16 May 2012

Epilog Budi Guru


Semalam hari guru. 16 Mei 2012. Semua sekolah merayakannya, menghargai jasa guru yang sudi mencurahkan ilmu buat anak-anak bangsa. Muliakan jasa mereka. Mengajar dan mendidik hingga penat lelah, demi pelajar itu faham dan jelas dengan apa yang diajar. Tidak cukup dikelas biasa, dia sanggup meninggalkan keluarga tatkala malam, mengajar dalam kelas tambahan. Terus gigih menyuapkan ilmu buat anak-anak bangsa.



Kalau dulu tidak pernah kenal erti huruf, kini bukan setakat membaca, bahkan lebih daripada itu sudah pandai, hasil ajaran guru. Wang bagai air mengalir, diperuntukkan untuk anak-anak bangsa, tak pernah berkira walau sesen pun. Jasa tak pernah diungkit, walau sebudi pun. 



Ya Allah, kau ampunkanlah dosa guru-guruku, kau peliharalah mereka, dan kau selamatkanlah mereka dari seksaan azab neraka, sesungguhnya mereka sudah banyak berbuat kebaikkan kepada diri ku ini..amin ya Rabb

07 May 2012

status di mukabuku

Sudah lama tak bersiaran, kali ni cuba mencuri masa mengisi kelompongan laman jiwa saya yang semakin hari, semakin lompang dengan ilmunya. 

Kali ini aku mahu bercerita tentang status di mukabuku. Lazimnya pengguna tegar mukabuku tak lari daripada istilah ini. Status. Malah ada yang begitu teruja dan taksub dengan status mukabuku, sampaikan segala tindak tanduknya menjadi bualan dan paparan pada dinding mukabuku. Waimma sedang beristinjak juga mahu diceritakan, seperti ini ;



contoh status

Manusia kan. Biasa la. Bagi aku, sebelum aku menulis atau memaparkan sesuatu status atau cerita, akan aku fikir dan teliti dulu. Apa kesan yang bakal aku dapat, atau apa respon orang yang membacanya. 

Kebiasaannya, status yang aku tulis, adalah berkisar tentang apa yang berlaku disekeliling aku. Untuk aku luahkan secara terus rasa tidak puas hati, maka aku hamparkan dan layarkan pada dinding mukabuku. Dengan niat supaya empunya diri dan sahabat-sahabat aku yang lain dapat ambil iktibar sama. 

Mungkin akan ada rakan mukabuku aku katakan, yang status aku agak skema dan terlalu "exam oriented" hehe Pada pendapat aku, kalau nak sampaikan nasihat dan juga ilmu, perlu dengan cara yang serius dan baik. Supaya apa yang ingin disampaikan, dapat diterima dengan keadaan sempurna. Makna sempurna, keadaan yang pembaca memahami dan mampu dia fikirkan isi kandungan status tu. 

Bukan senang nak menulis status yang mampu memberi makna. Sering kita baca, rakan-rakan kita kongsi berkenaan dengan, adakah ini status terakhir kita sebelum kita mati. Perkara ini lah yang sering menjadi aras pandu aku dalam menulis status. Adakah ini status yang terakhir bakal aku kongsikan buat sahabat-sahabat aku?  Adakah sesuatu yang bermanfaat atau tidak? 

Ajal maut ditangan Tuhan. Dia yang tahu tentang segala-galanya. Aku sangat teringat satu kisah tentang adik junior aku waktu di maktab dulu. Dia seorang yang baik bagi pandangan mata aku. Sering mengucapkan salam padaku sambil bibirnya menghias seulas senyuman penuh keikhlasan. 

Nyawanya tidak panjang. Tuhan lebih menyayangi dia. Dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya hujung tahun lepas, yakni 2011. Dia baru sahaja habis menyelesaikan tuntutan pendidikan negara, yakni SPM. Sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaannya. Apa yang menarik minat aku adlah status arwah yang terakhir ditulisnya. Sangat membuatkan hati ini berombak menahan kesedihan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sayu hati ini. Mungkin Tuhan memberi dia ruang dan peluang. Ini status terakhirnya, sempat aku simpan dalam bentuk gambar..






Alfatihah buat Arwah Fathi Ihsan, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. amin..


01 May 2012

Remaja lemaskan bayi dalam baldi

SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melemaskan bayi yang baru dilahirkan teman wanitanya yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, dalam baldi berisi air sebelum menanamnya di kawasan semak berhampiran kilang di Taman Ria Jaya di sini, Ahad lalu. 

Difahamkan pelajar perempuan Tingkatan Lima terbabit melahirkan bayi itu di rumahnya dalam keadaan cukup sifat, malam Sabtu lalu.
Selepas melahirkan bayi malang itu, teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang bekerja di pasar malam di sini, bertindak melemaskan bayi itu dalam baldi berisi air sebelum membungkusnya dan disimpan di almari.
Keesokan harinya, pelajar perempuan terbabit memasukkan mayat bayi itu ke dalam begnya untuk dibawa ke sekolah.

hiasan semata-mata



Dia kemudian menghubungi teman lelakinya pada kira-kira jam 10 pagi sebelum keluar dari sekolah. 

Pasangan kekasih itu kemudian menanam mayat bayi itu di kawasan semak berhampiran kilang di Taman Ria Jaya di sini. 

Sumber berkata, mayat bayi itu hanya ditemui polis pada jam 11 malam kelmarin selepas pelajar perempuan itu ditahan di rumahnya di Taman Kelisa di sini, manakala teman lelakinya ketika sedang berniaga di pasar malam berhampiran taman berkenaan pada jam 9 malam kelmarin. 
Beliau berkata, perbuatan pasangan kekasih terbabit terbongkar selepas pelajar perempuan itu menceritakan kejadian kepada beberapa rakannya yang kemudian melaporkannya kepada seorang guru kaunseling. 

Katanya, siasatan awal menunjukkan bayi lelaki malang itu masih bernyawa ketika dilahirkan. 

“Dua remaja terbabit membawa polis ke tempat mayat bayi itu ditanam. Ketika ditemui mayat bayi itu berada dalam keadaan sempurna dengan tali pusatnya yang sudah dipotong,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey, ketika ditemui di lokasi kejadian semalam mengesahkan dua remaja terbabit ditahan bagi membantu siasatan. 

Katanya, remaja perempuan itu kini ditahan dan rawat di wad bersalin Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.


#inilah remaja hari ini, hasil didikan ibu bapa, dan media massa kita. Mudah melakukan zina, mudah membuat jenayah, membunuh sesuka hati tanpa sekelumit perasaan perikemanusiaan, hilang iman yang menjadi benteng pertahanan. Ingat, hidup didunia hanya sementara, menanti akhirat selama-lamanya...

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...