24 January 2011

superHERO mencari Tuhan.

Batman, Superman, Cicakman, dan sebagainya adalah koleksi adiwira@superhero yang dunia miliki hari ini. Memiliki kekuatan yang luar biasa, badan yang gagah perkasa, juga memiliki kesempurnaan yang tiada pada manusia biasa. Itulah superhero. Kali ni aku nak bercerita tentang apa yang aku dan kita semua tak sedar selama ni. 





Sedar ataupun tidak, sejak kecil lagi kita dah disuap dengan kisah adiwira pembela manusia, yang dapat membantu dan menyelamatkan manusia tika dalam kesusahan. Tergambar dalam fikiran kita, bagaimana superman yang meluncur terbang dengan laju untuk menyelamatkan manusia yang ditimpa musibah. Tak kurang juga lagak ngeri oleh spiderman dan juga cicakman yang melompat dari bumbung bangunan ke bumbung bangunan yang lain. Hebat kan mereka!! Kanak-kanak cilik terus melompat kegirangan tatkala kiblat dunia moden (TV) menyiarkan rancangan superhero sebegini. Khusyuk betul mereka menelaah setiap butir jalan cerita dalam rancangan tersebut. Sehingga ada yang terlebih bersifat inkuiri, dengan mencuba lagak ngeri tersebut.

"Tidak dilupakan pada tahun 1983, akhbar The Star melaporkan 4 orang kanak-kanak maut selepas meniru aksi Superman di tv dengan terjun dari tempat tinggi untuk terbang seperti Superman!"

-hadi87.blogspot.com-

Kesinambungan daripada itu, ada lagi hal yang lagi berat daripada masalah tu. Tentang Tuhan. Atas dasar apa aku bercerita istilah Tuhan?? Sedar atau tak, sebenarnya, superhero ini dicipta adalah untuk menyelamatkan manusia ketika manusia didalam kesusahan yang manusia sendiri pun tak dapat nak tolong. Ini menunjukkan pereka-pereka adiwira ini masih lagi mencari satu sumber, atau satu kuasa yang mampu menyelamatkan manusia ketika dalam kesusahan.  Sepatutnya sebagai mahkluk yang dicipta oleh Tuhan, kita perlu percaya bahawasanya, Tuhan itulah penyelamat manusia ketika dalam kesusahan, tak kiralah kesusahan jenis apa. Kecuali mati.

Mereka masih lagi gagal untuk menterjemah istilah Tuhan yang sebenar. Mungkin sebab mereka memerlukan bukti empirikal untuk melampiaskan kepercayaan mereka terhadap Tuhan. Mereka mahukan sesuatu yang dapat dilihat, barulah mereka akui kewujudan Tuhan sebagai pencipta dan  penyelamat mereka. Lantas demi memenuhi tuntutan mereka, terus tercipta kuasa-kuasa lain yang mereka "yakini" mampu menyelamatkan mereka.


Moga kita yang dah tersedar, teruslah tersedar. Jangan pura-pura tak sedar atau buat-buat lupa. Sedarlah daripada ditipu superHero yang masih lagi mencari Tuhan...


*sumber




                                                                                                                                                                                                



22 January 2011

setelah menonton "khurafat"

Baru je lepas menonton Khurafat. Mula-mula aku teragak-agak nak tonton cerita ni, sebab tak berapa nak suka dengan pengarahnya. Tetapi hasil desakkan rakan dan juga keinginan menonton karya pengarah terbaik Festival Filem Malaysia tahun lepas, aku gagahkan juga untuk menonton. Nak tengok sejauh mana karya pengarah Terbaik ini. Persepsi aku sebelum menonton, ditambah dengan komen rakan-rakan, agak teruja nak tengok cerita ni.
..............................
Setelah habis menonton, dapat lah aku nilai, sejauh mana karya dia.(pendapat aku) Kalau diberi skala penuh 5, untuk filem ni aku beri 3.5. Aku akui, cerita berjaya menjadi cerita hantu, tetapi bagi aku jalan cerita dia masih lagi longgar, banyak kesinambungan yang sepatutnya ada, tetapi dimatikan. Ada watak yang akan menjadikan filem ni lebih menarik kalau dikembangkan, tetapi gagal diserlahkan. Antara watak mak cik cleaner lakonan Mariani, walaupun pelakon tambahan, tetapi karakter dia agak kuat kalau dikembangkan lagi, dan dijadikan sebagai salah satu cabang jalan cerita filem ni. Banyak persoalan yang ditinggalkan tanpa dijawab. Mungkin ni style pengarah filem nie agaknya, yang suka meninggalkan tanda tanya,. Tapi bagi aku persoalan yang ditimbulkan, tak relavan untuk penonton fikirkan, contohnya, apa jadi kat mak cik cleaner tu? Kawan Johan? Zura? dan banyak lagi.

Namun, aku tertarik dengan beberapa watak yang menghidupkan jalan cerita filem ni, macam A. Galak, sebagai Pak Aziz, memang menjadi lakonan dia bila dirasuk, watak Zura oleh Salina Saibi, dan juga watak Aisyah oleh Liyana Jasmay. Antara babak yang paling menarik apabila Johan mendukung mayat. Memang menyeramkan..hehehehe kalau suruh aku, aku tak nak. =)

kau mampu???

~moga pengarah filem Malaysia ada idea lain daripada yang lain macam Mamat Khalid~

21 January 2011

~JOM GEGAR BLOG~

Pertama kali join benda macam nie, selalu tengok kawan-kawan blogger buat, kali ni terdetik plak nak join..
~mohon tunjuk ajar~

17 January 2011

ayam bertelur sebiji, riuh sekampung


Gambar di atas menceritakan pelbagai episod yang berlaku. Selepas detik itu, pelbagai kejadian yang tak disangka-sangka berlaku sekelip mata sahaja. Umpama terkena sumpahan magis Harry Potter. 

Aku ingin bercerita perihal peribahasa melayu kita pada kali ini. Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Maksudnya lebih kurang, kejayaan yang kecil, tetapi hebohnya melata dan bersungguh-sungguh. Apa kaitan dengan gambar di atas?? 

Baru-baru ini, seperti yang kalian tau, pasukan harimau malaya, sudah pon berjaya memecah tembok zaman kejatuhan bola sepak malaya. Pasukan bola sepak Malaysia berjaya merangkul kejayaan dalam Piala Suzuki AFF edisi 2010. Namun, itu bukanlah penceritaan asas entry kali ini. Cerita asasnya, tentang bagaimana kejayaan ini diuruskan.

Semenjak pasukan Malaysia ini menjulang piala tersebut, semua rakyat malaysia akan terpaku dan terkhayal dengan peristiwa itu. Seolah-olah sebuah perkara yang mustahil berlaku sudah berjaya dijelmakan dan menjadi realiti. Semua memberi perhatian kepada mereka, pelbagai pihak mula menunjukkan minat kearah mereka. Ganjaran mencurah-curah umpama air hujan turun membasahi kegersangan bumi. Pemain pula mula menunjukkan egois mereka secara separa sedar. Mereka dijulang setinggi awan, diangkat separas kepala, dijunjung seangkatan mulia. Inilah sikap kita, terlalu khayal akan secebis kejayaan, sehingga lupa akan hakikat kenyataan. 

Seharusnya kejayaan yang kecil dan singkat ini, menjadi satu peringatan kepada kita, agar lebih sedar dan bangkit dari khayalan minda. Lupakan lah misi Mat Jenin itu, usah lah warisinya zaman berzaman. Kuburkanlah bersama zaman kegemilangan idelogi Mat Jenin.

Pasukan bola sepak kita terus diangkat menjadi anak emas. Diangkat darjatnya dengan dipertimbangkan dimasukkan dalam kempen Road To London. Kejayaan kecil itu terus dijadikan penanda aras kemajuan legasi bola sepak Malaysia. Aku katakan tidak(pendapat aku). Bukankah pujian yang melambung itu sebenarnya adalah pembunuh karier secara senyap . "tak mati dengan kutukan, tak hidup dengan pujian". 
Seharusnya kejayaan itu sekadar berpada-pada. Usahlah berlebih-lebihan. Kelak membunuh diri sendiri. Adakah dengan kejayaan kecil itu sudah menunjukkan bola sepak kita sebaris dengan legasi pasukan bola sepak negara lain?? Sudah tentu tidak. 

Aku bukan tak suka dengan kejayaan pasukan Malaysia, malah aku bangga dengan pencapaian anak watan kita. Namun apa yang aku bimbangkan akhirnya nanti, kita ni bangsa melayu, cepat sangat melatah dan mudah berkhayal dengan pujian ( Mewarisi ideologi Mat Jenin). Nanti pemain-pemain kita akan terbuai dengan keindahan pujian, lantas terumbang ambing dibadai arus kehidupan. Lagi mendidih aku apabila terbaca tentang pemain yang diarak bagai pahlawan melayu Melaka yang baru pulang berperang dari menentang kerajaan Majapahit. Diarak penuh kemahsyuran. Aku bukan jeles@cemburu, tak terdetik langsung nak iri hati dengan mereka, tetapi takut nanti lupa diri mula kuasai mentaliti. Falsafah bongkak mula diguna pakai, dan diaplikasi secara membuta tuli. Akhirnya tersungkur menyembah bumi, langsung nanti tidak dipeduli.


Inilah hakikat dunia. Bila dipuji dan dipuja, terus bongkak mendada ke langit, langsung tak peduli rumput dibawah kaki. Kejayaan yang kecil itu, Tuhan anugerahkan buat kita sebagai satu nikmat, dan juga sebagai satu ujian, untuk melihat kita mengatasi dan menguruskan kejayaan yang secebis itu dengan kesyukuran, tanpa menghiasinya secara bongkak. Moga apabila kita dianugerahkan kejayaan mahupun musibah, hadapilah dengan ketenangan, dan keyakinan, bahawa segala ketentuan itu ada kebaikkan disebaliknya.

~moga pasukan bola sepak kebangsaan terus mekar~

15 January 2011

coretan perdebatan : rezki dari langit

Ingin mencoretkan sedikit kenangan yang berlaku. Allhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapat aku bersama para sahabat yang lain, sertai Pertandingan Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. Setelah aku dan yang lain berhempas pulas, selama 3 minggu

13 January 2011

muda mudi : hilang seri

Melarik bait-bait patah kali ini, dengan berpaksikan muda-mudi. Rasional melihat pada masa kini, terlalu banyak peristiwa dan masalah yang menjadikan muda-mudi sebagai entiti utama. Apa sebenarnya yang berlaku dengan muda-mudi sekarang? Aku pun masih lagi bergelar muda-mudi, jadi apa permasalahan sebenarnya? Sehingga menjadikan sesuatu masalah sebagai jalan penyelesaian. Inilah pemikiran sempit, keagungan akal yang dikurniakan Tuhan, digunakan secara paras lutut. Akal yang pintar diguna pakai sebagai alas meja makan semata-mata. Dimana mereka letakkan harga diri? Adakah sebaris harga pakaian bundle di kedai Big Bundle?? Entah lah. Mereka masih lagi dalam alam kayangan yang dicipta sendiri oleh mereka.

Pada 12/1/2011, akhbar KOSMO melaporkan, seorang pelajar tingkatan 2 dibelasah oleh para senior dia. Lagi kes dilaporkan pada tanggal 13/1/2011, UTUSAN MALAYSIA, apabila seorang pelajar perempuan dibuli oleh senior mereka. Buli kalau difikirkan sudah menjadi norma-norma khusus buat masyarakat muda-mudi di sekolah berasrama. Mungkin agak sadis kalau aku katakan sedemikian, tetapi inilah hakikat. Saban tahun sistem pendidikan kita tak pernah kesepian dengan kes membabitkan gejala buli. Salah siapa? salah pelajar ke? salah warden asrama yang makan gaji buta? atau salah pengetua yang cuba tutup sebelah mata? atau juga salah kerajaan yang menganjurkan strategi yang tak berkesan untuk menanganinya?? semuanya menjadi persoalan sehingga hari.



Isu buang bayi pula, terus menyinari dada-dada akhbar dengan mekarnya, bak kuntuman bunga seri pagi yang menguntum setiap pagi. Pelbagai pihak cuba menyuarakan kebimbangan, dan juga strategi-strategi untuk menanganinya. Namun pada masa kini masih lagi berleluasa isu tersebut. Seolah-olah tak ada jalan penyelesaian. Aku terbaca satu status sang sahabat di medan mukabuku, dia menulis, tunggu sembilan bulan lagi, isu buang bayi akan kembali rancak. Terus tertarik untuk mengupas status itu. Saban tahun kita merayakan kedatangan tahun baru. Muda-mudi kita tak terkecuali, mereka merayakannya dengan seks bebas. Inilah yang aku katakan sudah menjadi norma-norma masyarakat muda-mudi kita. Mereka menganggap seks sebagai satu bentuk hiburan yang biasa, dan wajar dilakukan tanpa sebarang sekatan atau larangan. Seolah-olah budaya baru itu terus terpateri dalam kamus peradaban bangsa Malaysia.


Tergelak pabila membaca berita tentang Pendidikan Seks diajar di PLKN. Terdetik hati ini mempertikaikan, adakah dengan situsi mendesak dengan isu buang bayi, terus kerajaan menghukum PLKN sebagai wadah memperkenalkan unsur-unsur reproduktif kepada muda-mudi kita?? Aku katakan tidak wajar pelaksanaan strategi itu.

“Masih ada sebahagian masyarakat yang melihat pelaksanaan modul PKRS ini tidak sesuai dan oleh itu kita harus memberi pemahaman kepada umum bahawa modul ini tidak semata-mata mengenai seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan tubuh badan,” 
-Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe-


Memang tak sesuai (bagi aku). Isu berkaitan pendidikan seks ini sudah lama kisah dongengnya Seharusnya, kerajaan kembali memikirkan strategi lain, supaya masalah atau isu ini benar-benar mampu diselesaikan. Contohnya, penekanan terhadap aspek sahsiah dan rohani. Muda-mudi kita perlu ditekankan dengan unsur-unsur kefahaman agama yang tinggi, bukan setakat menghafal huruf arab seperti alif, ba, ta dan sebagainya, tanpa aplikasi yang sesuai dengan persekitaran yang semakin mencabar. Baru-baru ini, terdengar kata-kata seorang pensyarah aku, beliau kata, remaja masa kini lemah dalam segenap aspek, kerana tak melalui pelbagai fasa/ proses menghadapi hidup. Maka hasilnya, pelbagai corak jati diri remaja yang terhasil daripada kegagalan mereka sejak dilahirkan untuk mengikuti fasa-fasa tersebut.

Sebenarnya, apa yang telah terjadi dengan "batch" aku ni?? Semakin kehilangan arah. Tak tahu mana nak tuju. Seolah-olah hilang dalam terang. Yang lelaki semakin licik perangainya, si perempuan pula semakin menjadi-jadi jalangnya. Dua-dua gender tak jumpa jalan yang sebenar. 

Pada hari ini, sebagai masyarakat muda-mudi, kita perlu rasional melihat kepada perbuatan kita. Bukan aku nak cakap aku sudah cukup sempurna, tetapi beringatlah, kita ni hidup menumpang je, sementara yang tak kekal selamanya. Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita dapat mengulangi tawa kita. Walaupun hari ini kita menangis kecewa, belum tentu esok kita akan  merintih mengalirkan air mata.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya... sekadar meluah rasa dijiwa...