perlu sedikit ilmu untuk diterjemah.
Isu bunuh.
aku rasa paling kritikal namun dipandang biasa dan sepi.
kenapa?
sebab rata-rata antara kita muak sudah baca tentang kes bunuh di akhbar.
saban hari kita disajikan dengan kes-kes bunuh,
melibatkan secara tak rela juga secara rela-bunuh diri.
hipotesisnya,
semakin banyak kes bunuh,
semakin banyak la pembunuh.
*boleh anda terima??
Aku bukan apa,
nyawa dianugerahkan oleh Tuhan,
untuk hambanya beriman kepadaNya,
bukan untuk digadai secara sesuka hati sahaja.
lebih teruk lagi barah ini merebak,
dalam kalangan kanak-kanak,
buktinya,
lihat sahaja dua bulan pertama tahun 2010,
seramai 295 pelajar dalam usia 13 hingga 18 tahun terbabit dengan jenayah termasuk bunuh!!
gambar hiasan
dilanjutkan lagi, hingga bulan april tahun 2010,
statistik yang dikeluarkan oleh Bukit Aman,
kanak-kanak, pelajar dan remaja yang tak bersekolah dalam usia 7 hingga 18 tahun,
terbabit dengan 18 kes bunuh, 198 (rogol),
2 (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata),
19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan).
Malahan mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian,
584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut),
17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari).
gambar hiasan
aduhai...
inilah generasi perwaris masa hadapan kita,
pemuda dan pemudi tiang negara kita..
kita bandingkan dengan statistik tahun 2009,
mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api),
74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi),
385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari).
secara totalnya,
mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun 2010, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun 2009.
gambar hiasan
ngeri sungguh angka ini bukan,
untuk tahun 2011??
entah, takut untuk diselak dan disemak,
mungkin angkanya meningkat, sama-sama kita berdoa agar angka ini berkurangan.
gambar hiasan
Jika kanak-kanak sudah merogol dan membunuh,
mencuri dan merompak,
apa lagi yang diharapkan pada mereka??
hancur musnah harapan.
sampai bila kanak-kanak kita perlu begini?
siapa yang menjadi pemangkin mereka ke arah bejat bedebah itu??
bukan hendak menyalahkan sesiapa,
lihat sahaja pada rancangan tv dan filem,
masing-masing sibuk memperturunkan ilmu menjadi pembunuh,
mat rempit, perogol, gangster, penagih dadah, dan segala macam watak anjing jalanan.
sebab itu aku bersetuju dengan kata-kata seseorang ini,
"tv adalah kiblat kanak-kanak.."
wahai anda, aku, kamu, dia dan kalian semua,
peka lah tentang isu ini,
jangan sampai nanti anak-anak anda menjadi penambah angka ngeri itu tadi..
didik lah dengan akal dan agama,
sinarilah cahaya hidupnya dengan syarak,
jagalah dia tentang arus hidup, supaya ta tenggelam nanti di dasar kebodohan.
sama-sama kita berdoa dan berharap,
agar kita diberi peluang untuk menerima hidayah dariNya.
biar begini, asalkan tak rosak bencana
salam ramadhan..
2 comments:
takot dgn dunia hari ni.. asyik nk bunuh2 je..
huhu, itu la, dunia semakin tak selamat..=(
Post a Comment