28 March 2011

kenangan Debat Piala Naib Cancelor UPSI kali ke-8..

Ingin coretkan kenangan ketika debat nc 2011. Edisi kali ni merupakan kali kedua aku sertai debat naib cancelor setelah tahun lepas aku hanya layak sampai ke peringkat suku akhir je. 

Namun kali ni, kami team Kolej Aminuddin Baki, telah berazam, nak merampas piala nc tu daripada pegangan Kolej Ungku Omar. Setelah merangkul Piala Pengetua KHAR, rasa lebih semangat nak rampas piala NC (dah la piala baru!!)

Kami mulakan latihan secara intensif selama 2 minggu sebelum pertandingan. Seperti biasa, banyak kekangan, ada yang ada klas, ada diskusi, asignment dan sebagainya. Kadang-kadang sampai menimbulkan keresahan kepada saudari anis..

Latihan kebiasaannya bermula jam 11. Kami berlatih secara bersendirian. Kalau tahun lepas kami diajar oleh abang zam, tapi kali ni dia tak ada. Dia tengah praktikum.

Cuma kadang kala senior debat kab datang bagi semangat kepada kami, kami akur, masing-masing ada tuntutan yang perlu diselesaikan. Kami teruskan jugak latihan walaupun terasa kami amat memerlukan mereka.

Aku rasa kali ni lah latihan yang paling best buat pendebat muda KAB, kami berlatih secara santai. Teringat tika kami kebosanan, kami pegi ke tengah padang KAB, waktu tu dah pukul 12 tengah malam, kami menjerit-jerit untuk lepaskan tekanan, kami buat energizer, teka-teki dan kami buat hal kami sendiri, walaupun ada orang yang pandang pelik kat kami. Yela tengah-tengah malam tergelak kalah puaka!! hehe

Sampai hari pertandingan, aku dah pesan dekat team aku, anis dan dayah@achik, kita bergerak secara 1 pasukan, kita menang juga dalam 1 pasukan, jadi masing-masing kena saling mempercayai antara satu sama lain. Itulah yang kami pegang..

Bermula dengan saringan yang pertama, team aku, KAB 2 Vs SMKBS(smk bukit sentosa) dengan usul EARTH HOUR TIDAK RELAVAN. Ketika ini aku memang rasa tercabar bila berlawan dengan budak sekolah!! Keputusannya...kami kalah!!! juri 2-1, margin 1.5.  Jujur aku katakan, ketika aku memang down sangat-sangat. Tapi aku tak nak tunjuk kat anis dan dayah. Aku tak nak dia orang jatuh semangat. 

Teruskan dengan saringan kedua, menentang KHAR 2 (musuh lama..hehe) dengan usul DEMI PERPADUAN:INTERLOK WAJAR DIPINDA kami sekali lagi sebagai pembangkang. Keputusannya..kami tewas lagi!! dengan margin agak besar, 4.++... Tika itu aku rasakan dah tak ada peluang aku nak teruskan perjuangan.. Kami di ranking terakhir..

Tapi aku tengok anis dan dayah tak menampakkan kekecewaan pada wajahnya, buatkan aku terus semangat nak habiskan saringan yang ketiga. Kami menentang KZ 2, dengan usul POLITIK MALAYSIA: IDEALOGI NO 1, KEBAJIKAN NO 2. Buat kali ketiga sebagai pembangkang. 

Kali ni, keajaiban Tuhan berlaku, kami menang!! dengan margin 12!!!! terus melonjakkan kami ke tangga ke lima!! Alhamdulillah..aku bersyukur sangat..

Teruskan kemaraan ke peringkat suku akhir, menentang SMKBS lagi, dengan tajuk YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. Memegang mandat selaku barisan kerajaan akhirnya kami menang dengan margin 8. Alhamdulillah.. 

selepas suku akhir..penerangan dari kak nora..
Terus mara ke separuh akhir, menentang KUO 1,(penyandang juara) dengan usul KEMELUT DUNIA : PROPAGANDA AMERIKA SYARIKAT. Aku rasakan match kali ni sangat sengit. Aku rasa setara antara kami berdua. Keputusannya..alhamdulillah..tak ada rezki kami nak mara ke pentas finale. Kami tewas dengan margin 1!!!!!! sangat-sangat terkilan.

Namun begitu, walaupun tiada pasukan KAB yang ke pentas finale, namun aku amat berbangga dengan kedua-dua pasukkan KAB yang masuk separuh akhir!! tahniah kalian!!


inilah keluarga debat KAB yang aku sayang!!!

Kalian menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan warga KAB!!! tahniah sangat-sangat.

Aku rasakan, pertandingan kali ni amat mengajar aku tentang kesabaran dan kegigihan. Mungkin ada hikmah aku tak mara ke final. Aku terima dengan redha. Mungkin rezki aku pada edisi lain..Insyaallah.


ketika malam final, bersama finalis KHAR 2..


suasana ketika pentas final..aku kira kurang hangat..



alhamdulillah..rezki dari langit..pendebat terbaik liga..



*sudah bersedia wakil u..











26 March 2011

bila gambar berbicara..

Aku nak berkongsi, beberapa keping gambar, yang aku dan kawan-kawan aku dapat, dan hasilkan, dalam masa 1 jam, dengan menggunakan kamera telefon bimbit dan kamera biasa.

Masa tu aku terlibat dengan pertandingan fotografi, anjuran kelas pengurusan ko aku. So inilah kali pertama aku merasai dan menikmati saat-saat mencari idea dan ilham dalam tempoh yang singkat.


Nasib baik tempat untuk pertandingan ni memang memiliki kawasan yang cantik. Perkarangan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Inilah hasilnya, dan kumpulan aku dapat tempat PERTAMA!! disebabkan temanya bila gambar berbicara, maka penilaian berdasarkan maksud yang dapat diterjemahkan dengan gambar tersebut..

tajuk gambar ni "dimana-mana"



judul gambar ni "anak warisan"



inilah gambar yang aku paling suka, bertajuk "sendirian"


inilah hasil daripada kumpulan aku, dan menjadikan aku mula bersemangat untuk terus berkarya dalam bidang fotografi.

inilah gambar yang telah aku edit. Gambar kat bawah ni ketika sebelum bermula pertandingan....









21 March 2011

dah tau guna adobe photoshop!!

Tarikh 20 Mac 2011, kelas pengurusan ko aku buat kursus dan bengkel adobe photoshop. Yang diajar oleh penceramah terhebat kami, iaitu saudara amir, JMK KAB. 

Aku dah lama nak pegi kursus macam ni, sebab aku jeles dengan kawan-kawan yang pandai design banner atau poster. Kadang-kadang tu tak puas hati ngan design die orang. Kalau aku nak design tak reti pulak..Adoii..

Alhamdulillah, berkat kesungguhan menempuh hari yang mendung, dan jalan raya yang sesak!! (hari-hari yang pelik di Tanjung Malim sebab jalan raya sesak) akhirnya ku gagahkan juga bersama temanku saudara Fikrul hakim, sampai ke Bangunan Pentagon UPSI.

Kursus bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 7 petang. Inilah hasil yang aku buat sepanjang sesi kursus tu...


*klik pada gambar untuk lebih besar

ini bersaiz banner


ini bersaiz poster.

ni poster..(saje prihatin dengan haiwan..)


Yang bawah ni pulak adalah koleksi aku buat selepas aku pergi kursus tu. gigih aku mencuba mencari ilham untuk menonjolkan unsur-unsur dan bakat kesenian yang aku ada..hehehe


sayang sangat awak..



amat saya sayang..

Kalau korang perasan aku suke bereksperimen dengan warna-warna yang ceria. Sebab aku memang minat dengan warna-warna yang cantik, ceria, dan cerah. Nampak tenang je bila kita tengok. Aku suka dengan corak yang simple dan abstrak. Sebab hanya designer je yang dapat faham dan jelas dengan apa yang dia design dan kadang-kadang memberi makna yang sangat mendalam(cewahhh!!!).

Jadi lepas ni tak payah la susah kan orang nak design banner, dan sekarang dah bersedia memikul tugas AJK PDI..hehehehehe Harap lepas ni dapat design yang lagi menarik!!!






20 March 2011

aku jadi fasilitator!!!

Nak jadi seorang fasilitator bukan mudah, dan bukan nye senang. Nak bergaul dengan peserta, nak memahami emosi peserta, nak mengawal peserta, semua tu perlukan masa untuk belajar. 

Lagi-lagi macam aku ni, fasilitator yang muda, dan tak tau apa-apa pasal bidang ni. Tapi sikit-sikit aku belajar, macam mana nak jadi seorang fasilitator yang baik. Mudah bergaul dengan peserta, senang didampingi peserta. Aku tak nak jadi fasi yang ditakuti peserta. Tapi aku nak peserta hormat aku sebagai seorang fasi yang datang untuk membimbing mereka. 
ketika melayan kerenah adik-adik peserta.

Dunia seorang fasilitator sangat penuh dengan emosi dan psikologi. Memelukan kredibiliti untuk menangani masalah peserta. Bukan sekadar pak pacak kat tepi program.

Setelah aku lalui beberapa sesi kem motivasi dan menjadi seorang fasi, banyak dah aku belajar. Antaranya, sangat berbeza nak menangani pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, juga orang dewasa. Kanak-kanak lain karakternya, orang muda lain karakternya. Semua memerlukan cara yang berbeza. Lagi-lagi nak memahami emosi dan karakter peserta yang berbagai-bagai ragam. Sangat memeningkan kepala melayan kerenah mereka.

Kalau pelajar sekolah rendah, kalau dimarah akan menangis, budak sekolah menengah kalau dimarah akan memberontak dan langsung tak nak dengar cakap.


wajah-wajah adik-adik perserta dan fasi yang riang..


Dalam sesi motivasi, aku lebih suka LDK yang bersifat sub-consicious, atau dengan bahasa mudah, kesedaran. Kita dapat lihat, bagaimana keupayaan seorang fasi untuk membuatkan peserta mengalirkan air mata. 

Pengalaman aku, ada satu kem motivasi sekolah rendah, ketika berlangsungnya LDK sub-conscious ni, ada seorang budak lelaki ni, aku tengok dia langsung tak mengalirkan air mata. Kawan-kawan kat sebelah dia ada yang menangis dan juga ada yang ketawa(nakal sket). Aku rasa tercabar nak buatkan budak ni menangis. Jadi aku terus duduk sebelah dia, dan aku mula berborak-borak dengan dia. Dia langsung tak beri reaksi. Tetap macam tu(duduk memeluk kaki sambil mata memandang white screen yang menayangkan video-video bersifat airmata). 

ketika LDK sub-consicious..


Aku tak putus asa, aku nak pastikan dia menangis juga. Aku terus provok dia. Terus menerus memprovok dia. Waktu tu lampu dimatikan untuk menimbulkan mood kesedihan. Dia tetap tak menangis!! Orang lain dah menagis teresak-esak dah. Tiba-tiba aku cuba pandang muka dia dari depan, dan apa yang aku lihat, butiran jernih airmata mengalir dari anak mata budak tu...

Apa yang aku kagum dengan budak ni, dia tak menangis macam kawan-kawan dia, dia tak teresak-esak. Senang aku cakap, dia cool je. Menangis ala-ala gentlemen. Air mata je yang mengalir.

Aku pon tak mampu nak menangis macam tu agaknya. Lepas aku sedar yang dia dah menangis, masa tu lah yang terbaik nak mananam satu semangat baru dalam diri dia. Aku terus mengeluarkan ayat-ayat semangat(walaupun aku sendiri rasa nak tergelak, sebab aku boleh cakap macam tu!!) 

Itulah daripada secebis pengalaman aku sebagai seorang fasilitator muda. Banyak yang perlu aku belajar lagi. Moga satu hari nanti, akau mampu menjadi seorang fasilitator yang baik dan cemerlang. Amin..



antara aktiviti ketika program motivasi..

15 March 2011

aku bukan Pencuri masa yang baik!

Masa aku hanya diberikan oleh Tuhan sebanyak 24 jam je. untuk aku bahagi kan kepada sesiapa yang berkenaan aku rasa mustahil...

boleh ke aku putar kan balik masa??


Bila tiba hujung semester, aku dapat rasakan masa 24 jam tu sangat tak cukup untuk aku meniti hari seperti biasa. Dengan lambakan kerja kursus dan tugasan yang sememangnya perompak masa yang sejati, membuatkan hari-hari aku semakin nipis. 

Sambil dihiasi program-program yang amat aku perlukan untuk aku belajar menjadi seorang pendidik, lebih menyepitkan hari-hari aku bersama-sama mereka yang selama ni menjadi peneman aku. Seharian masa aku ditemani keadaan didalam bas, kelas, program, tugasan dan lambakan ilmu yang perlu aku telaah sebelum menjelang minggu ke 14 yang bakal menandakan berakhirnya hari-hari kuliah.


ketika Program Kecemerlangan SK Kg Pulai..




Sampai ada yang mula kecewa dan meluahkan "sukar meluangkan masa bersama". Bukan aku yang pinta, dan aku bukanlah pencuri masa yang baik. Aku sukar untuk membahagikan masa. Aku susah nak susun masa untuk kalian semua.

Mungkin kalian perlu untuk berada ditempat aku, untuk merasakan apa yang aku rasa. 

Aku perlu untuk belajar untuk pandai membahagikan masa. Perlu untuk bijak memahami masa, 
kerna aku bukan lah pencuri masa yang baik..

*Tuhan, berikan-lah aku kekuatan untuk mengisi masa yang dianugerahkan kepada aku..













08 March 2011

lelaki menangis..salah ke??

Salah ke kalau lelaki menangis?? Air mata tu dicipta Tuhan hanya untuk perempuan je ke?? Kalau menangis tu memang hanya keistimewaan perempuan, kenapa Tuhan ciptakan perasaan dan air mata buat lelaki??

Lelaki pulak, kenapa mesti malu nak menangis?? Adakah anda akan merasakan kejantanan anda akan tercabar kalau anda mengalirkan air mata?? Hilang ke kemaskulinan anda tu kalau menitis air mata anda ke pipi??

indah butiran air mata kalau disertakan dengan penyesalan..


Persoalan-persoalan ini lah yang selalu melingkari hati lelaki untuk mereka mengalirkan air mata. Apa lah salahnya untuk kita mengalirkan air mata buat sesuatu yang berguna kepada kita.

Ada yang masih ego dengan mempertahankan air matanya daripada melimpah membasahi liang-liang roma di sekitar pipi. Ada juga yang bongkak mendabik dada mengaku kuat dan keras kerana masih lagi tak mengalirkan air mata.

Aku menulis kali ni, sebab aku terasa bila ada yang mempertikaikan  lelaki yang menangis. Salah ke bila seorang manusia yang bergelar lelaki itu untuk menangis?? berdosakah insan yang bernama lelaki untuk mengalirkan air mata??

Sebenarnya, bagi aku, lelaki yang menangis adalah lelaki yang paling jujur, meluahkan perasaan dengan air mata, menunjukkan keikhlasan tanpa rasa malu untuk mengakui perasaannya. Inilah lelaki sejati.

Lelaki sejati bagi aku bukan diukur dengan berapa banyak batang rokok dia hisap, atau berapa batang tiang lampu dia pacak waktu merempit. Ataupun berapa banyak awek dia dapat pikat dalam tempoh sebulan. Lelaki yang selalu menunjukkan amarahnya dengan memukul orang lain juga bukan lelaki sejati.

Lelaki yang sejati adalah lelaki yang mampu mengawal kemarahannya tika dia dalam keadaan marah, lelaki yang menghormati kehormatan seorang wanita dengan menjaga batas-batas ketika bergaul dengan seorang wanita, lelaki yang mampu mengalirkan air mata tika memikirkan perbuatannya yang silap selama ini. Inilah lelaki yang sejati.

Lelaki kebiasaannya akan menangis disebabkan perkara ni;

  • bila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.

  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.

  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.

  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.

  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.

  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

  • Moga selepas ni tak ada persepsi yang serong dengan lelaki yang menangis, kerna lelaki juga berhak untuk menangis.

    Menangis adalah hak dan anugerah kurniaan Tuhan buat manusia yang sering menghargai nikmat yang telah diberikan kepadanya..

    06 March 2011

    andai ada yang teremosi dengan "tulisan pink"

    berkesinambungan dengan post aku yang lepas, fasal budaya pink, ada yang agak emosi dengan tulisan aku. Ada diantara mereka-mereka yang mempertikaikan keadaan apa yang aku gambarkan tentang masyarakat kita. hehehe..

    Buat kalian-kalian yang terasa, aku nak mohon kemaafan, sekadar meluah emosi dan perasaan jiwa aku semata-mata. Aku menulis berdasarkan apa yang aku perhatikan. Andai ada yang tak sama dengan apa yang anda "pandang", itu adalah kebiasaan. Setiap manusia punyai perbezaan yang ketara, waimma kembar sekali pun.

    Aku tak kisah dan aku tak akan terasa kalau ada yang nak pertikaikan apa yang aku tulis, sememangnya manusia diciptakan untuk melontarkan pandangannya bila-bila masa. Dengan cara ini lah minda kita bercambah menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis.

    Akhir, andai ada ketidak-puas-hatian (sesuka hati je tulis camni) aku mohon jutaan kemaafan.
    Cambah lah idea anda dengan pertikaian~~


    03 March 2011

    salah ke lelaki minat PINK???!!

    kalau kita belek-belek tubuh manusia sekarang, sudah tentu warna pink banyak dipakai oleh perempuan atau wanita. Susah nak cari lelaki pakai warna pink. Kenapa lelaki takut pakai warna pink?? atau dalam istilah melayunya merah jambu. Berdosa ke lelaki pakai warna pink??






    Stigma dan mentaliti kita sebenarnya membekukan otak kita untuk berfikir secara waras, dalam menentukan baik atau buruk. Dalam konsep pink ni pulak, aku hairan betul, kenapa masyarakat kita pandang serong dengan lelaki yang menggunakan warna pink. Bila lelaki pakai baju warna pink, mula lah mulut tu dok mengata.  Itulah, inilah, dan sebagainya, sampai mulut dia jadi warna pink sebab banyak sangat eksesais(mengumpat).


    Kalau kita tengok pada sejarah, sebenarnya warna pink ni mula-mula diperkenalkan untuk kanak-kanak lelaki. Sebab apa warna ini untuk anak lelaki?? Dua teori yang dibangkitkan untuk menyokong kenyataan ini. 
    1. Pensyarah di Lancaster University, Britain, Dr.Veronika Koller mendakwa, sebelum perang dunia pertama, warna merah jambu biasanya dipakaikan kepada anak-anak lelaki dan warna biru dikenakan kepada kanak-kanak perempuan. Hal ini kerana merah jambu yang merupakan basuhan warna merah dilihat lebih agresif berbanding warna biru yang sering dikaitkan dengan kelembutan seperti langit dan lautan.


     2.Bermula pada tahun 1920 atau sebelumnya hinggalah pada tahun 1940-an, merah jambu dianggap warna yang paling sesuai untuk anak-anak lelaki kerana warna itu berkait dengan warna merah yang lebih menonjolkan ciri-ciri maskulin, dan warna biru lebih sesuai untuk kanak-kanak perempuan kerana warna itu lebih nampak lembut dan halus. Namun, norma sosial terbalik sejak 1940-an sehingga kini , pink dianggap untuk kanak-kanak perempuan dan biru sesuai untuk kanak-kanak lelaki.


    Jadi, sejarah dah buktikan dah yang warna merah jambu ni sebenarnya untuk lelaki pada awalnya. Tetiba berubah arah dan menjadi terbalik pada masa ni. Pendapat aku, tak salah lelaki pakai warna pink, sebab warna ni kan bersifat universal, sesiapa boleh guna warna yang dia suka, tak kiralah jenis warna apa sekali pon. 

    Apabila wujudnya perbezaan warna mengikut jantina dan seolah-olah, warna tu hanyalah untuk perempuan, ini sudah mencabuli hak kebebasan untuk "berwarna"!!! 

    Teringat jugak kata-kata "real man wear pink" yang menjadi pembakar "semangat" untuk lelaki-lelaki malaya untuk menunjukkan kejantanan mereka dengan menggunakan warna pink. (hehehe)

    only real men wear pink!!




    Kepada kawan-kawan, janganlah anda takut nak pakai warna merah jambu@ pink! Yakin ja dengan apa yang anda pakai. Jangan hiraukan mulut-mulut longkang yang jeles dengan warna pink yang anda pakai!! Cubalah satu hari anda keluar, pegi mall ke, pegi kelas ke, dengan memakai pakaian berwarna pink, sudah tentu anda akan nampak lain dan lebih maskulin. Pekak kan telinga anda jika ada mulut-mulut busuk dan puaka yang mengatakan pink untuk PONDAN, lelaki lembut, gay dan sebagainya. Hak kita nak pakai baju warna apa yang kita suka!!

    maskulin


    Buat kawan-kawan yang anti-pink..buanglah mentaliti kuno dan sempit(narrow minded) anda. Terimalah warna dengan sebaik-baiknya. Jika benar-benar anda memang anti pink, tak usah lah nak menghina orang yang memakai warna pink. ANDA TAK BERHAK!!

    baru dapat hadiah nie(pc fair upsi), yang tak boleh blah warna pink tu..hahaha

    ~pink itu indah dan menarik, selagi dipakai mengikut hak dan batasan~