maaf terasa terlambat update tentang hari semalam,
gara-gara terleka bermain game angry bird,
hehehehe
Seperti biasa,
sudah malam keempat kita berterawih,
aku sekali lagi dihidangkan oleh Tuhan,
untuk melihat dan mencerna sifat manusia.
Apa yang aku nak ceritakan,
tentang perangai tika solat terawih.
Semalam waktu aku solat terawih,
aku perasan dengan kehadiran anak-anak muda,
seperti lingkungan aku,
alhamdulillah,mereka rajin ke masjid,
mencari rahmat Tuhan.
tapi sayang,
kehadiran mereka diisi dengan hilai tawa,
coretan bual yang tak kesudahan,
dan pelbagai jenis rupa kegiatan yang tak perlu tika di masjid.
Alangkah molek kalau dah alang-alang datang,
laksana lah apa yang dituntut,
langsung datang pahala melimpah ruah seperti yang dijanjikan Tuhan.
Mereka ini kalau dilihat tentera musuh islam,
alangkah tergelak berguling-guling meraikan pra-kemenangan.
Yang si tua pulak,
belum sempat witir dilaksana,
dah mula berkemas pulang,
mungkin nak solat lagi-besangka baik,
kan senang sekali jemaah solat witir tu,
kan dapat ganjaran jemaah pula,
Ingat lagi entry perihal dua budak lelaki romantis?
rujuk entry ini,
malam semalam salah seorang daripadanya tak datang,
tinggal sorang sahaja,
terkebil-kebil yang lagi sorang tu...
salam ramadhan
No comments:
Post a Comment