15 June 2011

BERSIH sangat

Sekarang hangat isu "BERSIH" ape dia bersih tuh?? ntah la, kalau dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud tidak kotor..

Apa pulak kotor?? kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih dan juga cemar. 

Persoalannya, apa yang bersih, apa yang kotor?? perlu apa kedua-dua isu ni dibangkitkan?? 


pembersih itu seorang yang mulia..


Fitrah alam, jika ada sesuatu yang kotor perlu dibersihkan tanpa ragu-ragu. lebih-lebih lagi bila membabitkan najis.

Kebersihan perlu diutamakan. Tak kiralah kebersihan apa pon, semua perkara yang ada dimuka bumi perlu dibersihkan. Sungai, laman rumah, akuarium, laut, padang bola sepak, longkang tepi masjid, kantin sekolah, kafe siber, pasar malam tak kira hari apa pon, tepi stesen bas, dan dimana-mana juga tempat yang ada dimuka bumi, wajib kita jaga kebersihannya. 


gambar hiasan..


Bersih tak terkecuali yang nampak secara zahir. Dalaman juga perlu dibersihkan. hati, perasaan, fikiran, perlakuan dan seangkatan dengannya, juga perlu dibersihkan. 

jangan pilih bulu dalam proses pembersihan. Kalau nak bersih betul-betul, maka bersihkan lah semuanya betul-betul!!. Kenapa perlu nak pilih perjuangan 'itu' sahaja yang perlu dibersihkan. 


akal perlu selari dengan kehendak Tuhan..


Longkang dan sungai tu lebih memerlukan pembelaan untuk dibersihkan, daripada perjuangan 'itu'.


jarang orang perjuangkan keBERSIHan alam..


Ikan setiap masa berdoa mengharapkan manusia kembali mengutip plastik dan sampah disisi sungai dan laut. Kadang-kadang dengar rintihan unggas yang pening dengan udara bumi.

kalau nak BERSIH, maka BERSIHkan lah betul-betul!! jangan memilih dalam perjuangan!!! 


BERSIH!!


*tak pernah rakyat Malaysia buat perhimpunan secara besar-besaran untuk boikot pencemaran..

2 comments:

Cik Wedges said...

tu la pasal...huhuhuhuhu sivik tak bertempat.....

http://arfahajleaya.blogspot.com/2011/07/cilaka.html

hakir said...

nak kata sivik pon payah