22 January 2011

setelah menonton "khurafat"

Baru je lepas menonton Khurafat. Mula-mula aku teragak-agak nak tonton cerita ni, sebab tak berapa nak suka dengan pengarahnya. Tetapi hasil desakkan rakan dan juga keinginan menonton karya pengarah terbaik Festival Filem Malaysia tahun lepas, aku gagahkan juga untuk menonton. Nak tengok sejauh mana karya pengarah Terbaik ini. Persepsi aku sebelum menonton, ditambah dengan komen rakan-rakan, agak teruja nak tengok cerita ni.
..............................
Setelah habis menonton, dapat lah aku nilai, sejauh mana karya dia.(pendapat aku) Kalau diberi skala penuh 5, untuk filem ni aku beri 3.5. Aku akui, cerita berjaya menjadi cerita hantu, tetapi bagi aku jalan cerita dia masih lagi longgar, banyak kesinambungan yang sepatutnya ada, tetapi dimatikan. Ada watak yang akan menjadikan filem ni lebih menarik kalau dikembangkan, tetapi gagal diserlahkan. Antara watak mak cik cleaner lakonan Mariani, walaupun pelakon tambahan, tetapi karakter dia agak kuat kalau dikembangkan lagi, dan dijadikan sebagai salah satu cabang jalan cerita filem ni. Banyak persoalan yang ditinggalkan tanpa dijawab. Mungkin ni style pengarah filem nie agaknya, yang suka meninggalkan tanda tanya,. Tapi bagi aku persoalan yang ditimbulkan, tak relavan untuk penonton fikirkan, contohnya, apa jadi kat mak cik cleaner tu? Kawan Johan? Zura? dan banyak lagi.

Namun, aku tertarik dengan beberapa watak yang menghidupkan jalan cerita filem ni, macam A. Galak, sebagai Pak Aziz, memang menjadi lakonan dia bila dirasuk, watak Zura oleh Salina Saibi, dan juga watak Aisyah oleh Liyana Jasmay. Antara babak yang paling menarik apabila Johan mendukung mayat. Memang menyeramkan..hehehehe kalau suruh aku, aku tak nak. =)

kau mampu???

~moga pengarah filem Malaysia ada idea lain daripada yang lain macam Mamat Khalid~

8 comments:

Cik Mus said...

bonda tak minat cerita mcm ni :)

azam aziz said...

hehehe, xpe bonda, tengok la cerita fantasi ~Haq~

Cik Mus said...

fine, haha

Anonymous said...

waaahh....bleh jadi pengkritik ni....

:Cikgu Akim: said...

seramnyaaaaaaaaaaaaaaa..hak3

azam aziz said...

cikgu akim dah tengok lom?? seram la jugat + banyak terperanjat..hehe
~tutup mata~

misSbLurRy said...

aku bagi 2.5 jerk....
wakakka...
part dia bawak mayat tue...
aku dgn geng aku gelak..
sbb gaya dia bawak mayat tue mcm night walk dalam hutan...

isk..

azam aziz said...

missblurry, nie mesti tengok sambil tutup mata nie, sebab tu tegelak. kuang3..., time aku tengok tu yang tak bleh tahan, ade mamat sengal mane ntah kentut!!! omg!!

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...