31 January 2012

cuti = bosan


Cuti yang panjang selalu membuatkan kita menjadi bosan. Kita mungkin bukan kata ganti diri yang sesuai diletakkan disitu, sebab rasanya aku je yang anggap cuti yang lama akan jadi bosan. Ya, bagi aku bosan. Tak ada benda yang perlu dibuat. Rutin yang biasa, diulang-ulang. 



Namun bila tiada cuti bising mencarinya. Itulah manusiakan. Susah nak faham dengan keadaan. Susah nak bersyukur dengan apa yang dimilikinya. 



Guris hati


Saya manusia. Manusia yang biasa. Tiada yang istimewa melainkan yang biasa-biasa saja. Saya bukan nabi. Saya bukan Tuhan. Saya tidak sempurna. 

Kadang kala kita tak terduga perbuatan kita. Tak terjangkau akal memikirkannya. Jadi mungkin ada tindakan dan perlakuan saya yang tidak mengikut norma biasa. Sehingga ada yang terasa dan terseksa jiwanya.

Maaf saya pinta, kalau tindakan saya mengguris hati dan perasaan. Ya saya akui silap saya. Semoga kita kan berbahagia. Usah disimpan, jangan dipendam.


20 January 2012

Mandi pagi


Pagi memang mendamaikan. Bila melihat sang suria mula menyelak sinarnya, dan kelambu malam mula ditarik dan disimpan, untuk senja nanti. Sesiapapun melihat pagi sebagai satu kesegaran hakiki. Menyegarkan minda, tubuh badan dan setiap isi yang ada dalam duniawi. Lebih-lebih lagi bila mandi pagi. Terasa nikmat kesegaran yang nyata. Teringat waktu masih kecil, bersekolah di sekolah rendah. Jam 5.45 pagi sudah mula dikejutkan oleh abah, untuk mandi dan bersiap. Lantas menarik lembaran tuala dan menuju ke bilik air. Menggigil seluruh tubuh tatkala jari jemari dilabuhkan pada permukaan air kolah. Sejuknya mencengkam emosi dan menggetarkan gigi. Tanpa berlengah terus mencurahkan air yang didinginkan oleh malam. Saat air menutupi dan melalui setiap inci ruang badan, hanya Tuhan sahaja tahu akan nikmatnya...


16 January 2012

kawan bukan lawan


Dalam kita meniti kehidupan, kawan menjadi impian buat semua manusia. Menjadi pendamping setia, pemberi semangat, mampu mendengar luahan perasaan, mampu memberikan senyuman, sudi berkongsi perasaan, yang lebih penting, saling memahami. Bukan mudah untuk dianugerahkan kawan sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi bila dunia semakin berselirat paksinya. Jujur bukan utama, baik bukan hakikat, amanah bukan amalan. 




Kawan dan sahabat berbeza pada pandangan saya. Bila berjumpa, bertegur sapa, bersalaman, dan berlalu pergi. Itu kawan. Bila sahabat, dia datang menghampiri, cuba sedaya upaya memaniskan wajah bila bersua, cuba memahami perasaan tatkala gundah gulana, tega berkorban bila bersama-sama. Ini sahabat. 




Kita sebagai manusia senantiasa diuji. Dikemas kini keimanan berdasarkan ujian. Sebab itu sering kali persahabatan menjadi medan ujian oleh Tuhan buat hambanya. Lautan mana tidak bergelombang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah permainan persahabatan. Sering diuji tatkala senang, namun manisnya bercanda, hanya Tuhan sahaja mampu mengungkapnya. 

Tidak sempurna sesuatu hubungan itu bila tidak diuji Tuhan. Lagi kukuh ikatan, bila susah dan payah diharungi bersama. Susah senang bersama-sama. 




Ikatan hubungan itu perlu dijaga. Usah biarkan anasir kebinatangan cuba mencatas talian ukhwah yang dibina. Jangan biarkan, seorang yang lain, ukhwah dan ikatan yang sudah terbina sekian lama, musnah sekelip mata. Jangan pernah sekali anasir itu memporak perandakan hubungan persahabatan yang dibina. 

Kadang kala saya tak faham, kenapa bila wujud perasaan sayang, hakikat persahabatan dibuangkan?? Mengapa perlu dijahanamkan ikatan ikhwah itu kerna seseorang yang menjadi duri dalam daging dalam persahabatan??  Saya masih tak faham. 



Saya sangat sedih, bila ada ikatan, dan ukhwah yang terjalin atas dasar persahabatan yang suci, sanggup dicemari dan dirosakkan oleh orang yang bukan ahlinya. Itu saya cukup sedih. Mungkin ini ujian oleh Tuhan. Ada hikmah mungkin akhirnya nanti.. Saya nantikan hikmah itu..

#persahabatan bukan untuk hari ini sahaja, tetapi untuk hari esok dan seterusnya..

11 January 2012

Semalam, hari ini dan esok


Hari ini akan berjalan tanpa henti. Membina kenangan, mencantum pengalaman, maka lahirlah kuntuman kehidupan. Bukan senang untuk mengisi hari dengan sebaik mungkin. Kadang kala terkial, tersilap langkah, tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Kita kan manusia, tak semestinya sempurna. Ada silap dan salah yang perlu diperbetulkan, yang perlu diambil iktibar dan pengajaran. Sebab itulah Tuhan kurniakan kesalahan, supaya kita belajar daripadanya. 





Mungkin hari ini tak sebaik hari semalam. Mungkin juga hari ini lebih baik dari semalam. Semua itu adalah ketetapan yang kita sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan sahajalah yang menentukan perancangan itu. Bahkan, perancangan DIA lah sebaik-baik perancangan. 





Esok masih lagi dalam kelam. Dalam gelap. Tiada siapa yang tahu tentang hari esok. Entahkan baik, entahkan buruk. Berdoa untuk hari esok lebih bermakna, lebih baik, dan lebih sempurna daripada hari ini. Memohon, agar perjalanan hari esok, dipermudahkan, walaupun tidak sempurna yang diharapkan. 

~TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI~

09 January 2012

Jenayah seksual - antara rela atau tidak


Hari ini terlalu banyak jenayah berkaitan seksual. Namun semua semakin menjadi biasa. Hari-hari dihadam, lama-lama sudah jadi bosan. Rogol dan liwat, permainan "dunia" hari ini. Namun, bila wujud situasi pelakuan antara atas kerelaan, dimanakah jenayah diletakkan? Masing-masing mengangkat norma ganjil ini menjadi perbuatan harian. Sampai satu masa nanti, menjadi norma masyarakat kita. Lantas, kita akan terbimbing dengan kehidupan berlandaskan nafsu semata-mata.



post popular dalam laman berita

#hari ini bayi pon dirogol, nafsu kan..




07 January 2012

sekeping gambar


Walaupun dengan hanya sekeping, namun masih mampu bercerita. Tentang banyak perkara yang kita tak sangka dan tak duga. Akhirnya, kita sendiri yang terleka dan lena dengan cerita yang disampaikan oleh sekeping gambar..


minat sangat pada gambar ini





06 January 2012

terlalu layan emosi dan perasaan.


Akhir-akhir ini, sering saja aku bermain dengan hati dan perasaan. Sampaikan emosi terusik dan terganggu. Emosi sering mengadu, dia terlalu letih dengan hati dan perasaan. Dia mahukan rehat dan ketenangan. Dia perlukan sesuatu yang mampu membuatkan dia tenang. Ya, aku pun sudah letih. 

Mungkin pada luaran, aku mampu melakar senyuman, namun di dalam hati siapa yang tahu erti kepedihan dan kesengsaraan. Pendam mungkin adalah cara terbaik buat masa ini, supaya tiada yang akan kecewa. Tiada siapa yang akan salah sangka. 




Duhai diri, usah difikirkan apa yang berlaku, kerna tiada penting bagimu. Kerjakan lah yang wajib, dan laksanakan lah suruhan olehNya, itu lebih mulia dan bermakna buat kau. Usah buang masa fikir sesuatu yang menyakitkan hatimu, fikirkanlah sesuatu yang mampu membahagiakanmu, kerna itu ubat jiwa kurniaan Tuhan. 

Jangan pernah putus asa dengan takdir Tuhan, jangan pernah kecewa dengan ketentuan Tuhan. Semua itu ada hikmah, yang mungkin kau tak terlihat tika ini. Percayalah, sesungguhnya DIA lebih tahu apa yang kau tidak tahu..


Bila hati dan perasaan mulai disentuh manusia..


Sukar untuk menjangka hati dan perasaan orang. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa, yang dapat membaca isi hati dan perasaan orang lain. Kagum bukan, kalau kita mampu buat macam tu. Tentunya huru hara dunia nanti. Yela, selama ini apa yang kita tak puas hati, kita luahkan pada kalbu, kita bisikkan pada hati, kita adukan pada jiwa dan hanya diri kita sahaja tau apa yang kita rasa. Namun bila ada yang mampu mendengar segala luahan dan rintihan kita,tentunya bakal menjadi gila.



Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa yang kita tak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Sebabnya kita tak buat yang terbaik dalam sesuatu perkara. Kita salahkan diri kita. Sampaikan kita merajuk dengan diri kita. Kita rasa menyesal ada dalam tubuh badan yang Tuhan kurniakan buat kita ni. Dalam lubuk minda kita, alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia. Mesti pernahkan dialog ni menjelma dalam fikiran kita. Ya, manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tak miliki. 

Perasaan ini sukar dikawal. Bila diri dikuasai oleh nafsu semata-mata. Lihat lah diri kita, mahupun sekeliling kita. Masing-masing memendam rasa untuk berkasih sayang. Memiliki insan yang mampu untuk dibelai, dimanja, dan dikasihi. Beruntung hati mereka bila memiliki kekasih. Hati dapat dimiliki insan tersayang, jiwa dapat dibelai oleh si dia, kasih dapat dicurahkan padanya. Indah bukan dunia ciptaan nafsu ini. Semuanya umpama syurga namun tak setanding sorga yang Tuhan cipta. Hati dan perasaan dilimpahkan demi insan tercinta. Seluruh jiwa dan raga sangup digadai demi si dia yang tercinta. Hari-hari yang dilaui dipenui dengan rasa belaian kasih dan sayang oleh dia. Sampaikan kadang kala rasa diri terbang di langit, menggapai awan bersama si dia, sambil menyulam kasih, mencipta asmara bersama, dan akhirnya beradu berahi tanda penyatuan dua jiwa. 




Itulah penangan hati dan perasaan. Walaupun tidak nampak dimata, namun dapat dirasa dengan nurani dan akal yang dimiliki. Sesungguhnya hati dan perasaan itu anugerah Tuhan kepada hambanya. Untuk dia rasa sedikit nikmat syurga yang menjadi ganjaran untuk manusia di sorga nanti. Namun malangnya, dengan nikmat sedikit itu, kita sudah menyimpang jauh dari landasan hakiki mengejar redha Tuhan, demi ganjaran sorganya. Alangkah malangnya kita kan. Nikmat sedikit itu, kita gadaikan untuk nikmat yang berkekalan di akhirat nanti. Ruginya kita..

Mungkin kita terlanjur dalam memilih jalan dan ruang, untuk dicuba. Tidak mengapa, Tuhan itu maha pemurah, masih ada masa dan ruang yang DIA berikan kepada kita untuk memilih jalan yang benar-benar sempurna dan benar. Jangan pernah berputus ada dengan hidayah Tuhan, carilah selagi kudrat masih ada. Anda tidak akan menyesal, insyaallah..

SAYA SAYANG KELUARGA SAYA

05 January 2012

bersediakah kita menanti ajal



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,




Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,




Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

*saat kita masih berhilai tawa, mencari rezki dengan tangan hina, menyuap mesra rezki datang dari jalan dosa, tak tahu malaikat sedang menunggu. Menunggu untuk mengutip nyawa anugerah Tuhan kepada manusia. Kita masih tak bersedia, namun apalah daya, tentuan qada dan qadar perlu kita yakini dan percaya. Tuhan itu maha pemurah lagi maha mengasihi, rebutlah peluang dan ruang, yang masih berbaki, untuk kita perbaiki diri. Salam hari yang paling hujung~

Meraih skandal


Zaman ini semakin berubah. Lebih-lebih lagi bila sistem kapitalisme sudah meresap dalam tiap akar masyarakat. Keadaan terdesak menjadi permainan dan hiasan kehidupan. Terutamanya terdesak dengan wang. Ramai yang terperangkap dalam sistem kapitalisme hasil bawaan kolonial ini. Maka bermacam-macam cabang jalan dan cara dijalan, dilalui dan diikuti demi mencari wang. Tidak lupa mereka yang memilih jalan meraih skandal.

hiasan semata-mata



Makna skandal adalah perkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dan sebagainya yang biasanya menimbulkan ke­marahan orang ramai)*. Walaupun maknanya jijik, keji dan kotor, masih ramai yang memilih jalan ini demi melampiaskan kesempitan hidup. Atas alasan, mudah dan senang. Terutamanya yang memiliki aset yang baik untuk didagangkan. 


hiasan semata-mata






Apa aset terbaik untuk perdagangan skandal? Aset terbaik adalah memiliki raut wajah yang cantik dan kacak. Tubuh badan yang mantap dan mampu melelehkan air liur menahan gelojak nafsu. Itu belum cukup lagi untuk menjadikan anda cemerlang dalam perniagaan skandal. Keyakinan yang tinggi juga diperlukan untuk mencairkan pelanggan-pelanggan anda.

hiasan semata-mata


Anda miliki aset terbaik itu? Kalau ya, bagus. Jangan lengahkan lagi masa anda untuk bersyukur dianugerahkan aset sebegitu rupa. Gunakan sebaik mungkin. Jangan komersialkan aset mu pada tangan-tangan, badan-badan, dan mulut-mulut mereka yang kegersangan belaian berahi. Cintai dirimu sepenuhnya, sebelum kamu serahkan pada yang lain..




04 January 2012

anda harus kuat !!



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
#Melawan Kesepian-Dato Siti Nurhaliza





*semoga aku menjadi kuat, untuk berhadapan dengan emosi dan perasaan. Usah difikir dan dilayan-layan perasaan itu, hanya membikin hati bertambah runsing. Ya, anda boleh !! anda harus kuat AZAM AZIZ !!


buanglah prasangka


Kita selalu terperangkap dalam prasangka. Menjangka yang buruk, mengandai yang negatif, menilik yang tidak benar, malah melihat perkara secara bertentangan. Sebab itu hati dan perasaan kita tidak tenteram. Usah menjangka yang buruk-buruk. Bersangka baiklah daripada berprasangka buruk. 




Hakikatnya ia membina satu keyakinan dalam diri anda. Sebaik-baik jalan, bila dalam kesusahan, adalah menenangkan dirinya terlebih dahulu dengan andaian yang baik dan positif. Jangan mengurung diri dalam emosi yang terhasil daripada prasangka buruk. Yakin dengan diri anda!!

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SAHABAT-SAHABATKU !!

03 January 2012

Peperangan bermula


Sebagai pelajar, peperiksaan dianggap sebagai medan peperangan yang manakutkan. Sampai ada yang tidak tidur malam menyiapkan senjata dan ilmu pertempuran. Hebatkan  mereka. Demi mereka memikirkan kesan yang bakal menimpa kelak, andai tidak dijaga dan bersedia untuk menghadapi musuh hakiki seorang pelajar. Usah tertekan wahai sahabat. Tenangkan dirimu dengan membasahkan lidahmu memuji Tuhan yang satu. Moga diberi kemudahan untuk berdepan dengan musuh dimedan jihad nan satu. Percayalah, jika usahamu sudah menunjuk bayangan kejayaan, usah khuatir, insyaallah kejayaan milikmu. Percayalah pada qada dan qadar Tuhan.





Mohon restu dari bonda mu, mohon restu dari ayahanda mu, mohon juga restu dari guru-guru mu yang berjasa, moga kau berjaya akhirnya..amin...

SELAMAT BERJUANG BUAT SAHABAT-SAHABAT KU, DOAKAN KITA BERJAYA BERSAMA-SAMA !!



Setiap sempit, ada lapangnya


Walaupun sekarang adalah waktu kritikal untuk aku menelaah pelajaran, kerna esok sudah bermula perjuangan hakiki seorang pelajar, peperiksaan. Ya, seolah-olah bakal berdepan dengan medan perang yang penuh dengan musuh yang berbahaya, sehingga menjadikan diri ini terlalu tertekan untuk memikirkan strategi dan juga senjata apa yang bakal digunakan untuk berhadapan dengan musuh. 




Malah sempat juga mencuri masa, untuk berkongsi rasa dengan kalian, menerusi penulisan entry ini. Jangan tertekan wahai sahabat, lapangkan minda, masa dan rohani mu, untuk kau mudah menerima pelajaran, dan akhirnya kau menang dimedan jihad sebagai pelajar. Usah kau buang masa berhimpun, menyalak dipagi buta, demi berjuang katanya. Lebih molek kau bermunajat memohon rahmat daripada yang Maha Esa...



02 January 2012

cemburunya


Manusia kan, terikat dengan hati dan perasaan. Bila dikuasai oleh dua entiti tadi, emosi menjadi lain, sukar diterjemah dan dilaraskan menjadi stabil. Hakikat manusia, bila melihat sesuatu perkara yang baik dan bagus, yang dimiliki oleh orang lain, tentu sahaja menjadi cemburu. Tipulah manusia kalau tiada perasaan cemburu, kerna itu perasaan wajib dimiliki andai anda bergelar manusia. Walaupun cemburu, tak semestinya kita perlu benci akan dia. 



Seharusnya kita perlu berbuat sehabis baik, mahu menjadi seperti dia, dengan memiliki apa yang dia miliki, bahkan mungkin lebih daripada itu. Bersainglah secara sihat. Itu ajaran yang paling mulia. Selimutilah cemburu anda dengan usaha yang gigih, agar berubah menjadi kejayaan yang sukar anda jangka. Belajar dan timbalah ilmu daripada dia, supaya apa yang kita kejar tidak lari dari landasan kebaikkan. Yang paling penting, pilihlah jalan yang diredhai Tuhan..



Terima seadanya


Mungkin sukar menjangka, apa yang bakal berlaku, kerna itu urusan Tuhan. Apa yang bakal berlaku adalah ketentuan, yang telah ditetapkan buat kita sebagai hamba. Wajib menerimanya dengan hati terbuka meskipun pahitnya laksana hempedu. Walaupun kesannya semanis madu. 




01 January 2012

Bertenang di Sungai Klah Hot Spring


Bertarikh 31 Disember 2011, sempat aku bersama-sama dengan sahabat-sahabat ku seramai 4 orang termasuk aku, pergi menenangkan diri di Sungai Klah Hot Spring. Pada awalnya memang kami agak ragu-ragu, sebab tak pernah jejakkan kaki ke sana. Namun akhirnya dengan niat untuk menghayati keindahan alam (hehehehe) maka berangkatlah kami ke sana. Tak jauh pun dari Tg Malim. Dalam sejam atau kurang. Sempat kami berendam dalam kolam air panas, walaupun pada mulanya kaki dan badan ni tak sanggup berendam dengan air yang panas sebegitu. Akhirnya sampai juga ke tengah-tengah kolam. Tak dalam pun. 




Sempat juga lihat beberapa pelawat merebus telur dalam kawasan kolam air panas yang disedikan khas untuk merendam telur. Katanya suhu air mencecah 90 hingga 100 darjah celcius !! patutla boleh rebus telur.



Kemudian kami melanjutkan upacara mandi beramai-ramai di kolam utama. Memang ramai, namun tak membataskan semangat kami untuk bermandi dan bermesra. Dengan segan silu, kami bergerak ke kawasan yang dilabel dalam.  Memang tak dalam pun. hehe Kami mandi dua pusingan. Dengan sejuk yang mencengkam dan mengecutkan kami, bingkas kami beredar dan tukar pakaian. Memandangkan awan mula memberi amaran yang bakal menumpahkan isinya. 











Seronok dan gembira dapat bersama-sama. Hakikatnya persahabatan itu indah dengan talian kasih dan sayang. Menzahirkan benih-benih mesra dan bercambah menjadi kuntuman hubungan yang harum dan mewangi. Indah bukan..=)

Tragedi berdarah pada tahun baru.


Sewaktu yang lain sibuk meraih ilmu dalam kegigihan malam hingga ke pagi, demi melansungkan peperiksaan dengan cemerlang, ada yang sibuk menghukum diri berdiri berdemonstrasi. Ya, berdemonstrasi demi mahasiswa dan mahasiswi. Dalam pekat malam, anda sudi bersorak sorai menjulang panji dan kain yang merentang tertulis kalimat semangat. Kalian sangat gigih dan bersemangat!



Kejar ilmu lah dahulu sahabat handai. Itu perjuangan mu yang hakiki. Perjuangan mu yang menuntut pintu rezki dan nama baik keluarga mu. Andai diri mu sudah tak bisa ikut perjalanan akademik, lebih memilih siasah, maka berhentilah diri mu dari mengganggu hayat laman tempat mu belajar. Berilah peluang kepada mereka yang lelah menimba ilmu untuk menghadam ilmu dengan tenang. Berikan mereka kesempatan untuk menganyam kejayaan dilaman itu. Moga kita sering sahaja diredhai Tuhan yang maha esa..