07 May 2012

status di mukabuku

Sudah lama tak bersiaran, kali ni cuba mencuri masa mengisi kelompongan laman jiwa saya yang semakin hari, semakin lompang dengan ilmunya. 

Kali ini aku mahu bercerita tentang status di mukabuku. Lazimnya pengguna tegar mukabuku tak lari daripada istilah ini. Status. Malah ada yang begitu teruja dan taksub dengan status mukabuku, sampaikan segala tindak tanduknya menjadi bualan dan paparan pada dinding mukabuku. Waimma sedang beristinjak juga mahu diceritakan, seperti ini ;



contoh status

Manusia kan. Biasa la. Bagi aku, sebelum aku menulis atau memaparkan sesuatu status atau cerita, akan aku fikir dan teliti dulu. Apa kesan yang bakal aku dapat, atau apa respon orang yang membacanya. 

Kebiasaannya, status yang aku tulis, adalah berkisar tentang apa yang berlaku disekeliling aku. Untuk aku luahkan secara terus rasa tidak puas hati, maka aku hamparkan dan layarkan pada dinding mukabuku. Dengan niat supaya empunya diri dan sahabat-sahabat aku yang lain dapat ambil iktibar sama. 

Mungkin akan ada rakan mukabuku aku katakan, yang status aku agak skema dan terlalu "exam oriented" hehe Pada pendapat aku, kalau nak sampaikan nasihat dan juga ilmu, perlu dengan cara yang serius dan baik. Supaya apa yang ingin disampaikan, dapat diterima dengan keadaan sempurna. Makna sempurna, keadaan yang pembaca memahami dan mampu dia fikirkan isi kandungan status tu. 

Bukan senang nak menulis status yang mampu memberi makna. Sering kita baca, rakan-rakan kita kongsi berkenaan dengan, adakah ini status terakhir kita sebelum kita mati. Perkara ini lah yang sering menjadi aras pandu aku dalam menulis status. Adakah ini status yang terakhir bakal aku kongsikan buat sahabat-sahabat aku?  Adakah sesuatu yang bermanfaat atau tidak? 

Ajal maut ditangan Tuhan. Dia yang tahu tentang segala-galanya. Aku sangat teringat satu kisah tentang adik junior aku waktu di maktab dulu. Dia seorang yang baik bagi pandangan mata aku. Sering mengucapkan salam padaku sambil bibirnya menghias seulas senyuman penuh keikhlasan. 

Nyawanya tidak panjang. Tuhan lebih menyayangi dia. Dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya hujung tahun lepas, yakni 2011. Dia baru sahaja habis menyelesaikan tuntutan pendidikan negara, yakni SPM. Sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaannya. Apa yang menarik minat aku adlah status arwah yang terakhir ditulisnya. Sangat membuatkan hati ini berombak menahan kesedihan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sayu hati ini. Mungkin Tuhan memberi dia ruang dan peluang. Ini status terakhirnya, sempat aku simpan dalam bentuk gambar..






Alfatihah buat Arwah Fathi Ihsan, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. amin..


1 comment:

Unknown said...

betul
kadang2 apa yg kita tulis nie
mesti kena berhemah dan mengikut logik akal
jangan main tulis aje
tp masalahnya ramai yg buat mcm tue