11 January 2012

Semalam, hari ini dan esok


Hari ini akan berjalan tanpa henti. Membina kenangan, mencantum pengalaman, maka lahirlah kuntuman kehidupan. Bukan senang untuk mengisi hari dengan sebaik mungkin. Kadang kala terkial, tersilap langkah, tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Kita kan manusia, tak semestinya sempurna. Ada silap dan salah yang perlu diperbetulkan, yang perlu diambil iktibar dan pengajaran. Sebab itulah Tuhan kurniakan kesalahan, supaya kita belajar daripadanya. 





Mungkin hari ini tak sebaik hari semalam. Mungkin juga hari ini lebih baik dari semalam. Semua itu adalah ketetapan yang kita sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan sahajalah yang menentukan perancangan itu. Bahkan, perancangan DIA lah sebaik-baik perancangan. 





Esok masih lagi dalam kelam. Dalam gelap. Tiada siapa yang tahu tentang hari esok. Entahkan baik, entahkan buruk. Berdoa untuk hari esok lebih bermakna, lebih baik, dan lebih sempurna daripada hari ini. Memohon, agar perjalanan hari esok, dipermudahkan, walaupun tidak sempurna yang diharapkan. 

~TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI~

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...