30 April 2011

alkisah tamatnya Penggal ke-2

Alhamdulillah..bersyukur dengan rahmatnya, sebab tamat dah pengajian ku untuk sem 2..hehehe(eleh!!!! baru semester 2 dah kecoh la lu cikgu!!)

Aku bersama-sama kawan-kawan teknologi maklumat sudah berjaya mengakhiri kesengsaraan sem ni..huhu Bagi aku sem ni agak susah sikit, berbanding sem lepas. Sebab sem ni kami ambil subjek Database system, Senibina Komputer dan organisasi, dan juga yang paling puaka, Structure programing...

Bagi aku structure programing tak la susah, cuma kena banyak latihan je. Aku ni dah la pemalas kan.. Pensyarah yang ajar aku ialah Puan Saira Banu, dia memang baik sangat-sangat!! Dia ajar kami dengan penuh kesabaran, yela setiap kali dia ajar, kami mesti akan cakap, "puan jerebu la", dia dengan sabarnya ulang balik sampai kami paham..terima kasih banyak-banyak puan!!

ini la puan saira banu..

untuk subjek database system, pensyarah aku ialah encik Modi Bin lakulu.. Style dia sangat sempoi kalau dalam kelas. Kalau kami blur dan tak faham dia akan cakap, "tak ape, esok kamu faham.." hehehe itulah encik modi kami..tak pernah marah dalam kelas, walaupun selalu masuk lambat kelas dia..


Untuk subjek senibina komputer dan organisasi, pensyarah yang ajar aku ialah puan harnani. Dia sangat best kalau mengajar, dia suka perli..hehe dan perli dia tu sangat membuatkan orang terasa. hehe maaf puan.
bagi aku cara dia mengajar memang best, dan kadang-kadang tu aku rasa bersalah lak tertidur dalam kelas dia.(aku memang wajib tido dalam kelas!!!)

ini la puan harnani



inilah secebis kenangan aku, sebenarnya banyak sangat kenangan aku dalam sem 2 ni. tapi buat setakat masa ni, ini saje la yang dapat aku coretkan. sekarang pon dah pagi dah. Kolej aku dah sunyi, ramai dah balik ke kampung, tinggal aku dan kawan-kawan yang belum balik lagi. 

Esok kami akan bertolak ke Grik. Ada baktisiswa di Felda Lawin Utara. Sangat teruja nak laksanakan program ni. Aku dah la ketua AJK protokol, majlis sangat bergantung dengan protokol.Aku harap dapat lakukan dengan terbaik!!

kawan-kawan, doakan aku dan kawan-kawan persada yang lain yer, dan majlis ni berjalan dengan lancar..amin....!!!!!  

2 comments:

ting said...

tunggu kedatangan sem 3 lak...hehehhehe

IMANSHAH said...

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

jemput join contest saya