16 June 2011

Tanah Pengembala kambing, kini sumur Menara Besi

Teringat kisah-kisah arab, tentang pengembala yang sibuk menjaga biri-birinya,
membelek setiap ekor biri-biri di bawah terik suria,
seperti dalam kisah Ahmad Albab coretan P. Ramlee.





sekarang kan, cerita itu seolah versi khalayan seorang kaya hendak merendah diri,
tawaduk menyembah Tuhan,
untuk bersihkan rohani selama ini diseliputi kuman-kuman syaitan.







mereka (Dubai) untung diberi Tuhan, minyak melimpah ruah,
harga melambung-lambung naik, mencekik marhaen,
menjulang yang kaya, mencampak jatuh si miskin kuli,
itu kan dunia kini yang perlu aku, kau dan dia akui.








lihat saja kemegahan menara menjulang langit Dubai,
yang seolah-olah mencabar kekuasaan YANG tertinggi,
bangunan-bangunan tak semenggah rupa terus mula didirikan,
entah siapa punya idea, langsung pelik nak di tengok nya.

~kononnya itu kejuruteraan masa depan yang canggih, hebat dan menakjubkan!!~





























dan setiap yang dilakukan mesti ada kemuncaknya,
juga seperti kita bermain-main, ada masa kita akan sampai ke puncak kenikmatan,
seperti main bola, menjaringkan gol adalah kemuncak kemanisannya..
Di dubai pula, puncak kemegahan mereka adalah menara yang setinggi 1 kilo meter, 
Inilah yang aku katakan manusia yang gila adalah kalangan arkitek dan jurutera..













nasib baik di Dubai tak ada UMNO, PAS, DAP dan PKR,
kalau tidak, tentu hari-hari dewan rakyat ada adegan baling kerusi,
tapi kerusi dewan rakyat besar dan berat, 
mana la YB-YB larat nak angkat.
yela kerusi empuk kan, sebab tu sampai tua pun tak nak tinggalkan kerusi tu..

Perang antara yang mempertahankan rakyat marhaen
dan juga kumpulan pemoden kebajikan rakyat..



*teringin ke Dubai, menikmati keindahan menara yang tinggi-tinggi sambil membayangkan, macam mana agaknya rupa bumi Dubai kalau semuanya runtuh dengan izinNya..




2 comments:

Anonymous said...

knpe xley bina menara tinggi2??xfaham..

chekgu Azam Aziz said...

tak salah bina menara tinggi, cuma ada terdengar dalam sesi bicara agama, tanda kiamat antaranya, banyak pencakar langit didirikan, di tempat pengembala biri-biri, wallahualam..

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...