23 August 2011

24 Ramadhan : bermakna tinggal lima hari sahaja lagi

pejam celik,
sahur buka,
terawih moreh,
akhirnya sudah hampir kita pada penghujung ramadhan.


saat ini masjid-masjid sudah tentu semakin mengecil jumlah jemaahnya,
dan mall semakin sarat dengan jemaah manusia.








waktu ini ibu bapa sibuk menyiapkan anak-anak,
dengan segala persiapan raya,
demi menjelangnya hari raya yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan.


si anak pula sibuk memilih pakaian yang akan digaya,
si ayah meladeni setiap anak-anaknya,
apa yang kurang ditambah,
apa yang lebih, dianggap anugerah.


namun cuba bayangkan,
kalau mereka-mereka,
yakni saudara sesama islam kita di somalia,
tahu, yakni meihat kesenangan hidup kita di Malaysia,
alangkah bersyukur rasanya mereka kalau dapat dilahirkan di Malaysia.






tak perlu beratur panjang mengharap sesuap nasi,
tak perlu berlapar dan dahaga seharian,
tak perlu risau akan pakaian yang lama tak berganti,
semua kesusahan tak perlu untuk dirasa.


cukup sekadar meletakkan diri kita pada tempat mereka,
sudah tentu menangis dalam lubuk hati,
betapa seksa nya ujian buat mereka.


sama-sama kita membantu mereka,
harap dengan bantuan kita dapat meringankan beban pada mereka.


salam ramadhan~




SOMALIA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA!!



2 comments:

Ce'gu JAERA said...

ramadan bakal meninggalkan kita.. kesedihan buat mereka yang merinduinya.. kegembiraan buat mereka yang tak sabar nak raya..

hakir said...

setuju. kadang kala bulan ramadhan hanya sebagai simbol menandakan raya dah dekat sahaja. tidak lebih daripada itu