25 April 2011

rambang mata!! ~PESTA BUKU KL~

Alhamdulillah..tercapai dengan jaya-nya aku dan kawan-kawan nak menyelongkar PWTC tu, nak cari khazanah ilmu yang tak ternilai. Aku dan empat kawan aku yang lain (fikrul, ting, ihtifazudin, dan zalie) gigih mengharungi onak dan duri untuk ke PWTC..(hehe..macam la dalam hutan PWTC tu kan..)

Kami pergi pagi, naik komuter pukul 9 lebih la, dan sampai kat stesen putra tu dalam pukul 11 lebih(as usual..lambat!!) Sesampai je kat entrance tu aku dah berdebar-debar dah ni..nak tengok himpunan buku-buku yang seakan-akan gula-gula kapas yang manis dan sedap dimakan..(bestnya!!!!!) sebelum masuk pintu tu aku dah ingatkan masing-masing, baca bismillah dulu masa masuk, takut nanti tak menang tangan dan rambang mata nak memilih buku. hehehe

Bila masuk je, hah kau hambekk!!!!!!!!!! terus je nak beli!! haha dah la gerai Gempak Starz kat entrance tuhh!!! penuh dengan budak2 sekolah nak beli komik, jadi kite orang pon join la..aku tak beli pon, aku tak minat komik.just tengok-tengok je la..


khusyuk menelaah buku baru..



kat celah pun jadi la kan nak duduk..



zalie ngan din tak tau la dia belek buku apa..



kasihan...


Rupa-rupanya banyak hall la, ada 5 hall untuk gerai buku!!! aku sempat pergi sampai  hall 4 je, lagi satu hall dekat tingkat 3, aku dah tak larat dah nak pegi.. Alhamdulillah, tercapai jugak buku-buku yang aku nak beli, antaranya;

-SENI BAHASA BADAN
-CIKGU PALING GEMPAK
-MEMOIR ANAK SETINGGAN
-DUKA TUAN BERTAKHTA
-TAK PAYAH SOMBONG PON TAK APA


Inilah senarai buku-buku yang aku sempat beli untuk aku..hehe (sebenarnya dalam hati tak cukup tu.) banyak buku lain yang nampak menarik, tapi aku cuma telan air liur je la nak beli, bukan sebab tak ada duit, tapi sebab pikir, berat nak bawak balik dengan tak nak la beli banyak sangat.(over!!)

keletihan selepas sesi rambang mata dan tak menang tangan..



posing ala-ala ........


Tadi sempat jumpa dengan kakak aku, cikgu tini. Kami jalan-jalan ngan dia pada sesi 2, lepas makan lunch dan solat zohor, kami sambung balik..hehe
Terima kasih kat kakak aku yang sudi belanja makan lunch tadi, hehehe 

Pengalaman tadi memang syok, memilih buku dengan kawan-kawan, dan jumpa penulis buku, (aku jumpa sorang je penulis buku yang aku beli...buku TAK PAYAH SOMBONG PON TAK APA..)

lihat lah wajah mereka ketika makan!!!



akak yang kat tepi tu macam nak mintak je...(korang tak bagi ke??)



inilah buku-buku yang sempat aku beli;

inilah yang aku beli..



lagi dua buku aku suruh kakak aku bawak balik..


insyaallah jika ada kesempatan lagi, pesta buku akan datang aku nak beli lagi banyak buku!! Tak membazir kalau kita gunakan duit yang banyak untuk buku, kerna buku itu pelita ilmu,dan membaca itu jambatan ilmu.

Kepada kawan-kawan yang belum pergi lagi, cepat-cepat lah anda berbuat demikian, pesta buku sampai 1 Mei je tau!!

6 comments:

PUANSTOBERI said...

tkpe..duit byk lagi tu. buleh la dtg lagi dan lagi utk beli buku.

dayahremlee said...

ok fine.. jeles sgt ! haha ..

selamat membaca ^^

Cik Mus said...

jeles. sekian.

choiii said...

aku xnakkk pppppp beliiiii laaaa.....tp sesi bergambar tuu aku nakkkkkk......hahahahahha...almaklum laaa lau kawan2 aku tgok pon confirm dia ckp aku niee ulat buku.....hahahahahahah

syahrulnizam said...

Terima kasih kerana sudi membaca buku Seni Bahasa Badan tulisan saya. :)

Anonymous said...

azam aziz, srius aku jeles!!!!
arghhhhh, xde can nk pegi kowt
exam brtimpa2
hehehehehehehe
=P

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...