09 July 2011

500 tahun sudah rupanya..

Sedar atau tidak, tahu atau tidak, kenal atau tidak, faham atau tidak.. mungkin ada yang jawab kesemuanya tidak. Sebenarnya, dalam diam, sudah 500 tahun tragedi kejatuhan empayar melayu melaka pada tahun 1511. terasa sudah lama juga titik hitam buat bangsa melayu kita.

Kalau ditanya pada anak muda (seusia aku mungkin..) ada yang masih tak tahu ada apa dengan tahun 1511. Sedih rasanya bukan.. 

Biar pun aku tak dilahirkan pada saat itu, walau mak dan abah aku tak dilahirkan waktu itu, walau nenek dan atok aku tidak diberanakkan tika itu, namun masih lagi aku terasa sesalnya bangsa ini. 

Mungkin kan ada yang terpacul dalam mimbar minda," kau ni azam, tu cerita lama lah, buat apa nak dikenang, kita dah maju la, dah merdeka, usah dikenang barang yang lepas!!" Ya, memang ini adalah sejarah, sejarah yang menghitam dan membusukan nama bangsa kita pada air muka bangsa lain. Saat itulah bangsa kita diinjak, dipijak dan dihina sehina-hinanya!! diperlakukan seperti kita tiada maruah, tiada harga diri!! 

sebelum 500 tahun dahulu nenek moyang kita bangunkan melaka, bina melaka dengan tangan melayu yang kononnya mudah kuyu. Dibina dengan akal melayu yang kononnya dangkal. Kononnya bangsa kita kolot 500 tahun dahulu, bangsa kita bodoh, tak tahu teknologi, pemalas!! itu yang dilemparkan kepada bangsa kita!!


pelabuhan melaka




Saat melaka dirempuh portugis, kita tewas pada serangan yang kedua. ada mulut-mulut puaka kata, memang patutlah kita kalah, kita perang pakai keris dengan lembing, portugis pakai senjata api, meriam dan baju besi!! 






Tak masuk dek akal logik fikiran la, kalau melaka tak terdedah dengan teknologi, sedangkan melaka sebuah perlabuhan terkemuka dunia, menjadi tempat persinggahan saudagar dari barat dan selatan, utara dan timur.



Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.Catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara.-resam-melayu.com-



senarai pemerintahan kerajaan melayu melaka

1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah


semua itu kegemilangan dahulu. Dah menjadi purba dalam karungan usang. Kini, sejarah seolah-olah kembali berputar, menunjukkan kita bakal berdepan dengan si pengkhianat kitol dan datuk mendeliar(tak layak bergelar datuk!!). Lihat saja bangsa aku yang seusia aku, sudah alpa dan lalai dengan suruhan agama. Ikutan budaya lagi lah jauh dari  diamalkan.






Aku memang rasis. Aku pentingkan bangsa aku. Bangsa seagama dengan aku. Kalau kalian tak berpuas hati terpulang lah. Walau aku rasis, aku tak benci pada bangsa lain. Aku tak nafikan hak bangsa lain. Mereka juga manusia yang perlu untuk hidup atas nafas yang diberikan Tuhan. Bukan hak aku merampas hak mereka untuk bernafas di bumi MALAYsia yang dahulunya bergelar Tanah Melayu.

Hari ini kita melayu terlalu terbuai dengan khazanah nenek moyang kita dahulu. Kita mampu bernafas pada hari disebabkan titik peluh nenek moyang kita. bila dipersoalkan, kita dianggap kuno dan klasik, tak padan hidup pada zaman moden dan milenium

Hari ini kita masih senang lenang. Bersungguh dalam perbuatan tak semenggah. Kuat tatkala berdepan dengan khalayan. Gigih mencipta khayalan bodoh. terkinja-kinja laksana kera bila dihibur kan dengan dendangan bangsa penjajah. Belagak dan bongkak bila guna ciptaan bangsa bangsat. Memandang sinis bila berbicara melayu dan islam...


No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...