30 June 2011

pertama kali : meeting

bagi aku, 
ini kali pertama aku sertai meeting profesional,
mungkin bagi kalian selalu,




semalam aku sertai satu meeting,
antara pihak pentadbiran UiTM jengka dan PERSADA,




Aku masuk sekadar jadi pemerhati,
yela, lagi pun aku baru sampai kat jengka jam 1 tengah hari,
terus ke UiTM untuk meeting jam 2.30 petang.
dengan perut merengek kelaparan.
alangkah....


terminal bas jengka..


Tapi ini pengalaman menarik,
teruja masuk dalam bilik mesyuarat,
walaupun bagi orang lain itu adalah neraka.

29 June 2011

nak kongsi sedikit gambar: tengoklah

Gmbar-gambar ni aku rakam cuma guna kamera biasa,
bukan kamera mahal laksana DSLR,
tak mampu kudrat poket aku nak membiayainya.

Tempat-tempat yang aku rakam,
sekitar penjelajahan aku ke borneo,
sabah semata-mata,
sebenarnya gambar pada mulanya biasa,
bila aku olah,
mula nampak sedikit cantik nya.
"bagi aku cantik la."
tak pasti pendapat kalian.




















*sedang gigih mengubah gambar. Sambil belajar adobe lightroom. Tetapi minggu ni kesibukkan, akan ke jengka untuk program PERSADA Kebangsaan.. mungkin hasil akan bersiaran selepas program..

gigihnya Cikgu Syamin Ismail @CSi

terdetik nak tulis fasal seorang sahabat ku ini,
sekarang sangat gigih menulis blog beliau,
setelah dikemas kini wajah dan rupa blog beliau.

beliau ialah Cikgu Syamin Ismail, atau pun CSi, 
hehehe





blog beliau bernama;


kalian patut buka dan jenguk blog beliau,
banyak informasi tentang dunia IT yang beliau kongsi,
tak rugi kalian follow beliau.

kepada Cikgu Syamin Ismail,
moga sukses dalam dunia blogging!!

27 June 2011

entry spesel untuk new blogger : izzat shukri

Seronok rasa, 
bila kawan-kawan mula ramai sertai dunia blog,
terasa kemeriahan,
seperti HARI RAYA.

tak disangka, seorang sahabat seMAKTAB,
encik nazarul izzat shukri,
telah pon terjun ke dunia maya ni,
hehehehehe
tahniah chekgu ucapkan,





nama blog saudara izzat shukri ialah;


hurm..menarik nama blog tu,
jarang dan sukar ditemui.

apa pun nak ucap,
selamat datang ke dunia blog!!

moga tulisan anda memberi kan sesuatu buat agama, bangsa dan negara.


26 June 2011

kari ayam dengan jemput-jemput kentang

Hari yang sibuk terasa macam dada yang ditekan,
sempit laksana kuburan yang berskala kecil.





hari-hari yang ada, 
sepatutnya kosong tak diisi dengan apa-apa kerja bersifat akademik,
kini mula aku rasa hilang hari-hari tu.





Sepatutnya cuti selama 4 purnama bulan ni dimanfaat dengan rehat,
bersengkang mata meniti kaca televisi,
sambil tangan menghayun keropok ringan ke bibir mulut.





Tak lupa juga mendarat kan badan ke tilam empuk,
sambil disisi ditemani bantal wangi yang senantiasa menari-nari dimata waktu musim kuliah,
juga hamparan selimut yang umpama kain baldu yang lembut,
walaupun hanya sekadar kain lusuh sudah luntur warna.





masih aku ingat,
sebelum  mulut rengek menyanyikan lagu cuti,
mengomel apa  la yang nak aku buat sepanjang sesi percutian,
bila tiba masa,
terasa tak cuti badan, umpama kehilangan tiket percutian idaman.


banyak komitmen perlu diberi perhatian,
banyak kerja yang perlu dilaksana,
susah juga bila berstatus cuti ni.


*minggu depan ke JENGKA. Ada program perlu dilaksana..aduhai..

25 June 2011

hilang sudah mood nak menulis....

entah la,
tetiba rasa hilang mood nak menulis dalam blog,
tak tahu kenapa,
mungkin hilang seri kot.





Banyak idea nak dicurahkan,
mungkin kekangan masa agaknya,
tapi aku selalu free!!!





Aku perlukan sesuatu sebagai pemangkin,
agak-agak ape yer??
cuba bagi aku satu alasan yang munasabah untuk aku terus bersemangat,
menghias carutan aku di blog jiwa saya ni...

Gambar-gambar kenangan menuju ke sabah

dah lama sebenarnya nak post fasal benda ni, 
cuma kelapangan waktu je yang aku belum jumpa,
hari ni pulak aku terselisih dengannya,
maka saksikanlah yer..



















opss!!!

21 June 2011

tak sangka, akhirnya depan mata!!

Kalau dulu hanya mampu pasang niat jer,
tapi kini sudah depan mata,
alangkah bersyukurnya dengan rezki kurniaan Tuhan.

Semalam dengan tiga lagi orang sahabat,
sempat menuju dan membelek sebuah tempat,
yang digelar THE TIPS OF BORNEO.





memang tak sangka, 
aku berada di penghujung kepulauan borneo,
itulah kerja Tuhan,
yang mustahil, 
kalau dengan izinNya insyaallah menjadi nyata.
Subhanallah..






Kawasan tu memang cantik,
airnya memang biru,
rasa nak segera terjun dan menari dalam air tu.







Sempat jugak aku sentuh air laut biru,
sambil kaki aku menari menyelam dalam air,
duduk bertenggek sambil tonton abang-abang memancing,
akhirnya habis basah seluar ku,
dihempas ombak biru..






seharian menghabiskan masa menuju kesana,
akhirnya dapat lebih kurang sejam jer,
gara-gara panas yang membahang kulit mulus kami.




20 June 2011

pertama kali tau!!!

ini kali pertama aku  ditipu macam tu,
rasa terharu sangat.

Dah la sahabat yang tipu aku,
serupa menikam dari belakang.




Kalau bukan sahabat aku tak kesah,
nanti balik UPSI kena tonton muka dia lagi,
rasa tak sudi mata aku nak pandang dia lagi,
meluat rasa nak termuntah meloya-loya tekak!!

Tak apa,
semua tu dugaan dari Tuhan,
aku terima,

Ada hikmah semua tu,
dan aku rasa pengalaman baru,
pengalaman yang aku tak sangkan akan berlaku,

*buat dia, nak kaya, kayalah. Usah perbodohkan orang lain dengan kebodohan anda..

18 June 2011

kacak dan cantik nak kapel

Berapa hari lepas, seorang sahabat mintak sesuatu,
suruh aku tuliskan satu entry,
fasal kapel @ couple.





Mula-mula agak malas
sebab semua orang aku rasa pernah kapel,
kalau tak semua segelintir orang pernah kapel,
dan semua tak pernah nak ambil tahu tentang hukum kapel,






sebab kapel kan seronok, 
boleh sayang-sayang,
boleh pegang-pegang,
boleh cium-cium,
boleh main-main.





Aku malas tulis panjang-panjang,
5 benda ni je yang sebabkan kapel haram.


1-Tidak mempunyai niat yang baik atau sebaliknya.
2-Tidak mematuhi syariat agama.
3-menjatuhkan maruah seorang wanita.
4-Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar.
5-Membuang masa kepada perkara yang tidak sewajarnya.

*lebih lanjut baca sini



Semua dah besar, dah ada otak
dah boleh fikir baik atau buruk
nak pilih baik, pilih lah,
nak pilih buruk pun pilih la.


yang ini aku tak tahu pula..



walaupun umur muda, tak perlu lah sakan dengan dosa, fikir juga pahala...

goreng pisang panas

Sempat tadi tengok cerita Imam Muda,
kisahnya tentang mereka uruskan jenazah.


Tertarik pulak aku nak tengok, 
maka layan lah aku sejenak dua..


rumah cuma tempat tumpangan di dunia..


dia orang diberikan 'kerja' untuk uruskan 2 jenazah yang tak di tuntut,
jenazah yang 'terbuang'

Lihat pada reaksi wajah para imam muda,
ada yang lagak 'cool'
ada juga lagak termuntah,
tak terkecuali insaf.


Bila pegawai JAWI tu terangkan perihal jenazah,
lebih 90++ jenazah tak di tuntut,
kebanyakan warga asing,

tak terkecuali anak-anak dan waris yang tak mengaku darah,
juga kerana si mati berdarah HIV.


cilik belum tentu umurnya panjang


Apalah nasib si mati tak diakui darah,
langsung tak dihargai kala jasad dihilangkan ruh,


Agaknya apalah nasib kita waktu mati nanti kan,
apalah rupanya nanti wajah kita tika menghadap Tuhan,





Adakah nanti kubur kita seperti taman-taman sorga, ataupun lobang-lobang neraka..

17 June 2011

perempuan main-main

Adik aku rajin beli majalah hiburan,
aku pulak suka belek-belek majalah tu,
kadang-kadang sampai terbeliak mata tonton aksi tak seberapa bijak.

Tadi sempat belek lagi,
tajuk dia lebih kurang "muda-mudi"
aku pun layan je la, sambil tonton aksi tak seberapa bijak.

Ada satu ruangan yang aku tertarik,
fasal luahan perasaan muda-mudi,
banyak la komen dan perasaan yang perasan aku baca,
rasa jelek nak termuntah pun ada.




ini latar orang kita..





Tapi ada seorang minah ni,
"layak ke aku panggil minah??"
sebab tulisan dia buat aku rasa nak bagi dia makan kaki,
tambah dengan penangan penampor sebijik dua,


Sebab apa aku nak bagi hadiah tu kat dia??
sebab dia kata dia dah terlanjur,
dia pernah main bersama-sama BUAYAfriend dia,
pembetulan, selalu main bersama-sama BUAYAfriend dia.



gambar hiasan


Lagi??
dia kata takut mak abah dia tahu,
nanti dia malu.


owh... dengan Tuhan dia tak malu ke??
Tuhan tak tahu ke dia buat apa??

Eh, tapi dia orang saling mencintai antara satu sama lain la..
"owh...."

Kenapa tak kawin??
BUAYAfriend dia kata duit tak ada, nanti-nanti la..
owh....

Mudah kan cara hidup dia,
nak main, main lah, 
nak seronok, seronok lah,
tak ada batas.

Sayur yang tak ada akal pon perlukan batas untuk hidup,


batas sayur



16 June 2011

masjid dan selipar abah..

Waktu dalam perjalanan ke masjid dengan abah, tadi;

"..minggu lepas selipar abah hilang dekat masjid.."
"la..dah tu balik macam mana??"
"balik kaki ayam la.."
"owh...."


gambar hiasan..




rumah Allah


*kadang kala selipar uzur pon jadi benda yang berharga buat si penagih dosa..


duit tak banyak tak apa

Sempat berkenalan dengan seseorang,
mula berkenalan tak ada apa yang manis, atau istimewa,
sama seperti orang-orang lain,
ada mata, cukup pancainderanya..





Lepas suatu ketika bersama dia,
mula perasan ada sesuatu yang ganjil,
eh bukan ganjil, tetapi pelik,
eh bukan pelik tetapi menarik!!




menariknya dia kerana dia tak lokek!
duit dia asyik bertukar tangan,
sekejap diberi kepada orang ini, itu, dan mereka,
sampai dalam hati aku tertulis;
'orang kaya agaknya dia..'



gambar hiasan



Tapi kan, disisi dia tak ada pulak poket setebal DOnal Trump,
tak pulak baju seperti RObert Kuok,
seluar pulak, tak macam ananda Krishnan,
selipar lagi la, tak macam pak jabit taukey warung kat kampung pisang!


Aku mula pelik,
'cuba la tanya dia'
"wahh kau ni, aku tengok banyak betul duit"
"eh tak ade la, rezki Tuhan bagi, kongsi kan bagus, makin bertambah nanti"

itu rupanya prinsip dia, selari dengan syarak.
jangan kedekut walaupun kita ada sikit harta,
dengan harta yang sikit, kalau kita dermakan,
nanti Tuhan pulangkan berganda-ganda.



Tak perlu duit banyak-banyak kalau hati kedekut,
perlu duit banyak kalau hati pemurah sedekah, 

Tanah Pengembala kambing, kini sumur Menara Besi

Teringat kisah-kisah arab, tentang pengembala yang sibuk menjaga biri-birinya,
membelek setiap ekor biri-biri di bawah terik suria,
seperti dalam kisah Ahmad Albab coretan P. Ramlee.





sekarang kan, cerita itu seolah versi khalayan seorang kaya hendak merendah diri,
tawaduk menyembah Tuhan,
untuk bersihkan rohani selama ini diseliputi kuman-kuman syaitan.







mereka (Dubai) untung diberi Tuhan, minyak melimpah ruah,
harga melambung-lambung naik, mencekik marhaen,
menjulang yang kaya, mencampak jatuh si miskin kuli,
itu kan dunia kini yang perlu aku, kau dan dia akui.








lihat saja kemegahan menara menjulang langit Dubai,
yang seolah-olah mencabar kekuasaan YANG tertinggi,
bangunan-bangunan tak semenggah rupa terus mula didirikan,
entah siapa punya idea, langsung pelik nak di tengok nya.

~kononnya itu kejuruteraan masa depan yang canggih, hebat dan menakjubkan!!~





























dan setiap yang dilakukan mesti ada kemuncaknya,
juga seperti kita bermain-main, ada masa kita akan sampai ke puncak kenikmatan,
seperti main bola, menjaringkan gol adalah kemuncak kemanisannya..
Di dubai pula, puncak kemegahan mereka adalah menara yang setinggi 1 kilo meter, 
Inilah yang aku katakan manusia yang gila adalah kalangan arkitek dan jurutera..













nasib baik di Dubai tak ada UMNO, PAS, DAP dan PKR,
kalau tidak, tentu hari-hari dewan rakyat ada adegan baling kerusi,
tapi kerusi dewan rakyat besar dan berat, 
mana la YB-YB larat nak angkat.
yela kerusi empuk kan, sebab tu sampai tua pun tak nak tinggalkan kerusi tu..

Perang antara yang mempertahankan rakyat marhaen
dan juga kumpulan pemoden kebajikan rakyat..



*teringin ke Dubai, menikmati keindahan menara yang tinggi-tinggi sambil membayangkan, macam mana agaknya rupa bumi Dubai kalau semuanya runtuh dengan izinNya..