22 March 2012

soalan yang menarik !!


Sedang aku melayari laman muka buku,  ekor mata ku tertancap pada satu status ini. Berbentuk soalan, dan ringkas. Namun bagi ku sangat unik dan menarik untuk difikirkan. Bagi insan biasa mungkin jawapannya mudah. Bagi yang sederhana mungkin tiada jawapan. Untuk yang tinggi aras akalnya, analogi menjadi sentimen yang bermain dalam benak fikir.

Apa statusnya?? ini;

     Kenapa makanan mesti disuap ke dalam mulut? 





anda ada jawapan?? boleh kongsikan~








13 March 2012

Kenapa lelaki suka duduk belakang?-part 1


Mungkin ini perkara biasa. Semakin menjadi biasa. Malah sudah menjadi norma dalam diri kita. Sampaikan pewaris kita ikut serta mengamalkannya. Apakah ia??

Satu perkara yang menarik minat aku baru-baru ni. Berkenaan pelajar lelaki suka duduk di bahagian belakang dalam kelas. Perkara ni dah lama sangat berlaku dan terjadi. Cuma baru-baru ni menjadi permainan dalam minda ni. Gara-gara situasi ni, 

" eh mamat, meh la duduk depan ni," mamat jawab "eh gila ke hape nak duduk depan, tak nak aku". 



Pernah berjumpa dengan situasi ni?? Wajib lah pernah kan. Perkara yang menjadi amalan sekeliling kita. Terutamanya dalam lapangan pengajian di mana-mana institusi pendidikan. Di Malaysia sahaja agaknya.  Kenapa ya agaknya perkara ni berlaku?? Kalau nak bercerita soal kejantanan, maknanya lelaki di Malaysia kurang kejantanannya lah yer?? Ataupun lelaki di Malaysia bukan jantan??

Aku perlukan jawapan untuk persoalan ini. Ada sesiapa yang sudi berkongsi?? silakan

#aku sambung untuk part kedua nanti. 

10 March 2012

Ibu Tiada ganti..


Kita dianugerahkan oleh Tuhan, seorang ibu. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Diberi kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Dijaga rapi, dibelai lembut, didodoi dengan nazam juga selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Saat itu, tiada yang lebih mendamaikan seorang anak, apabila dalam dakapan seorang wanita bernama ibu. Tiada yang lebih bahagia bagi seorang ibu, apabila melihat anaknya membesar dengan sempurna dan diasuh dengan baik dengan tangannya sendiri. Besarnya pengorbanan ibu, tak ternilai oleh kita. Hanya Tuhan saja lah yang tahu. 



Sementara ibu masih didepan mata, hargailah. Jagalah dia. Sayang lah akan dia. Kasih lah dia. Cinta lah dia. Berjasa lah kepada dia. Hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan kerna untuk membalas jasanya, tidak mungkin kan terjadi. Jangan biar air matanya mengalir kerna keangkuhan kita. Jangan biarkan duka dan runsing menjadi mimpi hariannya disebabkan kelakukan kita. Hargailah ibu kita....


#saya mohon sahabat-sahabat, doakan kesihatan yang baik untuk ibu saya, supaya dia kembali pulih seperti biasa. saya sayangkan ibu saya..


09 March 2012

Impian Seorang Nelayan..



Usai aku mendengar lagu ni, hasil nyanyian semula saudara Ajek Hassan,(penyanyi kegemaran ku) cukup memberi kesan. Bait-bait puitis hasil nukilan Datuk M. Nasir, membuai lagi perasaan, hingga menyedarkan aku hakikat dalam perjuangan hidup. Susah payah harus diharungi demi meneruskan baki kehidupan. Hargailah jasa ayah dan ibu mu, meskipun dia tak mampu memberikan kau kemewahan dan kesenangan...









Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
'Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya'

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan





*jangan pernah disebabkan dunia, kau gadaikan ibu dan bapa mu...


08 March 2012

saya tahu awak cantik [ HARI WANITA ]


Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Dia melangkah rapi, umpama  langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari. 


jalan kucing pun menjadi ilham buat manusia untuk kelihatan cantik


Pakaiannya canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat. Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat sungguh wanita ini.

Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia tak tahu dia sebenarnya cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tak tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang arjuna, itu dia tak sedari dan tidak tahu...




Sebab apa dia tak tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada pandangan mata bukan selayaknya mereka untuk melihatnya. Kalau dia tahu akan kecantikannya, sudah tentu dia tak perlu menghebahkan kepada orang lain, orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk menjatuhkan hukum kecantikan padanya. 

Hari ini wanita sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya. 



Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu. 



Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak  dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...


~SELAMAT HARI WANITA ~


01 March 2012

mencari cinta


Bukan mudah mengungkap kalam berisi madah yang isinya menyentuh hati dan perasaan. Kadang kala membuatkan nafas sesak untuk menghirup udara. Membuat kaki dan tangan menggeletar menahan perasan. Mata tak keruan memandang macam-macam sisi. Badan menggeletar berkocak umpama air dalam cawan. Itu penangan bila melafaz madah berpuisi untuk sang kekasih. 



Namun, tidak menjadi masalah, buat sang lelaki yang sudah biasa menganyam kumtum cinta kepada sang dara yang sangap limpahan kasih sang duda. Mudah cair dengan madah sang duda. Hati dan jiwa wanita kan mudah lentur, mudah cair, dan mudah pecah. Sebab itu hari ini dara sudah ramai hilang daranya. Ralit memberi kepercayaan, kasih dan cinta kepada entah siapa. 



Banyak kali aku lakar entry perihal cinta, dan sang pencinta. Semua ini disebabkan diri ini asyik melihat pasangan uda dan dara bercengkerama tanpa segan silu. Maruah sudah menjadi murah. Dara sudah tiada harga. Agama sudah bukan yang utama. Nafsu yang menjadi petunjuk.

Mungkin ini tanda akhir zaman. Petunjuk Tuhan, penanda masa kita semakin singkat.