Melarik bait-bait patah kali ini, dengan berpaksikan muda-mudi. Rasional melihat pada masa kini, terlalu banyak peristiwa dan masalah yang menjadikan muda-mudi sebagai entiti utama. Apa sebenarnya yang berlaku dengan muda-mudi sekarang? Aku pun masih lagi bergelar muda-mudi, jadi apa permasalahan sebenarnya? Sehingga menjadikan sesuatu masalah sebagai jalan penyelesaian. Inilah pemikiran sempit, keagungan akal yang dikurniakan Tuhan, digunakan secara paras lutut. Akal yang pintar diguna pakai sebagai alas meja makan semata-mata. Dimana mereka letakkan harga diri? Adakah sebaris harga pakaian bundle di kedai Big Bundle?? Entah lah. Mereka masih lagi dalam alam kayangan yang dicipta sendiri oleh mereka.
Pada 12/1/2011, akhbar KOSMO melaporkan, seorang pelajar tingkatan 2 dibelasah oleh para senior dia. Lagi kes dilaporkan pada tanggal 13/1/2011, UTUSAN MALAYSIA, apabila seorang pelajar perempuan dibuli oleh senior mereka. Buli kalau difikirkan sudah menjadi norma-norma khusus buat masyarakat muda-mudi di sekolah berasrama. Mungkin agak sadis kalau aku katakan sedemikian, tetapi inilah hakikat. Saban tahun sistem pendidikan kita tak pernah kesepian dengan kes membabitkan gejala buli. Salah siapa? salah pelajar ke? salah warden asrama yang makan gaji buta? atau salah pengetua yang cuba tutup sebelah mata? atau juga salah kerajaan yang menganjurkan strategi yang tak berkesan untuk menanganinya?? semuanya menjadi persoalan sehingga hari.
Isu buang bayi pula, terus menyinari dada-dada akhbar dengan mekarnya, bak kuntuman bunga seri pagi yang menguntum setiap pagi. Pelbagai pihak cuba menyuarakan kebimbangan, dan juga strategi-strategi untuk menanganinya. Namun pada masa kini masih lagi berleluasa isu tersebut. Seolah-olah tak ada jalan penyelesaian. Aku terbaca satu status sang sahabat di medan mukabuku, dia menulis, tunggu sembilan bulan lagi, isu buang bayi akan kembali rancak. Terus tertarik untuk mengupas status itu. Saban tahun kita merayakan kedatangan tahun baru. Muda-mudi kita tak terkecuali, mereka merayakannya dengan seks bebas. Inilah yang aku katakan sudah menjadi norma-norma masyarakat muda-mudi kita. Mereka menganggap seks sebagai satu bentuk hiburan yang biasa, dan wajar dilakukan tanpa sebarang sekatan atau larangan. Seolah-olah budaya baru itu terus terpateri dalam kamus peradaban bangsa Malaysia.
Tergelak pabila membaca berita tentang Pendidikan Seks diajar di PLKN. Terdetik hati ini mempertikaikan, adakah dengan situsi mendesak dengan isu buang bayi, terus kerajaan menghukum PLKN sebagai wadah memperkenalkan unsur-unsur reproduktif kepada muda-mudi kita?? Aku katakan tidak wajar pelaksanaan strategi itu.
“Masih ada sebahagian masyarakat yang melihat pelaksanaan modul PKRS ini tidak sesuai dan oleh itu kita harus memberi pemahaman kepada umum bahawa modul ini tidak semata-mata mengenai seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan tubuh badan,”
-Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe-
Memang tak sesuai (bagi aku). Isu berkaitan pendidikan seks ini sudah lama kisah dongengnya Seharusnya, kerajaan kembali memikirkan strategi lain, supaya masalah atau isu ini benar-benar mampu diselesaikan. Contohnya, penekanan terhadap aspek sahsiah dan rohani. Muda-mudi kita perlu ditekankan dengan unsur-unsur kefahaman agama yang tinggi, bukan setakat menghafal huruf arab seperti alif, ba, ta dan sebagainya, tanpa aplikasi yang sesuai dengan persekitaran yang semakin mencabar. Baru-baru ini, terdengar kata-kata seorang pensyarah aku, beliau kata, remaja masa kini lemah dalam segenap aspek, kerana tak melalui pelbagai fasa/ proses menghadapi hidup. Maka hasilnya, pelbagai corak jati diri remaja yang terhasil daripada kegagalan mereka sejak dilahirkan untuk mengikuti fasa-fasa tersebut.
Sebenarnya, apa yang telah terjadi dengan "batch" aku ni?? Semakin kehilangan arah. Tak tahu mana nak tuju. Seolah-olah hilang dalam terang. Yang lelaki semakin licik perangainya, si perempuan pula semakin menjadi-jadi jalangnya. Dua-dua gender tak jumpa jalan yang sebenar.
Pada hari ini, sebagai masyarakat muda-mudi, kita perlu rasional melihat kepada perbuatan kita. Bukan aku nak cakap aku sudah cukup sempurna, tetapi beringatlah, kita ni hidup menumpang je, sementara yang tak kekal selamanya. Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita dapat mengulangi tawa kita. Walaupun hari ini kita menangis kecewa, belum tentu esok kita akan merintih mengalirkan air mata.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya... sekadar meluah rasa dijiwa...
1 comment:
boleh tak saya nk kongsi pandangan disini :
sedar atau tidak sebenarnye kite menjadi mangsa sekularisme iaitu memisahkan agama dari kehidupan.
bermula ditingkatan 1 kite sudah diasingkn. sape2 yg ingin mendalami agama bleh mendaftar dsekolah2 agama dan yg lain d sekolh harian biasa. dpendekkn cerita, utk melanjutkan pelajarn di pringkat ipt dlm bidang agama msyaratkan hanya pelajar yg telah mgambil subjek2 agama tertentu shj yg bleh melanjutkn pelajaran dlm bidang bkenaan...mengapa keadaan sedemikian berlaku sedangkan kite semua wajib mempelajari ilmu agama. tanpa kite sedar kite telah dkelompokkn dlm kelompok tertentu. yg dapat mendalami ilmu agama alhamdulillah semoga Allah memelihara mereka. bagaimana pula yg dihadkn ilmu agama utknye?? terus hanyut..terus lalai dgn dunianye. salah siapa gejala sosial makin merebak?? salah siapa bayi dbuang spt mbuang kucing djalanan??. knp tidak ilmu agama di bahagikn sama rata?? ... bangunlah wahai muda mudi sekalian, ayuh kite betulkan kembali dunia yg kian hilang punca ini. siapa kite hari ini itulah dunia kite hari esok... "tepuk dada tanya iman"
Post a Comment