31 July 2011

1 Ramadhan : bermula perjuangan

sahabat handai,
ini lah masa dan ketika,
tiba masa yang dinanti umat manusia,
jadi manfaat kan lah ia.

hurm..tahun ni banyak yang berubah,
ya la, yang baru berubah-ubah,
tahun ni,
penyimpan mohor besar raja-raja melayu dah lain,
kalau dulu Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah,
tahun ni Datuk Syed Danial Syed Ahmad pula bertugas.
rindunya rasa pada suara Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim....



 Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah,


Datuk Syed Danial Syed Ahmad


perjuangan perlu diteruskan, 
moga ibadah kita diterima oleh Allah.

Yakin pada diri anda,
anda mampu berubah demi Tuhan,
anda mampu!!

30 July 2011

testing~









*cubaan semata-mata, sedang menyiapkan blog untuk PERKIM UKM~

Salam Ramadhan:tak sabar

rasa baru je raya,
dah puasa balik,
itulah penangan putaran masa yang semakin deras.

Bila tiba puasa,
banyak kenangan mula berputar dan mendendangkan drama klasik,
mengisahkan pengalaman dan angan-angan,
rindu terbit tiba-tiba.




Bila menjelang puasa,
ramai mak-mak, 
mula berpusu-pusu ke kedai kain,
mencari material untuk diperbuat langsir,
nak dihias tingkap tempat bermesyuarat bersama jiran.

Bila mula masuk bulan puasa,
segala tempahan baju raya dah tak diterima,
katanya dah beratus tempahan,
ada yang hampa.

Banyak sebenarnya kisah menjelang puasa,
belum lagi dikisahkan menjelang raya,
rasa mampu buat novel.

salam ramadhan chekgu nak ucap buat semua,
moga kita diberi kekuatan dan keberanian untuk memperbanyakkan ibadah.
amin...

24 July 2011

pertama kali berjaya masak-sup telur

hari ini dalam sejarah,
aku dapat masak dengan sempurna,
yakni masak dan sedap.

hari ini mak dan abah tak ada,
pergi kenduri kawin,
jadi tinggal kami berenam dirumah,
aku, adik, ateh, oneng, oncet, dan ontel.




bila tengah hari,
masing-masing nak makan, 
termasuk budak bertiga-oneng, oncet dan ontel.

adik masak ikan kembung dengan sambal,
mula-mula aku syak wasangka,
apa yang dia masak ni??
pelik dan menakjubkan!!
aku redha.

Aku pulak sibuk,
nak masak jugak,
dengan tangan diseliputi kesan-kesan cat,
(pagi tadi aku cat rumah)
aku mula masak,

step pertama selongkar dapur,
selongkar peti ais,
terkesan knob sup ayam,
hehehehehe-dalam hati.




mula menunjukkan kepakaran,
bawang dikupas,
sayur dipotong,
minyak dipanaskan,
bawang ditumis,
segala-galanya direneh,
TIBA-TIBA!!

"adik!! telur ada tak??"
"tak tahu. tak ada kot.."

alamak!!

dengan keadaan darurat,
paksa adik ke kedai beli telur,
nasib baik dia nak.
masalah selesai.

Akhirnya,
siap sup telur.
hasil air tangan chekgu azam aziz.
Tahniah!!




*masa makan, mula dabik dada dengan adik, sambil berkata, fuhhh sedap betol aku masak!!



NAK TENGOK CONTACT LENS CANTIK-CANTIK?? KLIK SINI

DOWNLOAD LAGU TERKINI DI HOTLINKONEMUSIC

23 July 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI



Sudah lama rasanya chekgu tak join segmen-segmen nie. 
Yela dengan kesibukkan menanda buku sekolah, hehe

berbalik kepada segmen, 
waktu tadi chekgu merayap ke blog entah siapa,
tetiba terperasan entry atau segmen ni,
tetiba timbul rasa nak join, itu yang join tu,

chekgu join sebab nak tambah kenalan dalam dunia blogging, 
dan juga sebab dah lama tak join segmen,
chekgu asal dan lahir di Kuala Pilah Negeri Sembilan, negeri paling banyak.

dan warna baju raya chekgu ialah biru-tahun lepas.


*teruja nak puasa.


NAK TENGOK CONTACT LENS YANG CANTIK-CANTIK?? KLIK SINI

cerita epik:singa membaham harimau.

Bermulanya kisah,
dalam sebuah belantara,
terdapat pelbagai rupa mahkluk Tuhan,
yang dicipta untuk taat padaNYA.

Dari sekecil-kecil semut,
hinggalah sebesar-besar gajah,
dan setinggi-tinggi zirafah,
sepanjang-panjang sawa.

Tiba satu ketika,
mereka saling berhujah,
untuk menentukan siapa yang paling juara,
siapa yang paling bergaya.

timbul idea,
barang siapa dapat beradu dalam sebuah gelanggang,
satu antara satu,
saling gelecek kali lincah,
membawa buah kelapa di kaki,
dan masukkan ke gawang lawan,
maka dia bakal juara.

itulah syarat pertandingannya.

tampil sang belang, bernama harimau malaya,
dengan gagah menunjukkan sisi belangnya yang mengerikan,
sambil sinis mengangkat bibir menyerlah taring setajam alam.





Datang sang lawan, singa mengaum,
menderu deras unggas meluncur ketakutan,
sambil kaki menapak perlahan menampakkan kegagahan,
mengibas keras huraian rambut yang lurus menawan,
sambil mencabar sang harimau malaya.





Terus masuk ke gelanggang,
bingkas harimau malaya terjah dengan padu,
tersenak singa diminit awal serangan,
harimau mengukir senyuman amaran.

Singa tanpa berlengah,
jurus diasah, dan tertumpu pada harimau,
pelbagai taktik serangan diguna pakai,
tonik serangan terkini menjadi permainan singa,
sampaikan harimau tertunduk menahan kesakitan,
hingga di minit pengakhiran,
singa masih berleluasa cengkamannya,
mencengkap rapi harimau,
langsung taring tak berguna.

tapi,
belum akhir lagi,
harimau tertelan azimat semangat,
laju menghujani sisi singa dengan turus hikmat,
hingga terpelanting si singa menahan kuasa harimau.





namun apakan daya,
terlebih pada singa,
miliki kelebihan berbanding harimau,
akhirnya singa berjaya menundukkan harimau..




Namun, belum lagi tamat cerita ini, 
harimau mengajak beradu di gelanggang asalnya.
supaya adil dan saksama, 
keputusan diterima semua buana.
nantikan keputusan akhir nanti.

*biarpun kita saling beradu tenaga, beradu bergaya, asalkan jangan lupa kita saudara.



22 July 2011

PERSANDINGAN RM12 JUTA!!!!!!!

KUALA LUMPUR: “Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai ‘Wedding Of The Year’.

“Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. “Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan,” kata pelakon Norman Hakim.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 35, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah tajaan keseluruhan majlis resepsinya bernilai lebih RM12 juta. Selain Rafflesia, majlis resepsi Norman dan tunangnya Memey membabitkan beberapa penaja
iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord’s Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara. 





Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 23, mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menggayakan kasut sentuhan pereka terkenal dunia seperti Jimmy Choo yang pernah mencipta kasut untuk mendiang Puteri Diana, keluarga diraja serta selebriti Hollywood. “Ia bagaikan mimpi menjadi nyata kerana saya dapat memakai rekaan Jimmy Choo pada majlis resepsi nanti. Saya difahamkan satu-satunya artis dari Malaysia yang dapat sentuhan beliau pada hari bersejarah.

“Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.


Menurut perancang perkahwinan mereka, Bill Bora, Memey bakal menggayakan dua gaun bertatah mutiara berharga RM500,000 setiap satu untuk persandingan dan memotong kek perkahwinan.

“Harga gaun itu mengalahkan gaun persandingan yang pernah dipakai penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza berharga RM400,000.
“Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.


“Selain itu, majlis ini akan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada selebriti dan wakil media serta bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Memey dan Norman akan melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Memey selepas solat Asar
di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September ini disusuli majlis persandingan keesokan harinya.

*sumber harian metro

*secara jujur, aku memang tak suka Memey dan Norman. Tak tahu kenapa yang penting aku tak suka, nak bersanding dengan dana RM12 juta? melampau kan! mungkin 'rezki' dia orang. Aku pelik dengan orang kita, mereka yang ditangkap berkhalwat diangkat menjadi pujaan..


makin tinggi kau belajar, makin singkat fikiran kau,

tajuk diatas adalah secoret dialog dalam drama Tahajjud Cinta,
tadi sempat aku tangkap dan cerap.





kita selalu dengar bait ni,
selalunya bila orang tua-mak dan ayah,
sedang marah dengan anaknya.

kenapa agaknya ya ayat di atas tu senang betul terpancul oleh mulut orang tua?
bagi aku mungkin sebab berlainan ideologi dan pemikiran.





ya lah,
ibu bapa dan anak berlainan generasi,
corak zaman kehidupan pun berbeza,
langit yang menaungi pernafasan pun sering kali berubah,
mewujudkan keadaan berbeda sama sekali.

si anak tidak faham si emak,
si emak terkial memahami si anak,
kadang kala wujud situasi ayam dan itik berbual,
langsung tak faham apa yang dibualkan.





sepatutnya,
kedua-dua pihak perlu ada pertalian toleransi,
mewujudkan keadaan saling memahami dan penerimaan yang terbuka,
si ibu dan anak cuba memahami, 
dan meletakkan akal fikiran masing-masing sebaya,





letakkan ego masing-masing ke tempat yang paling rendah, 
paling mulia campakkan disisi longkang.

*letakkan apa yang mutlak pada haknya.



sepetang bersama buah durian

lepas sembahyang jumaat tadi,
datang seorang pakcik,
jiran selang satu buah rumah,
dia bagi 4 biji buah durian.





dah la aku gilakan buah durian,
aku simpan buah durian tu dulu,
tak nak bagi orang lain nampak.






petang tadi,
lepas bangun tido,
terus ke dapur mencari buah durian,
alhamdulillah, sempat membaham sebiji durian.
lazatnya hanya Tuhan yang tahu.


*teringat waktu kecik di kampung, petik buah durian dengan sepupu..



20 July 2011

dah lama + terlalu sibuk

maaf kalian,
sebab terlalu lama tak mengemas kini tulisan blog,
kini berada di tenggaroh,
mersing,
meneruskan misi siri jelajah persada kebangsaan.

ini kali terakhir.
esok mula balik ke rumah.
sudah gian menaip entry panjang...






13 July 2011

hangin betul aku dengan driver bas!!

Tadi aku naik bas,
dari bahau ke melaka sentral,
ada hal sikit.

aku sampai kat stesen bas bahau tu dalam jam 12,
janji dalam tiket 12.15,
bila aku tunggu, jam 12.10 baru bas tiba,
aku terus naik,
tempat semua dah penuh,
nak tak nak terpaksa duduk kerusi belakang sekali,
-kerusi azab.

dah la jam 12.30 baru mula bertolak,
inilah janji orang kita-bukan janji melayu.


sepanjang perjalanan,sangat kasihan bagi aku,
dah la duduk paling belakang,
faham-faham sahaja la kondisinya macam mana.

dah la pak cik bas tu bawak laju,
jalan tak rata,
berhenjut-henjut aku.
sampai satu tahap,
aku terhenjut dan tercampak ke kerusi sebelah kanan,
terus aku jerit,
"woi pakcik!! gila ke??!!"-dalam hati.

akhirnya sampai di melaka sentral dengan selamat..
alhamdulillah..


12 July 2011

anak mahu penjarakan ibu


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.





Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor tidak hadir ke mahkamah.Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.




Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah sudah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.Bagaimanapun, dia mendakwa bondanya sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya sudah bersetuju untuk membeli semua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. - Bernama




*zaman sekarang kan, anak pun dah tak sayang mak. mak yang melahirkan dan membesarkan mahu dikurung dalam dunia tirai besi. inilah bahana bila dibesarkan dengan kemewahan agaknya. 

puasa dah dekat

sedetik lebih, puasa akan tiba,
bawa berkat dari langit,
anugerah Tuhan buat hambanya.





maknanya, dah tak boleh makan...





Bila renung kenangan,
rasanya inilah kali pertama aku akan berpuasa di rumah secara rasminya,
rasanya kali terakhir waktu aku tingkatan 3,
lima tahun aku tak berpuasa secara rasmi di rumah,
dengan mak dan abah.

maknanya,
ini kali pertama berpuasa berjauhan dengan sahabat.

teringat waktu berpuasa dengan mrsm serting dulu,
pukul 5 dah cop tempat dekat bawah pondok,
hehehe rakus.

teringat waktu berpuasa di matrik,
berbuka disurau,
sebab buka kat surau dapat kurma dan air percuma,
jimat-di matrik sangat terdesak dengan wang, siapa yang pernah merasakannya,rasakan.




berpuasa di upsi pula, berbuka bersama teman serumah,
udin, zakir, dan adan. 
yang dua lagi cina,
pernah jugak ajak berpuasa,
tapi hanya berbuka bersama-sama je.





entry akan datang aku cerita fasal tarawih yer..




11 July 2011

JUVANA: keadilan

baru selesai tonton JUVANA.
seperti biasa, banyak benda yang perlu diambil ikhtibar.
paling aku suka ayat atau dialog dalam episod kali ni,





"keadilan adalah anugerah daripada Allah untuk hambanya yang ditindas"








sangat setuju dengan ayat ini,
hambaNYA yang diuji, diberikan cabaran hidup,
semestinya akan diberikan ganjaran,
berupa anugerah yang MAHA hebat,
yakni keadilan.





NAK MENANG KEMBARA KE SERATA DUNIA DENGAN HOTLINK?? KLIK SINI CEPAT!!

NAK TENGOK KERETA VIOS G LIMITED DAN VIOS TRD SPORTIVO?? JOM KLIK SINI !!


kucing aku yang pelik

Ni kisah si kucing aku yang pelik,
ape yang pelik?

macam ni,
ada salah satu daripada tiga beradik,
barisan kucing aku,
namanya oneng, oncet dan ontel,
yang peliknya si ontel.


ini lah tiga beradik tu, dari kiri oncet, ontel, dan oneng



dia ni kan,
kalau kita bagi makanan ke,
dia curi makanan ke,
dia tak terus makan,
tapi dia buat main dulu.






dia main keropok lekor




aku tak paham,
itulah ontel punya perangai.


saya kisah dengan bahasa Melayu

Sekarang ramai yang pandang rendah dengan bahasa melayu,
masing-masing sibuk berkejar dengan bahasa inggeris.





kalau nak dibandingkan, 
apalah kurangnya bahasa melayu,
pernah tika dulu jadi lingua franca,
ditutur berbilang bangsa,
fasih setiap penjuru astana asia.





Ini aku pesan,
gunalah bahasa melayu dengan baik,
kerna itu sahaja bahasa milik kita,
tulislah ia dengan baik,
jangan cemar dengan istilah inggeris.



*aku bukan munsyi untuk tegur, 
*aku bukan cikgu bahasa melayu nak tegur,
*aku cuma orang melayu yang menutur bahasa melayu.


10 July 2011

BERSIH dah habis

hari ni 10 julai 2011, bermakna semalam 9 julai 2011,
semalam juga menandakan satu titik kenangan,
dalam lipatan siasah negara,
yakni;BERSIH.





hari ini juga dalam lipatan akhbar,
terbit pelbagai perkataan tentang -BERSIH,
yang sinonim, antonim, juga akronim.

hari ni juga,
macam-macam berita keluar dari corong pemberita,
kerugian dan segala macam isu bertongkat ringgit,
sampaikan kadang kala timbul kat benak ni,
logik ke?

IKHLAS dakwa peniaga rugi RM100 juta,
wahhh...banyaknye!!
aku kira ini sudah seperti untung PROTON setahun!!

Nak dikira logik akal, 
tak kan la sampai banyak macam tu,
lagipun, satu hari je cuti sempena hari BERSIH.
kan besar rahmat tu dapat cuti.

nak claim pun beragak la jugak,
ntah ape agaknya yang di claim sampai mencecah beratus juta.

Yang si polis pula,
heboh kat fb dan youtube memaparkan keganasan polis,
menyuraikan peserta himpunan BERSIH,
bagi aku,
dah itu tugas polis,
menjaga keamanan sejagat,
bila tak buat macam tu cakap polis korup la,
makan duit haram la,
polis tak buat kerja la,
bila polis dah bertugas,banyak bunyi pulak.





Si yang berhormat yang dilarang masuk ke kl,
dah diberi amaran jangan masuk kl, nak masuk jugak,
bila kena tahan sibuk cakap tak ada keadilan,
ditangkap tak sah. kan dah bagi tahu awal-awal jangan masuk kl.

si peserta himpunan BERSIH pulak,
bagus jugak kalian,
ada kesedaran tentang sistem politik dan pemerintahan negara,
maknanya anda peka dan sayang dengan sistem pemerintahan negara,
anda meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu daripada diri anda,
tapi sayang; tak bertempat.





dah polis tak bagi buat dekat kl, kenapa degil sangat?
buat la kat tempat lain, kan malaysia ni luas,
sampaikan Agong bagi peringatan pon ingkar,
kenapa nak susah kan orang ramai?


ini bukan budaya kita



kata tuntutan BERSIH adalah sesuatu yang baik untuk negara,
jadi buat la himpunan tu dengan baik,
rancang elok-elok,
buat secara profesional,
kenapa terburu-buru? kenapa perlu ikut budaya luar?
kita ada cara kita sendiri.


hiasan..



apa-apa pun,
jadikan semalam sebagai kenangan dan iktibar,
dalam kita mencari kebenaran bukan senang,
perlu perjuangan bukan sahaja keringat,
bahkan kadangkala perlu korban darah.

lihat diri kita terlebih dahulu.



*segala curahan pendapat aku adalah bersifat peribadi.


lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...