28 February 2011

kita ni nak jadi cikgu..

Aku ni bukanlah sesiapa nak menegur, cuma saudara sesama Islam je. Kali ni aku terasa nak luahkan perasaan aku perihal kawan-kawan aku. Aku bukan nak buka aib atau pekung kawan-kawan aku, tapi aku rasa aku patut untuk luahkan perkara ni.

Kawan-kawan(yang ada kat UPSI atau IPGM), kita ni bila dah masuk dan diterima untuk belajar kat UPSI atau IPGM, secara automatik orang akan pandang kita ni sebagai bakal pendidik. Sebagai seorang CIKGU. Tapi bila aku tengok kawan-kawan aku ada yang pandang remeh benda macam ni.

Ye, aku akui, ada antara kita yang terpaksa ambil kos pendidikan. Ada yang bersungguh-sungguh tak nak jadi cikgu, tak minat la, tak suka la dan sebagainya. Sebenarnya, korang tak pernah nak percaya dengan takdir dan rezki korang masing-masing. Semua yang terjadi tu ada hikmah dia. Korang langsung tak bersyukur dengan apa yang korang dapat. Walhal dekat luar tu melambak-lambak orang nak jadi cikgu tapi tak berpeluang dan bukan rezki die orang. Korang yang dah dihidangkan peluang didepan mata, cuma perlu usaha sikit je lagi sebelum bergelar cikgu pun masih lagi tak tahu erti kesyukuran.

Masih ada yang pandang remeh nak datang kelas. Sesuka hati je nak datang ke tak. Ni ke sifat sebagai bakal cikgu nanti?? Benda ni ke kita nak bawak pergi sekolah?? Tugasan pun buat macam nak tak nak je. Lagi-lagi kalau ada tugasan berkumpulan. Langsung tak nak beri kerjasama. Usaha la sama-sama, buat la sama-sama, nanti markah kita juga yang dapat, bukan pensyarah yang dapat.

tak kan kita nak jadi cikgu macam ni??

Aku bukan nak kata aku ni bagus atau  perfect, tetapi aku terkilan la dengan kawan-kawan. Bila kita dah diterima masuk ke UPSI n IPGM, bersyukur lah. Kalau kita tak dapat apa yang kita mintak masa apply UPU dulu, lupakan lah. Tak semua benda yang kita impikan akan kita dapat, dan tak semua benda yang kita tak suka akan kekal menjadi kebencian kita.

nanti kat sekolah nak layan kerenah pelajar lagi..


Lagi satu, pasal kos yang kita dapat. Lagi sekali aku cakap, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Aku pun tak ada juga basic dalam IT, tapi aku explore sendiri. Masa kuliah tu dapatkan lah ilmu sebanyak mungkin. Tak ada manusia dilahirkan terus pandai. Semua tu perlukan usaha, cuma kita je yang malas!!. Tak ada benda yang senang, dan tak susah nak menjadikan perkara tu senang. 

Mentaliti kita yang salah. Bila kita dah set  awal-awal dalam otal kita yang subjek tu susah, maka susah la jadinya. Kita sebenarnya boleh, jangan jadi bodoh disebabkan kemalasan kita.


Aku bukan sempurna, aku juga tertido dalam kelas. Tapi aku tak pernah nak salahkan sesiapa. Belajarlah menjadi dewasa, jangan suka salahkan orang lain kalau itu memang salah kita. Kalau datang lambat ke kelas, jangan salahkan bus yang lambat, atau motor yang pancit, cube la beri jawapan "maaf saya lambat puan/encik"

Ubah lah mentaliti kita, gigih la menjadi seorang cikgu yang cemerlang dari pembangunan sahsiah dan akademik. Jangan hampakan ibu bapa kita yang menanti bergelar seorang pendidik. Timbalah ilmu sebanyak mungkin, supaya nanti kita dapat sumbangkan buat anak bangsa kita.

sematkanlah jiwa sebagai seorang guru dalam hati kita..


*maaf andai aku emosi
*maaf andai ada yang terasa hati

25 February 2011

kawan-kawan:jangan emosi~

"berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

kadang-kadang kita emosi dalam tindakan yang kita lakukan. Baru-baru ni ada peristiwa membabitkan sahabat-sahabat aku. Apabila ada yang tak puas hati, diluahkan secara tak rasional.

nak menyelesaikan masalah bukan dengan emosi, tetapi perlu la perbincangan dengan baik. Barulah masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan.

Kalau kita tak puas hati dengan seseorang, lebih baik kita simpan terlebih dahulu, atau kalau kita tak dapat nak simpan, kita bincang la dengan orang yang kita tak puas hati secara bersemuka. Bukan makna kata nak bergaduh atau nak bergusti, tapi nak luahkan rasa tak puas hati. Barulah kita dapat selesaikan masalah.

 Kalau tengok trend sekarang, nak selesaikan masalah je, ajak gaduh. Tak puas hati je ajak gusti. Inilah sebenarnya tindakan orang-orang yang tak ada akal. Tak tau nak fikir panjang. Terlalu mengikut emosi.

Sebagai manusia, memiliki akal yang dikurniakan Tuhan, seelok-eloknya guna la akal tu dengan sebaik mungkin. 

seseorang yang jujur, diterima ucapannya oleh musuh

22 February 2011

buat jahat tak akan selamat..

Rata-rata surat khabar semalam mencatatkan tentang kes peragut maut dirempuh kereta. Selepas dia bersama rakan nya meragut seorang wanita, si mangsa tanpa berlengah dan tanpa perasaan takut, terus mengejar peragut tersebut. dan akhirnya motor yang peragut tu naiki dirempuh oleh sebuah kereta.

ambil lah iktibar daripada apa yang telah berlaku

"Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka." -sumber harian metro-


Sayang seribu kali sayang kan. Mati ketika melakukan kejahatan. Agak-agak apalah nasib dia kan. Sepatutnya kita mengharapkan akan mati dengan penuh kemulian dan penghormatan. Tetapi... ajal maut ditangan Tuhan.


Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.


Buat kawan-kawan, renung-renung lah apa yang berlaku. Sememangnya apa yang kita buat, akan dapat ganjarannya, tak kira lah apa yang kita buat tu baik atau jahat. Buat jahat, akan dibalas jahat, buat baik akan dibalas baik. Ingatlah prinsip ini kawan-kawan. 

Moga kesilapan yang telah kita lakukan, jadikan lah sebagai pengajaran, dan jadikanlah ia sebagai batu loncatan buat kita untuk berubah mencari kebenaran. Jangan sempitkan akal dengan kebendaan, jangan bodohkan fikiran kerna memikirkan keduniaan, tetapi sibukkan lah juga minda memikirkan kematian.




19 February 2011

politikus : zomba@zombie

bila berpolitik, tak salah untuk menjanjikan sesuatu. tetapi, adakah nanti janji itu mampu direalisasikan??
mengucapkan madah manis-manis sememangnya mudah. Anak kecil sebaya tadika pun boleh bersuara menjanjikan sesuatu. Namun yang membezakannya adalah perbuatan. 

jangan membabi buta memilih calon..

Melampiaskan emosi dan perasan dengan menghina dan mencaci orang lain adalah sesuatu perkara murni dalam politik dan wajib dilaksanakan bila menjadi seorang politikus.

Berfikir secara licik untuk menjatuhkan orang lain menjadi satu strategi paling ampuh dalam berpolitik. Itulah kelebihan bakal YDP.

Penyokong ada yang terlalu fanatik untuk berkempen, sanggup bermati-matian mempertahankan calon yang disokong. Sehingga ada yang membodohkan diri rela dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Namun mereka BUTA.


~Inilah secalit perasaan buat PRK~







17 February 2011

bila politikus mula bersuara..

Hari ni aku mula didedahkan dengan suasana demokrasi ipta. Selama ni aku cuma menjadi pemerhati jarak jauh je (menerusi surat khabar). Hari ni merupakan hari penamaan calon untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim , Perak.



Walaupun hari ni aku tak sempat tengok proses penamaan calon berlangsung, tetapi sedikit sebanyak aku dapat lihat apa sebenarnya politik kampus. Masing-masing agak teruja dengan pemilihan kali ni. Kelihatan juga wajah-wajah sang emosi tika proses penamaan calon berlangsung. Dalam hati aku "panas jugak politik kampus".

Tak kurang jugak yang mewujudkan gerakan-gerakan pembela pejuangan kumpulan masing-masing. Sibuk mencari kesalahan musuh, sehingga lupa batas-batas berpolitik yang dianjurkan. Buat mereka yang menjadikan   politik sebagai makanan, pada masa inilah mereka ingin menguji kemahiran berpolitik mereka. Sehingga terbawa-bawa keadaan politik luar. Calon-calon dah tak senang duduk selepas menghantar borang pencalonan. Mereka mula melaksanakan strategi yang telah dirancang awal-awal lagi. Masing-masing mahu melunaskan strategi yang telah dirancang dengan rapi sebaik yang mungkin.

Buat mereka yang anti politik. Minggu ni merupakan minggu yang membosankan. Segala aktiviti kolej, dan universiti dibekukan serta merta bagi memberi ruang kepada proses pilihan raya kampus berlangsung. Rata-rata anti poltik ni menunjukkan kecenderungan untuk menjadi pengundi atas pagar. Sememangnya menjadi cabaran paling besar untuk kumpulan-kumpulan politikus mencari jalan untuk meyakinkan pengundi atas pagar ni. Nak menambat hati mereka bukan susah, sekadar menyuapkan apa yang patut, sudah tentu undi beralih arah memihak siapa yang menyuap. 

Buat yang fanatik pula, mereka akan berusaha berkempen memperjuangkan idealogi mereka sehabis baik. Tak kiralah apa pun terjadi.

Sewaktu aku sibuk membelek-belek senarai calon, sempat jugak telinga aku mencerna perbualan politikus-politikus sejati. Antaranya " kau nak pilih yang cantik atau yang hensem ko pilih la, patutnya pilihlah yang boleh buat kerja, kau ingat ni pemilihan artis nak cantik-cantik o hensem-hensem?? cikgu tak payah nak cantik-cantik!!" Saat tu aku tergelak sambil mencerna isi perbualan. Menarik pendapat tu walaupun disampaikan dengan humor. Bagi aku, pendapat tu ada betulnya, sebab kini ramai memilih rupa daripada usaha yang mereka lakukan. Bila benda ni jadi, maka musnahlah sesuatu organisasi tu yang dipimpin oleh mereka yang lincah dalam bidang kecantikan tapi terkial-kial dalam melaksanakan tugasan.

Moga pemilihan kali ni menjadi sesuatu yang sempurna, untuk memilih wakil pelajar sebagai suara mahasiswa UPSI.  Buat mereka yang menjadi calon, berkempen lah sehabis baik dengan penuh moral, bukan dengan emosi. 

saya tak undi parti, tetapi saya undi personaliti, dan rupa bukan ukuran personaliti.




15 February 2011

bila akal hilang

Istilah bebas amatlah digemari ramai. Terutamanya bagi mereka yang terkongkong. Tak kiralah terkongkong dengan sape, asalkan wujudnya keadaan tersekat, terbelenggu dan terikat oleh sesuatu, maka itulah keadaan terkongkong. 

Sedar atau tak, remaja atau muda-mudi la lebih banyak yang mencari kebebasan, mencari hak mutlak(kononnya). Tak kurang juga yang memperjuangkan hak mereka sebagai remaja yang ingin kan kebebasan seperti muda-mudi di barat. Perjuangan mereka itu sangat gigih. Sehingga membuahkan hasil yang cukup pahit untuk ditelan. Inilah hakikat yang dijumpai mereka. Aku bukan anti remaja atau aku tak suka kebebasan, tapi kebebasan yang mutlak tu hanya milikNya sahaja. Kita ni sangat terbatas. 


indah ke?


Semalam baru je berlangsung hari Valentine. Rata-rata media memaparkan betapa sebagai muslim haram meraikannya. Hatta sang artis juga melaungkan perkara yang sama (hipokrit). Selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sambutan hari itu;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

adakah anda sambut dengan tanpa anda sedari??


Tetapi..lihat saja dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15/2/2011, beratus-ratus pasangan haram ditangkap bermadu kasih dan melayarkan asmara. "Indahnya" dunia....Tak mustahil lah laporan Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan seramai 17,303 orang anak luar nikah dilaporkan pada tahun 2009, seramai 16,541 orang anak luar nikah dilaporkan pada tahun 2008, dan seramai 16,100 dicatatkan pada tahun 2007. Alangkahnya meriahnya negara kita dengan angka ini....

Ada lagi yang lebih tragis. Buang bayi. Manusia kalau dah akal diletakkan sebaris dengan tahi, maka apa-apa sifat yang bukan milik manusia pun akan dilakukan. Binatang pon tak ada sifat macam tu. Statistik Polis diraja Malaysia mencatatkan sebanyak 396 kes pembuangan bayi sejak tahun 2005. Apa nak jadi la manusia kan...

Sebenarnya salah siapa benda macam ni boleh jadi?? Masing-masing saling tuduh menuduh. Akhirnya tak tahu sapa yang patut dipersalahkan. Jalan penyelesaian?? Banyak dah diguna pakai, tapi tak berjaya pun nak pulih kan keadaan ni. 

Ada orang cakap, "ala akhir zaman..memang la macam nie.." Agak-agak apa respon ada tentang kenyataan orang nie??






***saya perlukan respon anda



13 February 2011

aku bingung ke bangang?? ~C++~

Entah mengapa, Tuhan sengaja, menduga kesabaran manusia..
Kepala semakin berputar dan fening gara-gara subjek Structure Programing(C++). Adoiii kepala penuh dengan coding....

korang akan rasa benda nie bila bergelumang dengan C++..


Inilah kerja programmer, menyelesaikan masalah orang. Murnikan kerja sebagai seorang  programmer. Tapi ramai orang tak tau. Mesin ATM, sistem elektronik, sistem komputer, semua tu programmer yang cipta. Hasil daripada kepala otak die orang berfikir nak cipta jalan penyelesaian kepada masalah orang lain. Dia yang bersusah payah berusaha berfikir, mencambah idea, cipta idea baru tak kurang juga menghadam masalah orang lain. 

sangat stressfull bila keluar error warna merah!!!!


Kadang kala ada juga yang tak hargai jasa programmer ni. Ada yang kutuk-kutuk sistem yang ada. Mungkin setiap sistem yang tercipta tu tak semuanya perfect, ada kelemahan tersendiri. So lepas ni jangan la kutuk-kutuk mesin ATM, sistem komputer, mesin-mesin, dan sewaktu dengannya..

Cuba bayangkan kalau dunia ni tak wujud pekerjaan programmer???

09 February 2011

nenek belasah perompak!!

Nak tergelak, tapi ini kenyataan. hehe Inilah yang berlaku di Northamton, London. Seorang nenek berusia dalam lingkungan 70-an, telah membelasah ENAM perompak dan seterusnya mengagalkan rompakan di kedai emas. HEBAT BUKAN!!!!!

Tabik spring la kat nenek ni. Amat-amat berani nak lawan enam orang perompak dengan kudrat yang tak sehebat mana, Dah la dia belasah perompak tu dengan handbag je!!! hahaha

Cuba korang bayangan muka perompak-perompak tu bila kena hempuk dengan handbang nenek tu. Mesti muka dia macam blur dan terpinga-pinga(mungkin dalam hati perompak "aik?? apsal mak cik nie????")

Semoga nenek tu terus sukses dan maju jaya dalam hidup. 
Buat nenek-nenek di Malaysia, jadikanlah nenek ini sebagai perangsang, untuk anda membela nasib anda dan seterusnya memartabatkan lagi nenek-nenek di Malaysia!! yeahh!!

adakah nenek itu seperti ini?? Aiyoo matila atok!!!

07 February 2011

terbuai dengan ~sedetik lebih~

Nak berkongsi lagu terbaru daripada Anuar Zain, "Sedetik lebih". Lagu nie ost filem  "Hikayat Merong Mahawangsa" Bila aku dengar lagu ni memang meremang bulu roma, sebab terbuai dengan alunan yang sangat merdu. Dengan suara Anuar Zain yang sememangnya superb, menjadikan lagu ni memang-memang berhantu. Bagi yang tak minat Anuar Zain, dengar dulu lagu ni..


Merdu kan suara Anuar Zain. tapi sayang..




Merdu dan best kan lagu ni. Kasih sayang antara dua insan.  
Berkasih kalau jujur dan ikhlas, adalah sesuatu perkara yang amat manis. Tapi kalu diselitkan dengan penipuan dan kepura-puraan adalah sesuatu yang teramat pahit untuk ditelan..

04 February 2011

awan nano & abah..

Apabila aku terdengar lagu Awan Nano dan juga sambil menonton video klipnya, aku rasa tertarik dan menarik terhadap lagu ni. Lagu ni mengisahkan tentang seoarang anak dan abahnya. menarik isu yang dibawakan..



Bagi aku lagu ni memang best. Lagi-lagi disertakan dengan video ala-ala drama yang meruntun hati. Suara Hafiz pon sedap.

Iktibar daripada video dan lagu ni, sayangilah abah kita, kerna kita selalu tertinggal frasa abah, bila mengenang "parent" kita. Walaupun hari bapa lambat lagi, sesungguhnya pengorbanan abah kita setanding dengan pengorbanan mak kita walaupun dia tak melahirkan kita. Jangan anggap abah kita sebagai tempat kita meminta wang saku dan sebagainya yang bersifat material, tetapi hargailah dia sebagai tempat kita menumpahkan kasih sayang, dan berkongsi kisah suka dan duka. 

Kita tak punyai abah yang banyak. Sesungguhnya kita lahir didunia ini dianugerahkan dengan seorang abah sahaja. Maka hargailah dia selagi dia masih disisi kita..
murni kasih sayang seorang abah..


02 February 2011

JEJAK NEW ZEALAND 2 : kerenah budak-budak

Ini kesinambungan daripada aku menjejakkan kaki ke "new zealand". kali ni aku nak cerita tentang kerenah budak-budak. Pengalaman ni aku dapat masa slot motivasi pelajar sekolah. Program kami terbahagi kepada dua, satu untuk pelajar SPM, dan satu lagi untuk pelajar UPSR. Pada mulanya aku nak jadi faci untuk pelajar SPM, sebab dia orang dah besar, mungkin faham sikit apa yang kita cakapkan, tetapi hasil ajakkan kawan-kawan, aku pun masuk dalam kumpulan yang akan jadi faci untuk pelajar UPSR..

Tiba aku di SK  Kg New Zealand(tak pasti nama sekolah ni), budak-budak dah sampai dah. Dia orang tengah buat energizer untuk menceriakan keadaan (korang akan faham bila teringat prorgam motivasi kat sekolah dulu). Kemudian terus dengan pembahagian kumpulan, aku dan sahabat aku mizijadi faci untuk kumpulan 6. 


gigih die orang main "tarian ayam"




Kami bermula dengan sesi memperkenalkan diri. Masing-masing nampak malu-malu, segan-segan, dan ada yang  macam tak rela je datang program ni. Aku faham, sape la yang nak datang waktu-waktu cuti macam ni ke sekolah. Mesti la nak duduk rumah tengok cerita karton ke, tak pun pergi merayau-rayau dengan member..

Dalam kumpulan aku tu, ada sorang budak ni, nama dia aniq. Apa yang aku perasan, sepanjang sesi modul pertama, dia buat bodoh je. Macam nak tak nak je join. Bila aku tanya kenapa macam boring je, die terus sengih-sengih lepas tu buat muka blur. Dalam hati aku, susah sikit nak tackle budak ni. Lepas tu aku mula fokus la kat dia, nak bagi dia enjoy dengan kami semua kan. Tapi, dia tetap dengan blur dan endah tak endah dia. Haish...macam mana nie? apa aku nak buat?


aniq yang pakai baju warna putih sebelah kanan..




Akhirnya ada satu slot tu kami bermain permainan buaya biawak, kalau korang tau permainan ni memang seronok dan lawak. Mula-mula main permainan ni dia masih lagi dengan perangai dia(endah tak endah). Tapi lepas beberapa round, dia mula menunjukkan wajah ceria. Aku pon bertambah seronok la kan. Akhir sekali, perkara yang tak sangka, dia menang permainan tu!! lepas tu dia terus berubah, mula ceria dan aktif. Lepas tu modul membina bangunan pulak. Dia pon dah mula aktif, dan banyak tolong buat bangunan tu. Aku rasa seronok sangat sebab dapat jugak tackle dia  untuk join sekali(korang akan rasa pengalaman ni bila korang jadi fasilitator).hehehe


inilah rekaan budak-budak berusia 12 tahun..




Program tu berakhir sekitar pukul 12 lebih tengah hari. Inilah pengalaman pertama aku jadi faci untuk pelajar sekolah rendah. Memang besar cabarannya melayan kerenah budak-budak yang masih lagi bawah umur kan. Apa-apa pun aku seronok dapat join  program ni. Pengajarannya, bukan senang menjadi seorang guru yang terpaksa melayan kerenah budak-budak..


inilah barisan fasilitator..



01 February 2011

JEJAK NEW ZEALAND 1 : Pengalaman Baru

kali ni nak bercerita tentang pengalaman di "new zealand".
tanggal 28/1/2011 delegasi PERSADA UPSI & PERSADA UITM SHAH ALAM, terlibat dengan satu program di Maran, Kg New Zealand. Pada mulanya aku macam tak nak pergi, sebab ada program lain (Jejalajah Seri Perpatih, untuk mahasiswa N9), tapi bila dengar nama tempat ni, aku seolah-olah teruja nak ikut skali. Akhirnya aku pergi bersama-sama 20 orang delegasi dari UPSI, dan 40 orang delegasi dari UITM.
Kami tiba disana malam, dalam keadaan hujan renyai-renyai menyambut kami. Penduduk kampung gigih menyambut kami. (terharu).

gigih kan??


Sepanjang progam berlangsung, banyak benda baru yang dapat aku belajar. Terasa bersyukur dapat join program ni, walaupun pengajaran yang aku dapat meliputi pro dan kontra. Kesilapan, kebenaran, dan pelbagai kesinambungan dalam program ini akan aku jadikan sebagai sesuatu yang amat berguna buat aku dan yang lain-lain.



Rasa seronok amat, apabila berkenalan dengan kawan-kawan baru daripada UiTM Shah Alam, terutamanya adik beradik angkat ku, Usop, fadros, Azlan, Mizi, Azizi, dan Adie. Korang memang best walaupun kita keluarga yang ramai.

Inilah keluarga angkat aku..



Tak lupa juga buat keluarga angkat ku yang terbaekkkk, hehehe Dengan layanan yang terbaek, terasa tak nak balik je, masakan yang enak-enak, akan merindui puding, cup cake, coklat, dan makanan-makanan lazat yang lain. (lapaQ)
sedap kan??? fuhhhhh lazat!!!




Terima kasih juga buat penduduk Kg New Zealand!! kalian memang terbaek, terutama penduduk kampung yang ajar aku masak nasi dalam kuantiti yang banyak. Thanks pak cik tukang masak nasi!

nanti aku sambung cerita lagi...