27 May 2011

contest kenangan cuti sekolah!!!

Selamat bercuti aku nak ucapkan kepada semua budak-budak sekolah, termasuk la cikgu2 yang juga mula bercuti hari ini. Moga cuti yang ada di manfaat kan dengan baik yer..


sila copy gambar contest ni yer..


baiklah, ini merupakan contest yang aku nak buat khas untuk korang semua. Sesiapa saje boleh join contest nie. Mudah je contest nie, harap korang join la yer, caranya...



1-  Korang kena la follow blog  chekgu azam aziz ni dulu yer,

2-  Copy gambar contest tu, dan link kan kepada blog chekgu yer,

3- Tuliskan entry berkenaan dengan kenangan korang waktu cuti sekolah, tak kiralah kenangan tu dah 20 tahun lepas ke, asalkan itu adalah kenangan yang akan korang ingat sepanjang hayat, maka cerita lah

4- Sila tag kan 4 orang kawan-kawan anda yer

5- Lepas siap, sila tinggalkan link entry korang  kat kat bahagian komen.

6- siap dah!!,tunggu pengumuman pemenang!!




senang je kan, so ape hadiah nye??



Tempat Pertama =  Topup RM50 + Hadiah Istimewa
Tempat Kedua = Topup RM30 + Hadiah Istimewa
Tempat saguhati x 2 = Topup RM10



Itu je hadiah yang mampu chekgu bagi, yang hadiah istimewa tu, hehe adalah rahsia.. jauh tau chekgu beli, oversea tau!!


kriteria pemenang?? Entry yang chekgu rasa paling menarik, dan seronok bila chekgu baca, maka dia lah pemenang!! (hint...chekgu suka yang lawak..hehe)


tarikh tutup dia ialah  13 Jun 2011..  chekgu bagi masa lama tau, harap korang jangan sia-sia kan contest nie!!


join, jangan tak join ya!!!!




*contest pertama aku.

25 May 2011

tak habis-habis cerita hantu!!!

Dua elemen paling biasa atau paling suka pengarah kat malaysia ni buat filem. HANTU dan SAMSENG. aku pun tak tahu kenapa gamaknya jadi macam ni..




tengok la senarai filem yang bakal ditayangkan..penuh dengan hantu..

Bila nak direnungkan, memang lah semua ni jadi filem box office, tetapi hakikatnya kesan kepada masyarakat!! 

Apa masalahnya filem nie?? orang just tengok je.. 

Memang la just tengok jer, kalau kalian nak tahu, sebenarnye filem dan media adalah trendsetter masyarakat. Anak-anak kecil terdedah dengan kehidupan dunia dengan filem dan media. Tiru aksi dalam filem, sudah menjadi satu kemestian bagi kanak-kanak. 

Kita nak bagi anak-anak kita tiru gaya Tumulak dalam citer Kongsi bunuh orang?? atau nak terus dimomokkan dengan cerita hantu yang tahyul belaka?? sampai bila hiburan kita nak berbentuk macam ni?? langsung tak ada idea kritis lagi inovatif!! (err....)


nak anak-anak kita macam ni ke??


Bagi aku, dengan ada nye cerita berbentuk sosial, tahyul, dan ganas ni lah yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah kebejatan sosial generasi muda. Mereka dah diasuh dari kecik untuk tonton benda-benda macam ni, dah dididik dengan benda atau cerita tak berfaedah ni. Ya, setiap cerita tu ada pengajaran, tapi berapa ramai yang ambil iktibar dan pengajaran?? 

Cuba tengok cerita kongsi tu, ada tak bila cerita tu di tayangkan, semua ahli kongsi gelap menyerah diri dan insaf. ada tak?? Cerita ngangkung tu, lepas cerita tu ditayangkan, orang melayu islam berhenti dan bertaubat tak daripada beli nombor ekor?? (jawapan fikir sendiri..anda dah besar..)

Aku ni bukan la baik sangat, tapi aku tau la tentu kan mana baik mana yang buruk, dan kalau memang aku ni tak baik, sebab tu aku rasa media hiburan kita kena berubah! secara drastik!! supaya nanti kita tak tergigit jari menyesal di kemudian hari!!

Benda ni sebenarnya salah sape?? salah kerajaan??(memang pon) aku tak faham dengan dasar kerajaan ni. Semakin hari dasar tentang media semakin kalut, dahulu cerita hantu tak boleh ditayangkan, tapi sekarang siap dapat suntikan dana lagi. Cerita-cerita ganas langsung tak disunting, aku tak tahu la unsur ganas macam mana dalam syarat kena sunting. Semua cerita yang berunsur ganas terus dihalalkan menjadi tontonan budak-budak(walaupun ada label 18)







Semua perlu berubah, walau dalam usaha urbanisasi, walau dalam usaha pembukaan minda, walaupun dalam usaha meliberalisasikan karya-karya tempatan, tetapi letak la pada haknya. Jaga lah tatasusila nya. Batas-batas adab dalam perhubungan, jalan cerita yang lebih ketimuran. 

Ya, nampak kolot, asalkan masih lagi mampu kurangkan saham ke neraka, itu sudah memadai. Tengok saja filem-filem hasilan P.Ramlee, tak ada pon unsur ganas-ganas yang keterlaluan, tapi senantiasa diingati dan dikenang sepanjang zaman. Jalan ceritanya yang bersifat tempatan, masih mendapat tempat dalam rancangan-rancangan di television sekarang. 


ini 'kiblat' media..


Bagi aku hiburan tak salah, asalkan kena pada tempatnya. Wahai-wahai pembikin filem tempatan, hadirkan lah kebijaksaan dalam menghasilkan karya yang mahu ditonton kami anak watan, usah lah biarkan karya picisan anda menjadi tontonan kami sekalian..


*contohi-lah karya-karya P.Ramlee, Yasmin Ahmad, dan M. Subash Abdullah...

tak sabar nak tunggu filem ni..


24 May 2011

aku dan hijau

Esok hari rabu, hari ini hari selasa, lusa hari khamis. Rentetan hari yang berganti-ganti.




macam mana cara nya kita nak dapatkan hari yang tenang dan aman ya?? Sukar rasa hati bila bergelumang dengan tekanan.. bagi aku dengan lihat benda warna hijau, dan itu sudah mengubat tekanan.. hijau, penuh dengan kesegaran..









ini pokok yang paling aku suka, kerna aku dibesarkan dengan hasil pokok ini..terima kasih pokok


pokok ini juga berjasa buat aku dan keluarga.. 



cuba kalian baca petikan ini,


Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.




Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).




Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.


Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.




petikan ini  saya dapat dari blog Sebuah contengan, terima kasih kepada blog tu... 


jangan pernah lupa pAda asal usul!!!

23 May 2011

21 MEI 1991

sejak lahir, tangisan yang aku tahu luahkan,
bila besar suara aku tinggi-kan.



Bila cilik, langkah ditatih-kan,
besar badan, tapak tak hirau amaran.



kecil, akal fikir tak mampu diterjemahkan,
tinggi badan, fikiran mula mengorek pengetahuan..




ukurlah umur dengan amalan,
biar nanti tak sesal pendapatan..



*tanggal 21 Mei 1991, jam 4.27 petang, seorang bayi lelaki lahir di dunia dengan berat 3.63 kilogram di Hospital Kuala Pilah...

22 May 2011

realiti: penyingkiran agama dan dunia...

Kita sebenarnya sedang diajar, dan didedahkan dengan konsep "realiti". Bulat-bulat kita diadun sehingga sebati menjadi adunan yang enak dan empuk dengan konsep rancangan realiti. Apa realiti sebenarnye?? 






*setuju atau tidak dengan saya, sebenarnya dengan rancangan realiti di atas, kita sedang menuai dosa, kumpul dijadikan modal untuk ke neraka.




nasib baik ada juga yang bercirikan agama, dan  Tuhan yang Esa. 












Kalau korang, kamu, dia dan aku tengok rancangan tv, yang ada status "realiti tv" maka korang akan nampak, apa sebenarnya pemahaman realiti bagi mereka yang dangkal. 

dah tu apa masalah aku dengan rancangan realiti?? 

ok, bagi aku la, bila disebut rancangan realiti, mesti ada penyingkiran. Betol atau tidak?? (of cos la betol!!) tak kira lah AF, Mentor, Imam Muda , Idola kecil dan sebagainya. Mesti ada penyingkiran.. 

So??

Bagi aku, penyingkiran adalah benda yang merepek! sebab, dalam rancangan tu misi dia orang adalah untuk melahirkan apa yang mereka mahu lahirkan, seperti penyanyi, pelakon, imam dan sebagainya. Konsepnya adalah mendidik!!. Kalau lah betol ikhlas hendak mendidik, mengapa perlu wujudkan penyingkiran?? macam mana hendak mendidik kalau dah disingkir-kan??


menangis kerana dunia..


Sudah tentu mereka yang tak tersingkir tu adalah kalangan mereka yang terbaik. Mengapa perlu yang terbaik dikekalkan dan terus diberikan ilmu pengetahuan?? Ya, tak salah mereka tak disingkirkan, bahkan lebih bagus dikekalkan dan diberi ilmu pengetahuan. Dah tu bagi mereka yang lemah?? dah la bodoh, kurang pandai, tak cemerlang, lepas tu disingkirkan pulak.. tuntutan ilmu mereka sampai had itu sahaja.

Sepatutnya, mereka yang lemah ini dikekalkan, agar terus dididik dengan ilmu nyang sewajarnya. Kalau program tu yang baik, memberi ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat(Imam Muda) mengapa perlu diturutkan format realiti AF??

Tuntutan Ilmu akhirat dan dunia lain. Hari ini mereka yang tuntut ilmu dunia sangat ramai, bahkan majoriti daripada kita, namun mereka yang lupa pada akhirat juga ramai. bahkan dalam kalangan kita juga melimpah ruah. Bukan aku nak kata aku anti dengan rancangan realiti tv(anti!!!!) tapi bila direnungkan, dan kembali kepada yang Hak, kita kena-lah sedar, kita ni pinjaman sahaja..



Saat tibanya waktu, roh berpisah dengan jasad, baru kita tahu, tingginya langit ciptaan Tuhan itu, baru kita sedar, betapa gelapnya malap bila tak berbintang, sunyi-nya sepi bila tiada suara menemankan bumi..

Buat kalian, aku, kamu dan meraka, tuntutlah ilmu itu seimbang, akhirat dan dunia, kelak kau bahagia dunia dan akhirat. Jangan pernah lupa pada yang lebih berkuasa, kerna kita tertakluk pada-Nya..

firman Allah swt..


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلْبَابِ
"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Az-Zumar:9)



*ini adalah pandangan aku sebagai manusia biasa, tiada kena mengena dengan sesiapa yang juga manusia biasa, andai ada yang terasa, itu hukum dunia, jiwa kan sentiasa terasa bila kita yang melakukannya.. 

21 May 2011

tragisnya kisah: tanah runtuh dan anak yatim..

air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam..

maha suci Allah..

Tragisnya sebuah episod ngeri, tanggal 21 mei 2011(bufday aku..) sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim, ditimbus timbunan tanah bukit yang luruh umpama daun, saat ajalnya tiba.. Bila aku mula-mula baca berita ni, aku agak terkejut la, selalunya tanah runtuh hempap rumah ni selalunya berlaku kat rumah-rumah orang kaya dan mewah macam dekat highland tower dan beberapa lagi kisah serupa.. namun, ini Tuhan yang menentukan..

rumah dilereng bukit..


Tapi kali ni, ujian buat anak-anak kecil yang semestinya kehilangan tempat bergantung dan bermanja. mereka tak punyai ibu dan ayah, cuma yang mereka ada adalah Allah tempat mereka mendapatkan kasih sayang yang ditinggalkan ibu dan ayah mereka. 

kawasan kejadian..



saksikan lah, kuasa Allah itu tiada tandingnya..


bayangkan, anak-anak ini sedang berkumpul tengah berlatih nasyid, untuk persembahan amal, tiba-tiba datang segerombolan tanah dengan perintah Tuhan, menyelungsur laju membadai mereka tanpa belas kasihan.. alangkah sedih rasanya hati ini bila mengenangkan..


kelu lidah untuk aku berkata-kata..

hampir kesemua anak-anak ini berserta penjaganya ditimbus tanah itu. Apalah nasib mereka. Saat ditimbus tanpa rela, bernafaskan tanah, dihimpit dengan padat pada tubuh yang ranum dan muda..


segala apa yang terjadi, ada hikmahnya..



Itulah ujian buat mereka.. Sesungguhnya Allah itu maha Adil, ada hikmah disebalik apa yang terjadi, sesungguhnya DIA lebih mnegetahui daripada kita yang lemah ini. Dan Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS.Az-Zumar: 10) 



menitis air mata aku bila lihat gambar ni..



tabah lah wahai anak kecil...


Kalian dan kita semua, bantulah mereka atas nama Tuhan yang mulia, sesungguhnya mereka amat memerlukan kita. Namun sayang seribu kali sayang, ada yang tersalah tafsir demi menolong mereka. Mengaut untung atas nama simpati keatas mereka, dengan cara menghantarkan undian(AF), maka undian kalian akan disalurkan kepada mereka anak-anak yang menjadi mangsa . Sedarlah, niat anda tak menghalalkan cara, dengan duit maksiat(hiburan tanpa batasan agama) itukah anda nak bangunkan mereka?? dengan duit haram itukah anda nak beri mereka makan?? bernafas lah kalian atas nama Allah swt.. moga ada sinar keampunan..

ujian itu buat hamba-hamba Tuhan yang beriman..


sabar lah kalian.. mereka dijemput Allah..



Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


Buat mangsa-mangsa yang terkorban, setangkai doa ku kirim buat mu disana(al-fatihah..) Moga kau bahagia disampingNya, diletakkan bersama mereka yang beiman dan beramal soleh..


*yang bawah ini pon diuji, tapi tak pernah mengerti. layak ditimbus bumi..
SEBAHAGIAN daripada 86 mat rempit yang ditahan dalam operasi membenteras samseng jalanan di Jalan Tambun menolak motor masing-masing ke Pejabat Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh dekat Ipoh awal pagi. 15/05/2011


20 May 2011

Alhamdulillah: Rezki dari Tuhan..

Alhamdulillah, aku memanjatkan setinggi menjulang kesyukuran kepada yang-HAK, kerna dengan restu dan izin-NYA, maka sedikit nikmat dunia aku perolehi. 

indahnya nikmat, kalau disertakan dengan syukur..

walau tak sebesar mana, namun bagi aku insan yang kerdil lagi hina disisi-NYA, itu satu anugerah yang MAHA besar buat diriku.. 

kawan-kawan, semua itu rezki kurniaan Tuhan. jangan berkecil hati kalau bukan kita yang terpilih, kerana anugerah Tuhan itu senantiasa untuk mahkluk yang berusaha..

Jangan pernah rasa susah untuk berusaha. Jangan pernah munculkan rasa putus asa. Terima takdir seadanya, insyaallah, Tuhan lihat itu semua..

alhamdulillah...


Tahniah buat kawan-kawan seangkatan yang peroleh gred yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2 sesi 2010/2011.(terutama ismp teknologi maklumat, UPSI) Moga kecemerlangan hari ini menjadi titik permulaan kecermelangan akan datang bangsa dan agama kita.. amin..



*saya masih rahsiakan gred saya.. maaf kan saya kawan-kawan, kerna itu motivasi diri saya..

19 May 2011

ber-temu lagi

berjumpa dengan dia lagi..
sempat merenung dari jauh..
tak sampai nak di capai dek lontaran suara..


ada jodoh, ada-lah jawapannya,
biar Tuhan tentukan,
kalau ada jodoh, ada-lah akhirnya nanti..




*doakan saya..

cerita semalam: mungkin terlalu emosi

Berkesinambungan dengan insiden semalam, rasa banyak yang perlu aku, dia dan kamu untuk belajar. bukan senang nak menyenangkan orang lain. bukan mudah nak meletakkan kepercayaan kepada orang lain. juga bukan mudah untuk bersetuju dengan pendapat orang lain..
 
saya masih belajar..

masing-masing ada otak sendiri nak fikir, mana baik dan mana yang buruk, dianugerahkan oleh Tuhan akal yang cerdas, dan minda yang aktif, supaya berfikir dengan baik. tapi manusia itu dicipta berlainan rupa, walaupun jenis yang sama. Walaupun nampak sama, tetapi masih berbeza, waimma lahiriah mahupun batiniah


setiap manusia dianugerahkan otak..



bukan otak-otak...



bila bermuafakat, susah nak tentu hala tuju, sering saja ada yang bertingkah meletakkan pemahaman mereka sebagai yang paling utama dan betul. sedangkan ada lagi mentaliti yang lagi terbaik untuk diaplikasi dan diguna pakai dalam keputusan yang hendak dibuat..

Sebagai insan yang muda, banyak yang perlu aku tahu, faham dan jelas dengan suasana dunia. Bukan senang nak faham dan jelas dengan konsep hidup di muka Bumi ciptaan Tuhan ni. Ada peraturan yang perlu diikuti dan ditepati supaya nanti tak terlanjur perbuatan diri ini.
 
ikutlah undang-undang..

Yang sudah berlalu biarkan berlalu, masih ada lagi cahaya yang perlu kita terjemahkan, dan perlu kita tafsirkan. Kembali kepada yang hak. Kembali lah kepada yang mutlak, itulah sebaik-baik perubahan yang kita hendak. 

jangan hanya pandai menuturkan di bibir, pandai mengolah madah menutar belit segala fakta, memprovokasi segala macam isi, memfitnah segala bentuk perjuangan. Tetapkan diri dengan keikhlasan, jujurkan diri dengan perjuangan. Jangan jadi seperti si kitol yang menderhaka pada bumi Melaka, juga jangan seperti si kacang lupa pada kulitnya.
 
adakah kita seperti kacang??

berpijaklah pada bumi yang nyata, kita bukan seperti mereka. Kita adalah kita, insan yang senantiasa diuji untuk menentukan dimana kita berada disisinya. Usah berpaling pada jalan yang lurus, usah kita menaguk di air yang keruh..

jalan yang lurus..


Biar apa orang nak cakap fasal kita, biar mulut mereka berdusta tentang kita, biar kan mereka dengan telatah bodoh dan dangkal mereka. Itulah mereka, tak pernah puas dengan apa yang mereka ada, senantiasa cemburu buta dengan kita.
 

*jadilah diri anda selayaknya manusia. jangan ingkar pada yang KUASA.

18 May 2011

aku disuruh gunakan otak

Mungkin sukar untuk diterjemah. Inilah yang berlaku, bila tak gunakan OTAK....









mungkin ada yang ter-emosi dengan pandangan aku, saya minta maaf, yang penting, saya dengan pendirian saya.
Siapa anda nak pertikai hak saya?? 
Tuhan tu maha Adil..

tak tahu kenapa

Selama ni aku tinggal di tanjung malim, bergelar seorang pelajar, susah aku nak faham erti hidup, susah aku nak tengok watak-watak yang hidup dalam dunia(mungkin kalian tak faham..)

bila aku duduk kat rumah dan mula bercuti, baru aku sedar, dalam dunia ni bukan senang kita nak hidup, dan bukan susah kita nak mati..(ajal maut di tangan Tuhan..)

Lagi-lagi bagi aku yang sangat suka memerhati. Aku bersyukur, dianugerahkan Tuhan , dengan sifat memerhati. Ya, dengan sifat ni lah aku mula faham dan tahu erti nak bersyukur dengan apa yang aku miliki.

Mungkin korang fikir aku poyo, macam bagus tulis macam ni, macam aku je yang baik kat dunia nie, macam aku tak pernah buat dosa, macam la aku je insan yang selalu bersyukur...


tenang sungguh bila bersyukur..

Ya, aku akui, aku bukan manusia yang baik. AKu juga pernah berbuat dosa, pernah melakukan apa yang kalian tak pernah terfikir pon (itu aku..)

Namun, dengan memiliki apa yang aku miliki sekarang ni, baru aku sedar, sebenarnya aku tak layak nak buat sedemikian rupa..dengan berbuat apa yang kalian tak akan jangka..

Apa yang aku miliki hari ni, jauh lebih baik daripada apa yang orang lain miliki...tapi mereka tak pernah merungut. Senantiasa bersyukur..



*mungkin aku akan kehilangan??




16 May 2011

antara cikgu dan ilmu...

Hari ini 16 Mei 2011. Rasminya hari memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru. Hari ini lah seorang manusia yang bergelar guru diraikan jasanya, walaupun dia setiap hari menabur jasa..




Tadi aku dalam perjalanan ke Seremban, waktu lalu kat tepi setiap sekolah, nampak meriah dengan sambutan hari guru. Pelajar dan cikgu sama-sama meraikannya.. AKu rindu sangat nak balik ke sekolah, nak rasa balik suasana sambutan hari guru..





kalau dulu, sehari atau sebelum tarikh 16 Mei, aku dah sibuk dah nak beli hadiah buat cikgu yang aku sayang. selalunya aku bagi satu hadiah je kat sorang cikgu.. 

Jasa seorang guru tu sebenarnya tak terhitung dek jari atau nombor yang ada kat dunia ni. 

Walau dikira dengan gunakan superkomputer..

 Pengorbanan yang mereka berikan kat kita, sejak dari tadika, sampai lah jadi insan yang berguna, tak terjangkau tinggi nilainya.. 


pengorbanan guru dipendalaman



jasamu kan ku kenang cikgu..





inilah sekolah-sekolah dan tempat yang telah banyak berikan aku memori, dan juga tempat aku jumpa insan-insan mulia yang membimbing aku untuk mengenal dunia..  
mengajar aku erti hidup, cara hidup dan
 menjadi insan yang berguna...



SK BANDAR BARU SERTING
1998-2003



SMK BANDAR BARU SERTING
2004-2007




MRSM SERTING
2007-2008





KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
2009-2010




UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2011-SEKARANG



semoga, insan-insan yang bergelar guru, terus diberikan kekuatan oleh Tuhan, untuk terus mendidik anak-anak bangsa.. 
buat guru-guru, kalian adalah anugerah yang Tuhan kurniakan buat manusia-manusia yang bodoh..
kalian lah yang mengajar kami yang kosong, sehingga mampu bergelar menteri, raja, mahupun doktor..


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."






*mampukah aku menjadi seorang guru seperti guru-guru ku yang telah mendidik aku??