30 April 2012

terbawa dalam mimpi

Kebiasaannya, kalau ada sesuatu perkara yang mengganggu emosi dan perasaan aku, sukar untuk dijelmakan dalam naskah mimpi. Namun, kalau sesuatu perkara itu menjadi permainan pemikiranku, maknanya sering berputar dalam layar minda ku, insyaallah kan menjadi satu filem hebat dalam bentuk dimensi mimpi. Hebat bukan !

Baru-baru ni, aku asyik teringat tentang buku-buku yang aku pinjam di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Tiga buah semuanya. Semuanya perihal pengurusan pembelajaran dan emosi pelajar, untuk aku siapkan tugasan artikel subjek Pengurusan Pembelajaran. 



Alkisahnya, bila aku sudah lewat untuk pulangkan buku. Lebih dua minggu rasanya, jadi, muncul lah dalam benak ni, asyik fikirkan, bila lah agaknya aku nak pulang. Terus menjadi kenyataan bila menjadi episod yang diputarkan dalam mimpi. Begini ceritanya..

Aku terus ke kaunter sirkurlasi untuk memulangkan buku yang sudah tamat tempoh pinjaman, yakni dua minggu. Aku lihat ada seorang pekerja lelaki yang sedang duduk menjaga kaunter itu. Terus sahaja aku hulurkan buku-buku tersebut. Menanti untuk diperiksa jumlah denda yang bakal dikenakan terhadap ku.

 Pekerja itu bersuara, " jumlah denda RM 40 " Aku terus terperajat ! Mahalnya !! aku terus cek dompet, cuma ada RM 30  saja. Aku menjadi cuak. Lantas aku mendekatkan wajah ku pada pekerja tersebut, seraya berbisik padanya, "bang, saya ada RM30 je ni.." dengan nada sedih. Beliau kembali menjawab,"tak apa, lepas ni bayar penuh". "Terima kasih banyak-banyak bang", lega. Tiba-tiba aku terjaga ! Terus aku mencari di mana aku letakkan buku-buku itu. Rupa-rupanya ada di atas meja. Syukur..



Pengajarannya, jangan lupa pulang bila sudah meminjam. Jangan biarkan menjadi pekasam dalam simpanan anda, ramai lagi orang nak guna buku tu sebagai rujukan. (muhasabah diri ini hehe)

#selalu sangat kena denda lewat pulang buku

29 April 2012

Tidak susah untuk bercakap

Ramai hari ni, diantara sahabat-sahabat aku, yang mengeluh dengan kemampuan diri masing-masing. Terutamanya perihal bercakap didepan orang ramai. Rata-ratanya seram sejuk dan takut nak berhujah dan bercakap depan orang ramai, walaupun disediakan skrip. Gemuruh katanya.

Ya, aku sangat akui, untuk bercakap depan orang yang ramai, memang mencabar emosi, mental dan sedikit fizikal. Terutamanya mental. Berhadapan dengan wajah-wajah yang anda tidak kenali, mahupun anda kenali, dengan pandangan mereka berfokuskan  anda, setiap reaksi, mimik wajah anda, pergerakan anda diperhatikan, wajarlah anda menjadi gemuruh. Tidak salah ada perasaan gemuruh.


Fasilitator SMK Seri Kundang


Ada sahabat aku yang kata, "kau pandai cakap tak apa la azam,". Mudah untuk aku jawab, setiap manusia pandai bercakap, cuma membezakannya ilmu dan pengalaman. Kalau anda ada ilmu, maka percakapan anda insyaallah bermaklumat, jika anda berpengalaman, insyaallah percakapan anda menarik.

Tiada manusia dilahirkan didunia ini bermula dengan kejayaan. Belajar untuk mencuba. Insyaallah anda berjaya.

Sebelum aku jadi seperti apa yang aku jadi hari ini, aku bermula dengan paksaan. Masih lagi aku ingat, darjah enam, aku dipaksa oleh cikgu Bahasa Melayu ku, Cikgu Norisah, untuk mewakili kelas dalam pertandingan bahas. Dalam keterpaksaan, aku sertai. Allhamdulillah dapat naib johan.

Pertandingan Forum Remaja



Bermula detik itu aku mula memberi perhatian tentang skil komunikasi. Masuk sekolah menengah, aku mula terlibat dengan pertandiangan debat, forum remaja, dan juga pidato. Alhamdulillah, rezki Tuhan ada dimana-mana. Malahan aku sering diminta untuk menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi sekolah. Alhamdulillah, dengan ruang dan peluang itulah temapt untuk aku belajar, dan mengutip pengalaman. Jujur aku cakap, waktu mengutip pengalaman itu paling menyeksakan, namun usai pengalaman ditimba, manis datang menyapa memberi makna dan balasan atas hasil usaha.

Tempat ketiga Pidato Daerah


Sampai di universiti, terlalu banyak tugasan yang memerlukan diri ini berdiri dihadapan khalayak untuk membentangkan kerja dan tugasan. Ini juga salah satu daripada latihan komunikasi. Malah aku turut juga terlibat menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi dalam universiti juga di luar universiti. Sesungguhnya banyak pengalaman yang diperoleh. Sesungguhnya semakin banyak pengalaman ditimba, semakin terasa dahaga akan pengalaman. 


MC Kursus Induksi PERSADA di UPM


MC PERSADA Bersama Pemimpin di UKM



Untuk menjadi yang lain, aku menceburkan diri dalam bidang fasilitator, menjadi seseorang yang mampu memberikan sesuatu buat adik-adik ku. Alhamdulillah, ada juga mereka yang sudi memberi aku peluang untuk menjadi seorang fasilitator.  Provokasi daripada adik-adik, mengajar aku keadaan sebenar dalam bilik darjah. Pengalaman yang sangat berharga. 


Kursus PRS SMK Seksyen 7


Kursus Induksi PERSADA Kebangsaan



Itulah, tidak susah untuk mendapatkan ilmu dan keyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai. Perkara paling penting adalah keberanian dan jangan malu untuk mencuba. Buang pemikiran dangkal. Jangan malas untuk belajar sesuatu yang berguna buat diri kita sendiri. 


Debat Gender IPT di UMT


MC Open Day KAB


Program AURA 2011




Jika kita diajak setai program, kalau ada kelapangan, ikutlah. Sebenarnya disitulah Tuhan memberi kita peluang untuk belajar komunikasi. Biar kita diketawakan pada mulanya, asalkan kita ambil pengajaran dan belajar daripada kesilapan. Ingat, tiada manusia yang sempurna. 


Debat Diraja 2012 di USM


MC Karnival Inspirasi Al Quran FELDA di Trolak


MC Baktisiswa UiTM & UPSI


Keyakinan itu penting untuk anda menjadi seperti orang lain yang anda sanjungi. Keinginan anda untuk menjadi seperti idola anda, mampu anda capai, andai hasrat hati itu disertai dengan usaha yang gigih, tanpa rasa malu mencuit semangat anda untuk berjaya.


Ada yang tanya, siapa idola aku? Aku sangat mengagumi seorang figura ini. Aku sangat terpesona dengan percakapan, gaya bahasa, dan corak pemikirannya. Lontaran buah fikirnya dalam setiap bual bicara yang beliau kendalikan, sangat ilmuan aku katakan, jika tak keterlaluan.  Beliau ialah saudara Sayed Munawar Jamalullail, personaliti RTM.




Sayed Munawar




Tanam tekad yang unggul, supaya insyaallah, liku sepanjang jalan yang anda tempuh, dapat anda atasi dengan kemudahan. Ingat, usaha itu tangga kejayaan, redha Tuhan, anda kan  menikmati kejayaan~ 

18 April 2012

aku rindu pada dia



sudah lama aku tak bersua dengan dia, 
terasa lamanya tak tatap wajahnya. 


Rindu mula menjalar dalam segenap ruang minda ini, 
lebih-lebih lagi bila sedang bekerja.


Masih ingat, waktu mula-mula mengenali si dia, 
terserlah kegigihan pada tiap gerak langkahnya. 
Tatkala dia menuturkan kata, membuatkan yang lain berasa hormat pada arahannya. 
Hebat bukan dia. 
Dia sangat hebat bagi ku, dia wanita hebat yang gigih !!


Pada bicaranya ada ketegasan. 
Memberi nada pelajaran buat anak buah, memberi hikmah buat adik-adik tersayang. 
Aku rindu saat dia membetulkan apa yang salah. 
Walaupun dalam hati ini membentak mencari kebenaran diri. 
Dia tetap sabar melayan kerenah kami adik-adik.


Teringat aku, 
waktu kali terakhir dia berkhidmat buat kami adik-adik, 
tika itu di Gerik, 
sebelum kami meninggalkan dia, 
sempat dia memberi amanat, 
memberi nasihat, 
sampai sebak menghujani wajahnya, 
menggamit emosi sedih menguasi setiap ruang isi hati kami,
sangat terkesan waktu itu.


Ingat lagi, 
waktu aku bersama dia dan dua lagi sahabat, 
mengikat janji dan tekad,
bersaksikan kedinginan kundasang, 
kami menanam tekad, 
kan menjaga PERSADA tidak kira apa yang berlaku, 
mewarisi amanat dia untuk meneruskan kegemilangan anak felda bertuah.


Saat itu air mata menjadi peneman, 
tangisan mengalir memahat rapi tekad kami,
tidak dihirau sekeliling, 
biar mengalir air mata jantan cair menitis ke pipi,



Jujur aku rindu dia, 
bagai rindu seorang adik pada kakaknya, 
moga dia senantiasa mendapat rahmat Tuhan, 
dipermudahkan segala urusan, 
moga Tuhan murahkan rezkinya.


dia lah wanita hebat....Nor Ashikin binti Mohd. Yusof



abg sofuan, kak ekin, aku, & anis


05 April 2012

teka teki bijak


soalannya, apakah gambar dibawah??



#cuba teka kalau anda bijak

03 April 2012

aku pasrah - demam



Oh demam, 
bukan ku pinta akan dirimu menghinggapi diriku, 
cuma kau berkeras nak kan diriku. 
Maka aku rela dan pasrah menerima mu sepenuh jiwaku. 
Andai ini titik temu antara kita, 
mengajar aku erti kesabaran bila disampingmu, 
mengajar aku erti kepayahan bila disisimu...








Oh demam..
Akan aku abadikan dirimu dalam coretan ku, 
tentang dirimu yang sudi menusuk kalbu ku, 
hingga mengalir hingus menahan panahan perasaan yang dikau curahkan padaku. 


Oh demam, 
jiwaku berombak menahan bahang asmara ku pada mu, 
hingga membuat fikiran ku berpinar, 
suhu meningkat lebih dari biasa. 
Itulah penangan mu wahai demam...


Aku redha, aku pasrah, aku terima, aku tetap aku. 


Terima kasih demam. 




#doakan saya cepat sembuh, bonda saya pun sama demam, kami kerinduan agaknya ~

01 April 2012

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka


"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," 
- Safwan Anang -



Wajib aku gelak perkara ni. Aduhai generasi ku. Sudah sampai begini tuntutan mu. Aku bukan apa, tuntutan ini bagi aku boleh dikatakan melampau, sampai nak hapuskan hutang PTPTN. Bagi yang meminjam nampak seronok dan gembira kan. Mesti la kalian sokong tindakan menghapuskan hutang ni. Gila apa hutang beribu riban, dikira halal macam tu je. 



Aku pun meminjam jugak dengan PTPTN. Berpuluh ribu jugak la jumlah hutang kalau dikira. Tapi tak sampai la aku nak minta hapuskan hutang tu. Adat la meminjam, kena la bayar balik. dalam Islam sendiri pun ditekan kan dengan pembayaran balik hutang meskipun kita sudah meninggal dunia, waris diminta menyelesaikan hutang-hutang si mati. 

Wahai mahasiswa, bermaruah la sikit, orang yang terdahulu boleh saje bayar balik hutang tu walaupun sedikit demi sedikit. Rokok mampu kau beli berkotak-kotak setiap hari, baju baru mampu kau gayakan setiap minggu,  rasional la dalam setiap tindakan. 

Bagi aku untuk tujuan pemansuhan hutang adalah tidak relavan. Seharusnya apa yang diperjuangkan adalah pengurangan bayaran bunga atau faedah, ataupun menghapuskan faedah pinjaman. Itu baru betul. Baru la bermaruah sikit. 

Analogi mudah macam ni la, 

abu pinjam duit pak hasan, nak beli motor untuk kegunaan dia. Lepas dia selamat beli motor, dia rasakan dia patut buat demo tuntut pak hasan supaya hapuskan hutang yang dia gunakan untuk beli motor kegunaan dia. Adil ke bagi pak hassan tu kalau macam tu??


#hari ini masuk ke tandas cikai pun berbayar~


lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...