah. kalau bab bersahur di asrama itu perkara paling malas sekali. nak bangun makan, terasa leceh ya amat! dengan berbekal kurma dan air kosng, itulah bekalan sahur ku sepanjang berpuasa diperantauan. Ini bila berpuasa dirumah, bersahur dirumah, aku disajikan dengan alhamdulillah, makanan yang berkhasiat.






kalau sebelum ni langsung tiada yang kejut, tapi bila dirumah abah yang kejut. bila dengar suara abah sebut nama je, seakan-akan kena renjatan elektrik! kaku dan terus menyahut panggilan, walaupun tika itu sedang bermimpi indah-indah. Ini momen indah bersahur kali ini. 



hari-hari terakhir ramadhan::saya suka Malaysia

hari ni buka churp2,
terperasaan iklan bertajuk "SAYA SUKA MALAYSIA"




tertarik,
agak-agak tentang apa,








itu yang aku buka tu,
rupa-rupanya tentang iklan-iklan yang dibuat oleh Petronas,
sempena hari kemerdekaan negara yang ke-54.


banyak video iklan yang menarik,
seperti biasalakan,
iklan-iklan yang dihasilkan untuk petronas sememangnya dinantikan oleh semua orang.
terutamanya iklan raya.


siap ada pertandingan sekali,
video ucapan merdeka,
sesiape yang nak hantar boleh la,
siap boleh menang MYR 5000 tau!!!


korang boleh cek kat sini, SAYA SUKA MALAYSIA,


*KALAU ADA YANG MENANG, NANTI BELANJE CHEKGU YER~

26 August 2011

semalam dan esok-surat khabar lama

semalam adalah kenangan,
hari esok belum tentu.










sukar untuk menjangka apa yang bakal terjadi,
apa yang bakal menimpa diri,
semuanya rahsia abadi yang Tuhan sahaja yang mengetahui,
kerana Dia Maha Mengetahui.










mungkin ada penjelasan tentang itu,
dan hanya Dia yang tahu.





SAYA ANAK MALAYSIA. SUARAKANLAH "SUARA" ANDA DISINI!!



25 August 2011

kad raya hilang seri

setiap tahun dunia semakin berubah,
mengikut suasana dan masa,
kadang kala menjangkau perubahan dek akal.


samalah dengan hari raya,
setiap tahun akan ada perubahan,
segenap tradisi akan berubah,
dicabar oleh masa dan ketika,
akhirnya patuh pada kehendak masa.


kad hari raya,
sinonim dengan waktu raya dulu-dulu,
sangat meriah peniaga-peniaga kad hari raya.






jika dulu kita sibuk membelek kad raya dikedai,
membelek cantiknya kad raya,
memilih indahnya kad raya,
tapi sekarang sudah tak ada,
kalau ada pun itu cuma segelintir.








hakikat perjalanan sebuah kad raya sudah tak seperti dulu,
untung sabut timbul,
untung batu tenggelam.


waktu aku kecik dulu,
masing-masing menunggu posmen datang rumah hantar kad,
seakan berebut-rebut nak tahu kad yang dihantar milik siapa,
kemudian membanding jumlah kad antara kawan,
siapa yang dapat paling banyak,


paling lawak,
sanggup hantar kad raya untuk jiran dengan masukkan dalam peti surat,
lepas tu beri tahu yang dia dapat kad raya.
manisnya momen itu.


kini kad raya dah hilang seri,
manusia semakin malas untuk melarikkan pena diatas sekeping kad raya,
malas untuk berkejaran menghantar ke pejabat pos.


kini semuanya mudah,
dengan teknologi terkini,
mudah sahaja mencanting selembar kad raya secara elektronik.


tak perlu menghabiskan duit untuk setem.


namun,
aku terbaca satu iklan pos malaysia,
lebih kurang dua tiga minggu lepas, 
semasa awal ramadhan,
ada ungkapan begitu menusuk sanubari,


"...umpama ketupat dan rendang kita gantikan dengan spageti.."




NAK TENGOK SAMSUNG GALAXY TAB 10.1?? JOM KLIK SINI

MAMEE MONSTER UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA!!!!!

24 August 2011

majlis berbuka puasa bersama Pengerusi Kumpulan Felda

pada tanggal 17 ogos lepas,
chekgu dan kawan-kawan PERSADA,
diundang ke mahjlis berbuka puasa bersama Tan Sri Isa Samad,
Pengerusi Kumpulan FELDA.






Majlis berlangsung di dewan Merak Kayangan-Wisma FELDA.


Mula-mula agak teruja,
yela, jarang dapat pergi majlis macam ni.


bermacam-macam juadah yang terhidang,
pelbagai jenis makanan ada,
rasa nak cuba semuanya,
tetapi perut yang satu membataskan segala-galanya.






lebih kurang tiga atau empat round chekgu amek makanan,
dengan rangsangan oleh kawan-kawan, hehehe
seronok!!






lepas perut sudah sendat,
maka berhentilah juga pergerakan suap menyuap.


insyaallah, lain kali diundang la lagi..amin..








NAK TENGOK GALAXY TAB 10.1 YANG BARU??? KLIK SINI!!



sketsa di chow kit

malam sudah meniti pagi,
embun mula merintikkan butir-butir halus jatuh tersebar segenap inci,
ruang dan peluang insan di kawasan itu.








orang ramai masih bertali arus,
membanjiri inci demi inci kawasan itu,
sempit, sesak dan menyesakkan seakan adunan rasmi tika itu.


jarum jam menunjukkan perubahan masa sudah menjangkau angka 3 pagi.


namun kehadiran mereka-mereka marhaen disisi peniaga,
masih belum menampakkan suasana akan reda.


baru perasan,
rupanya gerai dan khemah-khemah peniaga tidak putus sambungan,
menjangkau ke seberang jalan lain,
disambung mengikut aliran perjalanan manusia,
penuh disisi kaki lima tempat berpijak manusia melangkah datang dan pergi.


di satu susuk ruang,
terdapat sebuah meja,
terletak ditepi simpang ke arah jalan mati,
terisi diatasnya bermacam-macam jenis cucukan,
yakni makanan.


sambil berdiri seorang lelaki dewasa disisi meja,
dan selang beberapa kaki ada sebuah motor bertayar tiga,
bersandar seorang kanak-kanak lelaki,
dengan wajah penuh definisi kantuk-mengantuk.


tiba-tiba,
lelaki dewasa bingkas bangun,
sambil memekik pada budak lelaki kantuk,
"bangun!! bangun!! jaga kejap!" arah lelaki dewasa,
sambil kaki menuju seberang jalan.


budak lelaki dengan letih,
"..ngantuk la..huhu.." rintih,
lelaki dewasa berpaling pada budak lelaki,
sambil mengancam dengan jelingan mata yang kejam.

23 August 2011

24 Ramadhan : bermakna tinggal lima hari sahaja lagi

pejam celik,
sahur buka,
terawih moreh,
akhirnya sudah hampir kita pada penghujung ramadhan.


saat ini masjid-masjid sudah tentu semakin mengecil jumlah jemaahnya,
dan mall semakin sarat dengan jemaah manusia.








waktu ini ibu bapa sibuk menyiapkan anak-anak,
dengan segala persiapan raya,
demi menjelangnya hari raya yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan.


si anak pula sibuk memilih pakaian yang akan digaya,
si ayah meladeni setiap anak-anaknya,
apa yang kurang ditambah,
apa yang lebih, dianggap anugerah.


namun cuba bayangkan,
kalau mereka-mereka,
yakni saudara sesama islam kita di somalia,
tahu, yakni meihat kesenangan hidup kita di Malaysia,
alangkah bersyukur rasanya mereka kalau dapat dilahirkan di Malaysia.






tak perlu beratur panjang mengharap sesuap nasi,
tak perlu berlapar dan dahaga seharian,
tak perlu risau akan pakaian yang lama tak berganti,
semua kesusahan tak perlu untuk dirasa.


cukup sekadar meletakkan diri kita pada tempat mereka,
sudah tentu menangis dalam lubuk hati,
betapa seksa nya ujian buat mereka.


sama-sama kita membantu mereka,
harap dengan bantuan kita dapat meringankan beban pada mereka.


salam ramadhan~




SOMALIA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA!!



22 August 2011

iklan hari raya, ombak jahat

aku sangat tertarik dengan iklan yang ni,
diadun definisi kemanusian,
erti pengorbanan dan kasih sayang antara anak dan ayah.


anda saksikanlah..




aku suka bila anak dia pegang janggut ayah dia,
"eii geli la" hahahahaha

kursus induksi persada sesi 2011/2012

mungkin sukar untuk menjangka,
apa perkara yang bakal terjadi dalam hidup kita.


sudah beberapa hari rasanya chekgu tak menulis dalam blog ni,
rindu rasanya..


bukan apa,
bukan juga hilang minat untuk melimpahkan idea atau coretan madah,
cuma kesempitan ruang dan waktu yang ada.


dari 17 ogos sampai 21 ogos,
aku terlibat dengan Kem induksi Persada sesi 2011/2012 di UPM,
letih rasanya mengendalikan program sebesar itu.








chekgu rasa itu lah program paling besar yang pernah chekgu jadi fasilitator.


memegang amanah sebagai ketua fasilitator lagi la bertambah berat,
itu ujian Tuhan kan..








pada mulanya agak teruja dan tak yakin,
dapat tak nak handle peserta yang dalam kalangan umur sebaya,
dan juga mereka-mereka yang bakal menjejakkan kaki ke ipt,
dengan jumlah dijangka 1200 orang!!!


tetapi bila kita yakin,
ikhlas kerana Allah,
semua kerja akan dipermudahkan..










rasa bersyukur program tamat dengan baik,
tanpa ada kes-kes kritikal yang menyesakkan dada,
walaupun ada beberapa kekurangan daripada aspek-aspek tertentu,
itu lumrah bila bekerja secara last minute!


apa-apa pon tahniah diucapkan kepada semua peserta,
anda memang terbaik!!
tanpa melahirkan sebarang masalah kritikal,
dan anda sudah menunjukkan diri anda layak bergelar mahasiswa!!


buat barisan ajk pelaksana dan barisan fasilitator,
tahniah juga saya ucapkan,
kerna usaha anda,
bekerja secara bersama-sama,
mampu melaksanakan program sebesar ini!!
itu memang menakjubkan!!


tahniah saya ucapkan!!

16 August 2011

16 ramadhan : iklan-iklan raya yang sedih-mak dan abah..

kali ni terbit pula perasaan,
nak kongsi iklan-iklan raya,
yang bertema sedih-ibu dan bapa..



iklan petronas 2007




iklan petr0nas 2006




iklan petronas 1999






ini secebis iklan-iklan raya,
yang kadang kala menggamit memori silam,
untuk dikenangkan.


bukan mengharap kasih atau ratapan,
cukup sekadar menjaga mereka berdua,
yakni ibu dan ayah.



15 August 2011

16 Ramadhan : lagu raya mula didendangkan diradio-naik semangat nak raya

sedar atau tak, sudah lebih setengah bulan kita berpuasa,
menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa,
maknanya tinggal lagi separuh bulan lagi kita nak raya.


hakikat orang kita,
walau didendangkan azan dan mengaji tadarus, 
dibandingkan dengan laungan suara-suara penyanyi melagukan lagu-lagu raya,
mereka memilih lagu raya.

ini hakikat-kalau tak setuju tak apa,
saat ni radio-radio sudah mula menapak selangkah demi raya,
mengalunkan lagu-lagu raya yang pastinya menusuk kalbu,
mencengkam jiwa-lagi-lagi anak perantau.


lagi-lagi kalau duduk di asrama,
sayu dengar lagu raya,
asyik membelek kalender,
\mengira detik demi detik,
"..bila la nak balik raya.."


antara  lagu kegemaran aku adalah,
nyanyian Datuk Sudirman,
dari jauh ku pohon maaf,




Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jau


kalau dengar bersendirian,
mampu melelehkan air mata,
sedih...


apa lagu raya kegemaran korang??  
kongsi dengan chekgu~

15 Ramadhan : cuba rasa beban seorang ibu dan ayah..

hari ini hari yang ke-15 kita berpuasa. Menandakan sudah separuh bulan kita mengembara dalam bulan penuh rahmat dan berkat. 
Tadi waktu aku tolong mak aku buat kuih, sempat juga aku mengeluh."hurm..penat jugak la mak.."
mak aku pun jawab,". itulah yang mak rasa tiap-tiap hari nak besar kan anak-anak.."
aku terkesima dan terdiam. membisu..


membelek memori silam, mengangkat erti kasih sayang seorang ibu dan bapa. Menggalas bebanan memikul tanggungjawab diatas pundak, demi membesarkan anak-anak, juga menunjuk jalan kebenaran buat anak-anak. Itu bukan kerja senang, lebih-lebih lagi dengan kudrat sekerat, hidup atas status marhaen, menyukarkan lagi kehidupan. Insan gigih tak pernah kenal erti putus asa, demi menyara keluarga.




hidup sebagai ibu dan bapa, mengajar erti pengorbanan, demi melimpahkan gugusan-gugusan kasih sayang demi melihat seraut lebar senyuman si anak.


namun, kini anak-anak sudah mencungkil memori silam lalu melontar ia hilang. Langsung tak pernah meletakkan jiwa pada seorang ibu dan bapa. Pada ibu dan bapa hilang hormat dan kasih sayang, lupa pada insan itulah dia dilahirkan dan dibesarkan. malah sanggup menegking dan memukul ibu dan bapa. Insan apakah ini?? tak layak bergelar insan, bahkan binatang sayang pada ibunya..




ralitlah kalian menguntai jasa-jasa ibu dan bapa,
membelek coretan memori tika dia membesarkan kita,
supaya langsung dalam benak dan jiwa,
timbul kasih dan sayang yang sejati mendalam menusuk hingga ke sanubari.








kenang lah jasa ibu mu, renunglah kasih ayahmu, titipkan doa buat mereka, agar nanti, anak-anak kita sama membalas seperti mana yang kita lakukan pada ibu dan bapa kita..


salam ramadhan..

14 August 2011

15 Ramadhan : pancing wang derma masjid-apa nak jadi la



JOHOR BAHRU: Tabung Sedekah Ramadan di Masjid Taman Perling di sini, tidak terkecuali daripada menjadi sasaran mudah pencuri yang tergamak cuba memecahkan peti berisi wang tunai hasil sumbangan jemaah itu.


Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat lalu, dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi keledar dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba memecahkan sebuah daripada lebih 10 peti sumbangan yang ditempatkan di sekitar masjid.




Kehadiran mereka yang mencurigakan itu apabila tergamak memasuki masjid dengan memakai kasut, disedari beberapa anggota polis yang kebetulan singgah di sebuah gerai burger berdekatan. Langkah anggota polis mendekati untuk membuat pemeriksaan menyebabkan dua pemuda itu melarikan diri.



Namun tindakan mereka lari secara meninggalkan sebuah motosikal di laman masjid itu menyebabkan seorang daripada suspek berhasil ditahan polis kelmarin selepas mengesan berdasarkan nombor pendaftaran, manakala seorang lagi rakan suspek sedang diburu.


Usaha pencuri melarikan wang daripada tabung masjid berkenaan bukan baru, sebaliknya sudah dua kali berlaku tahun ini iaitu pada Mei dan Jun lalu yang turut dirakam menerusi CCTV yang dipasang.

Selain cuba memecah mangga kunci, ada di antara pencuri terbabit menggunakan taktik memancing secara melekatkan gam pada hujung lidi penyapu sebelum dihulurkan ke dalam tabung berkenaan dengan harapan dapat melekatkan wang kertas di dalamnya.

Setiausaha Masjid Taman Perling, Hashim Sulaiman, berkata beliau tidak menyangka penjenayah sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang tanpa mengira hukum agama.

“Kejadian pada awal pagi Jumaat lalu, adalah kes ketiga tabung masjid dipecahkan tahun ini. Ia dipercayai dilakukan selepas waktu solat Isyak hingga Subuh kerana ketika tiada jemaah dalam masjid.

“Sebelum ini ada pencuri menggunakan taktik pancing dengan membalut gam pada hujung lidi penyapu dan mengambil wang derma tanpa memecahkan tabung berkenaan.

“Walaupun jumlah yang mampu diperoleh mereka tidak seberapa, tetapi ia memberi kesan kepada kami selaku ahli jawatankuasa masjid kerana wang itu sumbangan orang ramai untuk tujuan baik, tetapi disalah guna pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui semalam.

Hashim berkata, pencuri dipercayai mengambil kesempatan terhadap kelonggaran keselamatan masjid terbabit yang tidak berkunci pada waktu malam untuk melakukan jenayah.

“Ruang masjid ini tidak berkunci kerana kami mahu memberi kemudahan kepada musafir yang ingin menumpang pada waktu malam. Namun, ada individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kelonggaran ini," katanya.

Hashim berkata, selain memasang enam CCTV di sekitar kawasan masjid terbabit, pihaknya akan berusaha meningkatkan lagi rondaan kawasan sekitarnya pada sebelah malam dan awal pagi dalam usaha mengelak kejadian berulang.




*apa sudah jadi? wang derma masjid pun dikebas, oleh orang kita sendiri. Sudah tentu orang yang kebas tu sudah biasa dengan suasana masjid, sudah tahu selok belok dimana letaknya peti derma itu. Inilah manusia, bila terdesak dan tersepit antara nafsu dan akal. Sanggup mencuri dirumah Tuhan. Dah la duit derma masjid! Ini menunjukkan ada sesuatu yang takk kena berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit sosial sudah melanggar batas agama dan syarak. Masyarakat kita perlukan perubahan dan post mortem untuk membendung masalah ni. usah pertikau rezki Tuhan, bersyukurlah dengan apa yang ada..salam ramadhan..

14 Ramadhan : Lee Chong Wei tewas, menang dihati rakyat Malaysia

hari ni perlawanan akhir,
badminton kejuaraan dunia,
antara seteru tradisi,
Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.


sebagai rakyat Malaysia,
sudah tentu lee chong wei pilihan aku,
dan Lin Dan menjadi musuh ku.


tetapi nasib masih belum memihak pada chong wei,
rezki masih jauh dari landasan dia,
mungkin nasibnya ditentukan hanya untuk tempat kedua.


apa pun,
persembahan tadi adalah hebat,
pertembungan hebat antara dua manusia yang hebat dalam skil permainan badminton,
bagi aku,
dua-dua adalah juara,
walaupun hakikatnya chong wei tewas.




Lee Chong Wei tetap pemenang,
dalam hati rakyat Malaysia..


ini komentar yang sempat aku snap untuk tatapan kalian,




perdana menteri


datuk Omar Muchtar-bakal menteri pelajaran


Puan Sri Desiro-bakal pemilik gedung pakaian 



Datuk Seri Alvin-bakal menteri kesihatan



Tan Sri Adi Sulaiman-bakal ketua audit negara



kain batik-.....err...suri rumah tangga kot..erk!


Moga kecemerlangan chong wei terus menyinari segenap lapis bakat baru!


14 Ramadhan : nak cat rumah warna apa agaknye??

hari ini sudah 14 ramadhan, 
menandakan sudah hampir separuh perjalanan,
rasa baru sahaja semalam pengumuman berpuasa.


tahun ni rasanya nak cat rumah,
puas mencari idea nak cat warna apa,
lihat jiran sebelah dan sebelah,
sudah mula menjalin rasa citra,
mengolah warna menyimbah pada dinding kediaman..


hurm..
setelah sejenak, dua jenak berkelabu fikiran fikir,
timbul idea nak warna hijau,
dengar cerita ramai sahabat aku berbaju hijau raya nanti,
hehehe
ambil tema mereka la.


dah tu hijau apa??
itulah..dunia semakin canggih dan pelik, 
hijau sudah bercambah dengan kelahiran pelbagai jenis hijau,
banyak sungguh namanya,
beranak pinak.


hijau inikah?

ini??


ini??

ini??


ini??

atau ini??



entah,
nanti la buat undian,
muafakat pilih warna yang mana satu,
tapi..letih la nak cat rumah..huhu..


biar berseri rumah dengan warna baru
juga berseri iman dan akidah kita menuju era baru, 
selepas menempuh edisi pengajian ramadhan, 
moga dirahmati,
seisi alam dan strata benua..
salam ramadhan..



13 August 2011

14 Ramadhan : Dia telah pergi, takkan kembali...

saat aku menarikan jari jemari ini,
menulis dan menyusun perkataan demi perkataan,
dia kesayangan aku baru sahaja pergi,
meninggalkan kami buat selama-lamanya..


dia tu adalah kucing aku,
yang kami panggil oncet..


umurnya lebih kurang 6 bulan sahaja,
muda lagi,
masih lagi kadang-kadang menyusu badan ibunya..


Namun Tuhan itu maha penyayang,
tahu mana lebih terbaik buat hambanya,
tak kira manusia atau haiwan,
semuanya mahkluk ciptaannya..


sebab dia mati,
entah, sukar untuk aku ceritakan,
pada mulanya dia sihat,
entah kenapa tiba-tiba,
dia menunjukkan simtop-simtop lesu,
dengan tidur seharian tanpa henti.


bertitik tolak dari itu,
dia terus hilang selera makan,
jalan pun ibarat mengharap kudrat dipapah,
muka cengkung-anda pasti tergelak saya tulis begini,
namun itu realiti.


semakin hari dia semakin lemah,
susuk badan dia semakin susut,
wajah yang dahulu comel semakin hilang seri,
bulu yang dahulunya cantik disisip rapi kerna selalu dijilat,
kini berombak menanti tuannya menyisir..


dia semakin berubah,
makan langsung tak lalu,
air pon dihirupnya perlahan,
suaranya langsung tak terkeluar seperti hari-hari sebelumnya..


abah ada cakap,
mungkin dia salah makan,
mungkin juga dia diracun..


malam semalam, 
dia macam tu jugak tak berubah,
bahkan semakin tenat,
sebelum aku tidur,
aku datang dekat dia,
bila dia nampak aku,
dia cuba untuk bangun,
rapat dan nak menggeselkan tubuh dia kat kaki aku seperti dulu,
tapi dengan kudrat yang lemah,
dia bangun menggigil,
tak sanggup aku lihat dia waktu tu..


aku pegang dia,
aku sempat usap dia,
aku cium kepala dia berkali-kali,
dia berbunyi,
aku dah lama tak dengar suara dia,
dengan suaranya yang tak berapa kuat,
dengan suaranya tak berapa jelas,
dia berbunyi juga macam nak kata sesuatu,
aku cium dia lagi berkali-kali..


saat itu,
aku dapat rasakan,
dia dah nak pergi,
dalam hati aku,
kalau Tuhan nak ambil dia, ambillah,
tak sanggup aku nak tengok dia terseksa begitu rupa..


lepas tu kakak datang,
dia ambil air,
dia suakan pada oncet, 
dia belum minum lagi,
oncet dengan lemah menghirup air tu dengan payah,
sedih waktu tu aku lihat dia, 
hanya Tuhan sahajalah yang tahu..


lepas tu,
aku rasa saat dia dah sampai, 
aku cepat capai kamera aku,
mungkin ini gambar terakhir sebagai bekalan untuk aku,
gambar terakhir jasad dia berserta nyawa..


gambar malam terakhir dia..


dia lemah sangat..

badan dia sangat lemah





pagi ni..
waktu abah kejut kami bangun sahur,
aku nampak dia ada kat dalam rumah,
disisi dia ada ontel dan oneng,
adik beradik dia.


aku ingat dia 'ada' lagi,
tiba-tiba kakak aku pegang dan kata,
"oncet dah mati.."
waktu Tuhan sahaja lah yang tahu,
perasaan ni..


aku tak hiraukan,
aku terus makan sahur,
kemudian abah datang, 
abah angkat jasad dia,
dan masukkan dalam kotak,
letakkan diluar..
aku hanya memerhati sahaja..


lepas habis bersahur,
aku terus keluar,
nak lihat jasad dia..


dia terbaring kaku sejuk,
dalam kotak.


aku tak tahu nak cakap perasaan aku waktu itu,
aku usap kepala dia seperti mana aku lakukan waktu dia hidup,
aku bersihkan debu pada muka dia...


ohh Tuhan...




mungkin ini takdir perjalanan dia,
terhenti saat ini.


kami sekeluarga pasti akan sangat merindui dia,
walaupun dia hanya sekadar kucing,
kami telah anggap dia lebih daripada itu,
dia penghibur tatkala duka, 
menceriakan suasana.


lepas ni, 
takkan ada kelibat dia lagi, 
yang selalu tidur diatas kerusi,
takkan ada lagi lenggok langkah dia menuju ke dapur untuk makan, 
semua perihal dia sudah tak ada,
cuma secebis kenangan bersama dengan dia..


oncet..saya sayang anda sampai bila-bila...











*saya dah tak tahan menahan air mata ini daripada terus mengalir, biarlah saya membazir air mata ini demi seekor kucing, demi seekor haiwan yang tiada apa, sesungguhnya Tuhan itu maha adil dan penyanyang...

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...