31 December 2010

UBAT Vs MATI

“Dialah yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya”
-Surah Al-Mulk. Ayat 2-

Tertarik untuk melarikkan pena berkaitan isu ini. Hasil cetusan seorang kenalan rapat. Ubat satu bahan yang menjadi inspirasi buat para doktor untuk membawa cahaya harapan bagi sang pesakit. Malah menjadi satu entiti misteri dan sangat menakutkan buat sang pesakit untuk dihadapi. Rata-rata menganggap ubat adalah satu objek misteri dan amat magik untuk difikirkan.





Ada satu kisah tentang seorang lelaki yang disabitkan dengan penyakit  kronik lagi membahayakan nyawa. Hanya ditilik memiliki hari-hari yang singkat sahaja untuk terus bernafas di bumi Illahi. Apalah daya agaknya tika mengetahui ajal akan tiba tidak berapa lama. Sedih bukan kepalang. Namun kecekalan hati, untuk meneruskan misi sebagai manusia dan khalifah dibumi Illahi, hidup diteruskan dan diisi dengan kegembiraan dan kesyukuran. Senyuman dan tawa sering menjadi penghias hari-hari terakhir lelaki itu. Dia tak pernah kecewa dengan takdirnya, dia tak pernah mengeluh suratan kehidupannya. Tetapi dia terus gagah, dan tabah menongkah hari-hari hidupnya. Hinggalah dia yang ditakdirkan hanya memiliki talian nyawa sehingga enam bulan, terus bisa bernafas menjangkau tilikan doktor. Takdirnya terus bersinar, dia menjumpai seorang gadis yang berpekerti mulia, dan itulah jodoh buatnya. Mereka sangat bahagia, kehidupan dilingkari gurau senda, akhlak mulia sebuah keluarga, juga rezki yang melimpah ruah. Tidak ketinggalan dianugerahkan  cahaya mata yang comel. Alangkah asyiknya kehidupan mereka, sehingga lelaki itu lupa akan penyakitnya. Benar-benar lupa.

Namun apakan daya. Janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui penghujung hayatnya. Yang bermula pasti akan diakhiri. Tiba satu saat, dia mula menampakkan keadaannya yang sebenar. Dia menghidap penyakit kanser paru-paru dan juga tumor di otak. Sebenarnya dia merahsiakan penyakit yang dihadapi daripada isterinya. Apabila isteri kesayangannya mengetahui hakikat itu, si isteri terus mengalirkan airmata. Si isteri tak menyangka, suami yang sering menghiburkan hatinya, mengisi ruang-ruang disisi hidupnya, bakal pergi buat selama-lamanya. Namun, si isteri terpaksa tabah, dia terpaksa menangis  didalam hati, kerna tak mahu melemahkan semangat dan kecekalan suami tercinta. Dia meladeni sang suami dengan sepenuh kasih sayang, kerana itulah kasih sayang yang terakhir dapat dia berikan sebelum suaminya dijemput Illahi. Lelaki itu terus tabah. Mengisi ruang-ruang masa terakhirnya bersama insan-insan tercinta. 

Akhirnya, dia tidak mampu lagi untuk bertahan. Tepat jam sepuluh pagi, hari jumaat, sambil disisi keluarga terdekat, turut didampingi isteri tercinta, dan diapit chaya matanya yang masih kecil lagi,dan masih lagi belum sempat memanggil nama gelaran ayah buatnya,  dia menghembuskan nafasnya buat terakhir kali. Alangkah manisnya dia, sebelum dia pergi, dia sempat memohon keampunan dari semua. Pemergiannya amat dirasai. Lebih-lebih lagi buat si isteri yang menanti dengan tabah, anak kecil yang belum mengerti falsafah kehidupan, juga keluarga yang banyak berjasa buatnya. Dia pergi meninggalkan falsafah kecekalan hidup buat insan-insan yang hilang harapan. Harapan untuk terus bahagia meniti hari-hari akhir kehidupan.

Inilah secebis kisah kehidupan. Hidup sentiasa berputar. Apabila kita ditimpa musibah, itu bukanlah satu penamat kehidupan, tetapi sebagai ujian agar kita lenih tabah dan kuat. Ubat bukan penyelesaian masalah, tetapi sebagai satu kaedah menyelesaikan masalah. Kadang-kadang semangat yang kuat, jiwa yang kental, dan redha dengan ketentuan Illahi, adalah ubat yang paling mujarab merawat jiwa. Kebergantungan hidup kepada ubat-ubatan adalah tipikal. Namun tak salah bergantung kepada ubat-ubatan, kerna itu adalah sebuah harapan.

Apabila ujian itu kita terima, sebaik-baiknya adalah sabar. Memang sukar untuk merealitikannya, mungkin akan timbul dibenak masing-masing,cakap senang la, cuba sendiri yang kena”. Kita tak mampu berbuat apa-apa kecuali berusaha dan tabah dengan ujian. Segala-gala yang terjadi dan tercipta ada hikmahnya. Cuma kita yang tak nak memahaminya.

sumber

24 December 2010

Bunuh Diri:SOLUSI atau FANTASI

Mati  itu pasti, namun masa itu yang belum pasti, kerna kita hanyalah manusia biasa yang terbatas ilmu akhirat. Namun ada antara kita yang masih memilih menentukan matinya. Bunuh diri.
Inilah hakikat yang semakin berkembang dalam masyarakat kita. Rata-rata sudah sebati akan isu ini. Seolah-olah sudah menjadi perkara biasa, dan tak perlu dihiraukan sangat. Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.




Sebenarnya, apa punca kepada permasalahan ini? Berdasarkan pengalaman aku, baru-baru ni, ada satu kes yang berdekatan dengan kejiranan aku, bunuh diri. Punca?? Dikatakan halusinasi, ada bayangan yang sering mengganggu dia. Dan akhirnya, dia melepaskan nyawanya dengan menggantung dirinya pada sebatang pokok berhampiran rumahnya. Alangkah mudahnya mengakhiri hidup bukan. Inilah pertimbangan yang dilakukan tanpa asas akal bijaksana dan tidak dilingkungi agama. Hasilnya tersungkur jatuh ditelunjuk syaitan yang menghasut. Ibu penat menanggung beban dan derita selama Sembilan bulan, diasuh, dididik dengan kasih sayang, akhirnya memilih jalan yang tidak diredhai untuk “pulang”.

Seseorang yang mengalami gangguan emosi, perlu kita layan dengan bijaksana. Segala ungkapan dan nasihat kita perlu berakal, kerna setiap butir kata yang keluar dari mulut kita, saat kita berdepan dengan mangsa kecelaruan emosi ini, mereka akan memamahnya dan menimbangnya bukan dengan kewarasan akal. Mereka terlalu pendek akal untuk membuat keputusan, hingga akhirnya memilih jalan pintas dengan memutuskan nyawa.
Hukum membunuh diri adalah haram. Dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. mafhumnya;

 “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Kebanyakkan mereka yang membunuh diri ini adalah mereka yang ingin lari daripada masalah. Masalah tak akan dapat diselesaikan dengan melarikan diri dan lebih teruk lagi jika menggunakan cara membunuh diri. Hal ini kerana di akhirat kelak lagi terseksa mereka yang membunuh diri.

 Dibuktikan melalui hadis Nabi s.a.w  yang diriwayatkan oleh Thabit bin Dhohak;

 “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)


Itulah azab nanti di akhirat kelak. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, Cuma kita sahaja yang berputus asa dalam mencarinya. Bagi mereka-mereka yang berdepan dengan situsi kritikal, yang melibatkan emosi dan jiwa, kembalilah kepada asalnya. Ingatlah pada Pencipta kita, agar kita memperoleh hidayah dariNya, dan dijauhkan perkara-perkara yang tidak disukainya.

Buat insan-insan yang memiliki jiwa-jiwa yang kacau, pergilah mencari hidayahNya, kerna hidayahNya ada dimana-mana, asalkan hati kita ikhlas mencarinya..insyallah..

17 December 2010

lelaki kita tak romantik!!!

Terdetik dalam hati untuk merungkai satu misteri. Suka aku meralitkan kisah cinta, kerna sehati dan sejiwang dengan ku. Mungkin ramai diantara kita begitu jijik dengan istilah jiwang, seolah-olah terpalit dosa yang maha besar apabila bergelumang dengan situasi jiwang. Kenapa kita terlalu paranoid dengan istilah ini?? Persoalan yang akan aku kupas nanti.

indahnya perhubungan kalau secara halal..


Sebenarnya kita terlalu hipokrit untuk menjadi diri sendiri. Kita terlalu takut untuk mendedahkan siapa kita yang sebenar. Bila bercerita tentang cinta, kita masih lagi hipokrit. Susah ke menjadi diri sendiri??? Entah. Aku pun masib belum berjaya menjadi diri sendiri. Mungkin ini tabiat kita yang sudah dikurung oleh tradisi sejak zaman-berzaman, dan juga dijaga batas-batas agama yang mulia. Beruntung kita dilingkari akar budaya dan dedaunan adat yang indah, walaupun dipandang hina oleh mata-mata yang mendustakan asal keturunannya. Inilah manusia, tak pernah kenal erti bersyukur, sering kali mengherdik yang lain tatkala di atas, senantiasa menfitnah yang diatas. Sampai bila kita terperuk dalam lingkungan pemikiran begini.

Berbalik isu asal, jiwang. Baru-baru ini terbit satu berita mengenai lelaki melayu tak romantik. Lebih kurang tak jiwang la, sebab tu ramai wanita-wanita Malaya lari sangap mencari cinta lelaki Lombok, tidak kurang juga bangla. Haish begitulah kegersangan wanita-wanita Malaya kan, sanggup bergolok gadai mencari cinta lelaki-lelaki luar. Mungkin akibat terpengaruh dengan agenda kehidupan artis Malaysia yang suka sangat berpasangan dengan orang luar. Ada klas katanya. Entah la manusia sekarang, semakin berubah dan menjadi pelik.

Jadi, persoalan mengenai romantik atau istilah kampungnya jiwang, perlukan satu jawaban, agar lelaki-lelaki Malaya kita tidak berputih mata melihat wanita-wanita pujaan Malaya kita lari dipikul balik oleh mamat bangla juga terkecuali Nepal dan indon. Sebagai lelaki Malaya, kita harus berubah! (wah…ahli politik dah nie) kaedah drastik perlu kita lakukan, agar nanti kita tak terduduk menggigit jari merenung nasib. Biarlah kita dihina dan dicop sebagai mat jiwang dan sebagainya, asalkan kita punyai kecintaan terhadap diri sendiri untuk mencintai yang lain, sayang menyayang antara satu sama lain, saling berkasihi sesama kita, itulah yang kita perlu. Kembalikan jiwa-jiwa romantik lelaki-lelaki pujaan Malaya tika dahulu yang mashur, menerusi lakonan-lakonan filem-filem klasik yang asyik. Kita terjemahkan lakonan menjadi sebuah realiti kehidupan. Kembalikan zaman itu, agar kita menjadi kembali romantik, dan menjadi perhatian wanita-wanita Malaya kembali. Ayuh berubah!!

perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat..


Namun, sebelum kita mula mencintai yang lain, kuatkan dahulu cinta pada pencipta kita. Kita dicipta hasil kasih sayangNYA. Moga menerusi cinta kita padaNYA, menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi gelombang kehidupan, dan seterusnya dianugerahkan perasaan cinta yang suci.. insyaallah..



14 December 2010

rindu zaman kanak-kanak: hari ini kita lain

Terkenang zaman tika aku kanak-kanak. Seronok, gembira, riang tawa, sentiasa menghias hari-hari ku. Tak lupa juga kadang kala disinari tangis dan duka, gara-gara kenakalan sendiri. Semua itu amat indah. Bermain bersama-sama rakan, galah panjang, nyorok-nyorok, baling tin, baling selipar, rondas, khemah-khemah, gasing, konda kondi, dan main kejar-kejar. Semua itu sangat indah untuk dikenang kembali. Namun apabila teringat, jiwa seakan-akan ingin kembali ke zaman tika cilik. Alahai..

Namun apabila aku lihat sekarang, semua kisah cilik ku sudah tidak sama dengan si cilik kini. Sungguh lain rupanya. Sekarang segala-gala sudah berubah, mentaliti kuno semakin terjajah dalam pojok fikir ibu bapa masa kini. Entahlah, tak tahu salah siapa. Bila dipertikaikan, nanti jawapannya, duniakan dah berubah, dulu lain, sekarang lain. Itulah jawapan klise yang sentiasa dihambur. Habis tu, tak kan la nak salahkan masa pula?? Masa tu Allah yang cipta. Dan akhirnya, tiada siapa dapat menjawabnya.

Kini jika kita lihat, kanak-kanak hari ini dieksploitasi oleh tangan-tangan hancing yang rakus. Mereka mempergunakan kanak-kanak sebagai modal memperdagangkan perniagaan mereka. Lihat sahajalah, di tv-tv, pelbagai rancangan hiburan yang menggunakan kanak-kanak sebagai elemen utama disiarkan. Kanak-kanak dilatih untuk menjadi seorang penyanyi, menjadi seorang artis, diajar selok belok dunia yang penuh dengan noda, diajar bergosip, dilatih berskandal, dan sebagainya. Inikah modal insan untuk kita gunakan membangunkan negara??

Aku sangat setuju apabila kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang kanak-Kanak dan Orang Muda (pekerjaan)(pindaan) 2010. Pada masa ini, akta itu berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan orang muda di bawah umur 16 tahun, dan selepas dipinda, akta menetapkan syarat penggajian kanak-kanak ialah mereka yang berumur 15 tahun dan orang muda berumur 18 tahun. Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam  "Bagi kanak-kanak, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan yang ringan bersesuaian dengan kapasiti mereka dalam perniagaan keluarga," . apabila diluluskan kelak, kanak-kanak yang ingin menceburi industri hiburan seperti menjadi penyanyi atau pun menjadi pelakon, perlulah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Selain itu, kanak-kanak yang terlibat perlu diberi cuti sehari dalam seminggu serta waktu bekerja dan bersekolah tidak melebihi tujuh jam, dan juga tertakluk kepada peraturan seperti sumbangan insurans dan jaminan keselamatan oleh pihak yang mengambil mereka bekerja.

Sememangnya negara kita perlukan akta ini, kerana kanak-kanak kita masa kini sering saja dikaburi keindahan dunia populariti sebagai seorang artis, hingga lupa meneruskan legasi ilmu yang terbilang sejak zaman berzaman. Mentaliti mereka sudah diselaputi dengan kebebasan menjadi seorang dewasa, tanpa perlu melalui dan menjalani fasa-fasa kehidupan untuk menjadi seorang dewasa. Dan akhirnya, mereka menjadi bukan sepatutnya.

Menjadi seorang kanak-kanak adalah indah, tapi langsung kita tak sedari, sehinggalah kita meninggalkannya…


".................Sebetulnya masjid kita 'anti kanak-kanak', yang belum bersunat pula dihalau duduk di belakang. Konon 'belum masanya'. Tidak hairanlah anak-anak menjadi pelarian dan mendapat perhatian di sisi Uncle Aznil..........."
-Faisal Tehrani-

kita masih satu

tercoret entry kali ini terjadi kerna satu peristiwa. Berlaku pada 10 Disember 2010, tika itu aku berada di Port Dickson..


Hari itu hari jumaat, aku berada di bumi PD. Pergi ke masjid menunaikan suruhan Illahi. Usai solat, kami (bersama keluarga sahabat) segera pulang, kerna hari agak panas sekali. Dalam perjalanan pulang, sampai di satu simpang empat, kenderaan dari keempat-empat arah berhenti. Seolah-olah berada  dalam alam fantasi Doraemon, apabila Nobita menekan butang memberhentikan masa. Agak pelik ketika itu, lampu masih hijau, kenapa kenderaan di hadapan tidak mahu bergerak? Persoalan menghurungi segenap ruang kereta, sambil anak mata mula memerhati, dan mencari punca. Tak semena-mena terdengar pukulan gentang bertalu-talu, muncul sebaris orang ramai berjalan kaki seolah-olah sedang dalam satu perarakan.

Rupa-rupanya, perarakan kematian seorang cina. Apa yang begitu menarik minat aku ialah, aku lihat kita masih lagi ada toleransi antara pelbagai kaum. Semua seakan-akan saling menghormati kepada si mati, dengan memberikan laluan kepada perarakan tersebut. Walaupun negara kita sedang dilanda tsunami politik perkauman sempit, rakyatnya masih lagi bersatu, saling memahami antara satu sama lain, bantu membantu, dan saling melemparkan senyuman. Sebenarnya, keadaan huru hara antara kaum di negara kita ini, sebenarnya adalah hasil dari perasaan tamak haloba, yang rakus menguasai diri, sehingga kita lupa akan kepentingan perpaduan antara kita.....

Moga tersingkap tirai kebenaran... Melalui pemerhatian terhadap sekecil kecil bahan, kita mampu merungkaikannya menjadi seluas-luas ilmu pengetahuan...

06 December 2010

keluarga cina

Post pertama dari rumah..Tertarik untuk aku bercerita tentang sesuatu yang indah. Keluarga cina. Apa signifikannya keluarga cina ini??
Cerita bermula berdasarkan pengalaman aku masa aku pulang ke negeri kesayangan aku, Negeri Sembilan. Sampai di Seremban aku terus naik bas nak balik ke Jempol. Dalam bas tu, aku duduk dekat bahagian belakang sekali, jadi pemandangannya memang luas, aku nampak setiap pergerakan yang berlaku dalam bas tu. Nak dijadikan cerita, penumpang yang duduk dihadapan aku ialah satu famili berbangsa cina, yang terdiri daripada seorang ibu, yang sedang memangku bayinya, sambil disisinya seorang anak gadis dalam lingkungan umur 13 tahun, dan diiringi dua pahlawan cilik yang comel, dan aku kira berumur 4 atau 5 tahun. Semuanya seramai lima orang, cuma tidak kelihatan ialah bapa mereka. Aku kira tidak perlu aku jelaskan kenapa (sebab aku tak tahu). Sepanjang perjalanan dari Seremban hinggalah ke Bahau, aku lihat keluarga ini tidak banyak masalah, pahlawan-pahlawan ciliknya langsung tidak selincah bermaharajalela dalam bas. Bayi yang sekecil bantal busuk, langsung tak merengek membingit telinga, anak gadis langsung duduk ayu mengalahkan Gadis Melayu. Semuanya seakan sempurna.
Bagaimana aku melihat si ibu yang ralit mengendong bayinya, sambil memerhatikan pahlawan cilik berdua, tak terkecuali mengintai anak perawannya, tekun menjalankan tanggungjawabnya tanpa suami disisi. Mungkin ada kisah disebaliknya yang tidak aku ketahui, yang menyelimuti kamus hidup wanita cina ini. Hakikat yang nyata, dia merupakan wanita yang gigih dan kuat. Walaupun aku tak pernah kenal siapa dia, tak pernah jumpa dan lihat dia, dan tak juga aku ketahui asal usulnya, tetapi aku yakin dan percaya, dia adalah wanita yang perkasa. Perkasa dari segi menjaga anak-anak seramai empat orang, yang masih lagi kecil belaka, yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa yang secukupnya. Namun dia dan anak-anaknya masih lagi tersenyum melihat dunia. Tabahnya mereka.
Setibanya aku di Bahau, sambil menunggu gerangan yang akan menjemputku, terlihat aku lagi keluarga cina ini. Mereka sedang menunggu gerangan yang bakal menjemput mereka, seperti aku. Datang sebuah kereta, yang dipandu lelaki tua, sambil ditemani seorang wanita tua, yang selayaknya aku gelar sebagai nenek dan atuk. Keluarga tadi segera menerpa kearah kereta tersebut terus menyalami kedua-dua orang tua tersebut, dan segera meninggalkan kawasan Stesen Bas Bahau.
Itulah keluarga. Keluarga yang gigih membelah dugaan, keluarga yang kuat menampar halangan, dan keluarga yang perkasa menerajang ujian. Hingga akhirnya mencium kebahagiaan. Indah kan hidup. Dilatari pelbagai ujian, dihujani pelbagai halangan, disinari bermacam-macam dugaan, dan akhirnya, diberi ganjaran kemanisan kebahagian.
Inilah kisah ku tentang keluarga cina, belum ku temui tentang famili melayu..salam permisi..

05 December 2010

selesai sudah.

Selesai sudah sesi pembelajaran untuk sem 1 sesi 2010/2011. Setelah berhempas pulas mengolah kepala otak nie, mengerah kudrat berlemak-lemak nie, akhirnya sampai juga penghujungnya. Kalau ikut analogi puasa, lebih kurang dah raya la. Semua mula berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing. Tanpa menoleh pak guard dan mama guard yang setia menanti di pintu pagar. Keinginan untuk sampai kerumah mengatasi segala-galanya, hingga ada yang tertinggal barang untuk dibawa. Inilah ragam tika cuti bermula. Sedih mula berarak menutupi langit mereka yang lambat pulang, dan juga buat mereka yang tak pulang ke desa. Perasaan bercampur baur, terngiang-ingang sandiwara rakan sebilik, syahdunya saat itu...
Apapun yang terjadi, kehidupan harus diteruskan, meniti gelombang harapan, agar sampai ke destinasi juga. Biarlah lewat seribu tahun, asalkan kaki jejak ke tanah harapan. Sebagai akhirnya, selamat bercuti sahabat-sahabat ku, moga terus sukses meniti hari-hari tanpa buku di rumah. Moga berjumpa lagi pada sem hadapan. wasalam!!
-blog ini akan terus bernafas, tidak mengikut cuti-

30 November 2010

bahagia seperti Aiskrim, Angin dan Luka

Menyingkap ruangan bahagia pada kali ini, tercetus gara-gara sebuah status di medan Mukabuku. Mencari dimana gerangannya bahagia.

Setelah aku membaca dan meneliti, istilah dan bait kata dalam status itu, aku mula tertanya-tanya. Dimanakah letaknya bahagia? Adakah bahagia seperti aiskrim yang bakal cair bila dibiarkan  berteman haba, atau sekadar angin yang menyapa sahaja, mungkin juga seperti parut luka tika jatuh daripada basikal. Ketiga-tiga teori ini adalah terhasil dari pojok akal aku berfikir, yang mempunyai kesinambungan terhadap kehidupan duniawi.
Pertama, bahagia seperti aiskrim. Jika aku teliti, aku melihat dari sudut bagaimana aiskrim itu bakal cair, dan sejauh mana aku bakal menikmatinya. Aiskrim akan cair apabila berada dalam suasana dan juga suhu yang kurang sesuai. Secara azalinya aiskrim menginginkan suhu yang rendah, agar bisa terus utuh menjadi sesebuah entiti bernama aiskrim. Namun apabila haknya di cabar, kelangsungan hidupnya di ceroboh, dibiarkan hidup dalam keadaan yang berbeza daripada azali, maka itulah yang memusnahkannya. Samalah seperti bahagia. Kebahagian akan kita peroleh apabila kita meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya. Hakiki kita adalah kepadaNYA. Namun apabila kita merobohkan perhubungan dan menjauhkan diri daripada posisi asal kita sebagai hambaNYA, maka disitulah terletaknya kehancuran kita. Kemanisan dan keenakkan bahagia akan hilang seperti hilangnya kesedapan aiskrim tika dimamah kecairan.

Kedua, bahagia seperti angin yang menyapa sahaja. Datang dalam keadaan tanpa sedar, menghembus lembut, membawa keasyikan tika berlabuh menampar pipi. Kemudian terus pergi tanpa memalingkan simpati. Itulah angin. Melihat bagaimana keadaaan kedatangan angin dan pemergian angin dalam istilah bahagia. Bahagia datang dan pergi. Apabila bahagia menjelma, memunculkan diri, menyapa diri, kadang kala kita tak sedari. Datang tanpa memperlihatkan wajah, sekadar membawa kudrat yang tak dapat dilihat oleh pandangan mata, namun dapat dirasa oleh helaian roma dan dan juga jiwa. Apabila pergi, terus meninggalkan diri ini, walaupun dirayu penuh simpati, mengharap agar tidak meninggalkan diri ini pergi. Terus menghilang, seperti angin meneruskan kembara.

Ketiga, bahagia seperti parut luka. Menjejak bagaimana luka yang terhasil, sukar untuk dihilangkan walaupun menggunakan Bio essense. Akan terlihat juga kesannya, kesan fizikal juga mental. Apabila luka terhasil, sehingga mengariskan satu kenangan yang sukar dilupakan, sememangnya menjadi nostalgia buat sang memori. Hingga kadang kala teringin menggunakan magis Harry Potter untuk menghilangkan memori luka yang pahit. Samalah seperti bahagia, apabila ia datang, sehingga meninggalkan kesan, memang sukar untuk dipadam dalam memori. Sehingga terbawa-bawa dalam lena mimpi. Namun, kadang kala ia menjadi memori abadi, yang sukar dicari ganti, dan terus terpahat dalam hati.

Inilah teori-teori bahagia, hasil nukilan minda aku. Mohon jika terkurang,terlebih atau tidak berpuas hati atas keterangan teoriku, muncullah dengan sekalung komentar, agar aku bisa membetulkan kata-kata ku..

Disini, kusisipkan 9 tips untuk kehidupan yang lebih bahagia;
1. Jangan Takut dan Khawatir
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
3. Fokus Pada Satu Masalah
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
7. Jadilah Pendengar yang Baik
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda
9. Bersyukurlah Selalu

lebih lanjut klik disini.

28 November 2010

kita popular!!

Membelek akhbar Kosmo, bertarikh 26 November 2010, tertarik dengan satu artikel berbunyi "Rakyat Malaysia Popular Di Internet"
tak disangka, kita menjadi popular di internet ya. Satu perkembangan yang amat memberangsangkan aku rasa buat pihak yang memperjuangkan jalur lebar.  Bukan mudah untuk menjadi popular, melihat sejarah Dato Siti Nurhaliza yang bertungkus lumus mempopularkan diri selama lebih 1 dekad, lihat juga kegemilangan Mawi mencapai populariti, ini bukan sesuatu yang mudah. Populariti bukan sesuatu yang mudah untuk dikecapi, bukan seperti mencapai putik kapas lalu mula menggerudi kenikmatan, bukan juga seperti minum air sirap ais tika berbuka puasa. Populariti kenikmatan dunia yang sukar dijangka, dan sukar untuk dikecapi. Tetapi buat mereka yang bertuah sahaja bakal rasai kenikmatannya. Pada hari ini, semua orang nak bergelar popular, tak terkecuali aku. Ingin merasai nikmat limpahan keglamouran(maaf bahasa yang @*&^#$@). Jadi apa sebenarnya popular ni?? Apa yang kita dapat bila popular?? dapat jadi macam Dato CT? macam Mawi?? Kalau bukan, jadi apa sebenarnya yang kita nak daripada popular?? Harta dan kekayaan??
Hakikat menjadi popular sangat pedih, aku pernah rasa ke? Memang aku tak pernah rasa. Tapi aku dapat merasa sengsara insan bergelar popular. Hidup kita terpaksa dikongsi bersama-sama peminat, apa yang kita lakukan menjadi perhatian, segala apa yang kita beli menjadi persoalan, apa yang kita ungkapkan jadi perbualan, dan apa yang kita lihat, jadi pertikaian. Ini ke yang kita nak dalam hidup? Kehilangan sudut privasi dalam hidup. Segala-gala dikongsi bersama. Kalau lakukan kesalahan terus dihentam dan dicerca. Hingga hilang maruah tergadai hina. Keluarga juga yang menjadi mangsa. Bagi yang ada anak-anak, kehidupan anak jadi perhatian, anak-anak menjadi tertekan, kalau ada ibu bapa, ibu bapa terpaksa tanggung malu atas perbuatan khilaf kita, jika ada pasangan hidup, terpaksa merasakan bahang gosip dan kehidupan berumah tangga seringkali dihiasi kuntuman skandal yang tak henti-henti.
Keselamatan diri terganggu gugat. Kehilangan masa yang berharga buat insan tersayang dan MAHA PENCIPTA. Konspirasi mula menjalar memamah hati, jiwa semakin kacau, hasad dan dengki mula bertakhta dalam hati. Jiwa tak tenang, kehidupan semakin ralit dibuai keindahan duniawi. Semuanya berubah secara total. Hingga satu saat kita teringinkan bersama masa silam walaupun tidak seindah hari ini.
Fikir-fikirkan sebelum kita menjejak popular, timbang-timbangkan sebelum berniat popular. Moga kita tidak lari dari tugas asal, sebagai khalifah di bumi tuhan..



Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan, hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah.

24 November 2010

hati kita untuk siapa..

Susah untuk melampiaskan kata-kata berpegang pada "hati kita untuk siapa". Sesungguhnya kita sebagai manusia dianugerahkan olehNya hati dan perasaan, supaya saling mengasihi antara insan. Juga buat akal untuk berfikir kesinambungan kematangan. Namun apabila dijejak istilah hati dalam pojok pemikiran insan hari ini, terlalu jauh menyimpang daripada istilah asal. Terlalu ramai mencarca marbakannya. Lagi-lagi anak-anak ranum yang masih menguntum. Istilah terpesong selayaknya buat mereka. Hati mereka majoritinya buat teman jiwang dan ranjang mereka semata-mata. inilah hakikatnya. Masing-masing berlumba-lumba memasang impian untuk memberi hati buat insan yang kegersangan jiwa dan perasaan. Aku?? terperangkap dalam kalimah cinta. Cinta adalah alasan yang paling sempurna dalam menutup kesalahan hati. Kadang kala manusia tertipu gara-gara cinta. Terutama buat wanita-wanita. Bodoh ke wanita?? Tak. Mereka tak bodoh, cuma masih belum jumpa istilah pandai. Lelaki juga tak terkecuali. Cinta lelaki dan cinta wanita walaupun satu perkara yang berbeza, namun masih lagi terikat pada kerangka yang utama; saling mengasihi.
Aku teringin menyingkap kisah percintaan. Aku ingin merasai nikmat percintaan. Namun benda itu semua perkara sakit! Jiwa semakin kosong. hati terpaksa dibahagi bahagikan buat sang pencinta. Jiwa terpaksa dipecah-pecah dan disedekah untuk peminta cinta. Semua berubah bila menceburi istilah cinta. Hidup tak sama dengan sebelumnya. Bukan ini yang aku nak. Aku tak nak kehilangan masa yang berharga, kerna aku terpaksa membuang masa bersama si dia. Aku tak mahu kehilangan ruang dalam lingkaran fikir aku, kerna terpaksa memberikan separuh ruang untuk aku memikirkan si dia. Aku tak mahukan kehilangan masa berharga buat teman-teman yang lagi memahami aku. Aku rela kehilangan si dia daripada aku kehilangan teman-teman yang sangat berharga buat aku. Tapi aku kan insan biasa, sering tersalah langkah memilih haluan. Hingga aku terpaksa menyesal kerna salah langkah..
Tatkala melihat insan lain berpacaran..hati ini seakan-akan tersiat meminta dikasihi untuk saling mengasihi. Terpaksa aku memujuknya.."hati aku hanya untuk insan yang setia, yang saling berkasih kerana Dia.."

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

23 November 2010

Aku Bukan Tuhan.

untuk melarikkan kata-kata bersandarkan "aku bukan tuhan" terdetik di hati aku, bisakah aku? Yakin itu percaya pada keupayaan diri..

aku bukan tuhan. Aku hanyalah sekadar seorang manusia biasa, yang punyai rasa untuk ketawa, menangis, buang angin, juga sendawa. Aku bukanlah seorang yang sempurna. Janganlah menafsir diriku seperti malaikat yang bisa terbang mencatat pahala, aku bukan seperti itu. Aku tak mampu untuk menerima, dan memikul kepercayaan yang terlalu tinggi. Itu bukan aku. Walaupun kalian menatap aku seperti manusia yang sempurna, aku masih jua memiliki keterbatasan yang mungkin tak pernah kalian terlihat. Pandanglah aku dengan kesederhanaan, bukan dengan kemuliaan. Takut nanti kalian kecewa kepada pendapat jiwa kalian sendiri. Setiap manusia sememangnya mahukan kesempurnaan. Aku juga bergitu. Itulah cita-cita sejak mengengam janji di dalam rahim lagi, namun apalah daya, aku hanyalah sekadar insan biasa. Tak punyai apa kelebihan, sekadar memiliki keperluan untuk terus bernafas di bumi tuhan, dan terus mengejar cita dan harapan seperti kalian. Kesempurnaan bagiku bukanlah satu keperluan, tetapi sekadar boneka untuk menipu kenyataan. Tiada manusia yang sempurna, kecuali mereka Insan Terpilih..
Untuk apa menjadi sempurna?? Untuk bergaya, menunjuk-nunjuk segala apa yang kita ada?? mendabik dada bongkak menyanjung hormat prinsip bangsawan mulia?? atau hendak berdiri memandang hina insan-insan kurang sempurna?? Bodoh lah manusia jika ini matlamat utama.. Biar kita kurang sempurna, asalkan tingkah laku kita mulia, biarkan kita dihina asalkan disisiNya kita bahagia, buat apa mengejar kesempurnaan jika batas kehidupan kita korbankan, buat apa memiliki kesempurnaan jika kita terpalit kehinaan. Kesempurnaan hanyalah sekadar ungkapan. Ungkapan yang ralit terukir pada bibir insan yang tak sedar dek untung, yang tak pernah merasai nikmat kenyukuran. Mereka inilah yang lapar dan dahaga akan kesempurnaan, hingga lupa pada harga kemuliaan disisiNya. Moga aku terus menjadi insan biasa, rakan dan taulan juga insan biasa..asalkan disisiNya, kita luar biasa...

Nabi SAW bersabda; Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.
(Riwayat Abu Daud)




21 November 2010

di Mana kan Ku cari ganti..


dimana kan ku cari ganti, yang serupa dengan mu. Meskipun bertabur seindah wajah mu, tak mungkin bisa serupa dengan diri mu. Biarlah kata manis menghiasi bibir ini, hanya sekadar ingin meluah hasrat dari lubuk hati ini. Bisakah madah membalas budi mu? atau sekadar melempar sekalung penghargaan sudah memadai memadam lembut segunung jasamu? Tak mungkin kan berlaku. Walau kau terpaksa menderita saat-saat penghujung nyawa, tika melodi mu seakan-akan malap menghiasi halwa telinga, kau tetap tabah dan berharap, agar susunan melodi indah mu tetap mekar menghiasi strata nusantara. Kini kau telah tiada.. Meninggalkan segugus cenderamata buat anak-anak bangsa. Melodi mu kini segar kembali melatari dunia seni, menjadi kelompok sandaran buat siapa mula bertapak di arena seni.
Hakikat perjalanan dunia, tika dibawah semua lari mengecam hina, bila terapung diudara semua seakan terpana lantas sibuk membelek coretan mu. Biarlah hakikat ini terus menjadi hakikat, dan melodi dan irama kau terus subur mengharumi medan seni. Kaulah insan serupa seni, susah kan dicari ganti....P.Ramlee..

20 November 2010

meniti hari perjuangan..

Inilah detik, inilah ketikanya. Aku mula bertatih melalui lorong-lorong ujian. Bukan tak biasa, tapi ini kali pertama aku merasa suasananya. Aku seperti anak-anak kecil berlari mengharap sesuatu yang indah dan ajaib akan berlaku, seperti kisah dongeng yang tak pernah menjadi realiti. Mimpi aku, semua perjuangan yang berteraskan kertas peperiksaan terhapus buat selama-lamanya di alam nyata ini. Alangkah bahagianya dunia, budak-budak sekolah menjerit kegirangan, apabila mimpi aku ini jadi realiti. Tapi ini bukanlah yang menjadi idaman kalbu para guru..
Kenapa mesti kita hadapi peperiksaan?? Hakikatnya manusia tak suka akan ujian. Inilah yang perlu kita terima, agar nanti kita menjadi manusia biasa, bukan separa biasa atau dalam bahasa mudah, manusia tidak normal. Bila hari perjuangan mula melangkah menghampiri kita, dunia seakan-akan menyindir kita, "dah habis study?" itulah soalan lazim yang akan kita dapat bila menjelang hari perjuangan. Rasa nak bagi cenderahati berupa penampar secara percuma sahaja kepada sesiapa yang bertanya soalan itu. Namun apakan daya. ku gagah juga menerima soalan yang agak mencabar minda ini.
Kebiasaannya, pada hari sebelum perjuangan bermula, index penggunaan tenaga elektrik meningkat daripada paras normal, sehinggakan pihak TNB terpaksa membuat spekulasi liar."kabel dicuri". Malahan, suasana persekitaran kolej atau kampus kelihatan sunyi sepi, seakan-akan bandar mati yang baru lepas berlaku peristiwa kebocoran wabak yang membawa virus-virus zombie. Yang kelihatan hanyalah helaian akhbar yang berkibaran menunjuk tanda hormat pada sang bayu yang sudi menghembus nafas, ditemani juga nyanyian Negaraku oleh sang unggas yang menunjukkan semangat patriotiknya yang tidak berbelah bahagi. Tidak lupa buat awan comel yang berarak lembut memayung bumi dari kegersangan terik mentari. Inilah suasananya, inilah masanya, apabila peperiksaan hampir tiba. Mungkinkah  satu hari nanti akan ada keajaiban yang bakal merubah semua ini?? ku tunggu jawaban untuk ini.....

18 November 2010

berkorban kah aku..

bila sebut istilah korban, tidak lari minda kita mengulit gambar-gambar lembu, kambing, unta, dan pelbagai jenis haiwan berkaki empat, malahan b*** juga mungkin tersenarai. Inilah persepsi aku saat aku kecil, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, aku akan bersama kawan-kawan berjalan kaki, atau lebih canggih naik basikal ke surau yang dekat dengan rumah aku. Kami bersama-sama masyarakat sekitar menyaksikan satu upacara yang jarang berlaku, dan hanya setahun hanya sekali sahaja berlaku. Itulah yang membuatkan aku teruja menyaksikannya. Namun itu dulu, ketika aku masih lagi bodoh menelaah ilmu dunia. Tapi kini hakikat yang sama seakan berulang. Anak-anak kecil menggambarkan perkara yang sama dengan apa yang aku bayangkan tika kecil. Lembu, kambing, unta, biri-biri, dan sebagainya, melatari suasanan Hari Raya Aidiladha. Apakah sebenarnya berkorban??

Tika kini aku masih lagi mencari erti pengorbanan dalam diri aku. Tidak ku jumpa lagi hakikat sebenarnya tentang erti pengorbanan. Namun mungkin nanti ada sinar pengharapan, yangbakal membuka jendela masa hadapan buat aku kenali erti pengorbanan yang sebenarnya. Mungkin akan ada satu haru nanti..Insyaallah..

17 November 2010

tonton The Social Network

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.

Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network".

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2010!

01 November 2010

antara KAKI dan BOLA..

apa kaitannya antara kaki dan bola? adakah bersaudara yang mempunyai pertalian ukhwah yang sejati? ataupun sekadar musuh dalam lipatan?
bola adalah satu objek yang biasa, namun apabila dilihat menerusi pelbagai kaca mata, akan terserlah keindahan sebiji bola. Bola bukan sekadar bola, bulatan yang memiliki dua warna atau lebih, tetapi tersimpan jutaan rahsia yang selama ini tersembunyi disebaliknya. Apabila kita soroti sebiji bola, apa yang kita lihat adalah sekadar realiti yang selama ini mengaburi pandangan mata kita. Namun, apabila kita hayati pandangan terhadap sebiji bola, kita akan dapat rasa dan nikmati keindahannya. Cuba hayati, fahami, dan selami jiwa sebiji bola, barulah kita akan tahu betapa bertuahnya kita hidup pada zaman yang memiliki objek bernama bola. Keindahannya tidak terungkap oleh kata-kata, bahkan jiwa seolah-olah meracau dan meroyan apabila terkesima dengan keindahan bola. Itulah penangan sebiji bola terhadap jiwa...

Apa kaitannya dengan kaki?? siapakah kaki?? apakah kaki?? tatkala sedang kita menikmati keindahan bola yang tiada tandingnya, datang anasir kurang ajar rakus meragut jiwa yang sedang lena dibuai keindahan pesona bola, yang bernama kaki. Lantas kaki dengan tanpa usul periksa menghayun langkah menghentam sebiji bola tanpa belas kasihannya. Zalim!! tidak terhenti disitu, tubuh sebiji bola terus melambung longlai tanpa kudrat juga tenaga lalu terhempas dimuka bumi..alangkah kasihannya melihat sebiji bola, longlai tak berdaya, mengharap simpati dan belas kasihan, namun tiada siapa yang sudi mendengarnya. Kaki terus mengasak tubuh sebiji bola yang sudah kehilangan kudrat, disepak, digelecek, dan ditendang sesuka rasa. Apakah zalimnya dirimu wahai kaki, dengarlah rintihan sebiji bola yang mengharapkan secebis belas kasihan dan ihsan..kaki terus bermaharajalela, zalim tanpa hadnya, dan sebiji bola terus ditindas dan diseksa..Apakah kesudahannya? sampai bila sebiji bola harus menderita?? kaki, masa mu akan tiba..

29 October 2010

PERSADA UPSI-aku mula

lama sudah tak berkongsi rasa dan jiwa. kelapangan masa begitu sukar untuk dicari, mungkin ada hikmah disebaliknya..

dalam kesempatan ini ingin aku kongsikan beberapa agenda yang berlaku dalam hidup aku. pertamanya aku nak kongsi fasal PERSADA. apa PERSADA??? PERSADA ni adalah Permuafakatan Siswa/i Felda. satu organisasi yang baru diperkenalkan. aku mula join PERSADA ni awal bulan lepas, itu pun sebab kawan aku bagi borang dan ajak aku join. mula-mula aku tak tau apa tu PERSADA, tapi lama-lama lepas dapat info daripada senior, barulah aku tahu peranan PERSADA yang sebenarnya..
Bagi aku PERSADA ni memag bagos untuk kami anak-anak Felda yang berada di IPT, sebab sekurang-kurangnya ada satu organisasi yang menjaga dan membela kami dari segi sokongan moral dan juga sebagainya kepad kami yang berstatus anak Felda. bukan aku nak cakap kami ni tak cukup sokongan moral, tapi hakikatnya kami memerlukan lagi untuk menunjukkan yang kami mampu berjaya walaupun kami anak Felda. seringkali kami diperli dan dicaci, "anak felda bermasalah""anak felda sosial lebih""anak felda jahat""anak felda  sahsiah teruk" dan sebagainya. inilah cabaran yang kami hadapi apabila bergelar anak Felda apabila menghadapi dunia luar yang kononnya lebih 'suci dan sempurna' tingkah lakunya. Apa hak mulut mereka nak mengina kami?? apa lesen yang mereka ada nak mengutuk kami?? salah ke bapa dan ibu kami bergelar peneroka FELDA??? dosa ke ??? manusia apabila minda dan akalnya buta, maka atanya juga buta untuk mengenal mana intan atau kaca. aku tak nafikan dalam kalangan muda mudi Felda ada yang bermasalah, tetapi kenapa kami di Felda yang sering dilabelkan bermasalah?? sedangkan di bandar-bandar, kampung-kampung, pekan-pekan yang bukan tanah rancangan Felda turut dilatari masalah yang sama, bahkan ada yang lebih teruk daripada muda mudi Felda! kenapa masalah ni tak dipertikaikan dan dikutuk bersama-sama?? kenapa wujud double standard dalam masalah ni?? apa dosa kami warga Felda kepada anda diluar sana???
aku tak kisah, sesiapa pun nak kutuk Felda, kutuklah, cacilah,hinalah sementara mulut anda masih lagi mampu melafazkannya. jangan nanti bila mati, menyesal tak dapat kutuk Felda secukupnya.
sebenarnya mereka yang menghina dan mencaci Felda ini cemburu dengan kejayaan Felda. Kenapa mesti cemburu?? Allah telah menetapkan rezki masing-masing, siapa usaha dia berjaya. itulah prinsip dalam peneroka sebenarnya. kenapa aku cakap macam tu, sebab sebagai peneroka, mereka membeli tanah mereka sendiri, hasil titik peluh mereka sendiri, mereka kerjakan kebun mereka sendiri, dan hasil kerja mereka dibuahkan dengan hasil tanaman seperti kelapa sawit dan getah. inilah rezki yang mereka peroleh untuk menyara kehidupan mereka. cuba dibandingkan dengan kerja yang lain, seperti makan gaji. mereka dibayar gaji yang tetap setiap bulan, walaupun kadang-kadang apa yang mereka lakukan sepanjang bulan tu tak setimpal dengan bayaran yang mereka dapat, balik awal, tidur dalam ofis, berbora-borak, guna peralatan pejabat untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya. jadi kita dapat lihat, betapa jauhnya perbezaan kerja dan usaha antara peneroka Felda dan makan gaji. mana yang lebih baik?? tepuk dada tanya minda..
aku sebagai generasi kedua Felda, amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga Felda..moga satu hari nanti ada sirna buat mereka yang mengutuk Felda, dan terbit sinarbuat kami anak-anak felda..insyaallah...

13 October 2010

Cinta Yang Bodoh..

Anak itik mulailah terbang,
Ambilkan dedak berilah makan,
Janganlah adik merasa bimbang,
Segala kehendak abang tunaikan.

Membawa peti dari malaka,
Berisi pakaian si anak raja,
Kalau hati sudah merasa suka,
Semua keadaan indah di mata.

Ikan batu di atas bara,
Pohon selasih di tepi kota,
Pikiran buntu badan sengsara,
Bila kekasih jauh di mata.


"If you love someone you would be willing to give up everything for them, but if they loved you back theyd never ask you to"

Inilah bait-bait puisi atau pantun yang kadang kala apabila didengar seakan-akan meloyakan anak tekak. dan kadang kala juga membuat hati teruna dan dara bergelora jiwa dan perasaannya..

Inilah penangan sebuah perasaan yang bergelar cinta. satu perasaan yang kadang kala susah untuk difahami bagi mereka berhati batu, dan amat mudah difahami dan disenangai bagi mereka yang berjiwa jiwang berlumut. Panahan asmara, cinta bersemi, ku korbankan segalanya, indah bagai di syurga, inilah dialog-dialog klise yang sering menghiasi dan juga menjadi muzik latar bagi kisah percintaan. Bunyinya indah, tetapi perasaan? hanyalah rahsia..
Bila sebut fasal cinta ramai yang akan ingat perkara yang indah, bahagia, romantis, gembira, suka, dan seangkatan dengannya. Tapi hakikat yang hakiki, cinta itu buta! cinta itu sengsara! cinta itu air mata!
bukan aku nak menafikan erti cinta yang bersandarkan kepada dasar kasih sayang, tetapi apabila kita memesongkan pandangan kita terhadap cinta, hanya memandang kepada yang indah sahaja, maka itu musibah buat kita. Cuba pandang dan fikir, lihat secelik-celiknya kenyataan. Jangan tipu diri sendiri untuk menerima cinta. Aku menulis entri ni bukan atas dasar aku anticinta, aku bukan manusia yang suka menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Aku tak nafikan wujudnya kebaikkan atas nama cinta, tapi apabila hakikat cinta yang sebenarnya sudah dipesongkan, macam mana kita nak melihat keseluruhan konsep cinta yang sebenarnya. inilah yang kita silap..

cinta bukan untuk manusia sahaja, tapi untuk segala-gala yang wujud sebagai nyata di alam maya ini. Cinta pada Maha Pencipta, cinta pada saudara, cinta pada alam, cinta pada haiwan, cinta pada yang seterusnya..
Kenapa kita menjumudkan pemikiran kita dengan menyempitkan konsep cinta kepada manusia sahaja??
sedangkan konsep cinta itu amat luas untuk kita fikirkan. Inilah yang dinamakan cinta yang bodoh.

Konsep cinta bodoh;
Cinta ini sering diamalkan oleh generasi muda, tapi tak terkecuali sgenap lapisan masyarakat. Jika kita lihat, manusia yang mengamalkan konsep ini seakan-akan kehilangan erti harga diri dan wujudnya perasaan bangga dalam diri mereka, "bangga memiliki insan yang dikasihi", Apa yang dibanggakan sangat ni?? bila kita menegur mereka, mereka akan jawab, "ala kau jeles kan" Apa ini?? (tak ada maknenye aku nak jeles!!) inilah sikap manusia, apabila ditegur, kita pulak yang dipersalahkan. Lagi satu, pengamal konsep ini akan sanggup melakukan apa-apa jua untuk "yang tersayang", bak kata arjuna malaya, lautan api sanggup kurenangi...jelek!!!
inilah bahananya cinta yang bodoh. Aku menulis bukan untuk menunjukkan aku hebat atau aku bagus dan dan aku poyo atau sebagainya, tetapi atas dasar kasihan melihat "mangsa-mangsa cinta yang bodoh"..aku ada perasaan juga apabila melihat golongan ini, kasihan, dan kadang kala aku terfikir, pernah tak mereka ini melakukan perkara yang sama pada bonda dan ayahanda mereka?? (persoalan yang memerlukan jawapan dari diri sendiri..)
kawan-kawan..cintu tu tak salah, tapi kita yang salah faham akan cinta..berbaliklah kepada konsep yang asal, cinta pada yang Hak, itulah sebaik-baik cinta.. Jangan ANTICINTA!! tetapi hargailah cinta..kerana dengan adanya cintalah wujudnya kita..cinta dari Maha Pencipta..wallahualam..

05 October 2010

PROLOG HIDUP.

Tertarik akan kata-kata dalam novel SIGARANING karya Imaen;

"kalau harta itu perkara nombr satu dalam rumah tangga, aku rasa Tuhan buat Nabi Muhammad SAW tu kaya raya.Tapi tak, Tuhan buat Nabi tu miskain dan kau bukan tak tau, rumah tangga Nabi tu rumah tangga paling bahagia."

Hidup ini bukan sekadar untuk mengikut kehendak kita sahaja. Bukan semata-mata atas pertimbangan kita sahaja, tetapi kita perlu lihat daripada sekeliling kita. menafsir keadaan sekeliling lalu memberi definisi agar haluan hidup kita tak lari daripada kenyataan asal. Apa kenyataan asal??

Kenyataan asal ialah deklarasi azali yang telah kita persetujui sebelum lahir ke dunia. Namun hakikat, sebagai seorang al Insan, kita mudah lupa akan hakikat diri kita.

Berbalik kepada persoalan asal, terdetik dalam hati aku, apakah manusia kini memandang harta sebagai syarat kebahagian?? Menerusi beberapa pertanyaan kepada sahabat, mereka lebih memilih harta sebagai penjamin kebahagian. Dan meletakkan kekayaan sebagai dasar atau teras menuju kebahagian. Timbul persoalan lagi dalam hati aku, 'adakah manusia kini mengalami revolusi secara rakus dalam mendefinisikan erti kebahagian hingga merubah sifat diri kepada materialistik?'

Hakikat kini, inilah yang terjadi. Manusia semakin kehilangan akal untuk berfikir. Corak pemikiran manusia timur sudah seakan-akan barat. "Tapi apa masalahnya pemikiran sama dengan barat? bukankah itu kemajuan namanya" Tak salah setanding barat, malah digalakkan, tetapi kita perlu sedar, tujuan dan hakikat hidup manusia timur dan barat adalah jauh berbeza. Kita dilatari Islam sebagai tunjang dan dihias rapi dengan kesantunan budaya, tetapi mereka berpandu akan sains semata, logik perkiraan mereka. Contohnya dalam menafsir tuhan, mereka mendakwa memerlukan bukti empirikal (berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dgn pengumpulan data) untuk mengakui kewujudan tuhan. Adakah ini haluan yang kita perlu dalam menafsir erti kewujudan tuhan? Tidak. Kita tidak perlu akan hakikat empirikal, kerana tidak semua perkara mampu dibuktikan melalui empirikal, contoh kewujudan akal, dan perasaan. Mereka akui kewujudan dua perkara ini tetapi langsung tidak mengambil iktibar daripadanya. Mengapa? Kerana sifat ego yang wujud dalam jiwa mereka. Sebagai manusia timur,kita tidak lari dengan kewujudan sifat ego dalam diri kita. Lagi-lagi kita sebagai masyarakat melayu. sebab itu wujudnya kitab 'Dilema Melayu' oleh Tun Dr Mahathir,  supaya kita beringat akan hakikat hidup kita yang sebenarnya.

Hakikat hidup memang payah untuk kita akui, tetapi kita masih lagi boleh untuk mencubanya. Buang prasangka akan ketentuan yang ditetapkan, kembali kepada yang asal, bina semula keyakinan diri, dan laksanakan tanggungjawab yang termaktub sejak azali, inilah perencah kebahagian diri, inilah prolog hidup ini agar kesinambungannya nanti bahagia...

03 October 2010

manusia ada hati dan perasaan..

sebagai seorang manusia aku tak lari dari perbuat kesalahan. walaupun kadang kala kesalahan yang aku lakukan tanpa aku sedari. mungkin ada juga silapnya dari aku, aku akui, aku manusia biasa, aku bukan manusia yang sempurna, dan tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan nabi.
kadang-kadang apa yang aku lakukan seolah-olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain dan menghantui orang lain. aku sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang di sekitar aku, kawan-kawan aku, sahabat-sahabat aku gembira, tapi seolah-olah usaha aku langsung tak dihargai , dan lebih parah mereka mempermainkan usaha aku. salah ke aku nak bahagiakn orang disisi aku? berdosa ke aku ?kadang-kadang aku rasa hidup ni bukan sekadar tido, makan, dan kerja. tetapi melebihi dari segala-gala!



kalau prinsip hidup diletakkan dengan sebaris ayat "tido,makan dan kerja", tak mustahil hidup bukan bahagia yang kita dapat. prinsip hidup aku, aku nak semua orang bahagi termasuk aku sekali, aman dan damai. tak ada kasta yang memisahkan. kalau ada pun atas diri individu itu sendiri, nak bahagia atau derita. pilihan yang tuhan beri.

mungkin takdir hidup aku terpaksa kecewa untuk hidup bahagia. aku tak kisah, biarlah pada awalnya aku susah payah dan tak bahagia, asalkan usaha aku pada hari ini mampu membawa aku kepada kebahagian satu hari nanti. teringat kata-kata ustazah aku. kalau kita buat perkara yang kita suka sekarang, nanti kita akan buat perkara yang kita tak suka. contohnya "frasa enjoy, usia masih muda, inilah masa kita nak enjoy". betul ke?? kalau ini falsafah hidup kita, maka jangan salahkan diri sendiri satu hari nanti kita kecewa .
kita hidup bukan untuk sentiasa mnerima, tetapi untuk selalu memberi agar mampu menjadi bekal buat kita satu hari nanti..

semuanya terpulang pada diri sendiri, diri kita, kita yang tentukannya, jangan lupa,kita tak ada hak atas diri kita tetapi kita dimilikinya..

15 September 2010

TRAGEDI RAYA:EPISOD 2-dugaan raya..

setiap kali tiba hari raya mesti ada dua perasaan yang wajib dirasa. antaranya gembira dan sedih. Sedih kerana meninggalkan ramadhan, gembira kerana meraikan kemenangan.

apabila kita gembira, sebenarnya kita sedang menunggu untuk berduka. setiap ketawa akan dibalas dengan tangisan akhirnya. macam-macam peristiwa berlaku raya tahun nie. bunuh, kemalangan, dan sebagainya. tapi apakah semua ini??
antara tragedi yang paling hangat sekarang ialah kes pembunuhan pengasas produk kosmetik yang bergelar datuk. apalah nasib seorang usahawan yang dahulunya masa miskin dicerca, tetapi bila sudah berjaya ada pula insan yang iri hati. bila kita lihat perjalanan hidup usahawan ini, kita sepatutnya berasa bangga dengan pencapaiannya yang amat membanggakan. seorang wanita kental yang mengharungi usia rumahtangga dengan penuh dugaan dan ujian, dan akhirnya ditemukan kejayaan hasil usaha titik peluhnya sendiri.
namun penhujung riwayatnya diakhiri dengan penuh tragis. sebagai seorang manusia, tiada perasaankah pembunuh tu??
hari ni terbaca dalam utusan, kisah sedih seorang lelaki bergelar anak,suami dan bapa.
kisah tragisnya bermula apabila dia kehilangan isteri tercinta kerana komplikasi ketika bersalin. selepas selesai menguruskan jenazah isteri, terima pula berita pemergian bonda tercinta, dan akhirnya tika selesai urusan pengkebumian bonda, terima panggilan dari hospital mengenai kehilangan anak yang masih lagi kecil dan belum lagi sempat dipanku olehnya..
alangkah sedih hati beliau, kehilangan 3 insan tercinta dalam waktu 3 hari berturut-turut. dugaan maha hebat ini hanya untuk insan yang terpilih dan amat kuat..moga dugaan ini memberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi buat mereka yang diuji oleh Allah swt..kita sebagai manusia tak lari diuji dan berbuat kesalahan..
moga kedatangan syawal ini memberikan kita satu makna yang amat berguna untuk kia menempuh hari2 yang bakal mendatang..
buat insan yang telah pergi dalam keluarga besar ku..atok, embah,kak junai,dan insan terdekat, juga buat sahabat ku yang juga telah pergi buat selamanya,buat guruku yang juga telah menghadap illahi, tidak lupa para pejuang negara..setangkai doa buatmu disana..moga aman dan bahgia disis orang yang beriman..
Al-fatihah..

14 September 2010

TRAGEDI RAYA:EPISOD 1-duit raya

hari ni sudah menjelma raya yang ke lima..
sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu,
teringat mak aku cakap, nak tunggu raya memang lama,
bile dah raya rasa sekejap je masa..

bile sebut pasal raya, mesti kita teringat jugak kat duit raya kan..
sapa tak nak duit raya,
aku ada kisah pasal duit raya ni..

masa aku umur...(entah aku tak pasti)
masa tu aku masih sekolah rendah,
masih budak-budak lagi,
ada satu hari,
kami beramai-ramai keluarga mak pergi beraya rumah mak long aku,
masa tu malam,
kami pon sibuklah bergembira, makan kuih raya,
borak2, yang aku ni kanak2 kan,
ape lagi berlari sana, berlari sini la,
dalam pukul 11 malam kami pon dah nak balik,
lepas tu ada la sepupu aku, anak mak long aku nie,
dia nak bagi duit raya..
aku yang nampak ni teruslah pergi kat dia terus mintak duit raya!!
(tak malu betol)
lepas tu sepupu aku ni pon cakap,
'eh ape nie mintak duit raye?'
dia terus bagi duit raya kat orang lain dulu..
aku masa tu macam malu jugk la..
tapi budak kan..
aku terus keluar rumah tu,
tak nak dah duit raya tu,
masa tu aku tak kisah langsung pasal duit raya tu,
dan aku benci sangat2 kat sepupu aku tu,
sampai rumah mak aku pon tau,
then dia pujuklah aku...
itulah kisah duit raya aku..sampai sekarang bila aku pergi rumah mak long aku
aku akan ingat peristiwa tu,
dan sampai sekarang aku tak berapa ngam dengan sepupu belah mak long aku..
huuuu...

03 September 2010

peristiwa ketika balik raya..

inilah kali pertama aku balik kampung naik komuter..


bertolak dari KAB pukul 9.55 pagi,
ramai sangat masa tu tunggu bus,
yela hari jumaat kan, hari last kat upsi untuk edisi ramadhan kali nie..
tapi alhamdulillah..sampai juga aku ke kampus pukul 10.10 pg..
aku tunggu kawan aku kat kampus, sebab rumah kami dekat,
jadi balik raya sama la..
sampai kat komuter terus beli tiket dan tunggu komuter sampai,
tepat jam 10.55 komuter pon mula bergerak..


nak dijadikan cerita sampai kat rawang adalah pertukaran train,
jadi aku pon keluar la..sedar2 je handphone aku hilang!!
aku dah gelabah gile masa tu,
aku terus masuk dalam train yang aku naik tadi balik,
aku terus cari atas kerusi, bawah kerusi,(dengan menebalkan muka)
masa tu ramai mula masuk train tu,
tapi aku dah tak kisah, malu pon malu la,
yang penting fon aku,
cari..cari..tak jumpa jugak!!
aku suruh kawan aku kol,
tiba-tiba aku dengar bunyi fon aku,
cari punya cari.......................
rupa-rupanya dalam sweater aku rupanya..adoi!!!!
malunya!!!!!
kisah yang kedua..
masa ni aku dah lega..
fon aku yang 'hilang' dah jumpa..
aku pon duduk la berhimpit-himpit.
agak ramai masa tu,
sebelah kanan aku perempuan, sebelah kiri aku lelaki,
samapai dekat stesen kl sentral kot, laki nie pon turun,
duduk la sorang mamat negro nie sebelah aku,
dari gerak geri aku rasa die nie muslim..
train pon bergerak,
samapai stesen seterusnya,
masuk la orang..
tiba-tiba ada sorang pak cik tua masuk,
aku dalam dilema,
nak bangun ke atau buat-buat tido,
tiba-tiba, mamat negro ni bangun dan suruh pak cik tu duduk!!
emmmmm...errrrr....maluuunya....
sepatutnya aku la kan..
tengok, bangsa lain dari negara yang tak terkenal pon dengan
adab sopan, tapi menunjukkan adab yang paling sopan..
aku terkesima masa tu...
huhu
inilah peristiwa balik raya aku kali nie...
SELAMAT HARI RAYA!!

01 September 2010

pengalaman yang sangat berharga..

kadang-kadang susah kita nak menilai sesuatu pengalaman tu kan..
hari nie tinggal beberapa hari saja nak raya(seminggu kot),
dalam tempoh puasa ni, banyak pengalaman baru yang aku dapat..
antaranya inilah kali pertama aku berpuasa sebagai seorang pelajar u..
nak kata berbeza..tak la sangat,
tapi rasa lain la jugak,

teringat dulu masa dekat matrik,
setiap kali buka aku mesti akan buka kat masjid dengan syay,
kite orang tak pernah miss buka kat masjid,(alim tau..)
tapi since aku duduk kat u nie, tak pernah pon sekali buka kat surau..
sedih je rasa..

emm nak cerita,
27/8 ari tu aku berpeluang la ikut satu program nie,
melawat dan berbuka puasa bersama anak-anak rumah siraman kasih,
masa nak pergi tu macam-macam dalam hati nie,
ape la yang ada kat sana kan..

sampai je, kami disambut oleh anak-anak kecil yang comel-comel,
rumah yang kami melawat tu memang khusus untuk budak2 sekolah rendah sahaja..
kami bersama kanak2 tu dari pagi sampai la ke terawih,
seronok sangat dengan budak2 tu,
tapi..bile kita tengok wajah die orang, timbul dalam hati nie,
'die orang nie diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, tapi masih lagi mampu untuk tersenyum riang'
sayu sangat bile tengok die orang..
paling aku tak dapat lupa,
ada salah sorang budak tu,
die tanya aku, aku balik kampung tak raya nanti..
aku dalam hati tak tau nak jawab apa,
sedih sangat masa tu, tapi aku jawab juga walaupun dengan sebak..
yela nak puaskan hati die orang kan..
ada pulak tu tanya aku kampung kat mana,
die orang tanya sungguh-sungguh,
aku pon jawab la dengan sungguh-sungguh,
xnak la nanti die orang cakap apa pulak.

semua budak-budak tu memang baik,
die orang dididik dengan baik,
rajin sangat,
sampai apa yang aku pegang die orang nak tolong bawa kan..
ada tu sampai berebut, hehehe inilah jiwa kanak-kanak yang bersihkan..

ada juga yang manja,
terutamanya Salman..
budak nie manja sangat,
ada satu aktiviti tu die satu group dengan aku,
die asyik pegang tangan aku je..
ntah la..
aku rasa sayu dan sayang sangat dengan die orang nie,
rasa macam tak nak balik je..
mungkin satu hari nanti kita akan jumpa lagi ye adik2,
moga die orang semua menjadi anak yang soleh, dan berjaya di dunia dan akhirat..
inilah pengalaman aku yang sangat berharga bagi ramadhan kali nie,
semoga aku akan jumpa ramadhan yang akan datang,
dan memperoleh pengalaman yang berharga lagi..insyaallah..
amin..

24 August 2010

uji diri ke uji rasyid??

bulan puasa nie banyak betul cabaran dan dugaan..



puasa itu bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja..


bila je tiba bulan puasa yang paling kita ingat dah nak dekat raya kan,
memang pon, aku pon sama,
tapi hakikatnya kita lupa, bulan ni adalah bulan ujian buat kita,
kita tak sedar(saje je kot buat-buat lupa)


kadang-kadang bila kita kena uji kan,
rasa macam kenapalah aku jadi macam nie kan,
apalah salah aku?
itulah soalan yang banyak keluar kat kepala otak kita ni.
tapi ada sesetengah orang suka sakit waktu bulan puasa,
(taktik zaman cik kiah)
gastrik la, demam la,
tapi sebenarnye nak ponteng puasa..
dah tua bangka pon tak nak puasa,
buat malu kaum je.


emm lagi satu fenomena bulan puasa nie,
tak sah kalau tak ada laporan tentang putus jari.
rasa macam, tak meriah pon ada, hehe
main mercun ni memang la best,
aku pon main mercun(ops! berani ke??)
main tu betul-betulla, ni sampai nak ubah suai mercun tu nak bagi canggih la,
nak bagi bunyi lagi kuat la,
macam-macam la lagi.
ni la sebab jari putus, tangan kudung,
tak sayang ke dengan anggota badan kita,
ish..ish..ingat kat kedai maidin ada jual jari sepapan 5 ringgit??
(kalau ada, tentu kapten hook orang pertama beli, hehe)


Baru-baru nie yang ada kes stor mercun meletup kat terengganu,
sampai hancur kepala budak tu,
memang sedih baca,
budak tu dah la baru umur enam tahun,
sepatutnya yang mati tu orang yang simpan mercun tu!!
kalau aku jadi bapak budak tu aku bakar mercun bola 100 bijik
(ganas gile)
dalam mulut orang yang simpan mercun dalam stor tu,
apa-apa pon bende dah jadi kan,
terpaksa terima,
mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku, insyaallah..
Al-fatihah buat si kecil yang tidak berdosa..moga aman disana..

21 August 2010

sakitnya haTi !!!!

macam-macam la...




salam semua..
kali ni aku nak cerita betapa sakitnya hati dengan ptptn nie..
mula-mula aku cuma dengar je budak-budak ni cakap pasal
ptptn ni teruk la, apa la..
tapi bila aku yang kena, emm padan muka.


antara tragedi yang berlaku(ala-ala tragedi oktober)
aku datang hari sabtu pagi,
sebab sesi aku memang sabtu pagi,
dah la masa tu aku demam,
kalau nak diikutkan memang aku malas nak pegi, xlarat.
tapi aku pegi jugak dengan kepala yang berat..
sampai je kat pintu kampus,
member aku msg,
"sampai je kampus terus balik kolej, no da habis"
what?????
aku dengan FRUST yang amat-amat sangat terus balik tido..
yela aku kan demam..


Hari kedua,
hari ahad aku pegi pagi-pagi,
dalam hati insyaallah dapat nombor nie..
sampai je aku tengok orang ramai jugak tapi nombor ada lagi,
alhamdulillah..
aku pon beratur nak ambil nombor,
sampai je die cek borang..
then die cakap boran potostet tak boleh,
kene original je..
what????(again)
aku pon pulang dengan kecewa...
tapi aku nekad,petang ahad nie aku nak hantar jugak,
aku tak kira!!
doakan aku ye...

18 August 2010

none of my bussines

nak luah apa yang aku rasa hari ni..


apa yang korang akan rasa bila ada kawan korang yang terlalu mengharap
kan dekat korang..
everything is depend on you??
agak-agak ape yang korang rasa??
annoying??
menyampah??
rasa nak sepak je??
atau biarkan??


entah la..aku kadang-kadang dalam dilema..
kadang-kadang rasa kesian,
tapi masalahnya diri dia yang tak nak berubah!!
macam mana aku nak tolong.


cuba korang bayangkan, dia terlupa nak buat assigntment,
then dia dia boleh pulak salah kan korang sebab tak ingatkan dia..??
Ape nie?? mesti rasa bengkak gile kan!!
inilah yang aku rasa..betapa sakitnya hati ada seseorang hamba Allah macam ni..


tapi nak buat macam mana kan,
dia kawan aku,
nak tak nak terpaksa la aku tolong..
aku ni jenis cepat kesian dengan orang..
so lepas nie, aku malas dah nak ambil tahu pasal die,
die nak buat keje die buat,
tak buat sudah, none of my bussines!!

17 August 2010

puasa ke kita??

bila tiba bulan puasa kita sibuk fikir pasal raya kan..

tahun ni merupakan puasa kali pertama aku berpuasa paling jauuhhh dari rumah aku. Rasa mula-mula macam sedih, tapi dapat jugak la aku terima.. Kali ni aku berpuasa dekat tempat yang aku tak pernah bermimpi pon nak sampai dekat sini..Tanjung Malim.

Aku sabar je, mungkin ada hikmah yang aku tak nampak kan..
Puasa hari pertama aku dekat sini boleh dikatakan memuaskan la..
tapi lama kelamaan, macam rasa lain dah..terkejar-kejar ke kampus, assignment lagi..
adoi..memang sakit..tapi ini yang aku pilih kan..

siang ok la aku berpuasa "penuh",
tapi malam....(no komen..hehe)

SELAMAT BERPUASA DAN RAYA!!!

08 August 2010

bila kita sakit..

sakit itu satu anugerah kurniaan tuhan buat hambanya

bila kita sakit, semua anggota badan tak dapat nak berfungsi dengan baik. Nak makan pon susah, nak mandi pon susah, semua benda yang kita nak buat semua susah.. Inilah yang dinamakan dugaan. Kita diuji dengan pelbagai dugaan supaya kita dapat mencapai satu tahap kesabaran yang tinggi

tapi kita sering buruk sangka dengan ketentuan ini. Kita tak dapat terima dengan redha, inilah sifat manusia..sebenarnya, kesakitan yang kita alami adalah kifarah atas apa yang telah kita lakukan. kita tak sedar, sebab pandangan kebaikan kita telah dihijab dengan pandangan negatif..akhirnya...kita merana sendiri..

05 August 2010

bila kita kecewa..

bila kita kecewa memang sakit. semua orang akan rasa perkara yang sama, cuma berlainan situasi..

inilah yang aku rasa, sakit dan kecewa.. mungkin salah aku jugak. nak salah kan aku pon benda ni dah pon berlaku kan..aku terima je.mungkin susah untuk aku terima, tapi apalah pilihan yang aku ada.. aku terima sahaja
kadang-kadang kita lupa bila kita tengah sakit dan kecewa, rupa-rupanya kita masih ada lagi kawan-kawan dan teman-teman yang masih lagi sayang kita,
kita menghargai apa yang ada dekat sekeliling bila kita rasakan perlu sahaja, itulah sifat manusiakan..
                              kawan-kawan, terima kasih banyak-banyak!!