30 April 2011

alkisah tamatnya Penggal ke-2

Alhamdulillah..bersyukur dengan rahmatnya, sebab tamat dah pengajian ku untuk sem 2..hehehe(eleh!!!! baru semester 2 dah kecoh la lu cikgu!!)

Aku bersama-sama kawan-kawan teknologi maklumat sudah berjaya mengakhiri kesengsaraan sem ni..huhu Bagi aku sem ni agak susah sikit, berbanding sem lepas. Sebab sem ni kami ambil subjek Database system, Senibina Komputer dan organisasi, dan juga yang paling puaka, Structure programing...

Bagi aku structure programing tak la susah, cuma kena banyak latihan je. Aku ni dah la pemalas kan.. Pensyarah yang ajar aku ialah Puan Saira Banu, dia memang baik sangat-sangat!! Dia ajar kami dengan penuh kesabaran, yela setiap kali dia ajar, kami mesti akan cakap, "puan jerebu la", dia dengan sabarnya ulang balik sampai kami paham..terima kasih banyak-banyak puan!!

ini la puan saira banu..

untuk subjek database system, pensyarah aku ialah encik Modi Bin lakulu.. Style dia sangat sempoi kalau dalam kelas. Kalau kami blur dan tak faham dia akan cakap, "tak ape, esok kamu faham.." hehehe itulah encik modi kami..tak pernah marah dalam kelas, walaupun selalu masuk lambat kelas dia..


Untuk subjek senibina komputer dan organisasi, pensyarah yang ajar aku ialah puan harnani. Dia sangat best kalau mengajar, dia suka perli..hehe dan perli dia tu sangat membuatkan orang terasa. hehe maaf puan.
bagi aku cara dia mengajar memang best, dan kadang-kadang tu aku rasa bersalah lak tertidur dalam kelas dia.(aku memang wajib tido dalam kelas!!!)

ini la puan harnani



inilah secebis kenangan aku, sebenarnya banyak sangat kenangan aku dalam sem 2 ni. tapi buat setakat masa ni, ini saje la yang dapat aku coretkan. sekarang pon dah pagi dah. Kolej aku dah sunyi, ramai dah balik ke kampung, tinggal aku dan kawan-kawan yang belum balik lagi. 

Esok kami akan bertolak ke Grik. Ada baktisiswa di Felda Lawin Utara. Sangat teruja nak laksanakan program ni. Aku dah la ketua AJK protokol, majlis sangat bergantung dengan protokol.Aku harap dapat lakukan dengan terbaik!!

kawan-kawan, doakan aku dan kawan-kawan persada yang lain yer, dan majlis ni berjalan dengan lancar..amin....!!!!!  

27 April 2011

Nasi Lemak HARAM???!!!!!

Haram betol kalau nasi lemak haram!! (tiru dialog Adan...) Huh, apalah nasib masakan melayu ni kan, sudah dilabel haram... 

wahhhh....


kumi: ha?? apa yang haram??
kama: nasi lemak la..
kumi: apsal plak haram?? ada rendang babi ke??
kama: tak la..sebab budak-budak sekarang gemok macam ba.....


itulah perbualan seharian orang kat Malaysia ni. Yela, bayangkan, nasi lemak yang dimasak dengan penuh keenakkan dan kenikmatan, tetibe je dilarang pulak. Haish..sape tak mengamuk!!

Baru-baru ni kerajaan baru je buat satu peraturan bahawasanya nasi lemak adalah makanan larangan di sekolah..
Apalah agaknya dosa si pembuat nasi lemak kan...Mereka bangun awal-awal pagi, demi nak masak nasi lemak yang enak, untuk dijual buat bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Dimasak dengan kasih sayang, di adun dengan ramuan yang dimasak khusus hanya semata-mata untuk bekalan untuk mereka  memulakan hari..

Aku cakap semua ni sebab, mak aku pun jual nasi lemak. Bukan aku main cakap je. Aku ingat lagi kenangan masa aku masih kecik. Mak dan ayah aku bangun pagi sangat. Dalam pukul 2.00 pagi, semata-mata nak masak nasi lemak, nak buat sambal nasi lemak dan sediakan kuih muih untuk dijual. Kadang-kadang tu aku tengok wajah dia orang letih sangat. Yela, bangun dah pukul 2 pagi, lepas tu pukul 7 pagi ayah aku dah nak kena hantar kami pegi sekolah, dan terus pegi kebun..

Mak pulak pagi tu nak kemas rumah, nak basuh baju kami adik-beradik, masak untuk kami makan tengah hari. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kan. Rasanya tak dapat aku nak balas walau hidup seribu tahun..

sayang mereka berdua...


Aku paling suka bila pagi-pagi dapat makan nasi lemak mak aku. Walaupun mak kami jual nasi lemak, kami adik beradik jarang dapat makan nasi lemak mak aku masak. Sebab nasi lemak mak aku selalu habis. Kadang-kadang pukul 6 pagi dah habis dah nasi lemak mak aku..

sedapnya...


Kadang-kadang tu aku siap tempah kat mak aku, malam tu sebelum tido aku dah bagi tau awal-awal kat mak aku, yang aku nak makan nasi lemak esok, suruh mak aku tinggalkan nasi lemak..hehehe inilah kenangan kan..

Sekarang, bila aku dengar nasi lemak dah dilarang dikawasan sekolah, aku rase sedih. Dengan alasan nasi lemak sebabkan obesiti bagi pelajar, aku kira itu alasan kurang pandai(bodoh!!) Banyak lagi sumber yang menggemok kan pelajar sekolah. KFC, McD dan sebagainya, tu yang patut dilarang makan untuk budak-budak. Kenapa kerajaan tak larang?? 

Setiap tindakan harus difikirkan dahulu kesan dan akibat, dan diikuti dengan pendapat orang yang akan menghadapinya..

Sebagai seorang anak penjual nasi lemak, aku harap, nasi lemak akan terus subur dan mekar menjadi makanan lazat buat sang melayu. Nasi lemak akan terus terbela, walau onak dan duri melanda!!

HIDUP NASI LEMAK!!
HIDUP NASI LEMAK!!
HIDUP NASI LEMAK!!



*rindu nasi lemak mak....





25 April 2011

rambang mata!! ~PESTA BUKU KL~

Alhamdulillah..tercapai dengan jaya-nya aku dan kawan-kawan nak menyelongkar PWTC tu, nak cari khazanah ilmu yang tak ternilai. Aku dan empat kawan aku yang lain (fikrul, ting, ihtifazudin, dan zalie) gigih mengharungi onak dan duri untuk ke PWTC..(hehe..macam la dalam hutan PWTC tu kan..)

Kami pergi pagi, naik komuter pukul 9 lebih la, dan sampai kat stesen putra tu dalam pukul 11 lebih(as usual..lambat!!) Sesampai je kat entrance tu aku dah berdebar-debar dah ni..nak tengok himpunan buku-buku yang seakan-akan gula-gula kapas yang manis dan sedap dimakan..(bestnya!!!!!) sebelum masuk pintu tu aku dah ingatkan masing-masing, baca bismillah dulu masa masuk, takut nanti tak menang tangan dan rambang mata nak memilih buku. hehehe

Bila masuk je, hah kau hambekk!!!!!!!!!! terus je nak beli!! haha dah la gerai Gempak Starz kat entrance tuhh!!! penuh dengan budak2 sekolah nak beli komik, jadi kite orang pon join la..aku tak beli pon, aku tak minat komik.just tengok-tengok je la..


khusyuk menelaah buku baru..



kat celah pun jadi la kan nak duduk..



zalie ngan din tak tau la dia belek buku apa..



kasihan...


Rupa-rupanya banyak hall la, ada 5 hall untuk gerai buku!!! aku sempat pergi sampai  hall 4 je, lagi satu hall dekat tingkat 3, aku dah tak larat dah nak pegi.. Alhamdulillah, tercapai jugak buku-buku yang aku nak beli, antaranya;

-SENI BAHASA BADAN
-CIKGU PALING GEMPAK
-MEMOIR ANAK SETINGGAN
-DUKA TUAN BERTAKHTA
-TAK PAYAH SOMBONG PON TAK APA


Inilah senarai buku-buku yang aku sempat beli untuk aku..hehe (sebenarnya dalam hati tak cukup tu.) banyak buku lain yang nampak menarik, tapi aku cuma telan air liur je la nak beli, bukan sebab tak ada duit, tapi sebab pikir, berat nak bawak balik dengan tak nak la beli banyak sangat.(over!!)

keletihan selepas sesi rambang mata dan tak menang tangan..



posing ala-ala ........


Tadi sempat jumpa dengan kakak aku, cikgu tini. Kami jalan-jalan ngan dia pada sesi 2, lepas makan lunch dan solat zohor, kami sambung balik..hehe
Terima kasih kat kakak aku yang sudi belanja makan lunch tadi, hehehe 

Pengalaman tadi memang syok, memilih buku dengan kawan-kawan, dan jumpa penulis buku, (aku jumpa sorang je penulis buku yang aku beli...buku TAK PAYAH SOMBONG PON TAK APA..)

lihat lah wajah mereka ketika makan!!!



akak yang kat tepi tu macam nak mintak je...(korang tak bagi ke??)



inilah buku-buku yang sempat aku beli;

inilah yang aku beli..



lagi dua buku aku suruh kakak aku bawak balik..


insyaallah jika ada kesempatan lagi, pesta buku akan datang aku nak beli lagi banyak buku!! Tak membazir kalau kita gunakan duit yang banyak untuk buku, kerna buku itu pelita ilmu,dan membaca itu jambatan ilmu.

Kepada kawan-kawan yang belum pergi lagi, cepat-cepat lah anda berbuat demikian, pesta buku sampai 1 Mei je tau!!

24 April 2011

jom ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR!!!!!!!!!

Hari nia dah tanggal 24/4/2011..so ape maksudnye??

MAKSUDNYA..PESTA BUKU KL DAH BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI DAHH!!!!!!!


pembaca1 :eh kau dah pegi belum??...
pembaca2 :dah start ke weyh??..
pembaca3 :dah start la, dia start 22/4/2011 ari jumaat lepas
pembaca1 pembaca2 :ooooooo..

Itulah korang, sibuk sangat dengan facebook, sampai lupa book fair..haish..
Pesta buku ni seperti biasa dekat PWTC la, so sape-sape yang rasa dia PENCHENTA BUKU (ulat buku la senang cerita..) jom ler kita memeriahkan pesta buku ni. Masa ni la kita nak menyelongkar isi perut PWTC tu, nak cari buku yang kita minat!! ada diskaun kot!!



pembaca1 : kau ni chekgu azam, pantang dengar pasal diskaun kan..
pembaca2 : eleh, poyo lah kau pembaca1, ko pun sama kan...





mungkin ada antara kita akan pandang skeptikal kat orang yang pegi pesta buku kan, tomahan klise nye, "skema gile ko doe nak g pesta buku!!" Kalau hangpa jumpa orang-orang macam nie, senang je jawab, "weyh bangang, hang lagi sengal, orang dok p pesta buku tu lagi baguih dari dok p tengok bola hang tau tak?!!"

membaca tak semestinya buku, AlQuran pun kita kena baca jugak


So tunggu apa lagi weyhhh!!!!!! jom ler kita pegi pesta buku, kita perabih buku kat PWTC tuhh!!!! 

"orang yang tahu membaca buku, tetapi tak membaca, adalah sama dengan orang yang tak tahu membaca buku"

*aku tak sabar nak pergi ni....





23 April 2011

"Blog saye Smart" ..kerr??

Blog aku smart!!(ker??) hehe kali ni aku join contest nie, "BLOG SAYA SMART" setelah di tag oleh Mazdasa @ diode hehe

Bila aku tengok dan bace contest ni macam menarik plak. Walaupun blog aku ni xla smart mane pon.. Banyak kekurangan yang ada pada blog aku nieh...
(pembaca1:humble siot!!!...pembaca2:chekgu azam memang humble larh..)

Maka dengan rasmi-nye aku pon join la contest nie,hehehe

nak join sila klik SINI.

KEPADA KAWAN-KAWAN, MAAF KALAU BLOG SAYA TAK SMART YER, SAYA MASIH MUDA DAN RANUM DALAM DUNI BLOGGING NIEH..

maka dengan ini saya tag kan kepada :



*TERINGIN NAK BUAT CONTEST PULAK LARH...





budak-budak punya hal..

Mentang-mentang la korang exam paper selang seminggu. Banyak masa terluang dan terbuang tak tentu hala kan.. 
Inilah kisah aku kali ni. Kisah yang terjadi kat umah aku. Masing-masing macam boring je nak tunggu paper seterusnya. Sampai ada yang gila(masuk air..)

Alkisahnya, yang kat dalam bilik, berkampung main game counter strike, duk macam berperang dah bila aku masuk bilik tu, masing-masing sibuk fokus dengan perjuangan mereka..haish... tak caye???
cer tengok nieh....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
....
hangpa tengok la bebudak nieh!!!



khusyuk wan!!!



udin lagi gigih,(muke relax je..)



tengok fikrul!! siap pakai kain pelikat lagi tuhh!!! cayalah!!!







adan pon ada tau!! (haram betol!!!....tagline adan..kiki)


inilah kisah kawan-kawan yang hampir menggilakan diri mereka,
sampai kan ada yang stress, cube tengok bawah ni!!



fuhhhhhh!!!!!!!!!!!!!



tu yang dalam bilik, yang kat luar plak nie....
meh tengok...


..
..
..
..
.
..
..
..
.
.
.
.
.
.
.
tangkap leleh tengok movie kat luar siottt!!!!!!!!!!!! 
hahahahha
ting dan zakir, dok menatap lappynye...(perasan tak ada air mata mengalir...)



korang agak die orang tengok citer ape??

inilah ragam kawan-kawan aku...
korang dah tengok kawan-kawan aku, so agak-agak la, ape lak yang aku buat ek????

heheheh
....
..
..
..
..
..
..
..
.
 STUDY SIOTTTTT!!!

khusyuk tu study!!!



fokus!! cayalah cikgu !!!



korang jangan jeles lak!!



ape yang aku study tuhhh??



*segala cerita dalam kisah ini adalah benar, tiada yang lain melainkan benar-benar belaka

22 April 2011

yahoo mail dah baru larh!!!!!

Salam semua!! soalan pertama aku! Korang ade tak email yahoo??? kalau ada bagus,(kalau xde..err...bace jela ek..
tadi aku sempat la membelek akaun email yahoo aku, lepas tu kat frontpage dia ade tulis try yahoo mail beta. Dalam hati...ape ke benda nye yahoo mail beta nieh?? ade kena mengena dengan keturunan raja ke?? haish...

Aku pun dengan sifat inkuirinya pon meng-klik la kat button TRY NOW
Lepas tu  akaun email aku pon terus bertukar(wahh...mcm magik plak kan..hehe..) Lagi satu warna dia warna purple plak tu!!!! tu yang aku minat tuhhh!!!! 

inilah dia rupa nya email yahoo beta yang baru...


Then email yang baru ni lagi senang kot, tak serabut macam dulu. Lagi satu kelebihan dia, yahoo mesengger die dah integrate sekali, senang la nak berchat. hehe memang sebelum ni ada ym kat email, tapi xbest sangat nak chat..tak ade feeling orang kampung cakap..

ha..dah alang-alang cakap fasal YM kan, nie ym aku, sesape yang sudi atau berkesempatan nak berchat dengan cikgu azam aziz, add la ym cikgu yer....

ym id: azamzz_91

kalau nak try or lebih lanjut, klik SINI

*menunggu rupa email 1malaysia camner...







21 April 2011

main teka-teki jam 3 pagi..

Inilah cerita aku dan kawan-kawan, ade ke patut main teka-teki sampai ke subuh!! haish.. apa nak jadi lak..
kejadian ni berlaku semalam, waktu masing-masing sibuk menelaah subjek database system, muncul la, mekeme-mekeme yang berhati tensen(tension) memulakan babak teka teki dalam chat kat facebook. 

Mula-mula masing-masing macam malu je nak jawab, sekadar memerhati dan tersengih je tengok orang lain jawab(agaknya la...) Tapi bila dah semakin panas, masing-masing tak menang tangan nak jawab soalan teka-teki, walaupun soalan die merepek dan jawapan dia sangatlah gaban!!

Aku sempat la tanye 2 soalan..hehe dengan 2 soalan tu je dah buat die orang giler, kuang3..sori kawan-kawan. Korang nak tau tak apa soalan yang aku tanye??

tengok, masing-masing menjadi gila dengan soalan yang diberikan..hehe

soalan pertama teka teki aku berbunyi "dalam banyak-banyak lembu, lembu ape tak ada tanduk??" ha!!! berselirat kamus animalia die orang rujuk nak cari jawapan!! hahaha

tapi malangnya, tak ada sorang pon dapat jawab dengan betul...kaciwa...
jawapan dia....."lembu laut @ dugong" hehehhehe
(semua tepuk dahi bila tau ni jawapan dia...heeeee)

soalan kedua aku tanye, "apakah yang dilakukan oleh mR Bean sebelum dia tidor??"  hehehe
semua mencuba dengan baik, ade yang seakan-akan sakit jiwa!! hahahaha(gelak jahat...)

Akhir nya dapat juga dijawab oleh "miS LoLa" jawapan dia ialah......"tutup mata la"  har!har!har! (gelak tak senonohhh)
Tahniah LoLa!! hhehehehe hadiah dia ialah, aku tulis nama ko dalam entry blog aku, hehehe nie link kepada Fb lola..add la die ek..(motif nak suruh add??????)

Aku rasa itulah sesi teka teki secara on9 yang paling best, hehe yela pecah rekod kot!! jam 3 pagi tuu!!!! mampu??!!!!

KAWAN-KAWAN lain kali kita main lagi ek!!!!


*koleksi teka teki klik SINI

20 April 2011

PENULIS SENJA TERAKHIR..

HA!!!! tajuk entry kali ni ala-ala sasterawan kan..hehe ni disebabkan aku join satu contest yang menarik. Aku jumpe contest ni kat satu blog,(aku lupa la blog ape..) so macam menarik je, aku pon join la. 


nak join klik SINI


Antara sebab aku join contest nie sebab title dia menarik. Penulis Senja Terakhir..banyak makna yang boleh disingkap dan diungkapkan..hehe Sebab lainnya, aku memang minat dengan menulis puisi dan pelbagai lagi jenis penulisan(cuma belum menang award je..ngeee..
Inilah puisi aku yang berjudul...




PENULIS SENJA TERAKHIR..


menatap wajah senja yang indah,
terbit rasa puas yang menyala,
setelah lelah dan peluh ku hembus seharian,
habis kudrat aku tumpahkan..

langit senja seolah-olah melambai,
memberi erti tibanya tirai malam,
memujuk suria kembali ke kamar,
mengundang suasana suram dan kelam..

tatkala senja itu,
pernah mencengkam rindu,
pada bulan yang senantiasa merindu,
akan bibit-bibit purnama yang syahdu..


buat rona senja yang terasing,
lelapkanlah hari ku yang indah,
biar tenang jiwa-jiwa hakir,
dan memberi ilham pada penulis senja terakhir..




*chekgu azam aziz tag kan kepada

+dayah ramlee
+tinta pena
+dayah salam

heheheheehehehe




lebih lanjut klik SINI








suatu ketika~ANNUAL DINNER AT20~

Tanggal 17/4/2011, Annual Dinner untuk AT20 (budak2 teknologi maklumat) telah selamat diadakan..alhamdulillah.. Dengan tema yang pelbagai, aku pilih tema PURPLE sebab aku minat warna purple..hehe

Dinner ni bertempat di Dusun Bay,(nama tempat ala-ala mewah kan...tapi boleh la jugak) Majlis bermula pukul 9 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam..

banyak kenangan yang aku dapat masa annual dinner ni. Antaranya, kali ni aku nampak muka-muka budak-budak AT20 yang aku tak pernah nampak..huhu terutamanya perempuan..sebab ramai sangat..sebab tu aku tak kenal..lain daripada tu, ada kejutan untuk sahabat aku, kami meraikan bufday dia, Farid Ato'i @ Ting.. hepy bufday Ting!!!

Inilah kenangan-kenangan yang tercipta...


ting terharu dan sebak!!!!


dengan kak yus..


dengan team farahin...hehehe


dengan acap, fadhil, dan abg kiki..


dengan fikrul, ihtifazudin, dan cikgu azam aziz!!!!


dengan farahin..


wahh....macho kan..hehe


sambut bufday ting..


kak sal suap cikgu azam aziz!!!! ohhh!!! sweettt

inilah kenangan untuk sem kali ni dengan kawan-kawan AT20. Jujur aku cakap aku sayang korang. Korang la kawan aku yang paling best, terutamanya my housemate!!
Zakir, Adan, Udin, Allan..
dan Evan(???....err...lalala)

dari kanan..abg kiki, abe, zakir, nino, udin, dan acap..


*sila abaikan yang dalam kurungan lalala tu...