24 January 2011

superHERO mencari Tuhan.

Batman, Superman, Cicakman, dan sebagainya adalah koleksi adiwira@superhero yang dunia miliki hari ini. Memiliki kekuatan yang luar biasa, badan yang gagah perkasa, juga memiliki kesempurnaan yang tiada pada manusia biasa. Itulah superhero. Kali ni aku nak bercerita tentang apa yang aku dan kita semua tak sedar selama ni. 





Sedar ataupun tidak, sejak kecil lagi kita dah disuap dengan kisah adiwira pembela manusia, yang dapat membantu dan menyelamatkan manusia tika dalam kesusahan. Tergambar dalam fikiran kita, bagaimana superman yang meluncur terbang dengan laju untuk menyelamatkan manusia yang ditimpa musibah. Tak kurang juga lagak ngeri oleh spiderman dan juga cicakman yang melompat dari bumbung bangunan ke bumbung bangunan yang lain. Hebat kan mereka!! Kanak-kanak cilik terus melompat kegirangan tatkala kiblat dunia moden (TV) menyiarkan rancangan superhero sebegini. Khusyuk betul mereka menelaah setiap butir jalan cerita dalam rancangan tersebut. Sehingga ada yang terlebih bersifat inkuiri, dengan mencuba lagak ngeri tersebut.

"Tidak dilupakan pada tahun 1983, akhbar The Star melaporkan 4 orang kanak-kanak maut selepas meniru aksi Superman di tv dengan terjun dari tempat tinggi untuk terbang seperti Superman!"

-hadi87.blogspot.com-

Kesinambungan daripada itu, ada lagi hal yang lagi berat daripada masalah tu. Tentang Tuhan. Atas dasar apa aku bercerita istilah Tuhan?? Sedar atau tak, sebenarnya, superhero ini dicipta adalah untuk menyelamatkan manusia ketika manusia didalam kesusahan yang manusia sendiri pun tak dapat nak tolong. Ini menunjukkan pereka-pereka adiwira ini masih lagi mencari satu sumber, atau satu kuasa yang mampu menyelamatkan manusia ketika dalam kesusahan.  Sepatutnya sebagai mahkluk yang dicipta oleh Tuhan, kita perlu percaya bahawasanya, Tuhan itulah penyelamat manusia ketika dalam kesusahan, tak kiralah kesusahan jenis apa. Kecuali mati.

Mereka masih lagi gagal untuk menterjemah istilah Tuhan yang sebenar. Mungkin sebab mereka memerlukan bukti empirikal untuk melampiaskan kepercayaan mereka terhadap Tuhan. Mereka mahukan sesuatu yang dapat dilihat, barulah mereka akui kewujudan Tuhan sebagai pencipta dan  penyelamat mereka. Lantas demi memenuhi tuntutan mereka, terus tercipta kuasa-kuasa lain yang mereka "yakini" mampu menyelamatkan mereka.


Moga kita yang dah tersedar, teruslah tersedar. Jangan pura-pura tak sedar atau buat-buat lupa. Sedarlah daripada ditipu superHero yang masih lagi mencari Tuhan...


*sumber




                                                                                                                                                                                                



No comments: